:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Monday, April 6, 2009

Akhirnya Saya Sampai..

Akhirnya sampai jua ke destinasi.. opssss!! bukan destinasi tapi mase yang ditunggu2.. mase apakah itu?? 6/6 lambat lagi.. tapi mase ape?? huhu.. ye.. sudah sampai mase saya untuk menghantar semua asemen2.. asemen2, pergi la engkau dari hidupku.. berilah ku ketenangan untuk study pulak.. 2 weeks more untuk final exam ni.. sem yang sangat2 sengal i means.. haha.. dengan study week tak der, subjek semua berat2 [berapa kilo?] then ape2 lagi la..

Lagi satu, lagi dasyat sem ni jugak sebab ade satu hari tuh 2 papers..2 papers tuh adalah subjek yang membaca.. memerlukan anim duk menenangkan diri dan membaca bait2 ayat yang dikarang dalam buku tuh.. ^_~ ..

So, tengok pada jam di dinding.. tepat pukul 2.53 am, anim telah menyiapkan proposal untuk thesis sem depan.. ^-^ .. adakah ini kerja last minit?? ohoh.. saya pun tidak tahu.. asal wat kerja je last minit, asal last minit je wat kerja.. =D .. dengan ini saya mengisytiharkan bahawa saya sudah bebas dari asemen yang untuk semester 2 2008/2009.. yahoooooO!!! so, anim.. plez moving to study mode. oke??

Sunday, April 5, 2009

Special Congrate For IzuQila..

Walaupun kite tak pernah jumpe, tapi ukhuwwah tetap ada kan.. i'm glad to wish special congrate to both of U.. tahniah di atas kehadiran orang baru walaupun baru beberapa minggu dalam rahim mamanya..

To Izu dan Qila;
  1. Semoga kebahagiaan korang semakin bertambah dengan kehadiran baby..
  2. Izu, jage Qila baik2.. =] first trimester tuh kene jage kandungan leklok.. jangan buat kerja berat2 tau..
  3. Qila, kene banyak kan rehat.. tak yah kije lagi part time.. huhu.. kasi Izu sorang penat2 wat kije.. kui2..
  4. Pape pun, tahniah la..
p/s 1: Kan hari tu anim dah cakap, rezeki bertambah tu bermakna rezeki untuk anak..
p/s 2: Pelik+kelakor panggil mama dan walid.. huhu..
p/s 3: Aii.. pandai rancang tak nak bagi Qila extend =P

Ini Hari Minggu Ke?

Weekend datang lagi.. tapi weekend yang dikecapi oleh anim tak sama macam weekend korang.. weekend korang boleh rehat, boleh study, boleh main game dsb... weekend anim?? i must to attend extra class.. adoiiii.. semalam dan hari ini.. adakah ini hari minggu saya?? ohhhh...sungguh memenatkan..

Semalam kelas ganti pukul 3.00-5.00 petang.. di saat orang lain tengah relax apatah lagi ditambah dengan cuaca yang sejuk sebab hujan, mood untuk belajar langsung tak der... di saat orang lain tengah bersiap untuk ke pasar malam, anim terpaksa duk dalam kelas mendengar lecturer mengajar.. nasib subjek yang anim minat.. so, fortunately, I able to focus more.. tak de nampak pasar malam, tak der nampak ayam golek yang sedang bergolek2 atas bara api dsb..

Dan hari ini, kelas yang sama bermula pukul 9.00 pagi -1.00 petang.. subjek yang sama dan lecturer yang sama.. huhu.. disebabkan subjek ini terlalu jauh ketinggalan dengan subjek lain menyebabkan lecturer terpaksa buat kelas ganti.. lagipun 'killer' subjek ni memerlukan lecturer focus untuk setiap subtopic dalam subjek tu.. itu yg jadi mcam siput sket blajo subjek ni.. hehe..

Sebelum berakhirnya kelas tadi, lecturer pesan :

"esok malam ade kelas tau.."

Masing2 macam blur.. sebabnya setiap hari kami akan jumpe dengan encik tu.. start hari jumaat, semalam, hari ni dan esok.. huhu.. sepatutnya, malam esok adalah kelas sebenar kami utk subjek Electromagnetism ni.. hikhik.. disebabkan tuan2 punye otak sume dah penat, sampaikan kelas sebenar pun dah lupe.. dan ade la sorang pelajar jawab;

"En. kami dah mabuk blaja subjek ni.." =]

Friday, April 3, 2009

Luahan Hati..

Sebelum anim memanjangkan entri ini, ingin anim memperkenalkan seseorang merangkap sebagai bakal suami.. Encik Mohd Zubir bin Abdul Rahman.. so, sekarang ni ade 2 orang penulis blog ni.. zuhane tu mewakili Zubir dan Aniemz tu mewakili anim.. huhu.. sebenarnya, bukan luahan ape pun.. saje nak membazirkan masa yang sungguh jeles dengan diri ini.. hikhik.. baru sebentar tadi terbaca blog seorang akak ni.. juga bakal pengantin cuma tarikhnya lewat 2hari dari anim.. terbaca luahan hatinya dan anim tertarik untuk meluahkannya jugak di blog sendiri.. ngeh3..[men tiru2 orang..] =D

Teringat akan satu emel yang dikirim oleh bakal suami..

" i still remember, it still fresh in my mind. one day, i heard about ur name from my friend during chitchat. i dono y i become so eager 2 know who u r. i try to find u. i wana know u. that time, i'm a shy person. i dono how to ask my friend about u. luckily,one day, when i was walking passing teachers' room, i heard somebody called hanim or anim. i can't hear it clearly. but my instinct said that it is u..when first i look at u, i saw mole on ur right cheek. and then, few days later, i saw u again but i quite confuse why the mole is on left cheek.am i looking at the wrong person??? i dono....cont"


[nota: sampai sekarang tak ter'continue' pun story tu.. penat den tunggu =P my bakal usben selalu menggunakan BI dalam emelnya dan me?? membalas dalam BM sahaja.. bukan apa, ingin memartabatkan bahasa ibunda.. alasan bagi orang yang tak reti BI.. huhu]

Sebenarnya, saat kami meluahkan perasaan hati mahu mendirikan rumah tangga, tak ketinggalan jugak ade sesetengah membangkang.. kami bukan saja2 mau kawen.. bukan sebab tengok orang lain kawen, kami pun nak kawen.. ohh.. tidak.. banyak sebabnya kenapa kami mendirikan rumah tangga di usia muda ni..

Kami satu sekolah dulu.. SMAASZA.. sekolah yang banyak melakar kenangan antara kami.. kenangan hati.. huhu.. kami tidak pernah satu kelas pun.. ade hikmahnya.. tak blajo laa kami kalu satu kelas.. story dalam emel tu adalah perasaan bakal suami pada anim waktu kami tingkatan 3.. tapi kami tak laa macam budak sekarang.. bercinta dalam sekolah.. berbalas itu dan ini.. antara kami tak pernah ada sesi luahan perasaan pun.. tak pernah berbalas barang atau berbalas senyuman.. berbalas mata ada.. camne tu? hehe..

Anim?? Sejak tingkatan 2 lagi dia jadi secret admire anim.. memendam perasaan sampai la habis SPM.. dalam waktu kami 5 tahun di SMAASZA, seingat anim hanya 6 kali je kami pernah betegur sapa [kire tu sebab detik2 bermakna =P ].. kami bertegur sapa ade sebabnya.. pasal duit lawatan, pasal kertas jawapan exam, pasal asemen Add Math, pasal surat cinta seseorang pada dia [jeles sungguh mase tu.. I yg minat dia, tapi jadi penyampai pulak antara kawan anim dengan dia..tapi peluang..hikhik..].. also pasal lawatan mase form 5 dan satu lagi I forgot..

Cerita yang panjang akan diceritakan kemudian.. kesimpulannya, kami membuat keputusan bukan atas dasar perasaan tapi atas dasar akal dan hati.. betapa susahnya untuk kami menjaga hati.. sejak lepas SPM 2004 dan sehingga kini.. sedihnya sebab setiap hari akan ade dosa yang ditambah walaupun sekadar mengingatinya apatah lagi membalas mesej dsb.. kadang2 terfikir, jalan ini juga sudah ditetapkan oleh-NYA cuma atas kerasionalan seseorang itu untuk bertindak..

Mengambil faktor sudah 5 tahun 'declare', kami 'bermati-matian' berjuang untuk hidup atas jalan yang diredhai-NYA.. kami tau tiada istilah couple dalam ISLAM.. pernah kami putus, tapi kurang dari 3 hari, kami berhubung kembali.. perasaan sayang itu sudah tebal dalam hati apatah lagi sejak umur 14 tahun, dia dalam hati anim.. so, start tahun lepas [lebih kurang bulan 4 jugak..] kami decide untuk terus terang pada mak ayah..

Alhamdulillah, sebelah anim tak banyak membantah.. mak dan ayah bersetuju.. sebelah dia memang banyak dugaan.. maklum lah, pengajiaannya dalam perubatan masih jauh.. sisa tahun untuk dia menghabiskan belajar masih banyak.. masakan seorang ibu mahu melepaskan anaknya yang tidak bekerja untuk menanggung anak orang lain.. berkat doa kami, pertolongan adik beradik dan termasuklah ayahnya, akhirnya emak nya bersetuju.. restu mak ayah perlu diperolehi sebelum melangkah ke alam perkahwinan ini..

Pernah dia meluahkan perasaannya pada anim.. malu pada ALLAH atas sebab dosa yang dilakukan.. menghafal ayat2 suci Al-Quran and at the same time, melakukan dosa.. apa yang menjadi pengajaran buat kami.. Zubir bekas pelajar Darul Quran.. so, start dia Darul Quran, dia couple.. balasan dari Allah, 6 bulan dia di DQ, dia ditimpa kemalangan.. parah yang amat.. kaki kiri patah, lengan patah, ulang bawah mulut patah dan tulang bawah mata pun patah.. 1 hari koma..

Perasaan anim? hanya ALLAH sahaja yang tau.. 11 hari dia di HUSM, anim bertindak ambil tiket bas dari Seremban ke Kota Baharu.. waktu itu anim di kolej matrikulasi negeri sembilan.. takut untuk berjumpa dengan mak ayahnya.. dan bila berjumpe dengan mak ayah, mak dia melayan anim seperti anaknya.. dan Zubir? hanya terbaring sahaja di ats katil =P .. teringat kata2 kak shahibul, bumi DQ bumi 'cash'.. sape yang buat dosa akan terima balasannya.. aan inilah 'cash' dari ALLAH untuk zubir.. 3 bulan berjalan guna tongkat.. terseksa dia dengan azab di dunia..

Sepanjang dia di DQ, sekali je kami berjumpa dan makan.. itu pun sekejap sahaja.. Maha Kuasa Pencipta, balasannya sungguh berat.. zubir terima dengan redha.. atas nasihat Dr, zubir kene rehat 6 months.. dan disebabkan itu, atas kerelaan hati, dia terpaksa menarik diri dari Program Tahfiz Al-Quran.. sayang sangat bile dia kuar dari DQ sebab waktu itu dia dah hafal 12 juzuk.. dan terkubur la cita-citanya untuk bergelar Dr Mohd Zubir bin Abdul Rahman Al-Hafiz..

Allah nak tunjuk akan kekuasaan-NYA.. tapi kami manusia yang teramat lemah.. kami tak der kekuatan utk berpisah.. bukan tak mau cuba, pernah mencuba tetapi resultnya 'fail'.. =] mungkin ikatan hati terlalu kuat.. tapi bukan ikatan hati yang tak suci kami mahukan, ikatan hati yang suci kami nak.. atas dasar itu, kami sedaya upaya untuk berkahwin awal.. bukan sebab gatal, bukan sebab saje suke2, bukan sebab ikut orang lain, tapi sebab mahu menjaga hati.. dan niat zubir setelah berkahwin, dia ingin menghafal balik ayat2 Al-Quran yang sudah dilupainya.. dan sokongan anim untuknya, supaya dia dapat menghafal sampai 30 juzuk.. walaupun tiada dapat iktiraf atas dunia, insya ALLAH iktiraf di akhirat sudah ada..

Itu la disebalik perkahwinan kami.. dugaan yang teramat berat untuk kami terima sebelum mendapat kelulusan berkahwin dari mak ayah.. yang tu akan dicerita kemudian laa ye.. dah panjang sangat dah ni..


Pro & Kontra

Walaupun sekarang anim tengah bz and this is last week for me 'bergelumang' dengan asemen2 yang makin galak bertimbun walaupun sudah mencecah minggu 12.. those yang memang ber'title' students, memang dorang akan tau minggu ke12 adalah minggu yang sudah hampir dengan minggu exam.. huh!! ditambah peritnya lagi UPSI tak der study week for this sem.. seksa yang amat..

Ditengah2 menyiapkan Mid Semester Take Home Exam, anim tertarik utk publish kan pro n kontra meminum minuman berkafein especially students yang berniat untuk stay up.. minuman ini la yang dicari [me too..] hehe.. setia dengan kopi radix dulu, kini dan selamanya.. maklum laa, my mom jadi ahli kepada HPA ni.. so, dengan sukacitanya dia sentiasa membekalkan kopi radix untuk anak2nya..

Pernah sekali tu, dia beli sampai 6 kotak.. gelak kami dibuatnya.. my mom mcam nak bukak kedai kat rumah ni.. jawab la mak.. "semua tu untuk anak2 la.. kak satu, dah satu, ma satu, mie satu n adik satu.. satu lagi utk mak n ayah..".. see.. kasih seorang ibu.. even my sis semua dah kawen, still dia ingat lagi kat anak2nya.. huuh.. terharu.. dan balik baru2 ni, I pau satu kotak radix milik mak.. hehe..

Dah melalut smpai sini.. so, bace laa pro n kontra nya.. ingat nak publish yang dah dibuat, tapi mesti kene mintak izin dari 2 orang lagi memandangkan asemen ni berkumpulan.. so, I copy dan paste je la ek..

There is a lot of research concerning both the negative and the positive effects of coffee drinking.

The "Pros" :

1.Antioxidants. Coffee is loaded with antioxidants like chlorogenic acid and melanoidins. Antioxidants help prevent oxidation, a process that causes damage to cells and contributes to aging. Melanoidins from roasted coffee have antioxidative effects depending on the way the coffee is treated.

2.Parkinson's disease. Regular coffee consumption reduces the risk of Parkinson's disease. A number of studies [1],[2] have demonstrated that people who drink coffee on a regular basis are significantly less likely to develop Parkinson's disease.

3.Diabetes. Coffee consumption is potentially protective against the development of type 2 diabetes. A prospective cohort study as part of the US Nurses Health Study found that moderate consumption of both caffeinated and decaffeinated coffee may lower the risk of type 2 diabetes in younger and middle aged women.

4.Liver cirrhosis. Coffee drinking may protect against liver cirrhosis, especially alcoholic cirrhosis.

The "Cons" :

1.Heart disease. The relation between coffee consumption and risk of cardiovascular disease has been examined in many studies, but the results remain controversial. Most prospective cohort studies have not found coffee consumption to be associated with significantly increased cardiovascular disease risk.

On one hand, diterpenes cafestol and kahweol present in unfiltered coffee and caffeine each appear to increase risk of coronary heart disease. High quality studies have confirmed the cholesterol-raising effect of diterpenes. Coffee consumption is also associated with an increase of plasma homocysteine, a risk factor for coronary heart disease.

On the other hand, a lower risk of heart disease among moderate coffee drinkers might be due to antioxidants found in coffee.Besides that, caffeine can increase the risk of heart attack, especially among those people who carry the "slow" gene variant for the enzyme that metabolizes caffeine.

2.Cholesterol. Heavy consumption of boiled coffee elevates blood total and LDL cholesterol ("bad cholesterol") levels.
Unfiltered coffee contains two cholesterol-raising compounds cafestol and kahweol.

3.Blood vessels. Coffee negatively affects the blood vessel tone and function (increases arterial stiffness and wave reflections).

4.Heart rhythm disturbances. Coffee can cause rapid or irregular heartbeats (cardiac arrhythmias).

5.Blood pressure. Although coffee consumption is not a significant risk factor for hypertension, it produces unfavorable effects on blood pressure and people prone to hypertension may be more susceptible. Recent Italian study found that coffee drinking can slightly increase the risk for development of sustained hypertension in persons with elevated blood pressure.

6.Osteoporosis. Coffee intake may induce an extra urinary excretion of calcium. Heavy coffee consumption (4 cups=600 ml or more) can modestly increase the risk of osteoporosis, especially in women with a low calcium intake.

p/s : Sebenarnya banyak lagi pro n kontra.. dinasihatkan supaya meng'google' sendiri ye untuk nak tau lebih lanjut.. tapi je 'pro & contra drink caffeine', dalam beberapa minit anda akan dapat artikelnya [if ur PC tak lembab macam siput].. ok berwasapada la... hehe.. its better to think twice before u decide something about ur life.. ok??

P/s 2: my bakal asben selalu nasihat jangan minum caffeine banyak2 memandangkan I ni peminat setia radix.. terutamanya waktu period, jangan minum banyak caffeine sebab dia malas nak layan orang cepat merajuk ni.. hehe.. dan I membalas, "mau secawan??" hehe

Thursday, April 2, 2009

Nasihat..

"Dik, nanti kalu nak tau pregnant ke tak, pregnancy test pun camni jugak lebih kurang.. nanti bile nak test, air kencing tu letak kat sini [sambil menunjukkan satu lubang kecil kat kid tu..].."

Reaksi anim: diam dan hanya tersenyum.. dalam hati ['jauh bebeno akak ni bagi nasihat atau anim salah masuk bilik family planning??..']

"Dah kawen nanti, kalau period tuh dah lewat 1 bulan, jangan lambat2 datang.. terus datang kat sini ye.. nanti senang kami nak follow up.."

Reaksi anim : senyum jugak tanpa berkata.. dalam hati ['ohhh...baik sungguh akak ni']

"ade berapa tahun lagi kat UPSI ni?"

Reaksi anim : setahun lagi kak..

"ni sempat la pregnant ni.."

Reaksi anim : still senyum.. [hehe.. tak boleh.. tak mo extend..kene tunggu habis dulu..melenting mak mentua I nanti.. huhu]

Begitu la ceritanya mase anim pergi buat ujian HIV untuk bakal pengantin tadi.. baik sungguh nurse tadi.. andai kata semua nurse di Malaysia ini bersifat caring camtu, alahai boleh sihat dengan aman semua pesakit2 nya.. lembut dalam berkata, sopan dalam kelakuannya.. suka sangat ke klinik tadi [nama klinik dirahsiakan atas sebab menjaga sesetengah nama pihak yg terbabit]..

Sebenarnya, mase anim tunjukkan borang untuk buat ujian tu, akak tuh macam tak caye.. haha..

"umur adik berapa?"

Umur anim yang ditanye first.. Hehe.. akak ni ingat anim budak sekolah ke?? adus.. kalu lah anim ke klinik tadi anim pakai baju putih, tudung putih dan kain biru, mau kene tangkap budak ni.. hantar ke pusat penulihan akhlak.. kecik2 nak wat ujian HIV.. ape kes???? ngeh3.. nasib la pakai baju biru, tudung biru n seluar blue black.. Opsss!! saya bukan pengawas sekolah lagi yea.. baju biru yang dipakai tu t-shirt, dan berseluar track warna biru gelap..

Alhamdulillah, ALLAH mempermudahkan segala urusan pada hari ini.. so, selesai ujian HIV tu anim boleh la pos borang ke kampung untuk ayah setelkan ke pejabat agama daerah.. semoga segala urusan lain, ALLAH akan mempermudahkannya.. amin..

Wednesday, April 1, 2009

Alarm itu..

Selesai kelas Fizik Moden anim terus balik ke rumah.. makan dan sembahyang.. niat di hati ingin ke Library untuk siapkan asemen KPT tentang model ASSURE dan jika sempat ingin siapkan refleksi tentang macroteaching semalam.. sampai rumah, amik pinggan, cedok nasi =] dan cedok tomyam.. nyum..nyum.. tengok jam kul 1.30 petang.. ingin berbaring sebentar sebelum solat zohor.. [umpama ular sawa yang sudah kenyang..haha..]

Tibe2 sakit perut.. em, bangun gi toilet.. hikmahnya, ALLAH suruh sembahyang awal2.. so, anim pun terus la solat Zohor.. selesai solat zohor, tengok bantal macam 'sedap'.. hehe.. siap doa, "ya ALLAH, biarlah aku tidor sepuluh minit je.." hehe.. pastu alarm jam kul 2.00 petang.. then apa yang terjadi...

Tersedar jam 2.00 petang..
.
.
.
.
.
tukar alarm jadi 2.10...
.
.
.
.
.
tersedar kul 2.10 tukar alarm jadi 2.30 petang..
.
.
.
.
.
kul 2.30 petang tersedar then tukar alarm jadi 2.45 petang..
.
.
.
.
.
kul 2.45 petang tersedar dan tukar alarm jadi kul 3..
.
.
.
.
.
tapi sebelum terjaga kul 3 petang tuh, dengar bunyi mesej masuk.. syikin mesej.. cakap nak combine KPT kul 5 petang ni.."ya ALLAH, aku tak wat pape lagi.." ..haha.. terus segar mata dan bukak laptop.. niat ke library sudah terkubur lalu dalam tanah ntah mana2..haha

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online