:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Sunday, October 26, 2008

Kepada Orang yang Tersayang..

Baru2 ni anim dapat banyak respon dari kawan2 yang sentiasa masuk blog anim.. terharu, terkejut dan seangkatan dengannya.. anim tak sangka blog anim ade pengunjung setia jugak sebab blog ni takde menarik sangat pon.. just catitan hidup anim seharian..

Orang2 yang tersayang anim maksudkan adalah anda semua!! terima kasih kerana sentiasa visit blog yang tidak menarik ini.. sentiasa lah bagi komen andai anim ade tercakap kasar atau tersalah fakta.. Huhu..

Kepada kakak sulung anim yang sentiasa melawati blog adikmu ni, janganlah hanya mengintai di jendela.. huhu.. tinggal pesanan ape2 kat shoutmix tu..tak tau kak baca blog adik tiap2 hari.. kawan2 satu sekolah anim n satu u, terima kasih atas sokongan kalian mmberi semangat kepada anim untuk mencurahkan idea dalam penulisan ni..


Pesanan untuk thah, anim belum sempat nak tulis entri padal raye kite bersama di rumah anim.. nanti bile anim dah post, thah baca lah ek.. kepada Aja yang duk kat UK sekarang, visit lah blog anim sokmo kalau rindukan anim.. macamne penulisan anim, macamtu lah mulut anim berbicara.. cuma satu je kurang, aja tak leh dengar suara anim.. huhu..

Kepada kawan2 semua, anim ucapkan semoga berjaya dalam exam.. wishing u the best of luck in ur exam.. buat yang terbaik..tiada sebab untuk kite kata, kite TIDAK boleh.. ok??

How To Study Smart, Not hard??

Dartmouth published a paper discussing ways for students to improve their memory as they study. These tips will help any student study smarter, not harder. Here are some of our favorite study tips:

Recite As You Study

Recitation should first take place as you read through each paragraph or section. Quiz or test yourself. This promotes understanding as well as faster learning because it is a more active process than reading or listening. It also tests understanding, revealing mistakes or gaps. Recite in your own words. Auditory learners should spend more time in reciting orally what they are learning than visualizers. Read aloud passages you find difficult.


Take Fuller Notes

Visual learners should take fuller notes during lectures and their readings, as they learn more readily by visualizing than hearing. Auditory learners should take fuller notes perhaps on their readings. Notes should be in your own words, brief, clear but succinct. They should be legible and neat. Writing notes better reinforces memory than mere underlining, which is frequently done mechanically , often to excess and does not check understanding.


Study the Middle

The best time to review is soon after learning has taken place. The beginning and the end of material is best remembered, so pay close attention to the middle which is likely to be forgotten. The peak of difficulty in remembering is just beyond the middle, toward the end. change your method of review.


Sleep On It

Study before going to bed unless you are physically or mentally overtired. Freshly learned material is better remembered after a period of sleep than after an equal period of daytime activity because retroactive interference takes place.


Connect Ideas Whenever Possible

There are two ways to memorize: by rote (mechanically) and by understanding. Multiplication tables, telephone numbers, combinations to safes, and the like are better learned by rote. ideas, concepts, theories and significances and the like are learned by understanding. Sometimes they work simultaneously.


The more association you can elicit for an idea, the more meaning it will have; the more meaningful the learning, the better one is able to retain it. Always note similarities in ideas and concepts, and put them in their proper place in a larger system of ideas, concepts and theories. A bare literal understanding is often of little valuable. Never be satisfied with a hazy idea of what you are reading. If you are not able to follow the thought, go back to where you lost the trail.

How To Study Effectively??


Disebabkan sekarang dah masuk study week, anim pun rase nak post entri berunsurkan tips2 bagaimana untuk study secara berkesan..

We found a killer list of concentration strategies for students.This list is perfect for those who want to know the best way to cram for an exam. Check this out:

Eat Frequent Small Meals
Avoid eating a big meal before a study session. Too much food will send your body into a ‘rest’ mode. On the other hand, don’t starve yourself either. Frequent small meals are best.

Study When You’re Sharpest
Study according to your body-clock. Are you sharpest in the morning or at the evening? Schedule your most difficult materials when you are mentally at your best, and schedule the easier ones when you are mentally less efficient.

Drink Water Often
Drink plenty of water during a study session, especially when you feel sluggish. Caffeine may help you to stay awake, but it can increase your anxiety - use it in moderation.

Don’t Get Too Comfortable in Your Chair
Choose a chair that supports your back. It should be comfortable, but not too comfortable. Just like an athlete during a performance, your body should be relaxed, so that all your energy goes to where it matters - your brain.

Clear Your Desk of Everything You Don’t Need
Have everything you need on the desk. Put away what you do not need for the study session. Seeing reminders of other assessments or domestic bills may increase your anxiety and distract you.

Take Breaks Every Hour
It is important to take a break before you feel tired and lose your concentration completely. Regular breaks at least once an hour helps to sustain your concentration. If the work is not going too well and you have difficulties in concentrating, you may need a long break and go back to it later

Stretch During Your Breaks
Know and respect your concentration span which will vary from hour to hour and from day to day. When you sit for long periods, gravity draws the blood to the lower part of your body. When you take a break, take a few deep breaths and get more oxygen to your brain: try walking around and doing some light stretching for a few minutes. It will help to release tension in your body, and help your circulation.

Study at the Same Time, Same Place
Study at the same time and at the same place, devoted to study only. This helps you to associate the time and place with studying and concentrating. You will find that you get into a habit of studying as soon as you sit down.

Friday, October 24, 2008

Penangan Nescafe

Penangan nescafe yang cukup hebat!! anim balik dari library rabu malam hari tu.. lalu depan kedai, teringin plak nak minum air nescafe.. dah lame tak minum air nescafe ni..lalu depan restoren tanjung, orangnye terlalu ramai.. mesti lambat nanti untuk dapatkan minuman yang order walaupun order air je.. anim pun jalan pegi ke restoren norma.. tengok situ tak ramai orang.. anim pun order lah nescafe ais.. harganya RM 1.50..

Dari restoren anim terus pulang ke rumah memandangkan jam dah pukul 10.30 malam.. sampai je kat rumah, anim terus menikmati kehebatan nescafe tu.. kow..kow..huhu.. di saat menikmati air nescafe malam tu, anim lupe yang suatu hari dulu ketika belajar di matrik, anim telah mengalami demam yang teruk setelah minum air ni.. lepas minum tu, anim berhajat untuk terus tidur.. tak larat dah nak stay up..kalau stay up, tubuh pun dah penat, study pun tak kan faham..maka, tumbanglah anim di atas tilam setelah menikmati kelazatan air nescafe yang kow kow itu.. hehe

Bangun je pagi esok, mak aiii kepala berat gile.. rasa mcam ade batu yang menumpang atas kepala ni.. bangun dalam pukul 6.15 pagi, anim terus je mandi dengan harapan kepala yang pening ni akan menjadi normal kembali.. hehe.. then, sudah mandi, tubuh dah naik panas.. aii tak jadi ni.. mesti nak demam.. sudah sembahyang, anim pun bukak laci cari panadol.. telan lah 2 biji tanpa sarapan.. sebab iklan panadol dalam TV cakap boleh diambil ketika perut kosong..hehe..anim pun main telan je.. pastu sambung tidur balik..

Bangun pukul 8.30 pagi, keadaan OK sedikit.. anim pun bersiap2lah untuk ke kampus sebab dah janji dengan syikin nak hantar CD kepada Prof.Dr.Nurtjahjadi..Then, lepas tu, anim ke library.. bincang sikit2 pasal asemen bio..lepas balik dari library, tubuh jadi panas.. anim pun tidur je lah.. bangun pukul 4 untuk solat zohor (dah jadi zohor gajah dah), panas tak kurang, kepala makin berat dari pagi tadi.. anim pun dah tak tau nak buat camne..nak telan lagi panadol, nanti akan jadi 4biji.. bahaya jugak.. anim pun sambung tidur.. memang dah tak larat sangat nak bangun untuk aktifkan diri sendiri..nasib baik kelas memang tak de hari khamis..

Bile bangun untuk solat asar, anim terus mandi.. lepas sembahyang anim pun makan nasi kerabu.. kirim dengan kak wanitadi.. biasanya, nasi kerabu tu anim selalu akan makan sampai licin.. tinggal kertas lilin yang balut nasi tu je..tapi semalam, separuh je anim makan.. abg yang bungkus nasi tu plak kebetulan letak 2 ekor ikan.. aii, time aku sakit ni bagi ikan lebih.. time aku sehat, ikan kecik2 je letak..ikan tu pun anim makan sekor je..memang tekak pun rasa pahit nak telan makanan..

Lepas tu, anim tanye housemate2 anim yang ade ubat demam..dah panadol tak berkesan, terpaksa anim telan ubat demam.. tanye2 sume, akhirnnya kak ma ade ubat demam.. lepas sembahyang maghrib, animtelan 2 biji ubat demam tu akhirnya tumbang lagi buat kali yang ke berapa ntah.. kebetulan malam tu jugak orang berpusu2 nak mesej anim nak beli top up.. waduuhh!! mengganggu tidurku.. nak tak nak terpaksa reply lah.. tapi bile dah tersedar dari tidur tu, alhamdulillah dah baik..

Asemen bio anim dah takfikir ape dah.. nasib ade pembantu bertauliah yang sudimembantu anim.. kepada 'b' yang sentiasa disayangi, terima kasih kerana sudi membantu anim menyiapkan asemen bio tu..jasa mu akan ku kenang sampai bile2.. semoga akan menjadi suami yang soleh sebab selalu bantu isteri.. hehehe.. pantun untuk 'b' :

Kalau ada sumur di ladang,

boleh saya menumpang mandi,

kalau ade umur yang panjang,

sem depan pertolonganmu diperlukan lagi.

Terima kasih sebab siapkan asemen anim, 'b' terpaksa tidur pukul 3.30 pagi.. hari ni tidur puas2 eh.. anim tak ganggu nanti.. hehe..alhamdulillah, bangun pagi tadi, tubuh anim dah kembali sihat seperti sedia kala.. terima kasih kepada kak maa yang memberi ubat demam kepada anim.. kepada air nescafe tu, akan ku pantang sampai akhir hayat kerana mu aku jatuh sakit..

Hargailah Pengorbanan Kawan

Sebenar anim terkilan dengan sorang kawan ni.. dan anim mintak maaf banyak2 sekiranya dia terbaca entri yang anim tulis ni.. semalam, dalam kelas Sains Alam Sekitar, Prof. Nurtjahjadi ade pesan suruh hantar CD presentation kepada dia.. memandangkan group anim belum hantar lagi walaupun kami adalah kumpulan pertama yang bentang.. Hehe.. sebenarnya, bukan tidak mau hantar awal2, tetapi Prof ade mintak suruh seorang volunteer untuk kumpul slide presentation dari semua group dan burn kan dalam CD..sebab tu group anim tak jadi nak hantar CD tu by group.. nak tunggu semua group habis present.. Rupenye, tak ada yang nak jadi volunteer..

Then, bincang dengan syikin pasal ni dan anim pun rasa nak burn dalam CD tu yang group anim je.. disebabkan ahli kumpulan kami 3 orang, jadi semasa presentation kami divide lah 1 topik yang besar kepada 3 subtopic..oleh kerana anim takde slide presentation yang syikin n sorang kawan ni, so anim mintak lah tadi.. dengan syikin anim tak kesah sebab kami jumpe plak pada sebelah malam.. dengan yang kawan anim sorang ni anim dah tak jumpe esok sehingga lah hari jumaat masa kelas bio.. anim pun mintak lah dengan dia.. dia tak bawak pendrive yang ada file slide presentation dia..so, dia cakap nanti akan bagi kt anim..anim cadang nak hantar CD tu esok..

Lepas kelas alam sekitar, anim ada kelas termo.. sekali dengan syikin lah.. tengah2 dengar Prof baseri bergurau dengan kami, ada mesej dalam hp anim.. mesej tu berbunyi:

“anim, kamu habis kelas nanti singgah kt bawah umah saya bole ke? Nak bagi pendrive..”

Apa yang anim terkilan:

1) Tadi dah janji nak bagi kat anim.. anim ingatkan dia nak pegi hantar kt rumah anim malam ni atau pagi esok.

2) Jalan untuk anim nak balik umah bukan satu hala dengan jalan nak gi ke rumah dia.. anim perlu jalan ke hujung bangunan dan berpatah balik untuk balik ke rumah anim memandangkan kelas anim di Tadahan Selatan.. Maksudnya, dari Tadahan Selatan tu perjalanan nak balik umah anim lebih dekat berbanding dengan perjalanan untuk ke rumah dia dan berpatah balik..

3) Anim sudah volunteer wakil group untuk burn dalam CD, tak boleh ke dia memberi kesenangan kepada anim menyelesaikan kerja itu.. bukankah itu kerja berkumpulan dan markah yang sama rata kita akan dapat..

4) Dah tanye camtu, takkan anim nak jawab “tak boleh lah..”

Bila korang baca, korang akan cakap anim berkira.. Kenapa ?

1) Anim juga seorang pelajar yang ada tugas tersendiri dan yang ada komitmen tersendiri..

2) Kita sama2 nak exam, nak study, so ape salahnya kite menghargai kawan yang sudah volunteer untuk meluangkan masanya menggabungkan semua slide presentation dari ahli group dan burn..

3) Kite sama2 penat dengan asemen yang berlambak2 pada minggu 14 ni, so kalau korang penat, adakah anim tidak penat??

Kepada kawan anim sorang ni, anim mintak maaf banyak2 lah sebab tak reply mesej kamu.. dah lame anim simpan dalam hati dan hari ni terluah di blog anim sendiri.. menulis entri ini bukan bermaksud anim memang seorang yang sempurna dari semua segi..anim juga mempunyai kelemahan tersendiri.. tetapi, ingatlah kalau kite menyusahkan kawan, Allah akan balas balik apa yang kite buat kepada orang tu dalam apa jua bentuk sama ada kite sedar atau sedar..

Kepada kawan2 anim yang pernah satu group dengan anim, di kesempatan ini anim memohon jutaan kemaafan jika anim ada terkasar bahasa, dan menyusahkan kalian semua sepanjang mengendalikan asemen2.. kepada norasyikin binti nasri, kawan baik yang sentiasa bersama anim dalam apa jua keadaan, terima kasih atas segala dan anim mohon maaf banyak2 andai anim ade buat salah dengan syikin.. memang banyak apa yang kite share bersama dan hanya kite berdua yang tau keperitan atas semuanya..kepada kawan2 anim, anim mohon maaf atas segalanya..

Wednesday, October 22, 2008

Soalan Bonus..

Soalan ni bukan soalan spot untuk nak final exam..

Bukan jua soalan latihan untuk pengukuhan dalam sesuatu kemahiran pengiraan atau kefahaman konsep..

Jua bukan soalan yang menguji minda anim untuk menyelesaikan seperti soalan2 fizk..

Tapi soalan yang membuat jiwa anim tersekse untuk menjawab nya..

Soalannya berbunyi :

" Bila anim nak kawin??"


Itu lah soalannya.. hehe.. jumpe kawan lame mesti soalan ni yang pertama anim akan dengar.. perit haaa telingo den nak dengar.. kalau tau jawapan mesti dah tak menjadi keperitan di hati..hehe.. sebenarnya, perancangan sentiasa ada, tetapi apa yang pasti Allah yang menentukan segala2nya..Korang jangan isau yea.. dah confirm, sure, pasti, tiada kemusykilan lagi, akan ku uploadkan gambar kad kawin sebesar2 nye dalam blog ni tau.. Hehe..
gambar hiasan
InsyaAllah, sorang habuk tak de kawan anim yang anim lupe nak jemput tau..tapi kalu semua datang ramai2, tak ckup makanan camne ek?? tak pe, makanan spare bihun goreng dan kepok lekor.. hehe..bile?? Waallahualam..

Anim Tak Concerned!!

Pagi tadi anim pegi library.. nak siapkan assignment individu untuk Instrumentasi Asas.. Dr Burn ni pon satu.. dah lecture week 14 baru nak bagi assignment.. geram jugak.. bukan Instrument je, Termodinamik dan Biology pun masing2 ade kuiz.. open book quiz.. Puan Fatimah dan cakap, bile open book quiz ni, marking pon kene ‘strict’ la.. huhu.. susah jugak bile open book quiz ni.. baik quiz dalam kelas je.. tak dapat jawab perfect pon tapi mesti markah tak rigid..

Anim sampai kat library lebih kurang pukul 8.40 pagi.. library baru bukak 10 minit yang lalu.. mule2 decide nak makan nasi lemak dulu.. tapi dah tau, bile makan nasi lemak ni, mesti mata pun layu nanti.. lagipun anim dah breakfast dengan minum kopi pagi tadi.. dah bagi energy lah untuk anim nak wat assignment.. lagipun bukan niat nak stay lame pun.. pukul 11 nanti ade lecture TSP lagi.. last week jumpe dengan Puan Naziyah ni.. so, kene datang lah.. nanti rindu nak dengar dia bebel lagi.. Huhu..

Lebih kurang pukul 10.20 pagi, perut bunyi2 main gendang plak.. hampeh betul lah.. orang ngah2 buat assignment ni, dia main musik plak.. klasik plak tu..hehe.. anim pun fikir nak ajak sykin makan lah.. nak makan sorang2 kat student lounge tu malu plak den.. bile mesej syikin, dia suh anim pegi dulu.. anim pun kuar dari library terkedet2 menuju ke arah koop upsi.. amik nasi lemak.. bau aroma nasi lemak ni wat anim tak tahan.. dah lame nak makan sebenarnya tapi dek kerana anim puasa 6 berturut2 jadi hajat tak kesampaian..

Bile dah bayar, anim pun duduk lah dekat akak ni sorang.. tengah2 bukak nasi lemak ni, datang sorang si OKU.. buta orangnye.. kesian.. anim pandang je dia sebab dah tengok ade kawan dia yang pimpin.. bile daun pisang yang bungkus nasi lemak ni terbuke, terkecur air liur.. tak sabar dah nak makan ni.. perut lapar sangat.. yang nampak depan mata ialah ikan bilis, nasi berwarna putih, telur dan timun.. hehe..

Tengah2 anim makan ni, anim rasa macam orang pandang anim.. perasan tul..anim angkat kepala then tengok si OKU tadi pandang anim..anim rasa dia tak buta, tapi rabun yang tahap kronik.. dia boleh nampak lagi tapi jarak yang terhad.. anim pun pandang je lah..then, kakak yang sebelah anim pun tanye anim, dia nak makan ape ek?? Anim pun jawab lah tak tau sebab anim assume kawan yang pimpin dia tadi tu dah tolong beratur beli makanan untuk dia.. alih2 akak tu tanye, “u nak makan ape ek??” ..Then, akak tu tolong lah beli makanan ape yang dia request..

Anim rase malu dengan diri sendiri.. rupenye, dia duk situ tak tau nak mintak tolong sape belikan makanan untuk dia..kawan yang pimpin dia tu ade kelas.. ape punye kawan lah.. tolong lah beli makanan sat.. ape ‘parking’ kawan kat situ jea.. mungkin dia pandang anim nak mintak tolong anim.. tapi anim plak yang syok dengan nasi lemak tu.. terkilan pada diri sendiri seolah2 anim langsung tak berhati perut pada orang kurang upaya..mintak maaf lah wahai saudara istimewa ye.. kesimpulannya, anim tak concerned pada persekitaran dek penangan nasi lemak yang sedap..Moral of the story :

1.Jadi lah orang yang prihatin pada persekitaran
2.Janganlah syok sendiri dengan nasi lemak tu
3.Breakfast dulu supaya nanti kalu pegi student lounge tak nampak macam orangkebuluran.

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online