:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Tuesday, April 5, 2011

Biar Penat, Tapi Puas..


Bila dah jadi mak, baru tau kan bukan senang nak besarkan anak.. membesarkan anak biarlah sampai puas hati.. biarlah penat, hasilnya kite yang akan dapat.. ohh, bukan ayat aku neh..~~ ni ayat dari seorang cikgu beranak 6 yg semua anak2 nya sudah berjaya.. semua masuk sekolah pandai2, semua dapat rsult bagus2 n semua kerja best!.. apa rahsianya??


Didikan agama

"seawal umur 3 / 4 tahun kak zan tak titik berat pun pasal ABC ke, 1 2 3 ke, yang kak zan buat adalah masuk 4 tahun setiap orang mesti ade rehal n al-Quran.. lepas maghrib, setiap orang dah tau aktiviti apa... amik rehal n al-Quran datang depan kak zan.. mesti sharp.. lambat kene denda.. "

"kalau bab solat kak zan selalu testing suh dorang baca bacaan dalam solat tu kuat2, biar kak zan n suami dengar... kalau salah terus kene cubit / rotan.."

"bila masuk je darjah 1, baru lah kak zan ajar dorang math ke, sains ke.. ayah dia pun same lah.. ape yg kak zan pastikan, masuk sekolah menengah dorang dah khatam al-Quran.. bile dorang masuk je U, hadiah pertama yang kak zan bagi adalah al-Quran utk anak2.."


gitu cara nya eh..bukan senang nak bagi anak jadi cemerlang dunia n akhirat.. yang kene usaha dulu adalah kite sebagai ibu bapa.. bukan sekadar sibuk nak anak pandai ABC n 123 dulu, tapi biarlah anak mengenal dulu kalam2 ALLAH.. baru lah hati sentiasa tenang, kalam2 ALLAH sentiasa dalam hati, baru senang nak trime ilmu dunia..

**************************************************

Cara Didikan Kami

aku hanya nak berkongsi sahaja.. apa yang aku praktik kan untuk hadeef sekarang, baca surah al-insyirah sebelum n selepas dia bangun tido.. bile hadeef tengah mamai nak tido, aku akan bisikan doa tido untuk dia, kalimah syuhadah n 3 Qul.. bangun je pagi, en zubir akan baca kuat2 doa bangun tido sambil hadeef pun sengih2.. kadang2 kalau sempat en zubir hadiahkan Yassin untuk hadeef n baca al-mathurat bersama..


aku ngaku, aku tak ingat pun 83 ayat dalam surah Yassin, jadi aku serahkan pada en zubir.. doa2 harian pun bukan semua aku ingat contoh doa ketika hujan, doa pakai baju, doa tengok cermin, doa tak nak bagi makanan yang dimakan tu menjadi penyakit, dsb.. yang ni pun aku serahkan pada en zubir.. aku hanya ingat doa2 basic saje masuk keluar tandas, doa makan, doa ngadap makanan, doa naik kenderaan.. mane doa yang aku ingat aku yg akan baca n ajar hadeef..


pesan en zubir pada aku, mengajar anak bukan sekadar kite bagi buku biar dia mengenal sendiri ABC,123 atau alif ba ta, atau bagi education toys anak yang explore sendiri, tapi sebenarnya cara yg berkesan adalah kite yang baca untuk anak n anak lihat sendiri gerakan mulut bagaimana sesuatu huruf atau ayat disebut, baru dia akan ingat... sebab seawal umur baby, baby akan belajar melalui gerakan mulut ibu/bapanya, bukan melalui pendengaran semata2..

eh,, tetibe rase jadi pakar kaunseling keluarga pulop.. kihkihkih..


itu cara kami.. aku percaya, kalau kite amalkan ayat2 al-Quran, dedahkan anak2 dengan doa2 harian, bagi dia selalu dengar zikir contoh time nak tido ke, kite tidak akan rugi.. sejujurnya, aku sebagai cikgu SANGAT takut tengok anak2 remaja zaman sekarang.. yang perempuan kurang bermaruah, bagi lelaki pegang, gurau senda tak tau malu.. yang lelaki pulak jenis kurang ajar, malas belajar, solat mengaji tak tau, macam mane nak jadi pemimpin ni??

ya ALLAH...


hadeef, mami harap hadeef dapat buat perut mami 'sejuk' mengandungkan kamu.. boleh kan sayang???






1 Comment:

Insyirah said...

ai pn anim..
wah byk btol dpt tips dr anim ni..
nt k.no nk kahwin kene g berguru ngan anim dl la ni..hehe

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online