:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Friday, October 15, 2010

Simptom Anak


hai semua.. lama mami saya tak hapdet belog kan? kan??


Eh, nape tiba2 aku sgt malas nak hapdet belog?? sori pada semua readers yang selalu jenguk sini, tapi hampa sebab tiada entri baru.. simptom penat jaga anak kah?? gagagaga.. oh, mak aku balik kampung ahad lepas, tinggallah aku dengan abang terkulat2 jaga Hadeef.. eh, nasib laki aku pro mandikan n basuh berak Hadeef, kalau tak, tak bermandi lah awak Hadeef oii..

Hari tu, mak aku cite yg aku ngah tido tetiba tangan aku gerak2 tepuk baby.. padahal mase tu baby duk atas riba mak aku.. oh~~ mabuk kah mak budak ni?? keke.. ok, fine.. malam siang pagi petang dalam kepala otak aku asek Hadeef, Hadeef, n Hadeef.. eh, silap.. dalam kepala otak aku asek pikir Hadeef n en zubir, Hadeef n en zubir, bla bla bla.. kang majuk laki aku kang tak sebut nama dia.. ^_^

Sebab mak aku dah balik, jadi rabak lah mata aku n en zubir duk berjaga malam.. 2 malam sebelum mak aku balik, Hadeef tido lena waktu malam.. mati2 ingat biological clock dia dah berubah.. aku n abang dah horey horey sebab blh tido lena waktu malam kalau Hadeef pun lena.. tup tup tup, mak aku balik, dia start berjaga malam plak.. ooo Hadeef, pandai kamu eh bikin mata mami n baba merah2 sweet sour.. cis..cis

Mungkin dalam pikiran abang pun sama dengan aku jugak kot.. asek pikir Hadeef, Hadeef n Hadeef.. satu malam tu, Hadeef tibe2 tersedar n menangis.. mase tu baru setengah jam dia tido.. berlaku lah insiden ini;

en zubir : hadeef, tido la [tangan tepuk2 tubuh aku macam ulit baby tido]
pn anim : nape abang tepuk aling?
en zubir : eh, abang ingatkan Hadeef kat sebelah..

Lalu, kitaorang gelak tengah2 malam buta.. kalau lawak, sila gelak..

Pernah 1 malam tu, mase tu Hadeef baru 10 hari.. aku n abang penat sangat sampai tido mati.. lupe yang kau berdua dah jadi mak bapak budak la.. keke.. Hadeef bangun nangis jerit2.. mula2 famili aku ingatkan aku tukar pampers Hadeef, tapi lama2 makin kuat Hadeef nangis.. puas kakak, mak, ayah n bibik duk ketuk pintu, tak di layan.. kata tido mati kan.. last solution, mak aku pi amik kunci spare n bukak pintu bilik dari luar..

Terbukak je pintu bilik, aku terus tersedar.. mata baru nak celik tetiba tengok kakak aku amik Hadeef n dukung bawak keluar.. orang culik anak aku wei.. kekeke.. en zubir? orang culik anak pun tak sedar2... ngeh3.. aku pun bangun n tanye napa.. kakak aku cakap, 20 minit Hadeef nangis tak henti2.. tetiba tinge aku yang oke jadi pekak badak malam tu.. kan aku dah cakap, simptom anak.. kau ada macam aku???

Penat dah bercerita..

babai..


0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online