:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Sunday, December 5, 2010

Walaupun Pelbagai Halangan


now.. bila dah jadi mak ni baru lah aku rase yang setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anaknya.. biarlah diri sendiri terpaksa bersusah payah, asalkan anak dapat yang terbaik..


ohh~~ mukadimah skeme nampaknya tuan puan..


dulu mase mula2 masuk umah, sibuk aku listkan barang2 yang nak dibeli termasuklah peti ais.. mase tu, belum ketahuan lagi pasal EBM.. kalau awal2 aku dah tau, terus grab peti 3 pintu.. huahuahua.. gaya macam tokey balak, tapi ghopenye duit tak dak sekeping pun.. lalu, setiap hari pegi intai2 peti ais yang kiut miut satu pintu saje sehingga lah dapat sponsor..huhuhu.. penaja utama mestilah haji mustaphy oke..


sekarang, bila dah tau pasal EBM dan ALLAH masih izin kan lagi untuk aku fully breastfeed Hadeef, rase sangat menyesal sebab beli peti ais satu pintu.. oke, bukan tak bersyukur.. sekurang2 nya ada la kan peti ais untuk nak longgok seme2 makanan yg perlu disejukkan, tapi senanya untuk buat stok EBM ni sangatlah susah dengan menggunakan peti ais satu pintu..


tau2 la kan, peti ais satu pintu ni bukan auto defrost.. jadi, 2-3 minggu kalau tak defrost, mau peti ais jadi kutub utara kang.. jadi, kalau nak defrost sangatlah susah nak transfer EBM.. senanya, sejak 2 minggu lepas lagi asek bincang je dengan en zubir camne nak defrost dengan stok susu yang banyak ni.. 2 minggu tu bincang baru ada solution.. haha.. meeting hari2 tu, kalah menteri nak buat project..


akhirnya, sebab dah tebal sangat ais tu maka nak tak nak terpaksa la defrost jugak.. en zubir beli ais satu bungkus besar tu, lalu dimasukkan dalam tong ikan.. ala, tong putih yg nelayan guna tu.. eh, tong ni tak bau ikan tau.. ai guna jarang2 je mase pegi pasar.. sekarang kaki dah tak jejak pasar sejak ada anak kecik ni..


oke, gaya transfer EBM macam orang lari dari bom yang hampir nak meletup.. hehe.. cepat2 kan takut cair.. padahal transfer masuk tong tak sampai 2 saat pun..hahaha.. tong ikan tu dah lama dah aku beli.. tong tu kecik je senanya.. tak kan aku beli tong ikan besar.. ni bukan nelayan baru naik dari laut.. tapi kesudahannya, tak muat semua EBM dalam tong tu.. sedih oke.. mane lagi mau campak EBM ni..


pastu, ade lagi satu bekas tahan sejuk yang aku beli mase nak konvo ritu.. mase tu belum beli cooler bag.. bekas tu abang beli sebab dia cakap kat spital besenye nurse letak vaksin dalam tu.. jadi, beli bekas tu utk simpan susu sementara aku konvo dalam dewan.. oke, still tak muat lagi.. yang selebihnya letak dalam cooler bag..


lepas 3 jam defrost, ais macam tebal lagi.. nasib lah dapat suami bijak macam en zubir.. eccece.. terpuji suami sendiri pulak.. abang amik spray yang buat sembut bontot hadeef, gi sembur kat ais yang tebal tu.. air dalam spray tu suam2 kuku supaya cepat ais tu cepat cair.. akhirnya, kutub utara dah musnah.. huhuhu..


bila bukak tong ikan tu, alhamdulillah, semua susu masih beku.. cuma ada susu dalam cooler bag n bekas tahan sejuk tu je yang nampak cair.. kata tahan sejuk, tak pun.. =D dan susu yang sikit cair tu nampaknya terpaksa la bagi hadeef minum esoknya.. tak banyak, 4 botol je.. lepas ni feeling nak kebas duit scholar en zubir untuk beli peti ais 2 pintu.. nasib dah lama dapat kelulusan dari en zubir..


mekasih abang sebab memahami aling dan memberi peluang kepada aling tunaikan hak Hadeef.. sayang abang sangat2 tau.. auuuwwww..



ni susu yang aku pam mase sesi taklimat kat temerloh ritu..senanya nak pam banyak kali, tapi sebab botol bawak tak cukup, jadi tak tau nak letak mane kalau pam lagi.. huhu..


ni setelah kutub utara musnah.. stock susu ni cukup untuk 2 hari senanya.. kene pam banyak la weekend ni.. ohh~~~ lambatnya peti ais 2 pintu ni nak sampai umah.. ahah



0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online