:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Sunday, February 21, 2010

Misi Menaikkan Berat Badan..

Ini namanya songsang dari orang lain.. orang lain susah2 nak kuruskan badan, aku sebok nak naikkan berat badan.. ape kesss!! haha.. sebenarnya, aku rase macam penimbang tu tipu gile la sebab sebulan berat aku still maintain sedangkan aku makan tak pernah kurang.. no diet2 pun, no pantang2 makan pun, tapi maintain.. bukan bangga pun neh, tapi riso..



Cerita dari klinik ni dah basi sebenarnya sebab aku gi klinik minggu lepas.. ngee~~ thanks Eah, Mas n Zura sebab tulun temankan.. orang tak der laki di sisi camni la [opsss! sementara sahaja tiada laki di sisi], mengharapkan pertolongan kawan2.. itu la gunanya kawan, sanggup tolong tika kawan susah..kan? kan?



Aku sampai Klinik desa, tetibe tengok ramai nurse laki [orang laki kite panggil nurse gak kan?].. haha.. ape kess ni ramai2 berbaju biru di sini? tanye2 rupenye dorang ni student shahputra yg sedang menjalankan praktikal untuk 2 minggu.. kata mereka, bulan lain dorang akan datang lagi.. adehhh!! jumpe lagi.. segan la berurusan dengan lelaki ni..



Time nak timbang berat, aku waktu tu belum lagi makan dan berkilo2 berat wallet n handphone dalam poket.. huhu.. lupe nak simpan letak lain letak dalam handbeg ke.. timbang2, tengok berat 46 kg.. sebulan dulu pun 46 kg gak.. resultnya, dalam buku pink tu terpaksa ditulis menggunakan pen merah sebab berat tiada perubahan..Time nak cek hb, aku suke.. sebab resultnya hb aku 13.6.. nurse cakap, ibu ni sangat cukup zat.. haha..


Ish, tak naik berat susah, naik berlebihan pun ada masalah.. so, nurse bagi mase 2minggu untuk aku naikkan berat.. next appointment 2.3.10 utk cek berat.. kalu tak naik gak, jumpe Doc 3.3.10.. adeh!! aku cakap kat abang, "itu la abang.. tak tolong masak utk aling.. tengok berat tak naik sebab tak leh makan masakan abang.." saje kenakan abang, padahal tak der kaitan pun..



So, sekarang dalam misi naikkan berat badan.. Mas pesan, "anim jangan naik sampai 50 kg dah la.." haha..




2 Comments:

linn said...

selamat berjaya naikkan berat badan aniem

Mami Hadeef said...

hihi.. tapi nanti dah naik berat, susah plak nak turun.. =)

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online