:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Thursday, February 4, 2010

Hormatilah Guru Anda..

Hari ni dha masuk 4 hari aku praktikal... secara rasmi masuk ke kelas dan mengajar.. bile 4 hari ni aku perhatikan, kenapa sekarang sudah kurang budaya menghormati cikgu? cikgu dianggap kawan bertepuk tampar, bergurau senda.. aku cakap camni bukanlah kerana aku nak cikgu itu dihormati sampai kene sujud pada kaki, tidak, tapi cukup sekadar diam apabila guru berdiri dihadapan..


Tadi aku memang hangin sangat ngaja kelas 2 Budiman.. kelas ke4 ni aku rase IQ dorang ni oke je sebab bile aku tanye ape yang dah aku ajar hari Isnin lepas dorang still boleh jawab dengan bagus.. big claps for them.. tapi cuma satu je kurang, langsung tak hormat aku sebagai cikgunya.. kadang2 rase nak tenyeh2 muke dorang kat meja macam orang buat roti canai tenyeh2 tepung yang dah diadun tu.. geram sangat..ngee~~


Tapi bile memikirkan someone inside in my tummy, so aku jadi cool down.. aku kalu boleh tak nak jadi cikgu yang suke marah2, suke tengking2, suke membebel, tidak!! cuma aku mahu menjadi cikgu yang dihormati, mendengar setiap apa yang aku suh buat.. kalu la mereka ini mendengar kata, tak yah aku jerit2, tak yah aku bebel n tak yah aku nak debuk dorang!!


Cite pasal debuk ni, tadi 3 mangsa aku.. masa tu memang tahap marah dah sampai high level dah.. memang tak leh tahan lalu **bukk** kat bahu mereka.. boleh tengah2 aku terang, dorang main suis OHP (kejadian di makmal sains).. satu lagi kes kalu dibawa masuk makmal, semua mende berkenan.. nak main microscope, nak main penimbang, nak main tu, nak main ni.. aku jadi pening.. last2 bile ditanye tak leh jugak jawab.. budak laki la especially..


Aku faham, memang normal pelajar lelaki camtu.. kadang2 bile aku tanye dorang, mereka ni tergolong dalam golongan orang berada.. mintak maaf aku cakap, kesibukan ibu bapa menyebabkan mereka kurang dididik ketika berada di rumah.. mak ayah balik waktu petang, anak dihantar tuisyen waktu malam, so bile ade komunikasi berkesan antara ibu ayah n anak?? dan tak terlepas bagi golongan kurang mampu, sesetengah pelajar dari golongan ini ada juga masalahnya.. mereka seolah2 melepaskan tensen di rumah ketika berada di sekolah..


Aku selalu bersembang dengan abang hal ni.. kami bimbang akan terjadi pada anak2 kami.. takut mereka tidak menghormati guru2 mereka di sekolah.. guru penyampai ilmu.. kenapa mesti tidak dihormati sedangkan insan itu yang menyalurkan pelbagai ilmu utk kite?? macam mana ilmu nak berkat sedangkan guru tidak disanjung.. disanjung bukan bererti mahu mereka sujud pada kaki cikgu pun, cukup la sekadar memberi salam ketika berjumpe, diam ketika cikgu mengajar, dengar kata cikgu.. kami sebagai cikgu itu yang kami mahu sebenarnya..


Bile aku fikirkan balik, kalu la pelajar itu menghormati cikgu, segala ilmu yang dia dapat akan berkat n maybe tak perlu dah pun tuisyen dh pun.. mende cikgu bagitau, dapat bile dalam kelas, n faham.. bile diuji, dapat jawab dengan cmerlang.. perlu lagikah tuisyen?? oke, aku bercakap ni bukan berfokuskan pada sekolah tempat aku praktikal ni, malah aku juga pernah menjadi cikgu ganti suatu ketika dulu.. perkara sama terjadi.. n bile dengar cerita 2 orang kakak aku yg cikgu juga, mereka mengalami masalah yang sama..


Lagi 1 aku tak faham.. ibu bapa salahkan cikgu jika anak mereka tak berjaya, tak dapat jawab.. tapi tahukah situasi dalam alam perguruan yang mana nak bagi homework lebih, kene komen dengan mak ayah.. nak bagi salin nota lebih, kene komen dengan ibu bapa.. fotostat latihan n bagi bawak balik, kene komen kenapa bagi banyak2.. pukul sikit anak dah sampai surat saman.. jadi kami sebagai guru apa yang kami wajar lakukan sebab segala2nya salah..


Mak ayah manjakan anak.. anak naik sampai kepala.. belakang mak ayah buat macam2, depan mak ayah baik macam malaikat.. thats why sampai gejala sosial pun berleluasa dan tak hairan lah sampaikan abang balik dari hospital, setiap hari akan menceritakan tentang unmarried deliver, mengandung sebelum nikah.. nauzubillah..


Tolong la pada mak ayah sekalian.. jika anda sayangkan anak, janganlah terlalu manjakan.. bile nasihatkan anak supaya mentaati perintah ALLAH n Rasul, taat pada ibu ayah, jangan lupe selitkan sekali hormati pada guru di sekolah.. kerana pendidikan anak itu bermula dari rumah..


p/s: secara jujurnya, aku memang betul2 fed up berhadapan dengan pelbagai karenah manusia.. kalu diberi peluang n abang pun dah 'berduit', mau saja aku berhenti dari profesion perguruan.. aku suke menyampaikan ilmu, tapi aku muak dengan sesetengah perangai ibu bapa yang terlampau manjakan anak.. ampun maaf dipinta..


4 Comments:

Nazihah bt. Idris a.k.a Marfu'atul Imtiyaz said...

Salam ya ukhti, mungkin situasi anak2 murid adalah disebabkan pengaruh luaran yang terbesar yang tidak dapat dielakkan. Pun begitu kita ada peranan untuk mengubah mereka. Kak kongikan dalam coretan di blog kak. have a visit=)

miss jue said...

hai anim... jue setuju dgn anim. jue pun ada pengalamn jadi guru ganti dan mengajr kelas terakhir sekolah rendah. mmg menguji kesabaran. x makan nasihat langsung. tapi mungkin jue x cenderung ke arah perguruan jadi jue fikir lantak korang la [tp niat still ikhlas nk sampaikn ilmu]. just pesan kt dorang, kalau x nk belajar just diam dan hormat kawan2 nak belajar.
tapi one thing yang jue kdg2 terharu [even jadi guru gnti sebln stgh] pelajr2 kelas hujung yang selalu ringan tulung nak tlg cikgu. itu pengalamn jue. jue kurang interaksi dalm kelas tapi masa hari guru bdk2 kelas hujug tu la yang tlg angkat hadiah2 jue [best wooo.. jadi cikgu ganti pun dpt byk hadiah =)]
sometimes bdk2 ni nk jadi "kawan" kita... cm anak2/adik2 sendiri... kena pandai amik hati...^_^
dan ibuayah jue cikgu. mcm2 dgr penglaman dorang lg2 arwah ayah sbb dia mula mengajr sekolah tamil. tp bila dia pegi balik kawasan tu, bdk yang dia ngajr dulu still ingt dia.
dan pesan opah jue pada jue, jgn cepat putus asa. kerja cikgu ni mulia dan kalau ikhlas sampaikn ilmu, dan bdk2 tu amalkn ilmu kita sampaikn, insyaAllah ada ganjaran.

byk pulak comment kali ni. cuma x nk anim tension2. sian baby. dan ni br praktikal. dah ngajar nti lagi susah.

pe2 pun NIAT IKHLAS KERANA ALLAH.
take xtra care of your health.

p/s : hope anim x terasa dgn komen jue ni. ibu ngandung selalunya sensitif.. jue minta maaf kalau ada tersalah cakap. xd niat nak singgung perasaan anim. just nk share pengalamn.

wassalam..

aziyani said...

cepatnye putus asa
org lain ada masalah lagi besar utk dipikir
think about it

See Wunny said...
This comment has been removed by the author.
 

blogger templates 3 columns | Make Money Online