:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Friday, December 3, 2010

Status Sekarang


oke.. sekarang dah jadi manusia bizi, dulu boleh la kau 24 jam ngadap laptop, sekarang dah kene 24 jam ngadap pengetua.. okeh, tipu je ngadap pengetua sampai 24 jam.. sebagai guru baru, cuti sekolah haruslah kene pegi sekolah.. dan sebagai guru baru juga, cuti sekolah haruslah kene study balik apa yg nak diajar.. dan sebagai guru baru jugak, haruslah kene 'buli' kat sekolah.. eh eh, tipu je kene buli tu.. cuma kene tolong mereka secara paksa la.. kui kui kui..


alhamdulillah, pengetua bagi aku ajar subjek Maths form 3, form4 dan Sains form 4.. mula2 dapat tau mengajar Form 4, aku dah hepi dah.. sengih sampai ke tinge, tapi bile dapat tau mengajar jugak Form 3, terus mulut jadi muncung.. huahuahua.. oke, aku dah bayangkan kepadatan masa aku tahun depan dengan kelas tambahan.. fine, jadi cikgu memang lah camtu.. jadi kene lah ikhlas mengajar supaya ilmu yg students dapat tu melekat sampai ke mati, bukan setakat atas kertas exam je..


oke, aku nak bitau kisah benar ni.. budak kelas 5 Kamil n 5 Mukmin, time blaja Sains, separuh kelas hilang.. tapi bile exam Sains, semua datang.. ajaib sungguh! ntah apa dorang jawab.. pandai betul budak2 ni, tak yah masuk kelas, masuk exam jah..boleh??


dan ni kisah benar jugak.. aku akan mengajar Sains kelas 4 Ehsan, 4 Gigih, dan mengajar Maths kelas 3 Kamil dan 4 Kamil.. kelas2 itu adalah yang ke4, ke5, dan ke6.. huhuhu.. jadi, tahun depan aku boleh digolongkan dalam golongan manusia tensen atas dunia okeh.. tape2, aku 'basuh' budak2 ni bebetul.. dulu time praktikal aku peknen, jadi cikgu ala2 anak kucing.. sekarang, aku tak peknen, akan jadi cikgu ala2 anak singa.. boleh?


sesi pam mengepam di sekolah berjalan seperti biasa.. aku pam sekali je mase kat sekolah.. ye la, pegi sekolah kul 8-1 pm je, kebiasaannya akan pam kul 12 dan dapatlah 9 oz.. dulu Hadeef Zafran minum 3.5 oz je, sekarang 4 oz.. pengsan mami dia kene pam susu.. hoho

ohh~~ rindu Hadeef Zafran.. esok si kecik hensem mami akan masuk 3 bulan..

happy 3 months old sayang!! mmuaah


1 Comment:

HeLena said...

chaiyok hanem chaiyok!!!basuh mereka cukup2 kalau tak paham2 gak hihihi
utk hadeef...hepi 3 months si comel...mmuahhhh..(bolehkan??)

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online