sejak 2 hari lepas hadeef dah dapat skill nak melepasi bantal yang aku buat sebagai benteng kalau nak tinggalkan dia sementara.. dengan gaya dia yang berusaha sambil buat nada 'iyah..iyah', bile dah lepas benteng sambil tersengih2 puas hati.. sesuai lah dgn makna nama, 'yang bermatlamatkan kejayaan' .. bile buat je sesuatu hadeef jenis takkan buat separuh jalan, sampai lah dia berjaya kendian dia akan sengih puas hati..
tapi pagi tadi, satu kejadian yang memang aku tak nak pun berlaku tapi hampir berlaku.. hadeef nak jatuh katil.. aku dah letak dia elok2, benteng kan dengan bantal sekeliling.. aku cuma gi dapur sekejap utk tutup periuk n amik tudung yang dah di iron kan.. tak sampai seminit pun.. tapi bile masuk bilik, separuh badan hadeef atas katil separuh lagi di awan-awangan..
apa lagi, aku jerit tapi hadeef gelak2 seronok sbb dia rase macam boleh 'terbang'.. sambil gaya buat macam nak terbang, dia ketawa bile tengok mami dia yang cumil ni berlari tangkap dia.. nak luruh jantung.. gambar tak der la, ngok ngek la kan kalau anak nyaris2 jatuh katil pun sempat lagi nak snap gambar.. lain la kalau kat bawah tu adalah karpet setebal 10 inci, boleh la aku feeling2 jadikan hadeef model tecik yang berada di awan-awangan..
si mak ni pulak sebab terlalu cuak, berlari sampai jatuh.. haha.. lama dah tak berlari sungguh hati.. lari tak sampai 1 meter pun boleh lembik.. senanya lembik sebab tengok anak berkeadaan camtu.. lepas tu, aku tak habis2 fikir camne la kalau hadeef jatuh.. mesti menangis tak henti.. ish, kalau bawak ke hospital kalau cedera teruk kat kepala mesti kene admit ward.. pastu bla bla bla.. gile ah complicated pemikiran mak hadeef ni.. hehe.. padahal anak nyaris2 sahaja..
sampai sekolah pun aku jadi fikir lagi.. sampai semua kerja jadi lambat siap.. pastu kan, dan dan bile balik sekolah, en zubir cite kan pada aku satu kisah.. ade sorang patient ni baru meninggal pagi tadi.. duk dalam ICU.. otak dah mati, tapi jantung belum lagi stop.. si ayah dah tau kematian anak, tapi si mak belum lagi tau sbb Doc nak tunggu jantung stop baru bagitau.. sedangkan si mak tengah bacakan Yassin untuk anak dengan beranggapan anaknya tak sedar sahaja, bukan meninggal.. waaaaaa... terus aku yang jadi sedih + sebak dan fikir camne kalau aku adalah mak budak tu.. tak sangguuuuuuuppppppppp...
ya ALLAH...
2 Comments:
ecece..syg along selalu..always nk bikin kontroversi..hehehe
aniemmm i mish yuuu!!!
aaa hadeef dah besyarrrrr. eh perlu ke jerit. ini untuk exaggerate how i mish yu!
eh dah nak jadik along ke abg hadeef? ish kalah la kakak syaura macam ni
Post a Comment