:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Wednesday, February 11, 2009

Saya Tension!!

Mengapa??


1. Buat 6 graf untuk eksperimen Elektromagnet yang garf nye ntah pape.. pusing atas bawah, gradient yang dapat tak same dengan teori value..

2. Tutorial Fizik Moden dan Elektromagnet yang tak siap agi.. esok kene submit.. tutorial EM yang ntah pape soklan nye.. soalan yg diuji macam untuk bakal engineer.. I'm not engineering student, but education student, major in physics.. wawawawa...

3. Kene fikir nak ngaja Prinsip Archimedes.. kene betul konsep dan pandai attract student.. kalu tak kelas bosan!!

4. Lab untuk 3 subjek ada setiap minggu.. kalu sem lepas, lab selang 2 minggu dan tutorial tak ada.. bulih rilek sikit n wat asemen lain..

Kesimpulan :

1. Tahniah untuk diri sendiri yang berjaya memeningkan kepala berfikir tentang graph yang ntah pape tuh..

2. Tahniah jugak kerana menangguhkan kerja menyiapkan tutorial Fizik Moden yang dah download dari portal hampir 2 minggu.. terbengkalai dan file tu duk senyap2 dalam laptop..

3. Nak muntah fikir nak solve probelm EM.. naik muak.. kertas dah banyak membazir sebab duk kira2..

p/s : sape ade otak lebih bulih bagi pinjam tak?? nak replace otak yang sedia ada.. dah jam dah ni.. :-)

Tuesday, February 10, 2009

Layan Pictures..

Nak post entri, tapi penat nak taip.. this week memang bz sesangat laa.. program untuk ke sekolah start jumaat ni hingga ahad.. lepas program tuh setel, kene prepare untuk macroteaching pulak.. sem ni memang 'berat' jugak subjeknya.. tapi tak pe, sem depan memang dapat rilek.. yahuuuu!! anim tak nak bagi blog ni sunyi tanpa entri, anim pun upload gambar ank2 buah.. rindu akan mereka!! tapi gmbar yg terpilih kat entri ni hanya ank bongsu kakak2 anim buat mase ni.. :-)

Nama dia Ahnaf Rasydan.. kelmarin baru genap setahun.. lahir pada 08.02.2008.. tak leh lagi nak berjalan.. just merangkak je.. itu pun kalu dia rajin nak angkat punggung :-) .. kalu malas, dia ngesot kan tubuhnya sahaja.. kelajuan untuk mengesot tubuh lebih tinggi dari kelajuan untuk merangkak.. hehe.. gigi baru tumbuh beberapa batang.. hehe.. tapi jarang nak dengan orang.. hanya nak dengan ibu, baba dan kakak (maid).. so, anim jarang berkesempatan untuk dukung dia sebab dia akan nangis.. lagipun berat.. nampak je kurus, tapi berat tulang !!


Ni pulak twins.. muke tak same kan?? memang kembar tak seiras pun.. anak kakak anim yang sulung.. lahir pada 08.05.2006.. usianya 2 tahun lebih hampir nak 3 tahun.. mase anim mule2 nak masuk UPSI, kembar ni baru lahir.. sebelum family anim hantar anim ke UPSI, singgah dulu ke Seremban untuk lawat twins.. besenye berebut kalu tengok baby sebab ade satu, so yang ni tak payah berebut sebab ade dua.. hehe.. si kakak name Alisya Nur Dania dan adik Arisya Nur Iman.. Iman susah untuk nak senyum.. sombong!! tapi kalu dia senyum, manis orangnya.. senyuman mahal tuh.. si Dania pulak suke senyum, suke tegur orang.. terlebih ramah pulak! hehe..



Ni muna.. tersangat yang tersangat lah banyak cakapnya.. hehe.. mungkin sebab name penuh pun dah panjang berjela... hehe.. Eirdina 'Ilmuna An-Nasireen.. ade je idea dia nak cakap dan nak membantah cakap orang.. tapi ade relevan jugak kadang2 mende dia ckap.. contohnya, kerajaan melaksanakan undang2 wajib pakai tali pinggang bagi penumpang di belakang.. dia tanye ummi, "kalau muna baring nak pakai tali pinggang camne??" dan cubaannya memakai tali pinggang yg ditengah2 tu lalu dibaringkan tubuh nampaknya berjaya.. hehe.. dia kate, kalau polis tahan mase muna tidur, muna tak salah sebab dah pakaikan tali pinggang ni.. hehe.. anak pertama dan bongsu kakak anim ke3 untuk setakat ini.. kak ma, tak faham2 lagi ke?? hehe..

Monday, February 9, 2009

Kerana Sebuah Persahabatan..

Hari ini ada dua insan yang menggembirakan hati anim.. sungguh anim tak sangka.. kerana persahabatan itu, mereka utuh untuk berdiri bersama-sama dengan anim, bergelak ketawa dan bergurau senda.. siapakah mereka??

***************************************************************************************
Pukul 5.00 petang, handset anim berbunyi.. mase tu tengah tido.. dah alarm untuk bangun 5.30 petang.. tubuh tak de la letih sangat, tapi memang dah habit untuk tido waktu petang.. tapi ade setengah orang cakap tido petang melembabkan otak!! betul ke?? hehe.. lembab sekejap je kot.. bile dh goyang2 cikit otak, aktif laa dia.. ngeh3..

Tengok kat skrin handset, no tak tertera hanya menulis 'Calling' sahaja.. pelik jugak.. bese2nye kalau nombor yang tak der dalam list akan tertera nombor tuh.. tapi ni tak.. then anim angkat laa.. tak berapa cam sebab mamai lagi tido.. suara perempuan.. dia pun tanya anim, kenal tak sape ni?? masya ALLAH.. aja rupenye..

Aja merupakan kawan anim mase sekolah menengah.. tapi hanya 3 tahun bersama dia sebab naik tingkatan 4 dia bertukar sekolah.. hubungan kami tak der laa rapat sangat mase tingkatan 1 -3.. tapi bile naik tingkatan 4, kami jadi makin rapat.. sentiasa sembang bersama.. tapi sebab permintaan mak dan arwah ayahnya supaya berpindah sekolah lain, dia pun pindah laa.. sedih jugak laa.. sehingga kan dia tak bagitau anim dia nak pindah.. tapi akhirnya memang anim tau.. hehe.. dan yg mengingatkan janjinya pada anim, "aku akan mari sokmo sini lawat mung.."

Sehingga la dari saat tuh, setiap kali pulang dari asrama, anim akan bergayut dengannya di tepon.. hehe.. kalu budak2 sekolah zaman sekarang sebuk bergayut dengan pakwe2, zaman anim sekolah dulu anim bergayut dengan sahabat sama jantina je.. seronok sembang sebab anim ni bile dah mula bersembang, tak akan ade titik berhentinya.. bak kata dalam hidup anim, tak der 'lampu merah' dalam bersembang..ngeh3..

Sekarang Aja blaja kat Birmigham, UK.. maknanya anim mendapat panggilan dari UK tadi.. sepanjang Aja duk sane, ini kali kedua Aja tepon anim.. first dia tepon, amat jakun laa anim sebab bile kite sembang dalam tepon pada jarak yang amat jauh, suara kite akan lambat didengar oleh sorang lagi.. so, bile bercakap akan bertindih2 laaa..

Aja tepon anim bertanya kan sesuatu... sesuatu itu yang membuatkan kami bergayut selama 45 minit.. adus.. dari UK-Malaysia, tak tau berapa Aja habiskan kredit.. bile anim cakap tak pe ke ni, dia cakap, tak kesah pun.. kerana sebuah persahabatan, kite akan sanggup buat apa saja.. thanks Aja.. hehe..

Itu kisah Aja..

*************************************************************************************

Dalam kul 6.30 petang, T-hah hantar mesej ke anim.. dia cakap rindu.. kerana sebuah persahabatan, jasad tidak bersua tapi hati tetap bersama.. T-hah ni pun same dengan cite Aja.. kami rapat mase tingkatan 4.. tak sangka T-hah bertukar sekolah sebab dia n anim berjanji nak stay sekolah tu sampai tingkatan 5..

Anim ingat lagi, mase tingkatan 3, T-hah datang mintak maaf nge anim.. rupenya dia 'lubang'kan baju sekolah putih anim nge seterika.. hehe.. takut2 dia.. sebenarnya anim n dia pengawas.. ada kala kami berpakaian baju sekolah putih.. ye laa, kadang2 rase nak pakai same dengan kawan2 jugak kan.. asik baju biru macam polis je.. ngeh3..

Bila dia tengok anim langsung tak marah dan tak nampak air muka ingin marah, dia jadi serba salah.. bagi anim, mende dah berlaku.. nak marah bukan baju tu akan hilang pun lubangnya.. hehe.. sejak itu laa kami rapat.. lagi satu, kami ade sifat yang same.. hehe.. gelak kuat2.. bukan laa sengaja dikuatkan, tapi dah memang natural.. hehe..

Kami tidak bulih bersua sebab kami akan gelak kuat2 bile ade cite2 lucu.. untuk berjumpe perlu ke tempat sorok2 sikit, baru puas nak ketawa.. nasib baik pompuan2.. tak der la menimbulkan fitnah kalau duk tempat sorok2 sikit.. ngeh3.. sememangnya Aja memahami kami sebab bese kalu jumpe akan bertiga... anim, tihah dan aja..

Dan mesej petang tadi, t-hah cakap nak jumpe anim sebelum anim kawen.. kerana sebuah persahabatan, dia mungkin rase 'kehilangan' bile anim kawen nanti.. maklum laa, pergerakan mungkin sedikit terbatas sebab dah bersuami.. untuk menghargai mase2 yang ada, anim plan untuk berjumpe dan anim akan turun KL stay kat UKM dan berjalan2.. semoga tihah akan berpuas hati nanti dan menghargai detik2 bersama anim.. :-)

*************************************************************************************
Ada gambar untuk diuploadkan.. nanti la yea.. internet slow ni.. semoga persahabatan ini akn kekal selamanya walaupun status anim akn bertukar nanti :-)

Saturday, February 7, 2009

Mau Diberesin

Em... berikut senarai tugasan-tugasan yang sedang beratur menunggu giliran untuk anim menjenguk, menjamah dan menyiapkannya.. haha..

Assignment


1. KPT (penulisan ilmiah)
2. Pengenalan Biology 2 (Model Nutrition )
3. Microteaching (Work)
4. Kaedah Penyelidikan ( tajuk belum dibincangkan)


Journal
1. About education (prepare untuk mulakan proposal)


Tutorial
1. Fizik Moden
2. Electromagnet


Lab Report
1. Pengenalan Biology 2
2. Fzik Moden

3. Electromagnet


SO, conclusion nya start hari ni dah kurang kot update blog.. bulih dipercayai ke?? ngeh3..

Susahnya Menjaga Hati

Artikal ini dicari, dicopy dan di'paste'kan untuk peringatan pada diri sendiri yg begitu sukar untuk menjaga hati.. tatkala mencari artikal tentang penjagaan hati, hati begitu melonjak2 rase kemarahan, ketidakikhlasan, kekecewaan dan kebencian pada seorang hamba Allah ini.. lalu, penulis berusaha untuk mencari artikal demi untuk merubat hati yg sedang sakit ini.. semoga ALLAH memberi hidayat kepada penulisan dalam menempuh hidup seharian..


Sumber : Cahaya Mukmin [KLIK]


Susahnya menjaga hati. Sedangkan ia adalah tempat pandangan Allah. Ia merupakan wadah rebutan di antara malaikat dan syaitan. Masing-masing ingin mengisi. Malaikat dengan hidayah, syaithan dengan kekufuran. Bila tiada hidayah, ada ilmu pun tidak menjamin dapat selamat, sekalipun ilmu diperlukan

Susahnya menjaga hati. Bila dipuji, ia berbunga. Terasa luar biasa. Bila dicaci, aduh sakitnya. Pencaci dibenci. Bahkan berdendam sampai mati. Bila berilmu atau kaya, sombong mengisi dada. Jika miskin atau kurang ilmu. Rendah diri pula dengan manusia. Adakalanya kecewa. Kemuncaknya putus asa. Pada takdir yang menimpa, kita susah untuk redha. Ujian yang datang, sabar tiada. Jiwa menderita.

Melihat kelebihan orang lain, hati tersiksa. Kesusahan orang lain, hati menghina. Bahkan terhibur pula. Suka menegur orang, tapi bila ditegur hati luka. Aduh susahnya menjaga hati. Patutlah ia dikatakan raja diri. Bukankah sifat sombong pakaian Raja?!

Bukan mudah menahan marah apabila orang marah kepada kita atau orang membuat kesalahan kepada kita. Bukan mudah tidak membalas terhadap orang yang menganiaya dan memfitnah kita. Sedangkan mereka menyusahkan kita, dan kita pun menderita dibuatnya.

Tidak mudah menahan perasaan hati agar tidak berbunga ketika ada orang memuji kita. Apakah kita boleh menolak pujian itu dengan rasa hati bahwa kita tidak layak menerimanya? Tidak mudah, biasanya hati sedap dan berbunga rasanya.

Apabila kita berhadapan dengan orang serba istimewa, ada yang kaya, berjabatan tinggi, tinggi ilmunya sedangkan kita orang biasa saja, biasanya kita inferiority complex dibuatnya, malu pun timbul. Dapatkah kita merasa biasa saja, tidak terasa apa-apa?

Yang penting kita dengan Tuhan ada hubungan senantiasa, takut dan cinta. Terasa bahagia dengan Tuhan, rasa senang dengan-Nya yang lain tidak ada arti apa-apa. Apakah mudah hati kita menahan derita bila mendapat bala bencana? Tidak mudah, biasanya hati kita derita dibuatnya. Kita rasa kecewa, kita rasa orang yang malang hidup di dunia. Kita tidak dapat hubungkaitkan dengan hikmah dan didikan Tuhan kepada kita. Bahkan biasanya selalu saja buruk sangka dengan Tuhan yang melakukannya. Hati kita rasa bahwa tidak semestinya Tuhan menyusahkan kita.

Begitu jugalah kalau kita orang istimewa, berilmu, berjabatan tinggi, kaya! Biasanya rasa megah datang tiba-tiba, sombong pun berbunga, mulailah kita menghina. Hidup kita pun mulailah berubah, sebelumnya beragama lupa agama. Kalau dahulu dapat bergaul dengan orang biasa, sekarang kawan kita golongan atas saja. Hendak bergaul dengan orang biasa seperti dahulu rasa jatuh wibawa.

Begitulah hati manusia sentiasa berubah-ubah apabila berubah keadaan. Karena itulah kita disuruh berdoa: “Ya Allah tetapkanlah hati kami di atas agama-Mu, dan mentaati-Mu.”

*************************************************************************************

Semoga setelah membaca artikal ini, penulisan dapat menukar ketidakikhlasan menjadi ikhlas untuk membantu 'orang itu'.. bukan sebab apa, sebab hipokritnya dia depan penulis menyebabkan penulisan menyampah.. alahai, sabar lah wahai hati ku.. what u give, u will get back..

Kelaparan..

Hari ni ade meeting pasal program untuk ke sekolah.. bangun pagi tadi anim tak sempat untuk breakfast dulu memandangkan tengok jam hampir kul 9.. bangun agak awal sebab nak siapkan jawapan untuk modul.. bangun kul 8.. kire catat sejarah laa hari cuti bangun kul 8 ni.. hehe.. nasib baju dah di'iron'kan, kalau tak pakai baju kedut2 laa.. ngeh3.. mandi2 dan bersiap, kul 8.50 kuar dari rumah gi print dan fotostat..

Cerita di kedai fotostat pula, anim mintak abg tu print dan fotostat untuk 17 keping.. list peraturan yg perlu dipatuhi ketika program.. memandangkan jam tiada di tangan, anim jadi kelam kabut.. tengok dinding sebelah kanan n kiri, tiada jam yang tergantung dalam CC tu.. adus.. dah kul berapa gamaknya.. malu laa kalu sampai2 anim yg orang terakhir.. bile abg tu fotostat, dia tinggalkan mesin tuh dan buat kije lain..

Bila dah siap kertas difotostat, abg tu tengah sembang pulak dengan pekerja dia.. adoi, den nak copek ni.. last2 tunggu abg tu habis sembang kompem lambat.. anim pun gi amik sendiri yg dah difotostat dan angkat bahagian penutup atas mesin tuh utk amik yg original.. then, baru laa abg tu baru sedar fotostat dah siap.. dia pandang anim dan berkata, "eh, dah amik sendiri dah.." anim pun senyum je..

Sampai kt bilik meeting, tengok kt luar, baru ade sepasang sandle.. terdetik pulak dalam hati, 'jangan laa salah tempat.. nanti lagi lambat..' bile bukak pintu tengok2 kawan anim.. alhamdulillah, tempat tak salah.. cume kawan2 yg belum datang laa.. hehe.. ingatkan jadi orang yang terakhir, rupenye yg kedua terawal.. :-)

Bile meeting dah tamat, terus gi kedai beli barang untuk buat model.. lepas beli barang, anim pun ke rumah kawan anim utk tengok contoh proposal dan thesis.. mase tu perut tak jerit2 cakap lapar walaupun dah melepasi waktu lunch.. hehehe.. lebih kurang kul 1 anim balik rumah.. kemudian masak..

Disebabkan bahan basah dah habis, so buat nasi goreng je laa.. nasi goreng kicap.. warnanya tidak laa sehitam nasi goreng kicap kt kedai.. ni kes nak jimat kicap ni.. ngeh3.. disebabkan nasi goreng anim yang tak hitam, so anim namakan 'Nasi Goreng Sawo Matang'.. hehe.. tengok laa pic kat bawah.. tak sedap sangat pun, tapi tak der la tawar n masin.. bulih dikunyah dan ditelan sehingga perut menjadi kenyang...dah siap2 makan, terfikir ' baca doa tak tadi?'.. tak bace doa pun, Bismillah memang dah bace..



Inilah rupe Nasi Goreng Sawo Matang..

Alhamdulillah.. Kenyang..

Kerepok menambah keenakan nasi goreng..

p/s : sebenarnya, gambar nasi goreng dalam pinggan di atas telah ditambah untuk kali kedua... ngeh3.. boleh bayangkan tak tahap kelaparan anim..

Friday, February 6, 2009

Perkataan Hari Ini..



Tadi rum mate anim tanye maksud hipokrit.. disebabkan anim pun dah on laptop, so surf internet laa cari.. kamus dewan tak der kat rumah ni.. bile dah jumpe meaning for that words, rase nak post kat entri je.. sebagai peringatan utk diri sendiri supaya jgn hipokrit dgn orang.. blog kan sebagai catatan peribadi seseorang yg ingin dikongsi dengan orang lain.. so, tak salah kan if I publish for this entri?


Hipokrit : membawa maksud seseorang yang mengutarakan kepercayaan & pendapat yang bukan pegangannya sendiri.

Hipokrasi : perbuatan mengutarakan kepercayaan & pendapat yang bukan pegangannya sendiri, falseness atau kepalsuan, kepura-puraan.

Itu lah perkataan yang dipelajari pada hari ini.. selame ni pernah dengar perkataan hipokrit je.. tapi hari ni bertambah 1 lagi perkataan hipokrasi.. [mcm budak2 baru nak blaja je..] tak salah utk kite blaja dan blaja kan.. menuntut ilmu biar hingga ke liang lahad.. itu kata pujangga yg femes laa.. dalam menuntut ilmu, jgn lah kite hipokrit.. jika kite tak tahu akan sesuatu, jangan malu utk bertanya.. yg malu bertanya tu akan merugikn diri sendiri.. then, mula laa meng'hipokrit'kan diri sendiri.. anim tak suka orang hipokrit depan anim.. dan anim percaya org lain pun tak suke kite hipokrit depan dia.. so, kalau kite tak suke, jangan buat kt orang..

p/s : Membantu rum mate mencari perkataan ni dan akhirnya jumpe.. dah bulih siapkan laa asemen dia.. huhu..

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online