:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Friday, September 12, 2008

Jika Aku Pon Ada..

Semalam tengah siapkan assignment Biologi, aku pun berbual dengan Kak Wani, room mate aku.. Dan setelah siap edit assignment tu, aku pun tanye Kak Wani dia ade tak software untuk convert dari Microsoft Word ke PDF.. Aku terfikir adalah lebih baik aku tukarkan dulu format assignment aku daripada Microsoft Word ke PDF supaya lecturer senang nak baca.. Dan tibe2 aku teringat lah yang aku pernah minta software tu dari kawan aku..

Seingat aku, software tu aku telah burn dalam CD.. Aku pun mencapai bekas CD dekat almari dan mencari CD berlabel 'software'.. CD tu tak ku jumpa.. Akhirnya aku ternampak satu CD tertulis gambar.. Aku pun insert disc dalam laptop.. Dan bile ku bukak file2 yang tersimpan dalamnya, rupenye tu semua gambar twins...

Gambar ni diambil ketika baru beberapa minit twins ni lahir..

Setelah 5 bulan dilahirkan..

Setahun kemudian..

2 tahun..

2 tahun lepas, ketika itu aku sedang belajar di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan.. Memilih matrik ini disebabkan dekat dengan rumah kakak aku di Seremban.. Sejak 3 4 hari, dia sudah jarang telefonku.. Dan hari tu dia menelefon ku.. Dia kate kandungan dia bermasalah.. Dr cakap baby besar sangat, takut nanti kene bersalin secara paksa..Then, dia gitau aku nak gi refer pada specialist.. Pakar terdekat adlaah Hospital Pakar Seremban..

Seminggu kemudian, dia ade telefonku lagi dengan nada gembira. Katanya, "Kak pregnant anak ke-5 dan ke-6"..Aku dengan excitednya menjerit kat telefon tu.. Aku pun cakap, "nak jugak"..Hehee..Tak kawen lagi dah gatal nak anak.. Kakak aku pun cakap, "Suh lah si Zubir tu 'adjust'.. Dia kan Dr.."..

Aku ketawa riang.. Sepanjang temph mengandung dia aku jarang ke rumahnya..Busy sebab matrik dah masuk semester 2.. Aku kena struggle time ni sebab tak nak dapat kos 'lelong' nanti.. Tapi pernah aku pergi ke rumahnya, kesian aku tengok.. Alahan teruk sangat.. Bile aku tanye bakal suamiku, memang dia cakap pregnant kembar alahan sangat teruk.. Dan pada awal tempoh kehamilan, kalu seorang ibu itu terlalu kuat alahannya dari biasa banyak kemungkinan yang ada.. Samada mengandung anak luar rahim, kembar atau ape ntah satu lagi.. Aku dah lupe.. Hehe..

Aku sentiasa berfikir camne kalau Allah mengurniakan aku sepasang kembar jugak.. Larat ke aku nak bawak sepanjang 9 bulan dengan saiz tubuh ku yang kecil ni..Tapi aku pernah bersembang dengan kawan aku pasal ni, dia pon cakap, "Anim tak tengok ke mak kite? Mak kite kan same besar dengan anim je.. Tapi boleh je pregnant kembar..".. Aku pon ketawa jea.. Dalam hati aku berkata, alangkah bahagianya jika aku pon ada..

Wednesday, September 10, 2008

Janganlah Menjadi Manusia Berkira..

Nukilan ini ditulis bukan untuk merendahkan diri sesiapa.. Sekadar untuk renungan diri sendiri yang serba daif ini dan peringatan kepada sahabat pembaca sekalian..

Tadi sebelum aku ke kelas aku dapat menyaksikan satu pergaduhan kecil.. Bukan pergaduhan mulut atau tarik rambut atau bercakaran sana sini, tapi pergaduhan secara psikologi.. Pokoknya yang menjadi punca adalah kerana 'berkira2".. Secara halusnya, aku memohon maaf kerana aku tidak dapat menulis se detailnya tentang pergaduhan itu, tapi apa yang aku nak bincangkan adalah 'janganlah menjadi manusia yang berkira'..

Setiap rezeki tak kira makanan, duit, kesihatan mahupun kelapangan adalah kurniaan dari Allah.. Namun, manusia sering lalai dengan kenikmatan yang berlimpah ruah ini..Betapa sayangnya Allah pada kita dan betapa alpanya kita dengan kenikmatan tersebut dan betapa ruginya kita tidak termasuk dalam golongan yang bersyukur..

Ingatlah wahai sahabatku sekalian, setiap nikmat yang kita dapat di atas dunia ini adalah semua dari Allah.. Tidak hairanlah apabila rezeki senang dapat dan senang pergi.. Contohnya, baru2 ni aku kehilangan RM3000.. Aku rasa itu bukan satu jumlah yang kecil lebih2 lagi aku masih bergelar pelajar.. Senangnya duit itu berlalu pergi.. Namun, aku bersyukur kerana Allah 'mengambilnya' kembali hanya sebanyak itu.. Bagaimana jika Allah menarik balik lebih dari RM3000?? Jadi aku bersyukur.. Paling kurang aku masih mempunyai baki untuk berbelanja.. Dan aku tau, rezeki yang aku dapat adalah 'kelulusan' dari Allah ke atas kemahuanNYA.. Siapalah aku untuk menyangkal apatah lagi mempersoalkan kenapa duit aku hilang???

Aku dapat menerima dengan redha.. Duit itu adalah duit biasiswa KPM aku.. Jika Allah tidak memakbulkan doaku, adakah aku akan dapat menjalani hidupku sebagai mahasiswi dengan 'percuma'?? Segala perbelanjaan ditanggung kerajaan.. Bukankah itu satu nikmat buat diriku.. Apa yang aku nak tekankan di sini, minta maaf jika aku ada terkasar bahasa.. Aku amik contoh terdekat, kawan baik aku.. Dek kerana terlalu berkira, aku sentiasa lihat hidupnya tidak pernah rasa 'cukup'..

Itu aku ambil contoh duit.. Apa pula dengan nikmat kelapangan dan kesihatan?? Susah ke untuk kita bangun sembahyang awal di waktu Subuh.. Siapa kah kita untuk berkira dengan Allah?? Tuhan sekalian Alam.. Susah sangat ke untuk kite membaca sehelai kalam Allah dalam Al-Quran.. Busy?? Nabi kite, Nabi Muhammad lebih sibuk dari kita, tetapi ada je mase untuknya membaca dan mengangungkan kalam Allah..

Kadang2 aku sedih tengok kawan2 aku,, sanggup membuat kerja lain daripada mengawalkan waktu solat.. Aku juga kadang2 alpa dengan kenikmatan dunia.. peringatan ini aku tujukan khas untuk diriku yang pertama..Tangan yang rancak menulis, mata menusuk ke skrin komputer dan telinga mendengar setiap patah yang di baca.. Pesan mak aku,
"awalkan waktu solat.. malaikat sentiasa turun ke bumi melihat adakah kita sudah menunaikan amanah dan mereka akan naik semula ke langit dan 'memberitahu' dengan kesalnya kepada Allah, Hambamu belum sujud menyembahMu.."

Wahai kawan2 sekalian, sedarlah sekalian, nikmat kejayaan, rezeki yang disuapkan ke dalam mulut, kelapangan yang ada, kesihatan yang baik adalah dari Allah.. janganlah terlalu berkira dalam melakukan sesuatu ibadat kepadaNYA..Tanpa-NYA, adakah kita boleh hidup dengan sempurna?? Allah tidak pernah melupakan kita walau sesaat, tetapi kita sentiasa lupe kepada NYA..

Nukilah ini ditulis dari seorang insan biasa, bukan seorang alim ulama' yang penuh ilmu agamanya, bukan seorang ustazah yang lantang berbicara.. Nukilan ini ditulis untuk mengajak wahai sahabat pembaca dan diri ini sendiri supaya sentiasa mengingati ALLAH dalam apa jua keadaan dan bukan dalam keadaan genting sahaja..

Ke Mana Zaman Kegemilanganku??

Nukilan ini tidak bermaksud untuk membanggakan diri tetapi sekadar luahan hati sahaja..

Semalam aku diberitahu markah mid term Termodinamik dah ditampal kat luar.. Perasaan berdebar tu terus menyelebungiku.. Sebab masa mid term hari tu, aku tidak dapat menjawab dengan sempurna mana mungkin untuk aku mendapat markah yang tinggi..Hajat dihati mahu menghantar lab report termo dulu, tapi bila syikin beritahu markah termo dah keluar, aku pun berjalan menghala ke pintu timur untuk ke bilik prof..

Bile sampai je kat bilik dia, aku pon segera mencari nombor matrik aku.. First aku tengok digit kt belakang 97 kat belakang dan markah nya 26.5...Lepas tu, bile aku cari no matrik kawan2 aku tak ada.. Tak munasabah sebab no matrik kami dekat2 sahaja nombornya hanya selang beberapa digit sahaja.. Bila aku tengok balik yang markah 26.5 tu, rupenye no matrik penuh adalah 20061026297 tapi aku 20061026497..wawawawa..Salah tengok yang orang lain punye..Hehehe..

Pengajaran dari tu, aku pun melihat dengan teliti nombor matrik ku.. Bila dah jumpe tercatat lah 25 sahaja.. Total markah adalah 30.. Aku kecewa..Tengok kawan2 ramai yang lebih tinggi dari aku..Mana zaman kegemilanganku yang dulu???

Sejak dari semester 1 hingga 3, aku sentiasa dapat 'lebih' dari kawan2.. I mean fizik lah sebab aku memang suke fizik.. Starting dengan Fizik Asas 1, Fizik Asa 2 dan Pendahuluan Mekanik, aku sentiasa dapat skor bila kuiz, mid term dan final..Tapi bile masuk je semester 4, aku dah kurang bersemangat untuk belajar fizik.. Mase sem 4, aku amik Elektronik Asas dan Getaran, gelombang dan Optik.. 2 subjek ni amat contra yang mana elektronik belajar tentang toeri yang terlibat atau proses ketika aliran arus dalam sesuatu litar manakalan getaran, gelombang dan optik belajar tentang getaran sesuatu gelombang dan tentang optik include kanta dan lain2..
2 subjek ni memang aku tak dapat skor.. First, elektronik asas aku tak dapat skor sebab Dr Syed terlalu menekankan student centered learning.. Pengajaran yang tidak menggunakan slide show power point menyebabkab kelas menjadi bosan dan kerja utama yang aku buat bile masuk kelas EA ialah main handphone.. Bukan berblas mesej tetapi main game dalam tu..

Untuk subjek GGO, aku tak dapat skor sebab langsung tak faham ape yang Dr Rosazley gitau.. Kelas yang sentiasa dibatalkan dan pengajaran yang aku berterabur.. Mintak maaf sangat2..Dan paling mnyedihkan, untuk final paper ni, aku langsung tak tekankan bahagian getaran dan gelombang... Aku aimkan topik optik dan nak jawab soalan optik..bile dah dapat soalan, aku terus pangkah soalan berkaitan getaran dan gelombang tanpa membacanya dulu.. Bile tengok soalan optik yang agak susah, aku terus jadi blur..dan jawab ntah paper.. Then, bile tinggal lagi 5 minit untuk hantar, hati aku terdetik untuk baca soalan tentang getaran dan gelombang, rupenye soalan hanya basic sahaja..dan aku pun boleh jawab walaupun aku tak baca tajuk tu.. Bile difikirkan balik, mase pun hanya tinggal 5 minit, aku tak bercadang untuk menjawab dan kesudahannya aku redha dalam kekecewaan dan tawakal pada Yang Esa..

That's why aku tak leh jawab dengan baik 2 subjek tu..Kegagalan menjawab dengan baik menyebabkan aku berada di 'bawah' kawan2 aku.. Semua dapat B, B+, A- dan A manakala aku hanya ...... sahaja.. Sedih yang teramat sangat.. Walaupun PNGK aku tidak turun, tetapi subjek fizik aku yang turun dari biasa yang aku dapat... First dalam semester subjek fizik aku dpt gred seperti itu..

Bila dah naik semester 5, ia betul2 memberi pengajaran kepadaku.. Apabila aku sudah terasa bagaimana perasaan duduk ' di bawah' baru aku tau betapa peritnya. Dan azam aku, aku akan naikkan gred fizik aku seperti sem 1, 2 atau 3 dulu.. Mase jumpe dengan PA aku, dia hairan kenapa keputusan aku begitu jauh berbeza dengan semster sebelum2 ni.. Dan untuk menyedapkan hati, aku pun berkata kepada Dr Rosazley,
"Insya Allah Dr saya akan dapatkan major fizik sem ni paling rendah pon A-.."

Itu sudah menjadi satu perjanjian.. Sejauh mana aku dapat menunaikan janji itu aku sendiri pon tidak pasti.. Bukan tidak berusaha, malah kekangan masa menyebabkan aku tidak dapat menumpukan subjek2 dengan sepenuhnya.. Contohnya, minggu ini sahaja banyak assignment yang perlu aku siapkan.. Bila masa dah dipenuhi dengan membuat assignment, ke mana perginya masa study ku?? Aku sendiri pon tidak pasti..

Yang pastinya soalan yang sentiasa menjadi tanda tanya kemana perginya zaman kegemilanganku?? Aku pernah cemerlang dulu, mengapa aku tidak dapat kekalkannya?? Dan azam aku, aku nak bagi 'hadiah' yang istimewa kepada ibu bapa ku di kampung dan bakal suami ku.. Insya Allah.. Doakan kejayaan ku di sini..

Monday, September 8, 2008

Bahagianya Bila Mempunyai Cahaya Mata..

Baru2 ni kawan saya (lelaki) baru menerima kehadiran cahaya mata dalam hidupnya bersama pasangan. Kawan bukan satu sekolah, tapi kenal ketika kami menyertai kem Persatuan Usahawan Muda di Cheneh Resort, Kemaman. Mase tu tingkatan 4. Saya hanya kenal nama nya sahaja dan tau dia salah seorang Ahli Lembaga Pengarah dalam syarikat sekolahnya. Dan pada malam akhir saya di kem, fasilitator meminta setiap sekolah membuat persembahan dan yang saya ingat kawan saya ini menyanyikan lagu 'Kasih Sayang' nyanyian dari kumpulan Raihan.

Dan pada awal tahun lepas, bakal suami saya ada memberitahu salah seorang kawannya ingin berkahwin dan apabila saya tanya namanya, rupa nya individu itu adalah orang yang sama dengan yang saya kenal jugak. Cuma, bakal suami saya kenal dia ketika sama2 belajar di Darul Quran, Kuala Kubu Baru. Ketika itu saya agak terkejut sebab kami masing2 baru berumur 20 tahun. Mungkin jodohnya sampai awal.

Dan pada tengah tahun baru ni, saya diberitahu isterinya hanya menunggu date due sahaj. Alangkah bahagianya menanti kehadiran cahaya mata. Saya belum diberi nikmat sebegitu. Dan apabila saya masuk ke blognya untuk melihat gambar baby, alangkah sejuknya mata saya menatapkan wajah seorang yang suci. Bukan baby nya sahaja, malah anak2 kakak saya juga pun saya menatap dengan perasaan yang sama.

Membesarkan seorang anak bukan satu kerja yang mudah. Anugerah Tuhan yang perlu diberi kasih sayang, belaian, didikan khususnya didikan agama, keperluan seharian dan pelajaran. Kurangya salah satu elemen tersebut boleh membuatkan anak kita gagal untuk meniti hidup di alam dewasa nanti. Allah menganugerahkan cahaya mata kepada hambaNYA yang mampu untuk menjaga. Cuba kita selidik, maafkan saya jika saya ada terkasar bahasa, golongan yang kaya biasanya akan memiliki anak kurang dari 3 atau 4 orang. mengapa?? mungkin mereka tidak dapat memberi semua elemen yang disebutkan tadi dengan sempurna contohnya kasih sayang dan belaian. dan bile kite tengok paparan Bersamamu TV3, kebanyakkan mereka akan memiliki cahaya mata lebih dari 5 atau 6 orang. Mengapa??

Pendapat saya bahawa golongan ini mampu memberi kasih sayang dan belaian yang cukup serta didikan agama yang sempurna (insya Allah), tapi mereka kurang mampu untuk menyediakan keperluan asas dan pelajaran dengan sempurna. Jika difikirkan rasionalnya, keperluan asas dan pelajaran adalah salah satu elemen yang memerlukan DUIT untuk menjadikan elemen itu sempurna dalam diri seseorang individu. Tapi, adakah kasih sayang dan belaian serta didikan agama memerlukan DUIT untuk menjadikannya lengkap dalam hidup kite??

Mengapa sya kata mereka memiliki ikatan kasih sayang, belaian dan didikan agama yang sempurna?? Ketika makan, mereka berkongsi lauk yang ada, menjamah makanan yang sama. Ada setengahnya perlu berkongsi pinggan sesama mereka kerana tiada pinggan lagi. Ketika itulah, mereka memupuk kasih sayang yang kuat. Si abang dan kakak akan mengalah untuk bagi kepada si adik. setelah makan bersama, mereka mendapat belaian bersama ibu bapa mereka. Berjemaah bersama2 dan mengaji Al-Quran bersama2. Bukankah sudah terisi pengisian rohani dalam diri mereka??

Fikirkan lah dan renungkanlah. Saya juga sudah pening memikirkan bagaimana untuk membesarkan anak dalam zaman yang serba canggih. Semua terletak dihujung jari sahaja. Petik itu keluar yang ni, tekan itu terpaparlah yang ini. Doakan semoga saya menjadi seorang ibu yang cemerlang dalam mendidik anaknya tentang ilmu dunia dan akhirat. Insya ALLAH..

Apa yang pasti, saya suka kan senyuman seorang bayi yang suci. Sejuk bila melihat muka mereka. Malah ketika saya tensen membuat assignment, saya akan beralih untuk melihat koleksi gambar baby yang saya simpan dalam laptop saya. Gambar anak2 saudara saya yang sudah mengjangkau 11 orang ramainya dan gambar anak2 kawan saya.. Saya suka pada baby, tapi saya tak tau saya dapat mengajar dan mendidiknya dengan sempurna atau pun tidak..

Yang melucukan saya, baru2 ni kakak saya ada bercerita kepada saya. Ketika dia berkemas untuk pulang ke kampung, anak sulungnya (Affeef Rusydan) bertanya kepadanya..
"Ibu, Su ada tak kat umah?"
"Su ada lah kat umah. kenapa?" Soal kakak saya balik.
"Kalau Su ada tak best sebab Su banyak sangat undang2. Buat itu tak leh, buat ini pun tak leh.."

Tergelak besar kakak saya mendengar luahan anaknya. Dan apabila saya mendengar cerita itu, saya pon bertanya kepada Affeef,

"Along, Su ni banyak undang2 ek??. Su mestilah banyak undang2 sebab Su ni cikgu.."

Alasan yang tak munsabah, tapi ada logiknya sebab cikgu familiar dengan sekolah dan sekolah itu banyak undang2..

Waallahu'alam..

Aku Menjawab Tag Raihah Rosli Dengan Sejujurnya Dari Hatiku..

Sebelum menjawab tag ini, sy nyatakan bahawa saya akan mejawab tag seikhlasnya tanpa ada rasa hendak mendedahkan keburukan atau kebaikan diri. Moga yang baik menjadi ikutan dan yang buruk menjadi sempadan.

Rules:
answer all questions sincerely...as simple as that:P

1. when did you start fasting?
Bermula dari sekolah tadika. Tapi mula berpuase bukan sebab ikhlas tapi sebab mak pakse. Mak banding2 kan anak jiran dengan saya. Bile saya tanya kawan saya (anak jiran tersebut), tau dia cakap macam mane??
"Yak pose selang seli je. Hari ni pose, esok tak yah. Mak ajar camtu"
Aku mendengar dengan hampehnya. Then, saya pun mula puase. Tapi berbuka waktu tengah hari. Masuk darjah satu baru penuh. Hehe..

2.when did you start understanding the true meaning of fasting?
Masa darjah 2 kot. Tau pose sebab akan dapat pahala. Tapi tak menghayati Ramadhan sepenuhnya pon. Mase darjah 2 tu pon, just tinggal 2 hari sebab demam.

3.Do you like fasting?
Suke sebab dengan berpuasa saya dapat menahan segala nafsu yang saya ade.. Opss!!Jangan faham lain. Maksud saya, kalu saya terasa nak gi shopping, fikir balik malas la sebab nanti tak larat. Fikir nak makan je 24 jam dah tak boleh sebab pose. Dan dengan itu juga puasa ini juga boleh wat berat saya turun..

4.how about 'sahur'?
Kat umah mak selalu kejutkan kul 4.45 camtu lah. besenye akan makan makanan yang lebih semalam atau lauk yang semalam. kalu mak rajin, mak masak lain. kalu kat sini, jam loceng yang kejutkan saya. Hehehe.. bile dah tidur lambat sebb banyak kerje, so kejut sahur pon macam lambat jugak lah. dalam kul 5. malas nak bangun, tapi fikir balik saya tak kan dapat berdiri kalu tak makan ape2. lagipun, bukankah Allah menjanjikan pahala kepada orang yang bersahur dan bersahur lah dapat membezakan puasa orang kafir dengan ISLAM..
5. break fast?
Jarang breakfast kalu hari bese. kadang minum milo je. malas nak wat sarapan sebab nanti kul 11 pon akan makan nasi jugak.awalkan??

6.how often do you perform solat terawih??
Biasa buat dekat umah je. mak dengan ayah pegi, tapi saya yang tak pergi. terukkan??Hehe.. Kalu kat UPSI, mase duk kolej selalu pegi sebab surau al-falah tepi blok je. Tapi bile dah duk umah sewa, nak pegi surau an-nur mcam jauh jugak. Lagipun, memikirkan pasal kawasan sekeliling upsi yang tidak bersih, menjadi was-was nak berjalan waktu malam sebab mase waktu siang di sana sini ada tahi kucing.
7.tadarus al-Quran??
Tak pernah tadarus beramai2. Buat sorang2 je. Mase sekolah menengah pon, start umur 17 tahun baru saye berusaha untuk menghabiskan 30 juzuk al-Quran. untuk Ramadhn kali ni, baru nak masuk juzuk 8. Tu pon sebab dah tinggal atas sebab 'CUTI' yang diberikan oleh Allah.
8.do your daily activity differs between ramadhan n other months??
yes.. memang different sebab bulan ramadhan saya akan cuba untuk bertahajud, taubat dan hajat sebab lepas tu terus bersahur. jika tertinggal atau bangun lambat, terasa penyesalan seperti meninggalkan sembahyang wajib. Waktu lain saya cuba baca al-quran sebab aim kan 1 hari 1 juzuk. Tapi sedih sebab tak amalkan bulan lain. Bulan lain, walaupun dah alarm kul 4/4.30, mata terlalu berat untuk bukak, tubuh terlalu susah untuk bangun. mengapa begitu??

9.what are you hoping for this ramadhan??
Bertemu dengan lailatul qadar. Malam yang penuh keberkatan. Semoga ALLAH menggolongkan saya dalam golongan orang yang dapat bertemu lailatul qadar. Jika ramadhan ini ramadhan terakhir dalam hidup saya, semoga saya terus diberi ketaqwaan kepada Allah dan ketaatan yang teguh dalam Ad-din yang suci ini. Insay ALLAH.

10.sad of??
Secara jujurnya, sedih. sebab bile berlalu nye ramadhan saya kurang membuat amalan seperti yang saya amalkan dalam bulan ramadhan. terlalu susah untuk saya mendisiplin kan diri bangun untuk mengadap Illahi sedangkan nyawa yang diberi pinjam untuk saya adalah sementara. Cuba bayangkan kalau kite tutup mata pada malamnya, dan kite terus lena di alam lain. bukankah satu kerugian??insaf bile memikirkan, tapi untuk melakukannya begitu susah. Mungkin selepas berkahwin saya ada kekuatan untuk berbuat demikian sebab dah ada 'kawan' untuk berjemaah bersama2. Alangkah bahagianya. Doakan untuk saya..

Friday, September 5, 2008

Ahlan Ya Ramadhan

Bila sudah masuk bulan puasa, saya pasti semua orang teruja dengan bulan ini. Oh yea, sebelum terlambat Ahlan Ya Ramadhan. Ku tertunggu2 kehadiranmu agar diri ini semakin mendekati Yang Maha Esa. Kepada rakan2 pembaca blog ini, saya juga ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada kalian. Manfaatkan lah bulan yang penuh barakah ini.

Tanpa kita sedari, masa begitu cepat berlalu. Saya masih terasa kehangatan menyambut Ramadhan tahun lalu. Ketika itu, saya masih berada di kolej dan sudah pasti lah surau yang menjadi tempat untuk bertarawih adalah Surah Al-Falah. Dan perasaan penuh kesyukuran hadir dalam diri ini kerana Allah masih memberi pinjam nyawa kepada saya agar saya dapat melalui lagi bulan Ramadhan tahun ini. Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat mu Ya Allah.
Semalam, sebaik sahaja selepas solat maghrib, handphone saya tidak berhenti2 berbunyi. Mesej yang dihantar kepada saya semuanya berkaitan dengan ucapan selamat berpuasa termasuklah juga ucapan daripada bakal mak mentua saya. Hehehehe. Insya Allah. Di sini ingin saya kongsikan beberapa mesej daripada kawan2 dan adik beradik saya.

From Along:
“Salam. Selamat Berpuasa Juga To You”

From Angah:
“Selamat berpuasa. Semoga diberi kekuatan untuk melipatgandakan amalan2 baik dibulan yang penuh barakah ini”

From Achik:
“Salam. Ahlan Ya Ramadhan. Selamat Menyambut Bulan Yang Penuh Kemuliaan Ini”

From Bakal Mak Mentua (Loghat Kelantan) :
“Salam. Ape Khabar? Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya. Siap doh ko baju rayo?”

From Kak Azi:
“Salam Ramadhan. Selamat Bertarawih”

From Abe Jie ( Bakal Abg Ipar ) :
“Selamat Berpuasa. Abg g doakan semoga haniem dan zubir panjang jodoh”

From Mieja:
“Mekasih. Selamat berpuasa jugak.”

From Abe Arif:
“Terima Kasih dan Selamat Berpuasa”

From Ekin:
“Selamat menyambut ramadhan al-mubarak.”

From Kak Ajie:
“Perkataan yang cantik ‘ALLAH”, Lagu yang merdu ‘AZAN’, Novel yang menarik ‘AL-QURAN’, Senaman yang baik ‘ SEMBAHYANG’, Diet yang mujarab ‘PUASA’. Selamat Ramdhan Al-Mubarak.”

From Abang Iqbal :
“Salam Ramadhan. Selamat Berpuasa”

From Kak Najwa ( bakal kakak ipar) :
“ Tatkala senja berlabuh nanti, akan bermula lah nanti episod roda kehidupankita di dunia ini. Di mana ketibaan bulan yang paling mulia iaitu Ramadhan Al-Mubarak yang sering dinantikan dengan harapan agar mendapat berkat dan rahmat dari NYA. Oleh itu, ku hulurkan kedua tangan memohon ampun dan maaf atas segala segala kesalahanku agar ibadahku nanti lebih bererti dan diredhai. Selamat menyambut Ramadhan al-mubarak.”

From Aja :
“Buka hati dapat CINTA, buka fikiran dapat ILMU, buka tangan dapat DUIT, buka handset dapat 1 mesej “SALAM RAMADHAN”.

Begitulah mesej2 yang dihantar kepada saya. Semua mendoakan agar Ramadhan ini membawa seribu satu keberkatan dari Allah. Dan doaku dalam hati,

Ya Allah,
Andai Ramadhan ini adalah Ramadhan yang terakhir dalam hidupku,
Tambahkanlah ketaqwaan dalam diri ini kepadaMu..
Ya Allah,
Andaikan KAU takdirkan aku mati,
Biarlah aku mati dalam IMAN dan ISLAM..
Ya Allah,
Semoga hambaMU ini tidak lupa kepadaMu,
Semakin dekat dengan diriMU,
Jasad ini sujud kepadaMU,
Lidah ini berzikir mengingatimu,
Dan Hati ini teguh dengan Ad-Din Mu..

Monday, September 1, 2008

Naluri Seorang Ibu

Ibu, aku amat menyanjungi segala penat lelahmu membesarkan diriku. Kasih sayang yang kau curahkan kepada diri ini tiada batasnya. Walaupun anak mu ini telah besar, namun diri ini sentiasa dibelai seperti seorang bayi. Peluk dan ciuman darimu ibu membawa semangat untuk diriku berada jauh dari mu. Hangatan pelukan itulah yang memberi semangat untuk ku berjaya seperti sekarang.

Walaupun ku berada jauh dari pandanganmu, namun kau dapat membaca segala apa perasaan ku di sini. Setiap kali hatiku dilanda kesusahan, mesti ada panggilan telefon darimu. Jika hati ini menangis kesedihan,, dikau tidak putus2 untuk bertanya adakah aku ‘OK’ di sini. Walaupun aku cuba untuk tidak meluahkan apa yang aku alami, nalurimu pasti tersentuh dan dapat merasai perasaanku. Itulah naluri seorang ibu.

Ibu, terima kasih kerana bersabar melayan karenahku ini, membesarkan aku dalam penuh kasih sayang, mendidik aku menjadi insan berguna. Jasamu tetap akan ku kenang sehingga ke akhir hayatku. Doaku untukmu, semoga di kau sentiasa berada di bawah kerahmatan Allah, panjang umur dan di murahkan rezeki di dunia dan disenangkan perhitungan di akhirat kelak kerana dikau seorang ibu yang mulia di sisi ku. Dan ku mohon doa darimu, semoga setelah anakmu ini menjadi seorang ibu biarlah anakmu ini dapat menjadi seperti dirimu. Seorang yang sabar mendidik anak, seorang yang sentiasa lembut dalam bicara dan seorang yang teguh pada landasan Allah. Insya ALLAH. Maafkan daku antara ada kelakuan ku mengguris hati kau seorang ibu.


 

blogger templates 3 columns | Make Money Online