:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Thursday, June 5, 2008

Waduh Sih..Apa Sudah Jadi??

Semalam 5 Jun, berita kenaikan harga minyak dan 1 Julai pula nanti kadar tarif eletrik juga dinaikkan. Waduh sih, gawat. Semua rakyat Malaysia pasti sudah mula menggaru kepala walaupun kepala tidak gatal. Lebih2 lagi kepada ketua keluarga yang mempunyai pendapat ' atas tong' untuk setiap bulan. Tergelincir jika semua harga akan naik. Pelik??Apa yang kerajaan mahu sebenarnya? Kenaikan gaji pada 1 Julai 2007 seoleh2 terhapus begitu sahaja. Walaupun aku belum bekerja, belum bekeluarga, tapi kenaikan itu dan ini seolah2 menjadi impian ngeri untuk aku. Jika sekarang sudah naik itu ini, apakah nanti dalam masa 3 4 tahun lagi harga barang makin tinggi? Aku sudah membayangkan, jika aku tinggal sekitar KL, aku mungkin boleh menggunakan Perkhidmatan LRT untuk ke tempat kerja sebagai alternatif untuk menjimatkan minyak kereta. Tapi apakah cukup gaji setakat 2k boleh hidup di KL? Pening memikirkan permainan kerajaan..

Jika orang yang 'berduit' mungkin tidak gusar dengan kenaikan harga barang, minyak dan tarif eletrik. Tapi bagaimana dengan orang seperti aku? Gaji seorang guru baru paling kurang 2k lebih sikit, apakah cukup untuk aku menyara hidup aku..Gawat jadinya.
Kesimpulannya:

orang miskin menjadi papa

orang yang susah menjadi miskin…

orang sederhana menjadi susah

orang senang manjadi sederhana

orang kaya kata relexxxx je….tak apa…

DAN bila malam menjelma

orang miskin & papa kata…. esok ada apa utk dimakan?

orang senang & sedehana kata….
esok makan apa?

orang kaya kata........esok siapa lagi aku nak makan?



1 Comment:

Raihah Rosli said...

Aniem ...silekan jwb tag...kite tag awk kt blog kte!

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online