:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Tuesday, February 2, 2010

Gurauan Jadi Gaduh!

Hari Isnin first day aku start ngaja.. memang rase agak cuak sedikit sebab kelas aku pada masa kedua.. hari isnin kan biasa nya ada perhimpunan dan kebetulan hari tu perhimpunan habes lambat.. so, burn la masa pertama.. habis je perhimpunan start masa kedua persekolahan.. aku masuk kelas 2 Gigih.. actually, kelas ni kelima daripada ketujuh.. mula2 aku takut gak keadaan kelas tak terkawal, tapi bile mula2 langkah masuk, muka masam macam cuka, garang macam kucing nak beranak, so, dorang respect to me as a new teacher..



First day tu jugak aku bagitau peraturan2 dalam kelas yang perlu budak ikut jika waktu aku mengajar.. lepas aku bentangkan semua peraturan2 tu, aku bukak cadangan dikalangan students apakah denda yang sewajarnya jika mereka melanggar peraturan yang aku tetapkan.. peraturan aku;
  1. Jangan ada student yang sembang ketika aku mengajar..
  2. Ikut arahan apa yang cikgu bagi..
  3. Siapkan homework yang cikgu bagi..
  4. Jangan berkhayal atau mengelamun ketika kelas cikgu..


So, bile aku dah wat peraturan, jadi mesti kene ada denda kan.. tapi aku tak nak denda tu aku yang tetapkan.. so, aku mintak mereka cadangkan supaya tiada bantahan jika aku laksanakan denda tu.. budak2 ni mula2 cakap tak yah buat apa2.. aku cakap aku setuju dengan syarat.. syarat aku, mereka boleh untuk tidak berbuat apa jika melanggar arahan aku, tapi mereka akan berbuat apa2 di bilik pengetua.. pastu, semua mengeleng kepala tak nak.. hahahaha.. [nasib idea spontan aku ada nak cakap camtu..huhu]



Untuk 2 Gigih dendanya ketuk ketampi jika langgar arahan aku.. aku buat sama je dengan kelas 2 Budiman.. kelas ni yang ke4.. cuma bezanya kelas 2 Budiman dendanya menyiapkan homework di luar makmal sambil berdiri sebelah kaki.. huhu.. [berdiri sebelah kaki aku yang tambah sebenarnya..] ..



Masa aku conduct kelas 2 Budiman, jadi agak kurang terkawal sebab dalam makmal.. tau2 la kan dalam makmal tu luas, duduk berkelompok yang boleh menggalakkan mereka bersembang mcm dalam kedai kopi.. so, kawalan kelas utk 2 Budiman agak kurang memuaskan.. untuk 2 Gigih aku bagi thumb untuk diri sendiri sebab agak memuaskan even mereka kelas ke5.. huhu.. apa yang berlaku dalam kelas 2 Budi ni memang agak mengecewakan aku..



Tau apa yang mereka gurau akhirnya jadi gaduh? hanya kerana PAIP AIR.. aku rase nak cabut Paip Air tu bagi dorang bawak balik.. macam jakun sangat je dorang ni.. kat rumah paip dah berlambak, yang dalam makmal pulak yg jadi rebutan.. kalu aku hias paip air tu dengan riben2, sembur perfume ke hape, aku boleh consider la kenapa mereka berebut nakkan paip tu.. huu.. ini tak pun.. berkarat lagi paip tu, tapi still jadi rebutan.. aku tak paham sungguh la dengan depa ni.. ngeh!



Mula2 si A ni renjis air kat muka B..then, yang B tu balas dengan tumbuk dada si A.. nak marah la si A lalu jadi gaduh.. masa tu tinggal lagi 10 minit n aku buka sesi bersoal jawab.. tak paham tanya, n masa tu aku tengah ajar budak pompuan apa yang dia tak paham.. budak laki pulak jadi hero kat belakang.. adeh! tapi memang dasyat jugak sebab si B kepit kepala si A macam nak mati budak tu.. siap hantuk2 kepala yang dikepit tu kat meja.. eh, ko ingat ni aksi WWF ke?



Akhirnya, pergaduhan tu diselesaikan oleh cikgu nordin.. semua kene saman.. 5 orang.. yang 3 orang lagi tu kene saman sebab jadi 'penambah perisa' dalam pergaduhan tu.. mula2 cikgu nordin nak gantung sekolah 2 orang tu, tapi bile ade budi bicara, dorang raye kat cikgu nordin tak nak kene gantung, so, akhirnya kene tolak merit je la..



Tu la pengalaman jadi cikgu.. bukan senang nak didik budak2 ni.. semakin hari semakin kurang budaya menghormati cikgu dalam kelas padahal cikgu yang sampaikan ilmu utk dia.. aku fikir2, aku dulu, sekali cikgu naik suara, bukan tengking pun, semua dah cuak, tak berani nak lawan.. sekarang bukan setakat naik suara, tengking, marah, segala bagai dah buat tapi dilawan balik cikgu.. pening2.. ya ALLAH, moga2 anak2 ku nanti tergolong dalam golongan orang yang menghormati guru-guru..





0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online