Dulu, aku pernah mengajar di salah sebuah sekolah kat Sepang.. satu sekolah dengan kakak aku, jadi cikgu ganti.. jadi cikgu ganti pulak untuk subjek Bahasa Inggeris.. aku yang sememangnya menyampah subjek tu, ajar pun lintang pukang.. [sampai sekarang rase masih berdosa dengan budak2 tu.. hihi..].. sungguh.. aku memang tak suke gile2 BI.. kawan aku panggil BI adalah bahasa kafir.. haha.. apa2 je la kan..
Aku kenal dengan sorang cikgu ni.. kebetulan meja dia depan meja kakak aku.. so, kalau aku lepak kat meja kakak aku ni, aku kadang2 sembang gak dengan dia.. bes gak satu sekolah dengan kakak sendiri.. ade tempat bergantung.. ohhh~~~ aku sememangnya tak leh berdiri atas kaki sendiri.. ngeee ^_~ apa2 hal, mesti tuju ke meja kakak aku.. hikhik..
Melalui cite kakak aku ni, akak ni ade 4 orang anak lelaki.. semuanya hero.. yang pertama Doktor di salah sebuah hospital di KL, bekas graduan di salah sebuah U di Ireland.. yang kedua baru jadi engineer, baru balik dari oversea jugak... yang ketiga bakal arkitek, sedang belajar di luar negara dan yang keempat adalah pelajar tingkatan 3 di MCKK [sekarang ni dia dah lepas SPM kot] .. waaahhhh~~ cikgu tu seorang ibu yang hebat! dapat mendidik keempat2 anaknya dengan berjaya..
Bukan saja cemerlang akademik, tapi cemerlang jugak akhlak.. weekend je, pasti mereka akan terpacak di rumah ibu mereka n akan menolong segala bagai.. bukan setakat sapu sampah, kemas rumah, basuh baju, lipat baju, gosok baju, malah mereka adik beradik sama2 masak untuk ibu n ayah mereka.. sejuk hati ibu mengandung.. apa rahsianya??
"akak baca surah ni sejak anak akak baru lahir sampai la bile dia dah besar.. akak akan bacakan surah ni sebaik saja dia bangun n sebelum dia tidur.. akak baca kat telinga dia perlahan2.."
* setiap hari anak2 dia dapat doa dari seorang ibu agar dilapangkan hati.. sebab tu belajar pun pandai, akhlak pun tinggi..
Tu rahsia cikgu tersebut.. Bile diteliti maksud surah tersebut, memang surah ini adalah untuk melapangkan hati.. sebenarnya, aku dah lama nak share tentang ni, tapi tak berkesempatan nak tulis entri.. aku dah start praktis kan rahsia kejayaan akak tu didik anak dia.. sejak baby umur 18 weeks, aku dah start baca surah ni sambil usap2 perut.. tapi mase tu tak leh nak consisten lagi, asik lupe je.. tapi sekarang, alhamdulillah, setiap hari surah ini akan dibaca untuk baby.. tapi aku baca surah ni ikut waktu tido aku, bukan baby.. hikhik..
Oke.. harap entri ni dapat bagi tips2 untuk ibu2 di luar sana ye.. yang bakal bergelar ibu n masih bujang tang tang tang, take note this.. nanti kamu boleh praktikkannya..
p/s: nyaris2 jadi mak mentua aku ni.. dipadankan dengan anak dia yang pertama.. owhhh~~ nasib abang cepat masuk.. kan abang?? hihihi
4 Comments:
tips yg berguna!!! =)
tahniah anim....akk nak tulis dlm blog akk gak pasal tips ni, boleh???
bagus2..mmg bole dipratikkan ni..hehe..good tips!!
p/s:happy birthday to anim a.k.a mrs zubir..smoga pjg umur, murah rezeki, jd isteri solehah n ibu mithali..=)
aniem..dulu akak ada dapat tips ni daripada seorang auntie. akak tengok, anak2 dia semua berjayaa, study kat oversea. and ada sorang anak dia yang dah kerja, baru2 ni sponsor parents dia pergi umrah.. auntie ni pulak kalau dengan husband dia, sangat la loving2..kalau jalan mana2 mesti pegang tangan macam baru kawin tau..husband dia sentiasa memanjakan dia, walaupun dah umur 50 lebih..
so dia kata, petuanya, masa anak2 and suami sedang tidur nyenyak, baca surah al-insyirah ni ke ubun2 dia, lepas tu bisik doa kita kat telinga dia..
contohnya kat husband: 'semoga kita saling menyayangi sampai bila2','semoga rumahtangga kita sentiasa aman damai' and kalau untuk anak2, contoh doa" 'syaura budak baik..syaura penyabar orangnya..syaura anak yang solehah..' gitu la..[eh terguna nama syaura pulak hihi]
and dia pun mintak husband dia buat perkara yang sama time dia tengah tidur..so bukan doa seorang ibu/isteri je tau, doa seorang suami kepada isteri pun diperlukan dan mustajab juge =)
di samping keberkatan surah al-insyirah itu, inilah yang dinamakan power of minda separa sedar..anak2 & husband akan absorb apa yang kita cakap/doakan tu =)
aniem to kak abell:
kak ruby.. silakan.. mungkin penulisan akak lebih menarik.. anim tak reti nak wat ayat2 sedap.. hihi.. ayat2 mengarut je..
aniem to insyirah:
thanks kak nor! sila kan praktis.. hihi..
aniem to kak zaza:
akak, ntah2 auntie tu orang yg same dgn yg anim tu.. hihi.. bes kan tengok anak2 cemerlang akademik n akhlak.. erm, akak mesti buat camtu kat abg lanlan ek? hihihi..nway, thanks akak.. tak pernah terpikir pun nak praktiskan mende yg sama kat asben.. asik fikir utk anak je yg terbaik.. utk suami isteri ni tidak disengajakan diabaikan.. hihi..
Post a Comment