:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Wednesday, May 28, 2008

Inilah Pelajar Terpilih

Aku saja nak share tentang kenakalan anak2 murid aku kat blog ni. Aku just pilih segelintir calon yang bertuah untuk aku ketengahkan watak mereka. Kalau ada anugerah murid yang paling nakal, ingin aku bagi cadangan nama2 dorang. Budak2 ni dari kelas 2 UKM. Kelas KIA. Kelas KIA ni kelas budak yang tak tau membaca, menulis dan mengira. Dasyhat jugak budak2 ni. Aku ingat lagi, time dorang exam paper BM, aku yang jaga. Then, syazani cakap kat aku, ”Teacher, saya tak nak jawab soalan ni dalam BI, nak jawab dalam BM”. Waduh, tergelak aku dalam hati. Apa lah budak ni, tu kan Paper BM. Mentang2 aku jaga dorang ingat ni paper aku.. Gawat..ni ah cerita pasal budak2 kelas 2 UKM yang aku pilih untuk aku ceritakan kepada pembaca blog aku..

Mohd Iskandar Ikmal

Budak ni menyandang anugerah budak paling nakal tahun 2. Kadang2 aku kesian. Ayahnya sudah meninggal dunia tahun lepas dan dia adalah anak isteri kedua ayahnya. Apa yang aku ingin katakan di sini, kurangnya kasih sayang dari insan tersayang menyebabkan anak ini menjadi kurang ajar dengan orang dewasa. Aku lebih refer pada guru sekolah. Cikgu sekolah ni tak guna pendekatan psikologi?? Bukan tak guna, semua pendekatan yang ’gi’ kat belakang tu telah kami guna namun enggak ada hasilnya. Hehehehe.. Benar lah apa yang aku belajar dalam Psikologi Pendidikan, sebagai seorang guru kita kena memahami muridnya, latar belakangnya, keluarga dan taraf hidupnya. Kekadang aku fed up untuk masuk kelas 2 UKM sebab aku malas nak ngadap muka Iskandar. Kakak aku pernah cerita kat aku, dia pernah ikat kaki si Iskandar tu. Bila pusing je belakang tengok si Iskandar dah bukak ikatan tali kakak aku. Nak guna pendekatan lembut???Mustahil untuk budak tu ikut. Nak gosok2 bahu, kepala, nasihat dia, lagi di buat muka seposen. Geram. Itulah Mohd Iskandar Ikmal.

Mohd Syazani

Budak ni pun aku kesian jugak. Mangsa kesibukan mak ayah bekerja. Dia cakap kt aku, ”Teacher, mak ayah saya sibuk. Saya tinggal dengan nenek saya”. Terkejut aku dengar. Wah, hebat jugak cerita budak ni. Nakalnya sama seperti Iskandar. Dalam kelas pun memang meja sebelah Iskandar. Budak ni hensem, suara sedikit garau macam orang yang baligh. Sekali aku larang, sepuluh dia melawan. Penat sih.

Mohd Syuwari

Dia tak ada lah nakal sangat pon, tapi tak dengar kata. Suara nya kuat. Kadang2 nak pecah telinga aku. Meja nya betul2 depan meja cikgu. Tapi bila panggil aku macam aku 10 meter jauhnya. Pasal background family dia aku tak tau sangat.

Mohd Muiz

Budaknya kecik, bibirnya nipis. Sekali dia buat muncung, comel tapi geram. Rasa macam nak ikat biar jadi mulut itik. Mak budak ni cikgu sekolah menengah. Nakalnya, tak usah nak cakap. Ranking keempat selepas Iskandar.

Mohd Alif Daniel

Dia ni tak ada lah nakal. Tapi nak kena sergah dengan aku dulu, baru nak dengar kata. Tapi yang paling mengejutkan aku, dia bagi hadiah bunga ros kat aku masa Hari Guru. Padahal sehari sebelum hari guru, teruk budak tu kena sergah dengan aku. Kalau aku, aku batalkan niat nak bagi bunga pada cikgu yang marah aku tu. Tapi akuu tak kesah pun sebab aku tau dia anak orang kaya. Mak tak kerja tapi ayah business man. Tak apa lah nak beli bunga banyak2 pun.

Wan Iqbal

Budak ni kelas aku, 2 UPM. Budak ni nakal jugak, tapi nakal yang mendengar kata. Sekali aku larang terus diam sampai habis masa aku. Ni lah beza nakal orang bijak dengan orang kurang bijak. Bukan aku nak beza2 kan murid aku, tapi aku boleh lihat perbezaan. Iqbal dapat markah tertinggi dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun baru ni untuk Paper English. Bangga aku. Nanti aku nak bagi hadiah kepadanya. Mengaplikasikan Model Skinner (kalau aku tak silap, tapi dah lupa) dalam pnp. Memberi peneguhan berskala. Hehehe..

Sekian saja explaination aku tentang budak2 nakal. Walau bagaimana pun, aku sayang dorang. Aku tak pernah pon cubit, tepuk bahu ataupun pulas telinga sebab aku tau tu semua anak orang. Kalau tinggal bekas cubit atau pulas, mati aku kena ngadap mak ayah dorang. Mak ayah sekarang beza dengan mak ayah dulu. Mak ayah sekarang lebih bela pada anak biarpun anak mereka yang salah, perangai macam hantu kat sekolah. Tapi awas..Mulut aku memang tak ada lesen pun malah insuran telah lama tamat dan tak renew. Lazer mulut tak apa, tak ada bukti nak persalahkan aku dan setakat budak2 dorang tak letak dalam hati. Tapi bukan lazer sangat pun mulut aku ni sebab aku tau ada lagi mulut cikgu yang lebih ’lezer’ dari aku. Dalam ranking mungkin aku yang kedua. Hehe..

Wallahualam..

Makna Ungkapan Itu

16 Mei tarikh yang tidak asing lagi di negara ini malah tarikh itu yang ditunggu oleh pelajar untuk memberi hadiah kepada cikgu-cikgu mereka. Oppss!! Statement ini khas untuk pelajar yang tau menghargai jasa gurunya sahaja. Aku cakap macam tu sebab ada jugak orang yang langsung tidak ingat tarikh 16 Mei itu tapi mengiyakannya..Aneh tapi benar. Huhuhu..Tahun ni aku berpeluang untuk meraikan Sambutan Hari Guru di sekolah. Tapi jika dulu aku sebagai pelajar yang meraikan gurukn, tapi sekarang aku sebagai guru yang diraikan oleh pelajarku. Pagi itu, kami sebagai guru2 SKTS diarahkan untuk memakai pakaian batik. Oleh kerana aku tak ada baju batik, so aku pakai baju kurung biasanya. Suasana pagi tu agak meriah jugak. Bila saja aku lalu depan KOOP SKTS, aku tengok banyak gila bunga2 ros. Rupanya, sempena Hari Guru ini ada sebilangan cikgu yang amik kesempatan untuk jual bunga ros ni. Fresh dari Cameron you know..Jangan main2..Hehehe..Maka beratur lah si anak2 kecil untuk membeli bunga ros untuk dihadiahkan kepada guru yang mereka sayangi. Senyum aku lihat mereka riang membeli bunga. Ada sampai 10 kuntum yang beli bunga 2. Satu kuntum RM2, jadi yang beli 10 kuntum maknanya RM20 la.. Kalau aku jadi mereka mesti aku turut serta untuk membelinya juga. Hehehe. Pagi itu dimulakan dengan ucapan Penolong Kanan. Disebabkan Guru Besar ke Melaka untuk Sambutan Hari Guru peringkat Kebangsaan, so utusan watikah oleh YB Datuk Hishamuddin dibacakan oleh Penolong Kanan Akademik. Selesai saja semua ucapan yang diucapkan oleh guru yang diminta untuk berucap, murid2 di arahkan untuk ke dewan terbuka untuk melihat persembahan guru2 mereka yang comel2 pada hari itu. Hehehe. Aku yang termasuk dalam kumpulan guru tahun 2, so giliran kumpulan untuk buat persembahan adalah yang ke2. Pesembahan kumpulan aku simple je. Kak Lela dan Kak Gush membacakan Sajak Ke Makam Bonda karya UsmanAwang kalau aku tak silap la. Manakala 3 orang lagi (aku, Kak Ita dan Kak Madiah) just duduk di depan kubur (kubur yang direka, tapi ada batu nisan ori tau). Yang kumpulan lain boleh dikatakan buat persembahan yang hebat jugak la. Dibawah aku ada describe tentang persembahan guru2 tahun lain:

Guru Tahun 1:

Persembahan berkisarkan tentang seorang apek yang menjahit kasut disergah oleh Ah Long (tapi perempuan la). Kemudian, apek ini ditawarkan wang yang lumanyan dan diarahkan untuk menutup kedainya. Sebilangan guru tahun 1 yang lain menyanyikan lagi apa ntah. Aku kurang dengar sebab bising dengan budak2 ni. Itulah jalan ceritanya sedikit sebanyak.

Guru Tahun 2 :

2 orang guru membacakan sajak Ke Makam Bonda. Manakala yang lain duduk di depan kubur mengenangkan pemergian ibu mereka (bukan ibu aku). Kemudian lagu Ayah dan Ibu lirik oleh Allahyarham Sudirman.

Guru Tahun 3:

2 orang guru menjadi peserta untuk AF. Seorang guru lelaki (ustaz Fir) menyanyikan lagu rock. So lepas ni boleh panggil Ustaz Rock dan Kak Su (guru muzik) menyanyikan lagu Amy Mastura. Kemudian, 3 orang lagi guru tahun 3 lain menjadi hakim.

Guru Tahun 4:

Menyanyikan Boria yang mengisahkan tentang orang2 penting di SKTS contohnya GB, PKA, PKHEM, PKK. Yang melakonkan watak orang2 penting adalah bantuan daripada murid2 sekolah itu.

Guru Tahun 5:

Dikir barat yang mengisahkan pengorbanan guru mendidik anak murid. Cikgu India pun kena dikir barat loghat Kelate. Bayangkan!!! Hehehe

Guru Tahun 6:

Memakai pelbagai fesyen baju. Ada yang jadi macam orang iban. Tapi baju2 tu just diperbuat daripada surat khabar. Dorang pakai baju lain la kat dalam tu. Cuma balut je dengan surat khabar.

Conclusion yang boleh aku buat?? Jadi seorang GURU kena serba boleh. Bila diarahkan untuk berlakon, menyanyi, bersajak, berboria, berdikir barat, mesti sanggup. Takkan nak bagi jawapan ; ”Ala, saya x reti la”.

Fikir2 kan lah. Sebagai persediaan kita sebagai seorang yang bakal bergelar guru, anda mesti lah cuba untuk aktif di U supaya nanti bila msuk sekolah x jadi macam ”Kambing Masuk Hutan atau Harimau Masuk Kampung”..

Selesai saja persembahan2 guru2, guru diberi hadiah mengikut kategori yang dipilih. 10 plag dihadiahkan oleh PIBG sekolah untuk diberi kepada guru dedikasi. Guru yang dipilih mengikut tahun mereka ajar. Contohnya, antara guru tahun1, ada sorang guru dedikasi yang terpilih untuk terima anugerah itu. Kakak aku pun dapat tapi dibawah kategori guru JQAF yang berdedikasi. Ehhhmm, apa lagi, kembang semangkuk la dia depan aku. Nasib aku bukan guru tetap sekolah tu, kalau tak sedih jugak. Hehehe..Kemudian, PIBG sekolah bagi lagi sedikit sumbangan iaitu beberapa batang pen. Pen yang mahal dalam bekas tu. Pen2 tu untuk guru2 yang lahir pada bulan Januari sampai bulan Mei. Kakak aku boleh lagi. Waduh. Then, acara cabutan bertuah pulak. Aku sememangnya bukan insan bertuah dan memang tidak pernah dapat jika ada sesi cabutan bertuah. Dan dalam acara itu, kakak aku bertuah lagi. Dapat kain pasang. Boleh buat baju raya katanya. Apa yang aku ingin sampaikan di sini, pabila kita mendapat sesuatu anugerah, mesti ada hati lain yang tidak senang. Macam kakak aku ceritakan. Bila aku dengar ceritanya, baru lah aku tau dunia pekerjaan ni lebih perit dari dunia belajar. Ada yang bagi statement ”10 orang guru dedikasi yang dapat anugerah tu, guru2 yang habiskan letrik sekolah”.. ehhmm,,ada jugak yang berfikiran macam tu ye. Padahal masing2 dah dewasa. Aku akui, kawan2 kakak aku yang juga turut menerima anugerah tu memang selalu pulang kerja lambat. Dorang stay kat sekolah untuk habiskan kerja yang mana perlu dibereskan. Kak J yang duk sebelah aku tu memang selalu balik lambat. Dan aku tak hairan lah dia juga dinaikkan sebagai Guru Pakar oleh KPM. Waaa, mahal gaji tu dan aku juga bercita2 seperti dia..Insya Allah..Hari tu aku pulang dengan pelbagai hadiah. Ada yang bagi cermin, mungkin dia suh aku cermin muka sebelum masuk kelas. Ada yang bagi perfume. Mungkin budak tu nak aku wangi masuk kelas dia. Yang bagi bunga ros pun ada. Tapi macam bese lah, bunga tak tahan lama. 3 hari dah layu. Dan macam2 lah hadiah yang aku dapat pada hari itu. Paling bermakna bagi aku pada 16 Mei adalah ungkapan ”Terima Kasih, CIKGU”..Itulah ungkapan emas untuk semua guru2 di Malaysia..

Wassalam..

Sunday, May 25, 2008

12 Mei 2008

Hari ni macam2 perasaan aku.. Takut, cuak, gementar, happy dan seumpama dengannya. Dengan kaki yang agak gementar, aku melangkah masuk ke bilik Guru Besar. "Assalamualaikum, cikgu. Saya adik Ustazah Mazihah, yang akan ganti Puan Zairina."..Guru Besar tu pon tengok aku dengan kakak aku. "Ada persamaan.." Aku pon nyampuk dalam hati.. 'memang la sama sebab dah nama adik beradik. Adui, apa lah guru besar ni'..

"Ok lah, awak start mengajar hari ni dan mengajar Bahasa Inggeris"..Glllurp!! Bahasa Inggeris?? Mati dah aku. Aku nak ngaja apa nanti. Aku bukan pandai sangat pun Bi ni. Adui, kakak aku cakap Cg. Zairina ni ajar Sains darjah 2. Rupanya ajar BI tahun 2. Semua kelas darjah 2 aku akan ngaja. Banyak juga tu. 4 kelas. Kalu satu kelas 40 orang, maknanya setiap hari aku akan ngadap seramai 160 muka budak2 darjah 2.. Huhuhu.. Then, aku masuk bilik Penolong Kanan Akademik untuk amik jadual kelas. Aku dah gugup dah. Camne ni, nak ajar apa..tak apa lah,, will see..

Kemudian, aku jumpa dengan kerani sekolah. Dia suruh aku tandatangan surat untuk dihantar ke Pejabat Pendidikan Negeri Selangor sebagai surat pengakuan guru ganti. Pastu aku diminta untuk bagi salinan nombor akaun KWSP. So, aku kena lah ke pejabat KWSP untuk buka akaun baru. Dan akaun tu lah yang aku akan guna nanti sepanjang aku jadi cikgu tetap sampai lah pencen.

Kemudian, aku balik ke bilik guru. Macam tak caya. Dulu jadi pelajar sekolah, sekarang jadi cikgu sekolah plak. Ada meja, kerusi, almari buku dan kipas. Guru dulu memang berbeza dengan guru sekarang. Berbeza dari semua segi. Dari segi kemudahan, guru sekarang lebih banyak diberi kemudahan. Meja macam meja pejabat, ada corner sendiri. Kalau guru dulu, aku lebih refer pada guru sekolah aku dulu lah, ada jugak meja tapi tak separate macam meja guru sekarang lah. lebih selesa dari dulu. Almari buku diberi 2. Jadi, tak ada buku berselerak atas meja lagi. Aku memerhati pandangan sekeliling. Aku dah masuk dalam komuniti guru. Tengah aku asyik berkhayal, aku dikejutkan dengan bunyi loceng. Aku pun bangun dengan semangat yang baru untuk mengajar.

Aku akan mengajar murid-murid kelas 2 USM, 2 UPM, 2 UKM dan 2 UTM. Kanak-kanak berumur 8 tahun. Semuanya nakal-nakal. Hidup penuh dengan dunia kanak-kanak. Faham2 lah kanak-kanak, dia suka bermain. Jadi, bila sekali aku larang suruh senyap, tak sampai 5 minit bising balik. Kekadang macam kelakar jugak. Aku larang budak2 sebelah kanan, sebelah kiri yang bising. Bila aku pusing kepala nak larang budak yang sebelah kiri tu, sebelah kanan pulak yang bising. Gawat sihh!!

Hari itu hari yang cukup bermakna untuk aku. Selepas loceng masa terakhir bunyi, aku pun diberitahu ada meeting untuk sambutan hari guru. Waaa,, aku dah merasai macam mana kehidupan menjadi CIKGU. Guru besar menjadi ketua untuk meeting tu. Meeting tentang sambutan hari guru. Cikgu2 dibentuk dalam kumpulan2 kecik mengikut kelas mengajar. So, aku termasuk dalam kumpulan guru tahun 2. Oleh itu, kami sebagai guru terpaksa membuat persembahan untuk hiburkan murid pada hari guru. macam terbalik je dengar, tapi itu lah hakikatnya. Dan hari itu berlalu sebuah kenangan yang indah sebagai seorang guru paling muda dalam Sekolah Kebangsaan Taman Seroja..

Good Morning Teacher!!

Kkkkrrrr..."Semua bangun, Good Morning Teacher..".
"ok,, good morning and assalamualaikum.. Sit down"..
"Teacher ganti teacher Zairina ek??" "sape nama teacher?" "umur teacher berapa tahun?"..
Itulah hujan soalan yang aku hadapi bila pertama kali aku melangkah masuk ke kelas 2 UPM yang juga merangkap menjadi guru kelas itu.

12 Mei 2008, Isnin ; hari dan tarikh yang bermakna dalam hidup aku. Menjadi seorang warga pendidik. Walaupun belum cukup ilmu untuk menjadi seorang pendidik, tapi aku cuba untuk mendidik anak bangsa supaya menjadi insan sempurna kelak..Pertama kali masuk mengajar, kekadang aku rasa macam tak percaya, betul ke aku nak ajar bebudak ni?Aku bermonolog dalam diri. Aku nak ajar apa budak2 ni. Memang aku tak prepare sebab hari aku datang ke sekolah hari tu lah aku baru tau aku kena ajar subjek apa. Kelam kabut jadinya. Sepanjang ilmu falsafah pendidikan, sosiologi pendidikan, psikologi pendidikan dan pedagogi pendidikan tu tak dapat aku nak aplikasikan dalam pnp. Mungkin sebab pertama kali. Aku hanya meneliti budak2 ni secara pandangan kasar. Nak buat apa ni? Tiba2 jadi blur. Aku pun terfikir, baik perkenalkan diri..

"ok, kelas.. Nama teacher Nurrul Haniem. Teacher akan menggantikan Teacher Zairina yang cuti bersalin." "Sekarang, teacher nak kamu perkenalkan diri kamu, tinggal di mana. Boleh?"

"Boooolllleeeehhhh" Sahut bebudak ni beramai2..Huhu

Pertama kali aku masuk kelas aku sentiasa tengok jam. Ala bile nak bunyi loceng ni. Lambatnya. Tak tau dah nak wat apa lagi..

"ok, open your text book. I want you to read from page 1 untill page 30..

Oleh itu, bebudak tu pon baca la buku teks tu beramai2. Aku pun senyum. Senang sikit hati aku. Tak lama lepas tu, bunyi loceng. Masa yang aku tunggu. Lepas budak2 tu cakap 'thank you teacher', aku pon keluar dengan senyum. Lepas tu aku masuk kelas 2 UKM and lepas tu lagi masuk kelas 2 UTM. Menda yang aku buat? Menda yang sama aku buat dalam kelas 2 UPM..Hehehe.. Itulah cikgu haniem. Niat di hati, aku akan cuba buat yang terbaik untuk esok hari..

Tuesday, May 6, 2008

Lambatnya Habis...

Ni lah first post aku untuk bulan Mei.. Bukan aku tak ada masa untuk layan blog, tapi internet kat kolej sekarang sentiasa 'limited or connectivity'.. Tension aku.. Bayar rm60 untuk satu sem, perkhidmatan tak berbaloi..emm,, sekarang tinggal lagi satu papar.. lambatnya habis..housemate aku semua dah habis exam dan sekarang tengah pulun menghabiskan satu per satu CD cerita.. Inilah realiti seorang pelajar U..Tak tau majoriti atau minoriti tapi termasuklah aku juga.. Sentiasa layan CD cerita..Yang best je yang tak best tak mahu ditengok,,bukan setakat tak nak tengok, pandang sebelah mata pon aku tak ingin..hahaha.. Cuma beza aku dengan housemate,, dorang layan CD cerita lepas habis exam, tapi aku tak habis exam pon dah pulun tengok cerita.. Mak aiii.. Apa lah nak jadi dengan aku.. Bila kawan aku suh study,, aku cakap "ala, penat lah study. Nak rehat otak jap"..yes..Memang nak rehatkan otak. Tapi bagi yang rajin study, rehat otak mereka hanya beberapa minit. Paling lama pon 15 minit. Tapi rehat otak aku satu jam.. Hehehe.. Yang menariknya, otak aku tak ada lah penat sangat pon sebab study baru 20 minit aku dah mengeluarkan statement 'penatlah otak, nak rehat jap'.. itulah seorang aku..Sem ni sem paling mencabar.. Dengan Assignment yang melimpah ruah,, dugaan dari itu,, dugaan dari ni,, waaa tak sabar untuk aku nak menghabiskan sem ni dan mula dengan sem baru dengan semangat yang baru.. Tapi boleh ke?? Biasanya akhir2 sem atau awal2 sem datang dengan semangat.. Semangat yang biasa ada pada student:

(1) Aku nak study awal, tak nak tangguh2 lagi. Nanti nak exam senang
(2) Kalau tak faham terus nak pergi tanya pensyarah.
(3) Nak kurangkan aktiviti yang tak berfaedah
(4) Kalau boleh nak dean list untuk sem ni

Aku rasa majoriti semua student akan ada semangat macam tu. Kalau tak semua semangat yang disebut seperti di atas, mesti ada salah satu.. Tu sebenarnya semangat2 yang ada dalam diri aku. Tapi hanya bertahan untuk beberapa hari.. Mungkin tak sampai, hanya beberapa jam atau minit sahaja.. Hehehe..Itulah aku..

Bila aku tengok room mate aku tengah kemas barang, sayu hati aku.. Bukan sebab sedih,,tapi sebab aku sorang je yang terpaksa mengadap buku lagi.. Actually, sedih jugak sebabdah nak berpisah dengan room mate aku.. Kami satu bilik selama setahun. Banyak yang kami share bersama, cerita sedih atau gembira.. Hmm,, sem depan aku dah tak payah naik bas lagi. Bukan sebab aku bawa kenderaan, tapi sebab dah tak duk kolej.. Sebut pasal berebut bas ni,, memang satu pengalaman yang tak leh aku lupa.. Berebut bas di kampong beza dengan berebut bas di UPSI.. Kalau di kampong, berebut dengan makcik2 atau pakcik2, sure aku yang menang. Tapi sometime aku mengalah jugak bagi kat dorang naik dulu (baik hati jugak).. Berebut bas di UPSI aku berebut dengan golongan sebaya, lebih muda atau lebih tua dari aku.. Semua memiliki tenaga2 yang kuat untuk berebut naik bas.. Teringat sem 1, waktu tu time PERKASA.. PERKASA ni adalah satu subjek kokurikulum yang wajib diambil oleh semua student sem 1.. Cuba korang bayangkan, kalau sem 1 ni ada 1000 lebih bermakna kitaorang kena berebut bas seramai 1000 orang.. Pernah sampai ada yang tertanggal tudung,, jatuh dan sebagainya.. Yang paling kelakar bagi setengah student perempuan,, mereka akan cakap "beri laluan pada ibu mengandung".. Apa lah dorang ni.. Tak mengandung pun cakap mengandung.. Dibuatnya betul2 mengandung,,haaa siapa nak tanggung?? Kekadang, pakcik bas pon tergelak tengok kami berebut naik bas.. Tapi aku harap pakcik bas tak perasaan kami berebut kerana dia..Huhuhu.. Ada sesetengah kawan aku buat statement "bas UPSI bagaikan gula2 beroda, kita adalah semut2 berebut untuk mendapatkan gula itu"..Itulah kenangan indah sepanjang duk UPSI..Tinggal lagi 3 semester untuk aku menghabiskan pengajian aku di UPSI dan seterusnya bergelar sebagai seorang guru.. "Cikgu Haniem"..Bagi adik2 yang baru nak ambil bidang perguruan dipersilakan.. Bidang perguruan memang best terutamanya di UPSI sebab semua student adalah bakal guru.. Pergi ke mana2, orang kampung atau tokeh kedai akan panggil 'cikgu'..Tak jadi cikgu lagi pon dah dapat title tue..bukan kah hebat namanya??

Sekarang aku kena kuatkan semangat untuk paper yang terakhir. Bak kata kawan baik aku, "paper yang terakhir ni lah kita kena buat yang terbaik".. Sejauh mana aku buat yang terbaik,, tengok result nanti..Huhuhu..

Waallahu'alam..

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online