:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Saturday, May 15, 2010

Hari-Hari Terakhir..

Hari-Hari terakhir sebuk nak amik gambar.. tak pe la kan.. untuk kenangan..

Ni la meja dan kerusi yang aku duduk hampir 4 bulan.. meja ni bukan berada di bilik guru, tapi di bilik persediaan makmal.. bilik guru dah terlalu padat kalau nak tambah lagi dengan 9 orang guru praktikal.. so, tempat strategik aku kat makmal la sbb aku cg Sains.. cg2 lain duk kat Pusat Sumber Sekolah..

Ni tag nama aku untuk diletakkan di meja.. walaupun aku berada di sekolah tu selama 4 bulan, tapi aku masih diberi gelaran 'cik' kat depan.. haha.. untuk mengelakkan segala kekeliruan, aku pun edit sendiri n tulis 'Puan'..

Surat saman.. selalu tulis surat saman kepada student, tapi tak sampai hati nak hantar kt bilik disiplin.. bukan kesalahan besar sgt pun.. kesalahan dorang cam tak buat kerja sekolah, biadap, kurang ajar, tidur dalam kelas, menganggu PnP n byk lagi.. tapi masalah2 ni boleh di setelkan sendiri tanpa melibatkan guru disiplin.. kes2 yang biasa, kalau nak tulis semua nama, alamaknya sehari 40 helai la surat saman yang akan digunakan.. hikhik..


Hari terakhir.. berjubah hijau.. pakai pakaian warna hijau hari Jumaat dapat pahala =)



Bersama Kak Imah.. kami banyak kongsi cerita pasal student kelas 2 Budiman.. dia akan menamatkan zaman bujang pada bulan 6 ni.. apa yg sama jugak antara kami, suami aku n bakal suami dia adalah medical student UIA.. huhu.. cuma bakal suami dia ni adalah senior abang..


4 guru praktikal perempuan.. 2 orang cikgu BI, 2 orang cikgu Sains dan sorang cikgu Math.. 4 orang anak dara, sorang mak dara.. ngee~~~


3 kad undangan perkahwinan.. 29 Mei-12 Jun-12 Jun

Kad2 dari student aku.. wah~~~ sgt terharu bile baca isi di dalamnya..

Pelbagai hadiah dari students n pihak sekolah.. yg paling besh bile dapat Ferrero Rocher.. lama sungguh tak makan coklat ni..


Mama Anim.. mama anim nampak sehat dan kuat... hahaha..

Cerita Semalam..

Semalam hari terakhir di sekolah.. selama 4 bulan berpraktikal.. ohhh~~ sangat lama oke.. abang cakap, "abang lama lagi.. 3 tahun praktikal.." haha.. memang la bang oiii.. kalu education pun praktikal 3 tahun gak, alamaknya habis lembik tubuh2 cg praktikal yg nak berperang dgn budak2 dalam kelas yg seramai 40 lebih tu.. huhu.. kalau sehari 2 kelas, berperang nge 80 orang.. budak bawak pistol air, cg bawak pembaris panjang warna kuning.. ngee~~

Semalam, cg2 sains dan kakak2 pembantu makmal buat jamuan ringkas untuk kami.. ohhh~~ sgt terharu.. ada macam2 jenis makanan.. aku makan semua jenis tiada yg terkecuali... haha.. dan baby pun raye duk dalam perut aku sebab boleh rase semua makanan.. mane mamanya tak demuk kan!! org lain dah stop, aku kunyah lagi..

Pok Di-Kak Nora-Kak Dila-Kak Nani

Kak Ainiah (guru pembimbing)-Kak Nora-Kak Azmah (ketua penitia)-Kak ita

Makanan2 itu


Thanks pada semua yang menjayakan jamuan ringkas ni.. jasa kalian tidak akan ku lupakan sampai bile2..


Thursday, May 13, 2010

Mama Aktif, Baby Aktif..

Kan Mama dah cakap, Mama akan aktif berblog lepas habis praktikal.. so, Mama akan kotakan janji.. baby pulak, makin aktif dalam perut Mama ye..
Mama niat azam baru tak mau tulis entri panjang2 lagi.. haha..
Sebab hari2 Mama nak hapdet blog [insya ALLAH],
so, kalu Mama tulis panjang2, readers pun bosan kan..

Mama macam tak percaya, mase awal2 praktikal dulu, baby baru je 7 minggu..
Sekarang, umur baby dah 23 minggu lebih..
Beberapa hari lagi baby akan masuk 24 minggu aka 6 bulan..
Wahhhh~~ cepatnya masa berlalu..

Masa Mama mula2 praktikal, ramai nasihatkan Mama supaya jangan aktif sangat sebab takut jadi apa2 kt baby..
Maklumla, first trimester, apa2 boleh jadikan..
Pulak tu, anak sulung.. belum tau lagi body system macam kan.. kuat ke tak..
Mama mohon doa banyak2 pada ALLAH supaya ALLAH lindung baby dari sebarang kejadian yang tak diingini..
Baba pun juga, setiap hari doa..
Alhamdulillah.. ALLAH lindung sayang Mama ni dari sebarang apa2 yang tak diingini berlaku..

Dan sekarang, anak Mama makin hari makin besar..
Buktinya..
Tengok gambar di bawah..
Bukan saja baby yang besar, Mama pun dah bulat..
Baba yang insuran mulutnya belum renew lagi asek kata Mama demuk!!
Isy.. geram..


Mama in 23 weeks pregnancy..

Gambar agak kabur.. tapi muka still cun.. haha

Sejak peknen, muka asek berminyak.. sebab kulit sensitif bile gune pencuci muka..



Akhirnya..

Ehem2.. testing 1..2..3.. testing 1....2....3...
anda di belakang sana, boleh dengar suara saye tanpa microphone??
microphone mcm rosak oke..hihi..

Saya NURRUL-HANIEM BT MUSTAPHY,
no matrik : D20061026497 ..
no i/c: 870428-xx-xxxx

ingin memaklumkan kepada anda bahawa saya sudah tamat sesi pengajian saya di Universiti Pendidikan Sultan Idris yang terchenta itu dengan jayanya.. alhamdulillah.. setelah menghempas pulas [hempas pulas la sangat.. studi selalu last minit.. haha], studi sungguh selama 4 tahun untuk mendapat ijazah dalam bidang pendidikan, akhirnya saya sudah berada di garisan penamat oke..

Dengan itu, saya dengan senang hati sekarang sedang menunggu surat untuk konvokesyen yang dengar khabar2 angin akan di buat pada bulan 11.. insya ALLAH, akan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains (Fizik)..

Dengan lafaz bismillah.. saya merasmikan bahawa saya sudah tidak menjadi STUDENT lagi.. huhu..

p/s: lebih excited tunggu baby lahir lagi dari surat konvo ^_~
p/s 2: tibe2 tak percaya, sebab akhirnya tamat belajar dalam status sudah menjadi isteri dan bakal bergelar ibu.. padahal, perancangan dulu mau kawen selepas aku tamat praktikal bulan mei 2010.. perancangan ALLAH Maha Hebat.. tiada siapa yang tahu..






Tuesday, May 4, 2010

Mana 1 Yang Abg??

Sejak 2 menjak ni, kami dalam mode berjimat cermat.. duit sudah susut oke.. tapi alhamdulillah, ALLAH itu Maha Mendengar rintihan hamba dia.. hari ni ade sorang foreigner sewa kete separuh hari, so dapat la jugak RM40..

Kisah semalam

Aku terlena pukul 11.30 pm.. tubuh sangat penat sebab semalam ada pameran sains, so aku involved untuk 1 hari tu.. pukul 1.30 am, aku tersedar.. abang tak tido agi.. pandang kiri kanan, abang tak der.. tibe2 aku bau ayam goreng.. uhh~~ terbayang cite upin ipin yang suke kan peha ayam.. hikhikhik.. aku bangun n tengok abang kat dapur.. tengah goreng ayam kunyit, untuk kami bawa bekal esoknya..

Aku suh abang tanak nasi sebab esoknya aku nak goreng nasi n makan dengan ayam goreng tu.. tapi dalam mamai tu sempat lagi aku cakap kat abang, "tapi aling tak janji tau!" [ada nada malas bangun awal di situ] .. haha.. set alarm kul 5.30 am nak bangun semata-mata goreng nasi.. dalam hati dah cakap, "sah2 memang tak bangun".. =D

Kisah pagi tadi..

Alarm bunyi kul 5.30 am.. aku off n sambung tido.. sedar kul 6 am.. uhh~~ sgt malas lagi rasenye nak bangun.. hikhikhik.. tapi bile pikir abang dah bersusah payah goreng ayam semalam, takkan aku tak leh bersusah payah nak goreng nasi pulak.. unfair la kan.. kesian laki aku nanti.. isteri asik bagi harapan palsu je.. ^_~

Bangun n siap2 nak gi sekolah.. dalam kul 6.45 am, aku pikir cam tak sempat nak goreng nasi.. tapi aku pikir lagi, kalau buat cepat2 sempat.. [tempoh pikir2 dalam 1 minit sahaja].. aku goreng nasi ala2 nasi minyak.. mak aku cakap, kalu tak reti nak wat nasi minyak, goreng nasi macam nasi minyak pun dah oke [ada nada sinis di situ.. ahah]..maksudnya nasi itu digoreng dengan planta sekali dgn rempah ratus macam nasi minyak.. aku modified sikit letak telur..

Bile dah setel nasi goreng, amik 2 bekas, bahagi sama rata.. nasib nasi tu tak leh dibilang, kalu tak aku dah bilang kasi adil.. haha.. then, aku pun masuk bilik pakai tudung.. abang pun siap2 nak gi kelas.. bile aku ngah bersiap2, abang ke dapur n tanye,

" mana 1 yang abang?"

Waahhh~~ mase ni aku rase kami macam budak sekolah.. nak gi sekolah bawak bekal oke.. budak zaman sekarang pun tak bawak bekal.. hikhik.. 2 tupperware tu bentuk sama n saiz sama.. cuma warna je beza.. aku pun cakap, "yang abang hijau, yang aling purple.. nasi sama rata, tak yah pilih2" =D



Sunday, May 2, 2010

Mama Sangat Berkenan!!

Baby, cepat pilih.. kamu nak yang mane 1?? hikhikhik..


Mase mama surf internet semalam, mama terjumpe satu laman web ni.. pertama kali mama pandang, terus berkenan.. adusss!! ni jatuh cinta pandang pertama.. baby came? hihi.. then, tengok harga dia RM479.90 plus dengan delivery cost RM 10.. so, total RM 489.90.. mula2 baba n mama cakap dah murah.. tapi perangai baba, macam baby tak tau kan.. baba surf lagi internet cari design yg sama.. alih2 jumpe satu website nih, harga dia jauh lebih murah.. website product itu sendiri dengan free delivery.. harga dia RM399.90..

Ohhh~ lupa nak gitau baby, ni adalah baby stroller with carrier.. nanti kamu duk diam2 dalam ni tau time mama shopping.. ngeee~~ lepas zohor semalam, mama n baba kuar shopping-tanpa-duit.. maksudnya survey2 barang saje.. baba ajak gi kat Tunas Manja bahagian Baby World.. ade design yang sama dengan yg mama berkenan tu n harga pun sama.. baba cakap boleh beli ni tapi tunggu baba menang peraduan dulu.. hahaha.. mama berkenan sebab warna hijau.. plus warna ni boleh gune untuk baby girl@boy kan..


Yang ni mama baru surf tadi.. brand yang sama je, cuma dia mahal cikit.. RM 499.90 and also free delivery.. kalau yang atas tadi mama berkenan sebab corak bulat2, yang ni mama berkenan sebab corak jalur2.. mama yang over excited macam mama je yang duduk dalam ni kan?? hihi.. multifunction cikit, sebab tu mahal RM100.. tapi kalau gitau kat baba, rasenye baba tak kesah pun kalu mama nak amik design ni plak.. baby duk dalam perut mama, so baby kene ikut cakap mama tau!! hihihi..

Lagipun mahal RM 100 je dari yg kat atas tu.. baba cakap baba nak spend untuk barang2 baby ni plus minus RM2000.. waaaa~~ suke la tu baby.. RM 2000 tuh dah campur dengan kos untuk 'aqiqah.. kalau boy, 2 ekor kambing = RM1000.. kalu girl, sekor kambing = RM500.. baba cakap, barang2 untuk memasak daging, tok ma yang support.. hihi.. sebenarnya, mama n baba dah banyak beli barang2 baby.. basic things.. tunggu la mama upload dalam blog ni eh..

Mama masih survey breastpump.. tapi mama tak nak yang electric, sebab mama takut.. kalu manual, memang susah sikit.. tapi at least, tak der sambungan current.. fikiran mama, lain orang lain pandangan oke.. pastu baba sibuk survey steam sterilizer.. sebab baba cakap, mama kene usaha pam susu untuk jimatkan pengaliran wang dalam family.. haha.. so, bile ade stok EBM ni, terpaksa la beli jugak steam sterilizer ni.. baba survey kat Tunas Manja brand Anakku, harga RM 199.90.. kalau dalam web site, brand Mydear RM 149.90..

~breastpump yang mama berkenan.. salah satu brand yang botol susunya adalah BPA free.. nanti ada masa mama cite pasal BPA free ni ye..~

Bile baba dah cakap camtu, so dalam pantang nanti mama kene makan lobak putih la banyak untuk banyakkan susu.. adeehhh~~ tak pernah makan lobak putih.. sedap tak ek??


Saturday, May 1, 2010

Rezeki Baby =)

See.. mama dah aktif pelik terhadap blog nan satu neh.. mentang2 dah habis kene observed dari lecturer n guru pembimbing.. n mentang2 jugak la praktikal tinggal lagi 2 minggu untuk mencapai titik yg terakhir [ada nada puitis di situ], so, mama sangat hepi oke.. ^_^

***************************************************************************************

Sebenarnya, dah la nak tulis dalam blog pasal ni.. tapi tertangguh2 sebab kesibukan praktikal.. benarlah kalam ALLAH yang menyebut;

"Dan kahwinilah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui." (Surah an-Nur : 32)

Kewangan

Alhamdulillah, sejak kamu hadir dalam rahim mama, permintaan kete sewa semakin meningkat.. rezeki tu kami bahagikan ikut bahagian; 25% simpanan, 25% anak, 25% belanja makan, 20% maintainance kete n 5% urusan amal&sedekah.. walaupun kadang2 dalam sebulan boleh dapat dalam RM 1000-1300 (untuk 2 buah kete sewa), tapi Baba n Mama takkan belanja sewenang2nya.. purata yang dapat tu pun bukan tetap.. bese la, bukan kerja govern nih.. hikhikhik..

Sonok tatkala bile kami ke UIA untuk amik duit sewa kete, mama yang excited kire duit.. hikhikhik.. waktu ni masalah kewangan baba n mama tak der masalah.. duit rumah sewa RM450 dah siap simpan kemas dalam bank.. belanja guna duit kete sewa.. n waktu ni pun baba n mama belum lagi mulakan perniagaan sutera online lagi.. cukup lah belanja dengan duit kete sewa, itu pun dah terlebih rasenye..

Dugaan

Awal bulan Januari, kete kancil baba rosak (warna silver).. tersadai depan Kuantan Parade hampir 2 minggu.. bukan tak nak baiki, tapi sebab baba terpaksa gi Temerloh, so memang tak sempat nak baiki.. sampaikan polis call tok ma, tanye kenapa kete dah lama tersadai sebab takut kene curi.. polis call ikut alamat dalam pendaftaran kete oke.. kete tu kalau nak diikutkan memang banyak nak kene baiki, tapi memang tak sempat duit.. tak cukup sekadar guna duit maintainance kete saja, perlu amik jugak duit 25% dari simpanan.. tapi masalahnya, baba sangat hati2 dalam pengeluaran wang sebab takut nanti tak der back up if terjadi apa2..

Pertengahan Januari, kete proton iswara plak kene langgar.. sedikit saja kemek dibahagiaan pintu sebelah penumpang.. sebab nak jimat, baba bukak pintu tu n ketuk sendiri tak nak bagi nampak kemek.. hihi.. baba boleh jadi mekanik jugak tau, baby.. selesai yang kete iswara tu..

Awal bulan febuari (sebelum raya cina), kami kene 'tipu' plak.. actually, bukan kene tipu.. tapi kadang2 bile fikir balik rase macam kene pukau.. melayang RM 6000 oke.. terus jadi miskin.. mama cakap bukan tipu sebab dengan RM 6000 tu kami dapat barang, cuma bagi baba n mama, barang2 tu tak patut digunakan lagi oleh kami.. tambah2 lagi as a married student.. so, kalu datang rumah kami ade la induction cooker, microwave yg berpuluh2 function tu, pressure cooker, air purifier, set periuk n kuali stainless punye n banyak lagi la.. baba n mama jadi jutawan A**a oke..

Kenapa mama cakap macam kene pukau, sebab kami seolah2 macam ikut je kata2 penjual tu.. habis korek duit bank.. RM 6000 tu adalah dari simpanan duit untuk rumah sewa RM 450 sebulan, duit biasiswa mama, duit simpanan dari kete sewa, duit anak [duit kamu, sorry], duit maintainance kete n duit lebih mama yang mama simpan dulu2.. sedih sgt.. esok baru kami tersedar bile tengok semua kad bank dgn pandangan bingung je sebab semua kad bank 'zero' wang..

Akhir bulan febuari, halaman rumah kami pulak yang kene pecah masuk.. adusss.. habis diambilnya tayar kete kawan baba, besi tombol pintu.. pencuri siap tinggalkan plastik air tea ais lagi.. geram mama tengok.. jenuh mama n baba cari tayar ganti untuk kawan baba, at last, kawan baba cakap tak yah bayar.. berbanyak terima kasih pada kamu, Ika.. kami tak berkesempatan lagi nak belanja makan..

Rezeki baby

Kami pening kepala camne nak bayar duit rumah sewa untuk bulan 3.. alhamdulillah, korek punye korek dalam semua bank, cukup RM 450.. hehehe.. dah bayar yang bulan 3, terus fikir camne nak bayar yang bulan 4 nih..waktu ni, memang kami terpaksa ikat perut sekemas2 nya.. hanya mengharapkan duit sewa kete.. itu pun kurang orang sewa dari bese sebab pelajar UIA dah study week n dalam minggu exam..

Masuk bulan 4, tokki [ayah mama] bagi duit.. ni rezeki kamu!! sebenarnya, tokki tak tau pun yang baba n mama kehilangan duit sebanyak tu.. so, baba n mama dapatlah tarik nafas lega sebab dah ade duit sewa untuk bulan 4.. mekasih tokki ye..

Disebabkan kehilangan duit tu la, baba n mama decide nak wat perniagaan sutera online pulak.. alhamdulillah, setakat ni mendapat sambutan.. mama jual jugak sutera dekat cikgu2 sekolah by hand, cuma mereka ni bayar ansuran la.. yang pelanggan dari internet pun dah semakin ramai.. alhamdulillah.. itu dikatakan rezeki kamu sayang.. setakat ni, mama tak pernah usik lagi duit untung sutera sebab baba cakap nak wat modal lagi untuk stock seterusnya..

Dan rezeki kamu yang mama n baba rasa paling berharga adalah kejayaan kami.. tu pun boleh cakap rezeki anak jugakkan?? big clap untuk baba bile baba dapat ranking ketiga dalam posing OnG baru2 ni.. kesian baba.. sikit lagi nak dapat distinction.. tak per, rezeki terpeliot sikit.. hikhikhik.. walaupun gitu, baba dapat buktikan pada tok ma, hadirnya kamu telah menambah rezeki untuk kami.. dan mama, observation dari guru pembimbing n pensyarah pun dapat feed back yang positif.. walaupun result tak dikeluarkan lagi n belum diluluskan oleh senat, berkemungkinan mama dapat A- atau A dalam praktikal.. alhamdulillah..

Sebenarnya, mama selalu doa bila la kami dapat menang hadiah dari mana2 peraduan sebab every contest baba akan masuk.. baba yang gigih namanya ni.. kalaulah dapat menang hadiah lumayan, insya ALLAH, kami bercadang nak buat kenduri kesyukuran untuk kamu time raye di rumah tokki, kenduri 'aqiqah di rumah tok ayah [ayah baba] n kenduri kesyukuran kedua di rumah di kuantan.. so, anak mama ni tolong doa2 la supaya baba n mama dimurahkan rezeki ye, sayang!! salam sayang untuk kamu..





 

blogger templates 3 columns | Make Money Online