:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Wednesday, March 3, 2010

Jadilah Pendidik, Bukan Sekadar Pengajar!

Kelas hari ni tak pack sangat, tapi direct.. start 7.40am-9.40am.. agak sakit tekak sebab ni first day jadual direct camni sejak jadual baru ni dikuatkuasakan.. oleh kerana aku bimbang budak2 ni nak exam minggu depan (budak nak exam, cikgu yg bimbang oke!), aku pun tukar relief dengan salah seorang cikgu praktikal gak.. so, dapat la masuk kelas 2 Gigih.. hajat di hati nak wat revision, tapi memandangkan kelas pun dah lewat, budak pun dah ada tenaga lebih lepas rehat, jadi aku just suh mereka sambung nota yg tak sempat habis pagi tadi..



Plus, kalu waktu relief ni, dorang dah set up otak awal2 tak nak belajar! jadi daripada aku syok seorang diri, baek la aku suh dorang setelkan nota.. tapi aku kagum gak, even mereka kelas ke 5, mereka sudah menunjukkan kemahuan mahu belajar Sains bersungguh2! ade la sebilangan mereka request nak suh aku wat revision, tapi sebab majoriti malas, tak nak, cakap penat, so aku mengalah je la..



Sambil2 round kelas control dorang tak nak bagi bising, tetibe aku 'tertarik' dengan sorang student ni.. dia warnakan rambutnya.. jadi warna perang, tapi tak der la nampak sangat kalu dipandang dari jauh, tapi memang dapat dikesan dengan jelas jika dipandang dari arah dekat.. aku tanye dia;

"awak warna rambut ni, awak solat ke tak?"

"solat cikgu.."



Aku test tanye dia solat subuh, zohor, asar, maghrib n isya' berapa rakaat dan dia dapat jawab dengan sempurna.. atas rasa nak ingin tau lagi, aku mintak dia baca doa qunut.. boleh dia tanye aku,

"cikgu, doa qunut tu ape?"



Sah, memang tak solat Subuh.. aku sambung tanye,

"awak solat Subuh tak pagi tadi?"



Mula2 dia tak mengaku, at last aku tegas dengan dia cakap jangan tipu saye, ALLAH tau perbuatan awak.. dia pun mengaku dia tak solat atas sebab bangun lewat.. terdetik hati aku nak tanye sorang2 dalam kelas tu.. sungguh! hasil 'sport check' aku, rupenye HANYA 10 orang sahaja yang solat dalam kelas tu daripada 38 orang..



Bukan niat dihati nak tau semua perkara tentang mereka.. tapi bagi aku, bile title cikgu, bukan sekadar menjadi tenaga pengajar, tapi pendidik nilai akhlak mereka.. itu tak termasuk lagi dengan soalan solat penuh ke tak dalam sehari.. sah2 memang tak penuh sebab Subuh n Zohor memang dorang 'buat2 tak ingat'.. alasan mereka tak solat Zohor sebab balik sekolah dah lewat, sampai rumah terus tido..



Alasan tak solat Isya' sebab tido awal.. aku memang tak paham sampai tertanye, 'mak ayah dorang ni tak suh solat ke?, tak tegaskan suh solat ke?' adehhh.. patut la, bile ilmu yang disampaikan tu susah bebeno nak paham.. bile exam asek fail.. bile latihan suh buat, asek kosong je.. bile nota suh buat sendiri, asek tergantung jerk! kesian..



Aku minta maaf jika ada pembaca blog ni yg ada adek belajar di kelas belakang, ade anak yang duduk di kelas belakang n whatever lah.. tapi sebahagian mereka yg tak solat ni adalah golongan yg berada di kelas belakang.. 10 orang yang SOLAT tadi tu bile aku analisis balik, mereka lah yg lulus dalam exam, yang latihan siap, yang nota lengkap n yang senang sangat nak paham kalu aku ajar..



Apa yang aku sedih.. ade sorang student perempuan tanya aku;

"cikgu, nape cikgu tanye solat subuh ke tak?"

Aku jawab,

"Sebab cikgu nak tau.. bile kite lupe ALLAH, hati jadi gelap.. belajar susah nak paham.. ilmu susah nak masuk.. ALLAH halang semua tu sebab kite tak ingat kat DIA.."

"ooo... camtu ek cikgu?"



Aku jadi kelu.. peranan siapakah yang sebenarnya mendidik agama mereka??? lagi sedih bile ada jawapan budak yg cakap, mak ayah saye pun tak solat cikgu.. aku jadi makin bingung n balik makmal, aku usap perut aku.. 'ya ALLAH, jadikan lah anak yang aku kandung ini seorang yg mentaati-Mu dan rasulnya, mentaati ibu bapanya dan mentaati gurunya di sekolah..' lama aku menung n sambung lagi usap, 'ya ALLAH, jadikanlah anakku ini seorang yang mengotakan janjinya terhadap-MU.. jadikanlah dia laksanakan janjinya kepada-MU ketika dia berada dalam rahimku..'


9 Comments:

Unknown said...

salam...tertarik dgn komen hanim...ermm btoil kdg2 ramai student class blakng nie culas kalo bab2 solat nie..tp xsmua jugk ..ada jugk yg ok..n ramai jugk yg tak ok..tp kdg2 tak leh salahkan diorg jugk kalo xpndai..coz tahap IQ & eq setiap org tu tak sama.ada yg diberi kelebihan Allah iq dia tinggi so cpt n mudah nk faham.tp ada sesetengah org yg iq dia "kureng"skit so even kdg2 dia rajin mcm mana pun,tp still susah nk faham sesuatu topik tu..tp itu adalah perkara normal.it is the cycle of life.kalo smua org pandai,jdi doc,lawyer,cikgu,,abes sape yg nk jdik cleaner,nk jdik petani,nk jdik nelayan..btoil tak??yg penting kegigihan student tu...n sbg guru,hanim n kwn2 bleh guide diorg,bg harapan kt diorg agar diorg tak giveup...guide them..so in da future even walaupun diorg tak excellent academic,tp diorg excellent in da life ..dan maybe 10 thun or 20 thun lg,hanim akn lg bangga dng ank3 didik hanim ini.coz walaupun diorg tak berjaya dlm akademik tp diorg bleh jdik org berguna utk agama,masyarakt n negara...so gud luck Haniem.

itu pendapat sy laa..im not a teacher.but my parents are teachers and from them i learn a lots..ragam ank2 murid... ;)

Mami Hadeef said...

wsalam.. thanks sebab bagi komen ye.. =) saye tak kesah pun tentang IQ n EQ.. yang tuh dah sedia maklum setiap orang kecerdasan yg berbeza.. sebab bagi saye, kalu agama kukuh, taat pada ALLAH, hati tenang, belajar pun senang masuk.. yang saye bimbang n risau adalah pegangan agama.. sembahyangnya tinggal.. tu tak cek lagi sempurna tak rakaat, betul tak bacaan..

Kalu dari segi akademik, saye tak sgt riso.. org berjaya kadang2 bukan datng dari orang straight A's pun dlam SPM, rite? latihan, cara mengajar, tahap kesabaran semua berbeza utk kelas yg berbeza sebab tahap mereka sangat berbeza..

itu la.. bimbang sgt2.. isy.. runsing2 pikir anak orang.. hikhik.. kadang2 bertepuk tampar lelaki n perempuan adalah perkara biasa.. T_T

fana said...

secara realiti, mane2 camtuh gak student...xtau mane yg silap, mostly ramai yg tak solat.

ingat lagi masa relief class tuh, tanye bdak f4, awak solat x? nak tau jawapan die ape, saya tak ingat la cikgu bile last sya solat.

eerrr...emm

thats whay, nowadays ssh gyler nak ajr students. dlm kelas angguk2 geleng2.pham x?paham...kuar exam, sngt kecewa.

kita cikgu, buat mana yg termampu.tuh je yg bleh kita buat. kite tak bleh ubah student until they are willing to change by themselves.

sangt tak puas hati bile ade yg cakap, keje cikgu senang je.

sape yg bergelar cikgu je paham...

Mami Hadeef said...

isy, jawapan budak fana tu lagi dasyat.. kalu ade budak jawab camtu depan anim, mau terkejut beruk depan dia.. adoiii.. sedih2..


majoriti mak dorang tak bekerja pun sebab anim pernah edarkan satu borang yg anim wat sendiri.. saje nak tau background keluarga n sosiologi dorang camne.. memang majoriti mak surirumah tangga... so, ke mana tanggungjawab mak tu? kerja sekolah anak pun tak leh cek.. fine kalu parents tak paham content pun, at least, bile tengok buku latihan anak kosong, sila la suruh buat..

itu la fana.. anim pun geram kalo orang cakap camtu.. cakap cikgu balik skolah separuh hari la.. hello, cikgu masuk sekolah sebelum 7.30am.. fair la dengan orang kerja di pejabat yg balik kul 5pm pun masuk pejabat kul 9..betul tak? meeting, wat soklan, wat kerja pentadbiran, latih kokurikulum, ade kelas tambahan, tapi semua tu orang tak amik kira pun kerja kite.. mak ayah nak anak dorang cemerlang akademik, tapi bile pukul sikit sebab tak wat kerja terus sampai surat saman..???????

Unknown said...

setuju dengan tajuk anim. ju sendiri ada pengalamn mengajar kelas hujung dan subjek pendidkan islam. dan pemerhatian ju sama dgn anim. dlm kelas hnya berapa kerat yg lancar membaca ayat2 Al-Quran. bila ju kata follow ju bc byk alasan, jd penyelesaiannya ju minta dorang follow ju bc surah lazim yang mudah2. then stiap kali ngjar ju akan kaitkn tajuk yg ju ajar dgn life seharian dorang even ju tau ju pun x la perfect sgt tp ada rs tanggungjwb nk tgur dorang. terfikir kalau dorang tu adik2 ju. risau!!! even sekarang ada j-QAF pun mslh membc bacaan solat pun still ada. ju join cikgu2 j-QAF buat kelas solat utk bdk2 tahap satu, tny soalan basic cm anim tny sape solat subuh sblm pergi sekolah, boleh kira dgn sebelah tgn yang solat subuh. kalau dr kecik x didik, maka susah la nk didk bila dia dah mula nk hidup bebas. dlm hal2 mcm ni parents kena main peranan sgt penting. kalau tak de role model kt rumah, tu sbb anak2 cr role model kt luar.
utk anim, nasihat la selagi mampu. anggp dorang mcm adik2 sendiri. masa ju ngjar sementara kt sekolah agama rakyat, setiap kali sebelum balik ju akan bc kisah2 teladan walaupun dorang cm x ikhlas nk dgr. ju nk dorang tau zmn bdk2 bkn alsan utk tak tunaikn tuntutan agama.
dan utk baby, semoga jadi anak yang taat perintah agama. patuh kata mama+baba. ikut pesan cikgu.
dan membesat sebagai anak cemerlang akhlak, sahsiah dan akademik.

p/s: anim,tugas cikgu tu mulia dan sgt berat. tapi Allah tau anim boleh tu sebab Dia tentukn anim dlm bidang ni ^_^

Unknown said...

nak tmbh sikit lg.
setuju dgn fana.
my mum pun ckp jd cikgu sush. bw balik buku latihan nk tanda, at last ju gak yg tlg tandakn selepas berhari2 masih di tempat yg sama =p
kdg2 tolong marking kertas pekse, buat graf pe nth nama dia sbb my mum ngjr english. hujung thn buat jadual la, sports la, koku la, ada cikgu tukar sekolah buat jadual baru mcm2 lagi laaaa...

incik said...

slm..kak..smoge terus sabar dlm mendidik ye..n..kak...nk tgk gmbr baby...huu...nk tgk...

Mami Hadeef said...

aniem to Jue:

thanks Jue atas pesanan untuk baby tu.. hihi..tu la, nak wat camne, parents tak main kan peranan.. kadg2 tak paham, mak tak kerja, tapi tak leh nak luang masa 10 minit utk anak, cek homework.. dan ade yg terus terang kat anim, memang dia tak larat dah nak blaja.. kesian, mase depan dorang tak nampak..

exam baru2 ni, sangat2 frust dgn budak.. kite sbgai cikgu yg bersungguh2, cari soklan utk revision, soklah2 tu lebih kurang dh dengan soklan exam baru ni, tapi bile tanye, hampeh, tak buat langsung.. so, care camne lagi cikgu perlu buat kalu budak yg tak nak kan? frust2..

Mami Hadeef said...

aniem to ila:

ila, akak tak snap pun gambar baby mase scan.. hikhik.. nak mintak tolong suami pun dia excited gak nak tengok.. hihi.. nanti scan mase nak tengok boy@girl la kak anim snap 1 ye.. hihi

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online