:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Sunday, July 27, 2008

Medan Perjuangan Semester 5

7 Julai 2008 adalah hari pertama start kuliah untuk smester 1 2008/2009.. Untuk semester ni, aku amik 6 subjek tapi kesemuanya 3 kredit hour. Agak berat jugak laa sebabnya ade 5 lab yang aku kene masuk..kelas malam ader 3 hari beturut2..jenuh jugak laa sbb bile dh malam semangat nak belajar tu kurang..huhuhu..

Termodinamik

Belajar tentang haba, perubahan sesuatu bentuk bahan bila mengalami perubahan haba atau whatever laa..Diajar oleh Prof Madya Dr Baseri Huddin.. Pensyarah kontrak UPSI..Dia ajar full speaking jugak..tapi aku boleh faham la..mungkin sbb subjek major jadi aku lebih interest untuk nok focus berbanding dgn subjek bio..Huhu..3 kredit hour..Lab 3 jam pada hari selasa 2 hingga 5 petang..Instructor lab ni orang asli kot.. sbb nak cakap orang sabah bukan orang Sarawak pon bukan..nama dia Encik Wirat A/L Ai Him.. tutor baru UPSI..Dia pesan kt kitaorang,, sebelom datang lab baca dulu manual lab kalau tak bile datang lab tak tau pape..Huhuhu..

Fundamental of Instrumentation

Subjek ni adalah kesinambungan daripada Basic of Electronic yang aku dah blaja mase sem 4 lepas..Subjek ni ok.. content nya tentang alat2 untuk elektrik n elektronik..ni synopsis kursus:
This is an introduction course to the electronics instruments and measurements. The course covers the discussion and analysis of several theories including the characteristics, accuracy, precision and loading effect of the instruments. The elements of measurement are in the form of resistance, capacitance , inductance, thermal, electromechanical. Signal and data processing and display.
Subjek ni diajar oleh Dr Abu Bakar bin Rejab.. Kami bebudak fizik panggil dia Dr BURN je..nama dia dituka dalam English..hehehe..Jugak pensyarah kontrak UPSI..dia ajar best..tapi aku kesian kat dia..kadang2 tak sehat.. kelasnya pulak waktu malam..hari selasa 8 pm..datang je kuliah mesti pakai baju sejuk..bile aku tengok dia,, aku mesti terbayangkan ayah aku yang kt kampong..lab pulak waktu malam, hari rabu 8pm hingga 11 pm..Encik ikhwan Hadi yang jadi demonstrator..Aku kenal dia mase sem 4 lagi..kadang2 dia ganti Dr Syed jika Dr Syed takde nak handle lab..Cara dia ajar aku suke.dia terangkan dulu camne nak buat eksperimen..Eksperimen ni berkaitan nge penyambungan litar..kalu jarum ammeter bergerak, maknanya litar betul, ada arus yang mengalir..Kalu jarum tak bergerak,, faham2 sndiri la..kadang2 en ikhwan buat lawak jugak..

Introductory Biology 1

Subjek ni yang membuatkan aku boring..gelisah setiap 5 minit tengok jam kat tangan..Gelisah macam kucing nak beranak sebab aku tak minat dengan subjek..walau bagaimana pun aku terpaksa jugak belajar sebab dah posting nanti belum tentu aku akan dapat ngaja fizik.. Subjek ni diajar oleh Dr. Nor Nafizah untuk semester penggal pertama dan Puan Nor Fatimah untuk semester penggal kedua..Dia full speaking ditambah pulak waktu kuliah yang menggalakkan untuk kami tido..Pukul 3 petang lepas Solat Jumaat.. Dr ni akan bagi satu subtopic and balik baca kat rumah..For next lecture, dia akan call out a few of students to teach about the subtopic she had given..bile dia dah amik attendants, mesti kitaorang akan berdebar2..huhuu..

Pengujian, Pengukuran, Penilaian dan Pentaksiran Pendidikan

Ni adalah subjek pendidikan yang mana core bagi course yang aku amik kat UPSI ni..subjek ni tentang bagaimana sesuatu ujian atau peperiksaan itu diukur dan cara nak buat JPU (Jadual Penentuan Ujian),,Pening kepala nak wat asemen ni sebab banyak sangat..Asemen kedua memerlukan kami satu kumpulan ke sekolah..sekolah yang menjadi pilihan aku adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Slim, Slim River..Dah pergi hari Selasa lepas untuk buat temu janji dengan Pengetua..Oleh kerana sekolah itu pengetua dah bersara, jadi kami just jumpe dengan Penolong Kanan 1..Kami diberi layanan yang baik..Dan waktu yang telah ditetapkan untuk kami buat Ujian kepada students adalah Khamis minggu depan..So, Khamis minggu depan (31 Julai), kami akan ke sekolah itu..Bersedia lah wahai pelajar-pelajar tingkatan 5 sekolah itu..Huhu..

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Sains

Subjek ni diajar oleh Puan Naziyah..Bes jugak subjek ni..kitaorang belajar camne nak ajar Sains kat sekolah nanti..sains kan sbjek yang ada makmal..Jadi, kami diajar camne nak handle eksperimen and camne kaedah yang sesuai digunakan untuk mengajar sains ni..

Sains Alam Sekitar

Subjek ni diajar oleh Professor Madya Dr Nur Tjahjadi..Seorang pensyarah dari Indonesia..Mula2 dia masuk kuliah, kitaorg dah pelik dengar cara dia bercakap..bile diteliti dan didengar elok2 cara dia bercakap macam dalam cerita Anakku bukan Anakku..So, kitaorg conclude dia memang dari Indonesia..Subjek ni berat jugak sebab banyak sangat asemen..ade eksperimen, mini projek, folio dan PBL..untuk subjek ni,, aku dah siapkan folio..mini projek pon dah start..tinggal PBL je..Subjek ni lebih kurang bio laa..belajar mende sekiling..tapi, secara jujurnya, aku memang tak faham ape main point untuk subjek ni..teruknnya aku??

Itulah ke semua subjek yang aku belajar untuk sem ni..Teruskan perjuangan..Go go chaiyyok!!!

0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online