:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Sunday, January 30, 2011

Hakikat Seorang Cikgu Baru

Entri ni bukan lah nak mengeluh, tak bersyukur, tapi aku nak ingatkan diri sendiri, bile aku dah jadi senior cikgu nanti, harap2 aku tak kan ulang apa yang orang pernah buat kat aku sekarang.. aku tau cikgu baru banyak nak kene blaja.. okeh, aku terima hakikat yang cikgu baru adalah zero pengalaman.. dan melalui blaja lah pengalaman akan sentiasa bertambah..


Rase dah suploh kali kot aku bagitau aku mengajar 2 kelas paling belakang.. korang tau penatnya camne? oke mengajar pelajar yang mahu blaja LAIN dari mengajar pelajar yang tak nak blaja tapi dipaksa datang ke sekolah untuk blaja.. 4 Kamil dan 3 Kamil.. meh kite berkenalan dengan 2 kelas ni..


3 Kamil seramai 42 orang.. ramai kan? aku pun tak tau lah nape sistem persekolahan kat malaysia ni suke longgok budak ramai2 dalam 1 kelas.. pada dasarnya, semua silibus tingkatan 3 adalah kesinambungan dari silibus tingkatan 1.. aku paham, kalau aku dulu pun memang tak ingat jugak apa yg dah blaja mase form 1 kan.. jadi, bile aku nak mengajar topik2 ni memang terpaksa ulang balik silibus tingkatan 1.. oke, aku pun paham yang dorang memang dalam kategori kemampuan untuk blaja yang lemah.. jadi, bile ulang yg form 1 pun dan relate dengan form 3, lagi la dorang pening..


aku tak kesah kalau dorang pening, tapi nak blaja.. yg menjadi masalahnya, dorang pening pastu tak nak blaja.. biarlah duploh kali ulang mende sama pun, dorang memang tak nak blaja.. bahasa kasarnya, tak nak guna langsung otak untuk mengira.. kalkulator tak bawak, buku teks tak bawak, buku latihan tak bawak.. dalam mase yang sama, aku kene kejar silibus.. silibus tingkatan 3 mesti kene habis akhir Jun.. korang tau akhir Jun budak kene blaja berapa topik? 8 topik.. kalau pelajar U kene blaja 8 topik dalam mase 8 minggu, aku tak heran, tapi ni budak2 umur 15 tahun.. tu tak termasuk yang kes cikgu sakit hati.. seikhlas hati, budak2 ni memang kurang ajar.. cikgu panggil nama, dorang jawab, "ye.. nape cikgu? nak mende? "


tu 3 kamil.. 4 kamil adalah seramai 23 orang sahaja.. aku rase lega ngaja budak2 tak ramai.. tapi tau background akademik dorang camne? 2 orang sahaja lulus math dalam PMR, selebihnya adalah failed atau senang cakap E subjek math dalam PMR.. betapa susahnya nak mengajar budak yang sifir pun tak hafal.. betapa susahnya nak ajar budak yang memang tak nak gune otak untuk mengira.. betapa susahnya nak kawal hati dan perasaan berhadapan dengan pelajar yang kurang ajar.. mungkin faktor2 ni lah aku memang setiap hari tensen, sakit hati, kecik hati.. dalam mase sama, masih terngiang2 kata Prof Solihin, "kamu menggagalkan student, kamu yang masuk neraka.." how???? saya tak nak masuk neraka..


tu tak cite lagi pasal sains.. subjek yang dorang anggap susah.. nape la kerajaan gatal2 pegi buat sains math dalam BI? tau tak budak2 ni mane paham BI.. nak paham camne kalau BI pun E dalam PMR.. sebab tu PPSMI tidak berjaya.. kesian kat budak2 luar bandar.. dorang merangkak nak paham satu2 ayat.. jadi, aku ajar BM je terus.. senang.. sebab budak boleh jawab dwi bahasa.. yang jadi masalahnya, buku teks masih dalam BI.. jadi budak tak de rujukan nak rujuk dan hanya gune semata2 nota aku bagi je.. bagi nota dalam kelas, dah habis masa, nak mengajarnya bile? nak fotostat nota, boleh.. tapi karenah birokrasi kat pejabat pulak yang aku fed up nak fotostat nota, alih2 gune duit sendiri..


tak masuk lagi bidang tugas sebagai guru kelas.. budak tingkatan 4 yang keluar masuk.. nak keluar gi teknik, alih2 bulan depan masuk balik sekolah ni.. SMM, buku teks, register, biasiswa, fail peribadi pelajar.. bidang luar sebagai cikgu.. aku ketua pengakap sekolah, AJK pelancongan, rumah sukan bendahara, AJK disiplin sekolah, ketua untuk semua ketua kelas.. semua ni ada kerja tau.. kadang2 aku pikir, aku ni lambat snagat ke wat kerja sampai kan kerja masih bertimbun2.. aku jarang balik awal kul 1.10.. kadang2 stay back sampai kul 3, kul 4 semata2 nak siap kan kerja.. tapi tak siap2 jugak..


ni tugas sebagai penyelaras subjek pulak.. aku penyelaras sains tingkatan 4 dan mathematic tingkatan 3.. korang tau peningnya camne? lagi banyak kerja dia.. kene kire head count pelajar, kene buat statistic berapa lulus, berapa gagal..


seriously, kadang2 aku rase nak menangis.. balik sekolah, memang abang akan dengar semua cite aku.. aku selalu ulang cakap mende sama, "kalau abang dah jadi pakar, aling tak nak kerja la.." abang pun akan ulang mende sama, "kalau abang kaya, aling tak kerja tak pe..biasalah, cikgu baru, memang macam2 orang akan bagi.." .. kadang2 aku rase lepas habis kontrak KPM nak sambung master, mengajar budak2 yang nak blaja pulak, tapi confirm aku akan rindukan panggilan CIKGU kat aku.. jujurnya, aku suke panggilan cikgu dan sampai aku mati pun, orang tetap akan panggil cikgu..


ni aku bercakap sebagai hakikat seorang cikgu baru.. bukan nak menakutkan sesiapa yang baru nak posting, bukan nak mengeluh, tak bersyukur apa, sekurang2 korang tau sebab entri ini ditulis..

1. kita akan diberi mengajar kelas belakang.. kelas paling depan yang aku mengajar pun adalah yang ke4 dah dalam ranking..
2. kita akan diberi tugas sebagai guru kelas yang memang tak kan habis pun kerjanya.
3. kita akan diberi tugas2 yang berjawatan tinggi, aku maksudkan cam jadi ketua untuk kelab@persatuan@badan beruniform..
4. kita akan diberi tugas sebagai penyelaras tingkatan..


p/s: sedih jugak bile pikir balik, mampukah aku menyusukan hadeef selama 2 tahun??


Friday, January 28, 2011

Sesak Napas


yeay.. cuti seminggu.. siyes,, hari sabtu dan ahad adalah hari yang sentiasa ditunggu2.. nak duk goyang2 kaki kt umah tanpa mengadap segala bagai kerja yang menimbun menamban, tanpa menghadap muka students.. wakakaka.. keji ah cikgu camni.. apatah lagi kalau cuti adalah seminggu.. lompat2 katak la aku duk kat umah.. cuti sekolah bukan sahaja budak2 yang gembira, malah cikgu pun sama.. oke, statement aku buat ni adalah benar kecuali yang benar2 belaka..


sesak napas okeh.. siyes, masuk bidang perguruan, baru tau bidang tugas sebenar cikgu.. saya lah cikgu, saya lah kerani, saya lah ah long, saya lah akauntan, saya lah tukang berlari, tukang kawad kaki, tukang bagi duit, tukang bla bla bla.. pengsan..


secara jujurnya, aku memang suke bidang mendidik.. kalau dulu mase zaman blaja sekolah rendah atau menengah, suke sangat ajar kawan2 yang tak paham.. dan sangat suke kalau ade kawan2 yang bertanye kalau tak paham n then ajar dorang.. memang cita2 utama nak jadi cikgu pun.. tapiii dan tapiii,,, aku tak suke bidang di luar tugas guru.. kutip yuran budak, tulis resit, setelkan register, tutup register setiap bulan, handle kokurikulum yang budak seciput je datang, ajar kawad kaki, buat kertas kerja, setelkan borang biasiswa, isi maklumat budak (SMM), isi maklumat kokurikulum, bagi markah kokurikulum.. oke, aku memang banyak komen kan?


Kerja2 ni lah yang baut aku terlompat-lompat kat sekolah, terkejar sana sini, masuk keluar pejabat, duk tercongok tulis resit, duk perati ke skrin komputer sebab isi SMM.. jadinya, aku sangat kecewa sebab badan letih, susu pun dah merudum =( seminggu dah tak pam pun susu kat sekolah.. sedih tau.. aku doa mintak2 ALLAH izinkan lagi aku susukan hadeef selama 2 tahun biarlah apa jua sekalipun cara dia.. walaupun susu merudum, tapi masih cukup untuk hadeef.. cuma, stok yang keluar tak ditambah masuk pun.. jadinya, memang stok dalam freezer makin kurang dah.. T_T


lagi2 sejak akhir ni aku asek tensen je.. dengan en zubir pun tensen tengok aku.. serabai, tak terurus.. kahkahkah.. setiap hari, paling lewat pun kul 9 pm aku memang dh pengsan atas katil.. tu pun sebab tidokan hadeef.. kalau hadeef tak tido pun, memang aku akan tido je sebelah dia.. alhamdulillah, hadeef tak der bising2, asalkan ada orang sebelah dia, dia tak kesah kene main sorang2 pun.. sayang hadeef tau.. sori sayang, mami kekurangan masa dengan hadeef..

baju memang akan dilipat hujung minggu je.. sori la nak spend masa weekday untuk lipat baju, memang tak sempat pun.. antara kul 2-9 pm tu aku akan terlompat2 buat kerja umah yg lain macam cuci botol EBM, basuh baju tu pun tekan2 mesin je, jemur baju, mandikan hadeef, tidokan hadeef, susukan hadeef, masak kalau rajin.. kalau disenaraikan memang sikit je kerja aku buat tu, tapi alih2 tengok hari dah malam.. tengok2 jam dah kul 9 pm.. tengok2 mata dah ngantuk.. tengok2 dah tertido pun mak hadeef ni.. hahaha..


sekarang boleh bernapas lega sikit sebab en zubir sedang bercuti.. okeh, dia adalah Mr Mama aku.. thanks abang sebab sudi buat semua kerja umah.. dia lah yang masak, basuh baju, jemur baju, lipat baju yang memang macam gunung dah pun, mandikan hadeef, tidokan hadeef, basuh berak hadeef, tapi tak mampu susukan hadeef.. waakkaka..


tetiba kakak aku feeling2 mimpi aku peknen lagi..motip??
pengsan la ai kalau keluar lagi sorang.. huhu


Wednesday, January 19, 2011

Rahsia Dah Bocor

sekarang, hadeef dibawah jagaan dan pemantauan baba dia.. eh, kata anak baba kan.. asek terkepit bawah ketiak je.. hadeef, ketiak baba busuk tak? wakakkaka... oke, jeles sikit2 bile aku balik sekolah pun, maen2 dengan dia, tapi mata dia still pandang baba.. waaaa.. hadeef saje je psiko mami eh..


senanya, hadeef demam sejak hari ahad lagi.. demam dan batuk yang maha dasyat.. sekali dia batuk sampai muntah2.. kesimpulannya, aku rase berat 5 bulan tak naik kot =( .. hari isnin, lepas en zubir hantar aku ke sekolah, dia bawak hadeef gi klinik.. ohh~~ dulu2 mase zaman anak dara, aku sangat suke tengok bapak2 dukung baby ni.. nampak macam caring je.. pastu berangan2 dapat suami camtu.. hahaha.. gatal! motip?


oke, lepas balik klinik, en zubir bagi ubat, tapi hadeef reject.. pandai awak ye nak.. kecik2 dah pandai reject ubat.. pastu, melalak nak susu.. bile bagi, haram tamau hisap gune botol.. wai wai wai hadeef? sian baba oke.. hadeef tau tak yang baba skang adalah study week dan isnin depan nak exam, tapi baba berkorban jaga awak.. nak hantar nurseri sangat tak sampai hati.. besar nanti, dengar cakap baba eh.. cakap mami pun kene dengar, tak dengar siap kene rotan.. ahha..


mula2, en zubir kata, mungkin hadeef reject susu sebab susu tu adalah frozen milk yang sudah dicairkan.. mungkin rase dia lain kot.. aku tak penah lak try minum susu sendiri.. geli geli.. ahhaha.. aku agak je.. dan kesimpulannya, hari isnin tu baba bertungkus lumus dukung sana sini sebab hadeef menangis teruk... dia akan minum susu bile dah tido.. maksudnya, bile dia tido, kejut dia n terus sumbat botol, baru dia minum sapai habis..mungkin dia meragam sebab tubuh pun tak sehat..


esoknya, atas nasihat baba hadeef yang sangat penyayang, dia suh aku sediakan semua EBM yang fresh.. tungkus lumus sediakan hasil tenusu.. wakakaka.. kerja siang malam.. eh, aku tipu je.. fresh EBM bermaksud susu yang belum di frozen kan.. hari selasa tu hadeef behave sikit dan baba dia boleh study dengan aman sampai lah aku balik sekolah..


hari ni, hadeef mengamuk lagi =( .. jadi, kesimpulannya, bukan masalah susu frozen, mungkin masalah botol kot.. sama seperti sebelum2nya, dia akan minum bile dia ngah mamai tido.. jadi, hari ni bersamaan hari rabu, mase study baba pun dah burn.. sian baba tau, hadeef.. baba dah cuak nak exam untuk posting orthopaedic.. mami harapkan, pahala baba jaga hadeef ALLAH balas dengan bagi baba lulus dalam exam.. amin..


apa rahsia yang sudah bocor??


patut lah, dekat nurseri, hadeef akan habiskan 2-3 botol je sepanjang aku gi kerja.. oke, aku amik dia kadang2 kul 4 @ 5, bayangkan hanya 3 botol je habiskan.. tu pun 3.0 oz je aku letak.. maksudnya, kat nurseri, kalau tengok budak dah tido, haram dia nak kejutkan seperti mana yang en zubir buat.. lagi2 nak jaga ramai lagi baby2 laen.. memang sejak hadeef dihantar ke nurseri, berat dia tak naik banyak macam anak2 orang lain..T_T


solutionnya, aku nak try gune botol tommee tippee pulak [nota tambahan: hadeef adalah pengguna botol MAM].. if reject jugak, try beli Avent.. kalau reject jugak, mami sumbat solid food terus laaaaa... nape la hadeef boleh bezakan teat yang 'real' dengan yang palsu?? hahhaa...

tido kene guna bantal besar untuk reduce reflux.. selalu kalau batuk mesti akan muntah.. sebelah tu adalah buku hadiah dari acik ila.. mekasih cik ila.. walaupun mami selalu ulang bende sama asek fish, duck, dog etc, tapi hadeef tak bosan.. ahhaha.. yang nampak sipi2 tu adalah buku en zubir.. untuk elak berebut buku dengan hadeef, hadeef baca buku cik ila bagi, baba baca buku baba.. setel!

Tuesday, January 11, 2011

Hilang Penat


masuk kelas pum pam pum pam.... habis waktu mengajar uruskan hal perkeranian pulak.. setelkan yuran pelajar, budak nak pindah, budak nak amik buku teks, budak nak isi borang biasiswa, kehadiran pelajar dalam kelas.. kalau ada kelas, masuk lagi mengajar..


pastu, lepas ngaja sambung lagi buat lesson plan utk esok, sediakan latihan untuk budak, sediakan nota ringkas untuk budak, sediakan gam, gunting, pen, pensel, kertas.. oke, budak kelas belakang, cikgu kene berkorban segala harta benda okeh.. kalau tak, ade je alasan dorang, "saya tak de buku, saya tak de pen, saya tak gam nak tampal, saya tak de pembaris nak garis.."


habis sesi persekolahan ada meeting.. post mortem peperiksaan akhir tahun, post mortem PMR, meeting kurikulum.. lepas habis meeting, kompem bertambah kije aku sebab aku S/U.. nasib lah aku masuk sekolah dah bersalin, kalau tak, beranak kat beserah tu je kot..


eh, motip tetiba membebel??? salam pun tak bagi ye dak.. kuang kuang

penat tahap dewa laa..
tapi ajaibnya, bile tengok hadeef, penat tu hilang.. siyesssssss...

tengok senyumannya, dengar suaranya, bergelak ketawa dengannya, dapat peluk dia.. memang bahagia.. oke, jangan dengan anak saje, berpelukan lah anda suami isteri ye.. kajian menunjukkan, pelukan isteri @ suami sekurang2 7 kali satu hari dapat mengurangkan risiko tension ketika di tempat kerja..

dah la.. nak sambung rehat..


hai..

oh.. sebab skang musim sejuk, mami bagi saye pakai lagi sarung tangan



ni CD soldier yg baba pilih utk saye!



mama tanye 63250 jadikan kepada 2 significant figure, berapa jawapan, saye angkat tangan nak jawab


tengah kira2 berapa jawapannya


tibe2 macam tak tau pulak jawapannya, lalu saye tutup muka sebab malu dgn mami


saya dan baba adalah kesayangan mami


Sunday, January 9, 2011

Tolong Promote

camera utk di jual..

RM 400
Harga boleh nego lagi..
Umur camera setahun lebih, tapi jarang2 je guna..
Condition tersangat baik, tidak pernah jatuh ke hape..
Lengkap dengan pouch, kabel n charger

eh, ni bukan mudah.com tawwwwwww... huahuahua

sape yg berminat, boleh call/sms ke nombor
Ika
014-5117525

dia adalah seorang perempuan, sila jangan mengorat dia eh.. single but unavailable.. kih kih kih









Thursday, January 6, 2011

Kenapa??


Hadeef sayang,

Mami sedih sangat sebab kene tinggal kan hadeef sepanjang mami kene gi kerja.. nak wat camne, baba bukan tokey balak ye untuk mami nak goyang2 kaki duk rumah saja.. kadang2 mami rase sebak je.. pagi2 angkat hadeef yang masih lena lepas menyusu, masuk kete, n pecut ke sekolah.. setiap hari hadeef hantar mami, tapi hadeef jarang celik mata.. mesti bile hadeef dah celik mata tengok orang lain dah di sisi, bukan mami n baba kan? mesti bile hadeef dah sedar dari tido, tangan lain yang meriba hadeef, bukan mami n baba kan?? dan mami pasti, mesti mata hadeef melilau cari mami n baba dan akhirnya hadeef hampa orang yang hadeef cari tiada di sisi.. itu perpisahan sementara je sayang, bukan perpisahan yang hakiki..


Hadeef sayang,

mami perasan sejak hadeef dihantar ke nurseri, setiap bulan berat hadeef tak naik banyak pun.. bulan ketiga hadeef naik 900 gram je, jadi 6.2 kg.. hadeef tau bulan ke 4 berat hadeef naik berapa?? naik 300 gram je, jadi berat 6.5 kg.. napa hadeef? nape hadeef tak minum susu mami banyak2.. setiap hari mami bekalkan 5 botol susu untuk hadeef.. setiap satunya 3.5 oz, tapi hadeef tau berapa je hadeef minum?? 2 botol je sayang.. kalau mami pegi amik pukul 4 or 5, susu botol ke3 mesti masih ada dalam botol susu yang hadeef minum.. mami kecewa sebab hadeef minum sikit.. susu yang mami pam lebih banyak dari susu yang hadeef minum.. what is ur problem sayang??

hadeef bukan jenis minta2 kalu nak susu.. nangis pun jarang sekali.. if lapar sgt pun, kalu diulit mesti hadeef tido walaupun perut lapar.. baba ckp hadeef dengar cakap mami sebab mami selalu ingatkan hadeef kene jadi org yg sabar..


Hadeef sayang,

andai famili kecil kite ni dah stabil kewangannya, memang mami takkan bekerja.. jaga hadeef sepanjang masa.. biarlah mami kene bayar balik biasiswa yang mami guna dulu pun, asalkan mami dapat jaga hadeef dengan sempurna.. kan bes kalau baba dah jadi specialist.. okeh, buat mase ni baba masih amik degree.. mari gelakkan baba sama sama.. kih kih kih.. eh salah, mari bagi semangat kat baba sama sama untuk habiskan degree n sambung specialist dalam mase terdekat.. tapi terdekat pun paling cepat lepas habis HO jugak 2 tahun.. oleh itu, meh kite pindah gi Sabah untuk bg laluan kt baba HO di sana dan boleh sambung specialist cepat2.. nak gi pulau sipadan tak hadeef?? hehe


Hadeef sayang,

mami n baba sayang sangat2 kat hadeef tau.. kalau boleh kami nak bagi yang terbaik untuk hadeef.. tapi maafkan kami andai ada kekurangan kami dalam didik hadeef.. walaupun hadeef tak leh semewah macam kawan-kawan hadeef, bersyukurlah, hadeef masih dikurniakan kesihatan yang baik oleh ALLAH.. oke hadeef.. mami tak leh nak sambung dah ayat2 seterusnya sebab tibe2 mami jadi sebak.. T_T


Wednesday, January 5, 2011

Gelak Debab


hahaha.. dan hahaha lagi dan hahahaha lagi.. sekolah baru 3 hari, tapi belog cikgu anim ni dah mati kiok.. kuang kuang kuang.. siyes memang 24 jam tu tak cukup.. kalau boleh tambah, nak extra lagi 3 jam untuk aku tido dengan aman waktu malam, boleh? =D


dah dah.. jangan pura-pura bersin konon belog aku ni berhabuk.. setiap hari aku vaccum okeh, saje je malas nak update.. masuk belog sekadar jeling jeling je sebabnya bile aku start tengok je belog, mesti en zubir akan ehem ehem dan berkata, "kata nak wat kerja, tapi tengok blog.." haa kau.. kan psiko aku namanya tuh..


gelak debab tiada maksud apa2, saje suke suki aku nak tulis title entri cam tu, boleh? hehe..


sangat penat la mengajar ni.. tetiba suara aku yang ayu tulus mulus dah jadi suara besau, nasib tak jadi garau je.. huahuahua.. 4 kelas aku masuk mengajar dan aku akan tekan satu ayat yang amat amat amat penting lah dalam hidup... sebabnya kalau tak, budak akan naik atas kepala aku tanpa segan silu.. ayatnya;

"walaupun saya ni bertubuh kecik, tapi ______________________ (budak yang akan jawab GARANG).. "


hahaha.. misi berjaya setakat ni.. aku masuk je kelas, kelip kelip takut nak pandang aku, buat semua kerja macam budak kelas pertama walaupun mereka mereka itu adalah kelas kedua dari belakang.. tapi garang2 pun, aku layan jugak budak2 suka loya buruk ni.. budak2 nakal ni kadang2 menghiburkan hati jugak, marah2 pun tak guna, cuma aku tekan kah konsep tegas tapi penyayang.. ececec.. geli geli..


senanya, aku kelupaan yang sekolah aku ni bukan lah sekolah berasrama penuh yang boleh score straight A.. hari tu aku masuk 4 Kamil, kedua dari belakang.. dengan bersungguh2 aku tanye, sape yg dapat A math, sorang habuk tak angkat tangan.. alih2 soklan tu telah ditukar, sape yang lulus math.. yang angkat adalah 2 orang, dan selebihnya adalah failed.. pengsan!!


siyes, rase berputar bijik mata.. terkelu kejap sebab nak fikir camne nak mengajar ni sedangkan ada yang belum pandai lagi membaca.. adus,,, sedih sedih.. tapi bile aku ngajo sambil bagi umpan, boleh pulak dorang concentrate.. ececece, sampai 2 3 orang cikgu lain terkejut tengok kelas aku tuh, senyap, tekun je dengar apa aku ajar.. keke.. umpannya adalah duit.. terus jadi miskin aku hari tu.. haha.. RM 2 je pun aku sedekah kan.. berebut2 nak jawab soklan aku tanye..


tapi bayangkan kalau RM 2 sentiasa mengalir setiap hari utk 4 kelas, botak kepalo den.. haha.. nak beli pampers hadeef dengan apa.. nasib minum susu maknya, jimat2... tapi camne, memang sonok pun jadi cikgu sebab suke layan perangai budak yg macam2.. kadang2 sakit hati, kadang menghiburkan hati.. balance la kan =D


 

blogger templates 3 columns | Make Money Online