:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Friday, October 24, 2008

Hargailah Pengorbanan Kawan

Sebenar anim terkilan dengan sorang kawan ni.. dan anim mintak maaf banyak2 sekiranya dia terbaca entri yang anim tulis ni.. semalam, dalam kelas Sains Alam Sekitar, Prof. Nurtjahjadi ade pesan suruh hantar CD presentation kepada dia.. memandangkan group anim belum hantar lagi walaupun kami adalah kumpulan pertama yang bentang.. Hehe.. sebenarnya, bukan tidak mau hantar awal2, tetapi Prof ade mintak suruh seorang volunteer untuk kumpul slide presentation dari semua group dan burn kan dalam CD..sebab tu group anim tak jadi nak hantar CD tu by group.. nak tunggu semua group habis present.. Rupenye, tak ada yang nak jadi volunteer..

Then, bincang dengan syikin pasal ni dan anim pun rasa nak burn dalam CD tu yang group anim je.. disebabkan ahli kumpulan kami 3 orang, jadi semasa presentation kami divide lah 1 topik yang besar kepada 3 subtopic..oleh kerana anim takde slide presentation yang syikin n sorang kawan ni, so anim mintak lah tadi.. dengan syikin anim tak kesah sebab kami jumpe plak pada sebelah malam.. dengan yang kawan anim sorang ni anim dah tak jumpe esok sehingga lah hari jumaat masa kelas bio.. anim pun mintak lah dengan dia.. dia tak bawak pendrive yang ada file slide presentation dia..so, dia cakap nanti akan bagi kt anim..anim cadang nak hantar CD tu esok..

Lepas kelas alam sekitar, anim ada kelas termo.. sekali dengan syikin lah.. tengah2 dengar Prof baseri bergurau dengan kami, ada mesej dalam hp anim.. mesej tu berbunyi:

“anim, kamu habis kelas nanti singgah kt bawah umah saya bole ke? Nak bagi pendrive..”

Apa yang anim terkilan:

1) Tadi dah janji nak bagi kat anim.. anim ingatkan dia nak pegi hantar kt rumah anim malam ni atau pagi esok.

2) Jalan untuk anim nak balik umah bukan satu hala dengan jalan nak gi ke rumah dia.. anim perlu jalan ke hujung bangunan dan berpatah balik untuk balik ke rumah anim memandangkan kelas anim di Tadahan Selatan.. Maksudnya, dari Tadahan Selatan tu perjalanan nak balik umah anim lebih dekat berbanding dengan perjalanan untuk ke rumah dia dan berpatah balik..

3) Anim sudah volunteer wakil group untuk burn dalam CD, tak boleh ke dia memberi kesenangan kepada anim menyelesaikan kerja itu.. bukankah itu kerja berkumpulan dan markah yang sama rata kita akan dapat..

4) Dah tanye camtu, takkan anim nak jawab “tak boleh lah..”

Bila korang baca, korang akan cakap anim berkira.. Kenapa ?

1) Anim juga seorang pelajar yang ada tugas tersendiri dan yang ada komitmen tersendiri..

2) Kita sama2 nak exam, nak study, so ape salahnya kite menghargai kawan yang sudah volunteer untuk meluangkan masanya menggabungkan semua slide presentation dari ahli group dan burn..

3) Kite sama2 penat dengan asemen yang berlambak2 pada minggu 14 ni, so kalau korang penat, adakah anim tidak penat??

Kepada kawan anim sorang ni, anim mintak maaf banyak2 lah sebab tak reply mesej kamu.. dah lame anim simpan dalam hati dan hari ni terluah di blog anim sendiri.. menulis entri ini bukan bermaksud anim memang seorang yang sempurna dari semua segi..anim juga mempunyai kelemahan tersendiri.. tetapi, ingatlah kalau kite menyusahkan kawan, Allah akan balas balik apa yang kite buat kepada orang tu dalam apa jua bentuk sama ada kite sedar atau sedar..

Kepada kawan2 anim yang pernah satu group dengan anim, di kesempatan ini anim memohon jutaan kemaafan jika anim ada terkasar bahasa, dan menyusahkan kalian semua sepanjang mengendalikan asemen2.. kepada norasyikin binti nasri, kawan baik yang sentiasa bersama anim dalam apa jua keadaan, terima kasih atas segala dan anim mohon maaf banyak2 andai anim ade buat salah dengan syikin.. memang banyak apa yang kite share bersama dan hanya kite berdua yang tau keperitan atas semuanya..kepada kawan2 anim, anim mohon maaf atas segalanya..

2 Comments:

najwa.abdullah said...

nim,wa totally understand perasaan tu.sebab wa pun slalu terkilan ngn spesies cenggini.huhu.sem 1 smpai sem 5.kalih doh........

Mami Hadeef said...

hehe..yelah.. bagi anim, biar lah orang buat camtu, tapi Allah akan bagi lebih kepada kite dalam bentuk mende lain.. cam study tak hard, tp result skor..huhu..

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online