:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Friday, February 11, 2011

Hadeef Zafran 5 Bulan


Kejap je mase berlalu.. dah 5 bulan dah hadeef zafran.. beso dah anak mami ye.. olololo, comell.. larik sebab puji anak sendiri..

sangat manyak perubahan dia.. malas la aku nak sebut satu persatu.. tak de daya nak ingat n tulis seme.. haha.. mak pemalas namanya nih.. cuma, ade satu dua yang aku nak highlight sini..

pertama:

hadeef dah pandai mengamuk2 time nak tido..aku perasan, mase umur dia 2 bulan lebih, boleh tido sendiri tanpa diulit.. kenyang perut, kepala pusing kiri kanan, mulut bising tiru baba zikirkan utk dia, tup tup dah lena.. masuk bulan ke4, lepas mandi, mintak susu kemudia terus lena.. tak yah ulit pun tak pe sebab aku menyusu sambil baring.. senang kerja.. kalau nak dia tido, mandikan aja, lepas mandi confirm tido.. matilah maknya nak bayar bil air setiap bulan.. keke..

oke, skang perubahan baru, nak tido mesti mengamuk.. lambat sikit je suakan susu, confirm mengamuk sampai susah nak pujuk.. tapi bile dia dah mula menyusu, mulut bising2 lagi seolah2 membebel kat mami.. pandai kau nak.. kecik2 dah membebel kat mami.. tape2.. tambah2 skang musim panas pulak, lagi la budak kecik tu mengamuk sebab panas.. maklumlah, kecik2 lepas lahir dah duk dalam aircond..

kadang2, bukan mengamuk time nak tido je, dia mengamuk bile tengok mami n babanya tanpa ada perasaan nak dukung dia.. awak berat lah hadeef.. walaupun tak de la seberat baby-baby lain, tapi mami kurus je tau.. wakakaka.. nak jaja sikit perkembangan berat aku.. berat aku turun 3 kilo berbanding berat sebelum pregnant.. kagum?? kah kah kah..

kedua :

mulut mula mengicip2 bile tengok mami n baba makan... shian sungguh hadeef kan.. telan air liur je la bile tengok reaksi muka baba menunjuk2 kat hadeef makanan itu adalah sedap.. nakal baba awak ni, kan hadeef ? pastu si anak mula la menelan2 air liur.. sabar ye hadeef.. lagi 3 minggu je.. lepas tu mami terus suapkan solid food.. hadeef order je nak makan apa.. jangan order nasi beriani dah.. tu adalah makanan orang dewasa ye budak tecit..

ketiga :

sangat manja dengan aku.. suke2.. dulu2 kan, mase hadeef kecik, en zubir sangat lah menunjuk2 kat aku, konon hadeef manja dengan dia.. memang pun, aku akui.. sebabnya, orang pertama yang hadeef tengok bile dia lahir di dunia adalah baba nya bukan mami nya.. mase hadeef lahir kan, dia dah biru, jadi nurse letak sekejap je atas perut aku kemudian terus ke NICU.. jadi, en zubir lah orang pertama yang bertentang mata dengan hadeef lepas dia 5 jam intubated..

tapi skang hadeef dah mula manja dengan aku.. mungkin sebab malam2 pun tido dengan aku.. dulu mase kecik2, time tido dengan baba dia, tugas aku susukan dia aja.. skang malam2, tido mesti mengadap mami sebab senang nak breastfeed..maknanya, hadeef tido mengiring sebelah kiri.. senanya tak elok sangat mengiring sebelah kiri sebab jantung kan sebelah kiri, tapi nak wat camne, hadeef terbiasa meniarap dengan mengiringkan tubuh sebelah kiri dia.. sunnah Rasulullah pun mengiring sebelah kanan kan.. jadi hadeef, silalah tukar posisi mengiring awak ye..

tu je kot.. manyak lagi, tapi cam malas je nak tulis.. hadeef tak de la berat sangat pun.. check up 5 bulan baru ni, berat dia 7 kilo je pun.. tinggi naik 1 cm.. kekeke.. oke la tu kan, asalkan sihat sudah la.. dan alhamdulillah, sampai skang exclusive breastfeed, no solid food, no plain water n no formula milk.. time kasih ya ALLAH..


5 Comments:

Zach's Momma said...

cepat kan masa berlalu.. pejam celik pejam celik dah besar anak..

btw, hadeef tu mmg banyak ikut muka mami dia laa.. sangat comel :)

Rizziela said...

Cepatnya masa berlalu....dah macam ragam dah sekarang

'Atiqah said...

salam.
seronok kan tengok anak membesar depan mata? rasa bahagia je..^_^ alhamdulillah

Nurul Aziyana@Ummu Husna said...

growth spurt kot..husna pun masa nk beralih bulan dr 2 bulan ke 3 bulan mmg mengamuk time nk tido..1 bgnn blh dgr sorenya..tp bila dh masuk 3 bulan, skrg ni xngamuk dh..nk tido kan pun senang..kalo tak bersilat dlu

Zaza said...

comel je hadeef. jgn nakal2 ye.

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online