Betul ke idak ejaan nya acik tak tau lah.. malas dah nak cek spelling ke hape sebab jam dah dekat kul 12 am.. wahhhh, mantap boleh berjaga sampai kul 12 am.. bese kul 8 am pun dah pengsan.. rahsianya, orang kerja 6 hari minggu ni aku kerja 4 hari je.. tu yg ade energy lebeh tu.. oke, minggu ni hari sabtu adalah hari sekolah ganti.. hari ni lah maksudnya.. jadi, aku telah diberi MC sebanyak 2 hari atas sebab hadeef kene measles.. huhu..
Senanya dia dah demam sejak hari Selasa.. jadi, hari Selasa aku bawak hadeef gi Klinik Kesihatan Kuantan.. macam biasa, klinik kerajaan adalah pilihan utama.. berkebetulan, kat situ ade program ape ntah, aku dah lupe.. program ni adalah utk nak kaji betul2 kanak2 yang berumur bawah 5 tahun kebiasaannya dapat penyakit apa n ketuanya adalah Dr Iskandar Firzada.. kenal beliau? try google nama dia,, pemes ohh.. siap ada akademik perubatan sendiri..
Jadi, beliaulah yang merawat hadeef bersama2 dengan seorang lagi pakar perubatan keluarga, MO dan beberapa org JM.. sakit demam2 biasa tapi dapat rawatan dari doktor pakar.. hadeef cuma demam biasa, cuma selsema dan batuk dia dah seminggu.. FYI, ubat batuk, selsema dan antibiotik tidak akan dibekalkan untuk kanak2 di bawah 2 tahun.. aku dah tau lama dah sebab en zubir dah inform aku awal2, cuma ni ayat yang aku bold merah tu adalah ayat Dr Iskandar..
Jadinya, jangan lah marah kalau anda ke klinik kerajaan dorang tak bekalkan sbb tu adalah polisi.. bezanya dengan swasta, mereka akan bekalkan ubat tersebut.. ubat batuk n selsema adalah bahaya untuk kanak2 bawah 2 tahun ye.. reason nya acik dah lupe la walaupun dah 4 5 kali en zubir bagitau.. penyakit lepas bersalin adalah cepat lupe.. how?? oke, Dr pesan kat aku, if demam lagi hari Jumaat bawak semula ke klinik..
Takdir ALLAH, bintik2 merah mula naik pada pagi Jumaat.. ade pulak ulcer seketul dalam mulut dia.. terus zassss ke klinik tersebut n jumpe Dr Iskandar.. jadi, hari tu hadeef dapat layanan istimewa lagi, tambah2 yang Dr Iskandar dah perasan en zubir adalah medical students.. sebab hadeef belum baik lagi selsema n batuk, Dr terpaksa bagi antibiotik (amoxycillin) pada hadeef dan dah change ubat demam dia.. baru lah aku paham polisi klinik kerajaan..
Selalu kite akan sebut, pegi klinik kerajaan tak pernah baik, tapi pegi swasta terus baik.. bezanya, klinik swasta terus bagi dos yang tinggi.. klinik kerajaan dia bagi dos yang rendah dulu, kalu tak baik dorang akan tukar pada dos yang sederhana, tak baik lagi dos yang tinggi.. penting ni sebab bile tubuh dah terbiasa dengan dos tinggi, sampai satu tahap tubuh kanak2 tu dah immune dengan ubat tu, jadi kene cari alternatif ubat lain pulak la..
same jugak dengan inject vaksin untuk baby 1, 2, 3, 5, 6, 1 tahun.. klinik kerajaan dorang akan pantau betul2 suhu semasa vaksin disimpan.. if black out ke hape, vaksin tersebut akan dibuang.. beza dengan swasta, dorang gune je vaksin tu sebab nak buang rugi ohhh, duet seme tuh.. jadi, kalau vaksin yang dah rosak digunakan, means vaksin tu tak berfungsi dalam tubuh baby.. Dr la yang pernah cite sebab ade kes camtu..
Bile aku claim hadeef belum baik demam, Dr terus bagi dos yang sederhana.. aku mintak time slip, tapi Dr bagi MC.. Dr bagi sehari, aku mintak 2 hari.. wakakaka.. bagi betis nak peha.. nasib lah Dr Iskandar sangatlah perihatin n baik hati.. hoho.. bile aku tanye en zubir tak pe Dr bagi MC pada mak budak sedangkan mak budak tu tak sakit pun, jawapan en zubir adalah simple.. definisi sihat mengikut WHO tak semestinya fokus pada fizikal.. cuba tengok mental.. dah kalau mak budak tu asek terfikirkan anak je, kerja tak leh jalan, baik bagi MC.. ohh~~ padat n ringkas eh jawapan, bulih jadikan ayat modal lagi lepas ni kalau nak mintak MC.. kihkihkih..
Hari ni demam hadeef dah baik, cuma bintik merah masih ada... esok nak mandikan dia dengan air kelapa.. ni petua orang2 tua.. nanti aku nak suh en zubir wat research ape kaitan air kelapa dengan measles.. wakakaka..
5 Comments:
Assalamualaikum anim,
Hadeef pn kena measles juga ye...mcm berjanji plak dgn Uwais...Uwais pn tgh kena measles ni...3 hari demam, pastu dh elok...akak dh perasan mcm ada rashes skit2..tp ummi uwais ni kn denial..ayahnya dh ckp dh....degil gk...sekali keluar Koplik's spots kat muka, badan then tangan dan kaki, baru caye...hehe..miang bdn Uwais...
Alhamdulillah, hari ni makin elok dh..
Akak doakn HAdeef pn makin sembuh ye...JUga doakan anim dan zubir tabah dan diberikan kekuatan menjaga hadeef...Kemsalam kat hadeef hensem..^__^
measles tu apa kak? yg ruam2 tu ke?
aniem to kak mawaddah :
wsalam.. musim kan skang.. anak2 rakan skerja anim pun ramai kene measles.. tu la, sian ke baby kan.. measles ni miang..hadeef pun alhamdulillah, dah elok dah.. tak nyempat nak amalkan petua org tua mandikan dengan air kelapa.. hehe..akak, nak jadi mcam akak bekerja dari umah.. jelesnya!
aniem to nur islah:
measles tu campak.. demam campak la..
oh demam campak......(hihi menjawab soalan dlm hati) skrg tgh musim eh, patut anak kwn2 ramai kena..dzaatin tak kena lg ni, kalu kena jawabnya mandi air kelapa (mmg petua org tua2 sbb air kelapa mmg 1001 khasiat & mandi air daun semambu)....best dpt cuti MC lepas kerja penat2 kan, cam suami akak ada je cari alasan nk MC sbb letih bekerja,,huhu
dear, Rafique pun dah kena measles ari tu..shian betul tengok anak kena camtu..rasa macam nak mintak pindahkan kat kite jer..
Post a Comment