:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Friday, October 24, 2008

Penangan Nescafe

Penangan nescafe yang cukup hebat!! anim balik dari library rabu malam hari tu.. lalu depan kedai, teringin plak nak minum air nescafe.. dah lame tak minum air nescafe ni..lalu depan restoren tanjung, orangnye terlalu ramai.. mesti lambat nanti untuk dapatkan minuman yang order walaupun order air je.. anim pun jalan pegi ke restoren norma.. tengok situ tak ramai orang.. anim pun order lah nescafe ais.. harganya RM 1.50..

Dari restoren anim terus pulang ke rumah memandangkan jam dah pukul 10.30 malam.. sampai je kat rumah, anim terus menikmati kehebatan nescafe tu.. kow..kow..huhu.. di saat menikmati air nescafe malam tu, anim lupe yang suatu hari dulu ketika belajar di matrik, anim telah mengalami demam yang teruk setelah minum air ni.. lepas minum tu, anim berhajat untuk terus tidur.. tak larat dah nak stay up..kalau stay up, tubuh pun dah penat, study pun tak kan faham..maka, tumbanglah anim di atas tilam setelah menikmati kelazatan air nescafe yang kow kow itu.. hehe

Bangun je pagi esok, mak aiii kepala berat gile.. rasa mcam ade batu yang menumpang atas kepala ni.. bangun dalam pukul 6.15 pagi, anim terus je mandi dengan harapan kepala yang pening ni akan menjadi normal kembali.. hehe.. then, sudah mandi, tubuh dah naik panas.. aii tak jadi ni.. mesti nak demam.. sudah sembahyang, anim pun bukak laci cari panadol.. telan lah 2 biji tanpa sarapan.. sebab iklan panadol dalam TV cakap boleh diambil ketika perut kosong..hehe..anim pun main telan je.. pastu sambung tidur balik..

Bangun pukul 8.30 pagi, keadaan OK sedikit.. anim pun bersiap2lah untuk ke kampus sebab dah janji dengan syikin nak hantar CD kepada Prof.Dr.Nurtjahjadi..Then, lepas tu, anim ke library.. bincang sikit2 pasal asemen bio..lepas balik dari library, tubuh jadi panas.. anim pun tidur je lah.. bangun pukul 4 untuk solat zohor (dah jadi zohor gajah dah), panas tak kurang, kepala makin berat dari pagi tadi.. anim pun dah tak tau nak buat camne..nak telan lagi panadol, nanti akan jadi 4biji.. bahaya jugak.. anim pun sambung tidur.. memang dah tak larat sangat nak bangun untuk aktifkan diri sendiri..nasib baik kelas memang tak de hari khamis..

Bile bangun untuk solat asar, anim terus mandi.. lepas sembahyang anim pun makan nasi kerabu.. kirim dengan kak wanitadi.. biasanya, nasi kerabu tu anim selalu akan makan sampai licin.. tinggal kertas lilin yang balut nasi tu je..tapi semalam, separuh je anim makan.. abg yang bungkus nasi tu plak kebetulan letak 2 ekor ikan.. aii, time aku sakit ni bagi ikan lebih.. time aku sehat, ikan kecik2 je letak..ikan tu pun anim makan sekor je..memang tekak pun rasa pahit nak telan makanan..

Lepas tu, anim tanye housemate2 anim yang ade ubat demam..dah panadol tak berkesan, terpaksa anim telan ubat demam.. tanye2 sume, akhirnnya kak ma ade ubat demam.. lepas sembahyang maghrib, animtelan 2 biji ubat demam tu akhirnya tumbang lagi buat kali yang ke berapa ntah.. kebetulan malam tu jugak orang berpusu2 nak mesej anim nak beli top up.. waduuhh!! mengganggu tidurku.. nak tak nak terpaksa reply lah.. tapi bile dah tersedar dari tidur tu, alhamdulillah dah baik..

Asemen bio anim dah takfikir ape dah.. nasib ade pembantu bertauliah yang sudimembantu anim.. kepada 'b' yang sentiasa disayangi, terima kasih kerana sudi membantu anim menyiapkan asemen bio tu..jasa mu akan ku kenang sampai bile2.. semoga akan menjadi suami yang soleh sebab selalu bantu isteri.. hehehe.. pantun untuk 'b' :

Kalau ada sumur di ladang,

boleh saya menumpang mandi,

kalau ade umur yang panjang,

sem depan pertolonganmu diperlukan lagi.

Terima kasih sebab siapkan asemen anim, 'b' terpaksa tidur pukul 3.30 pagi.. hari ni tidur puas2 eh.. anim tak ganggu nanti.. hehe..alhamdulillah, bangun pagi tadi, tubuh anim dah kembali sihat seperti sedia kala.. terima kasih kepada kak maa yang memberi ubat demam kepada anim.. kepada air nescafe tu, akan ku pantang sampai akhir hayat kerana mu aku jatuh sakit..

0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online