:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Friday, October 17, 2008

Confuse..

Semalam, anim dan housemate tengah berbuka puasa didepan TV.. tengah2 kami makan, kluar lah satu iklan.. Iklan syampu kalu anim tak silap.. mak aii, punye seksi lah model2 yang di syorkan.. yang kamipelik, iklan syampu, tapi pemakaian seolah2 ingin menayangkan body masing.. dengan baju yang 'tak cukup kain' nye.. yang sedihnya, kebanyakkan modelnya adalah Melayu.. bile sebut MELAYU, mesti lah ISLAM..melainkan kalau sebut ISLAM, tak semestinya Melayu sbb ada yang Cina Islam, India Islam kan..

Apa yang iklan tu nak tunjukkan just kehebatan produk syampu syarikatnya.. dan dia mengadakan pertandingan rambut yang paling sehat.. tapi yang jadi pesertanya mungkin rambut yang sehat ke atau body yang lawa??

Anim dan housemate memang betul2 confuse.. pelik betul lah.. mungkin dengan show yang sedemikian mereka akan lebih dikenali ramai.. eii,, tolong lah.. kami yang sendiri perempuan pun geli nak tengok kamu, wahai pemakai2 seksi sekalian!!!.. lepas habis je iklan tu, salah seorang house mate animpun cakap, apa kate kite cadangkan kat syarikat tu, jangan buat iklan syampu rambut tapi iklan syampu body.. hehehe..

0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online