:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Friday, December 17, 2010

Dalam Dilema

sejak 2 menjak ni aku asik fikir je.. serabut kepala cik kiah oiii.. semata2 nak fully breastfeed kan hadeef, jenuh mami hari2 fikir yg terbaik tau sayang.. senanya camni, dah 2 minggu aku masuk sekolah.. bese la, cikgu baru haruslah bekerja mase cuti.. gaji jalan gaji jalan.. haha.. jadinya, sepanjang tempoh 2 minggu di sekolah, aku lepak kat bilik pendidikan khas aja sebab stafnya juga bekerja, cuma budak yang cuti..

lepas 2 minggu, pengetua bagi cuti seminggu.. jadinya, hari ni hari jumaat adalah hari terakhir cuti sebelum aku masuk sekolah balik.. straight sampai bukak sekolah.. 27 dis meeting adalah berderet2.. hari2 meeting.. kompem penat.. tak pe tak pe, penat2 pun balik sekolah ngadap hadeef, terus hilang penat.. itu lah kuasa anak ^_^

sepanjang 2 minggu tu jugak, aku pam susu kat bilik pendidikan khas tu.. bila dah bukak sekolah, mane mau pam lagi?? ayoyoyo.. boleh kalau aku nak pam kat situ sebab dalam bilik pendidikan khas tu ada satu bilik kosong, tapi aku macam tak tahan je dengan penyelaras pendidikan khas yg mulut tak renew insuran.. mati lah kalau dia baca belog aku.. haha.. mak aiii mulut dia, panas kaw kaw tinge kalau kene sound.. huhu

surau? surau memang ada, tapi aku takut tetiba ngah pam, syok2 bayangkan muke hadeef, tibe2 budak2 datang serbu cakap 'au chak cikgu.'. haha.. mana aku nak campak pam susu tu.. adusss.. kalau tempat kerja lain yg ada surau, mebi digunakan time nak solat je, tapi surau sekolah kadang2 digunakan untuk sesi pengajaran jugak untuk subjek agama..

kat meja guru? sah2 seksi meksi n bukan tertutup.. kalau kerja office tak pe, ade compartment sendiri.. boleh la cover2 sikit time nak pam.. kalau cikgu baru yg diposting kan di sekolah baru pun untung sebab sekarang design bilik guru macam kt office, ade compartment sendiri.. ni sekolah aku paling tua kt kuantan kot.. haruslah design bilik guru patern lama.. meja tersusun rapat2.. aku dah usha2 bilik guru kt sekolah tu, memang tak menarik la untuk pam susu..

kt bilik persediaan makmal? belum dipertimbangkan.. sekolah tu memang sadis la.. makmal sains pun kene share dengan makmal fizik.. form 4 yg blaja sains gune makmal fizik, form 5 yg blaja sains gune makmal kimia.. so how???? kalu kt sekolah aku praktikal dulu, satu bangunan besar 3 tingkat semua makmal, jadinya, memang ada bilik2 persediaan makmal yg besh2.. ni makmal dia pun cam sedih je aku nengok..

waaaaaa... buntu2.. ade satu lagi bilik yg belum dipertimbangkan.. hari isnin ni kompem kene gi wat baik2 dengan akak tu.. wakakaka..

kt sekolah tu ada taska khas untuk anak2 cikgu n staf pejabat.. malangnya, taska tu hanya menerima budak2 umur 1 tahun ke atas je.. aku rase kat situ je kot kalau boleh nak pam susu pun.. tak tau la ade peti ke tak.. incase kalau tak de, memang aku beli la seketul peti kecik tu.. cakap banyak macam tokey balak oke.. hadeef, ni semata2 untuk kamu taw..

banyaknya cabaran nak exclusive breastfeeding ni.. takkan tetiba aku nak sumbat susu formula pulak kt hadeef.. tak sanggup tak sanggup..

3 Comments:

ummu ahmad said...

salaam,
kalau nnti takde tempat sangat beli lah nursing cover. boleh je nak pump kat depan guru2 lain sebab besar cover dia =)
sy dh try =)

Hafiz dan Mawaddah said...

aah hanim, bleh guna nursing cover..akak duu pun pam dlm surau guna nursing cover, kurang rasa segan skit..mmg malu pd mulanya, tapi bila pikir baby, trs hilang dh rs malu...kalau hanim xde nursing cover, guna shawl atau selendang pun boleh..mula2 anim rs x selesa, tp lps tu ok punye..bila anim cite mcm ni, akak teringat wkt kt HTAA dulu..ssh sgt nk pam smp akak tebal muka pam dkt surau utk dr. pakar...sbb kt situ ada fridge..alhamdulillah akak kenal one of the specialist kt situ..dia kwn ummi akak...siap tumpang fridge lagi..

good luck aniem...semoga berjaya..akak sokong awak...kemsalam kat hadeef hensem ye...

ummu ahmad said...

http://chomelnursingcover.com/store/

ni online store akak beli nursing cover tu. murah jer ;) sebab tengok mawaddah pakai n beli dr online store yang sama tu yang berkenan habis!

oh yes, ha'ah amalkan minum barli. sampai skg akak dok minum. berkhasiat pastu kelebihan dia lagi buat urine kita bersih.

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online