:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Monday, December 14, 2009

Terima Kasih Dr..

Mereka pandang aku.. aku senyum..mereka pun senyum.. mungkin hepi sebab orang tersayang dah boleh discharge dan mereka berkata;


"Terima kasih Doktor.."

Mereka pandang abang..

"Terima kasih Doktor.."


First mase aku dengar tu, aku rase macam nak gelak pecah perut.. huahuahua.. kesian, tapi aku tak tipu dorang.. memang aku pakai like abang..sebabnya aku ikut abang gi hospital utk clerk patient.. daripada aku duk sorang2 rumah, baik ikut abang lagi bagus.. tapi lepas balik dari hospital, aku cakap kat abang, aku takkan ikut dah pasni..tau sebab ape?


1. Sebab aku rase nak muntah bau2 ubat dalam wad
2. geli n kembang tekak aku duk dalam suasana hospital..


Mase mula2 sampai kat wad tingkat 8, aku dah cuak dah..sebenarnya, bukan senang aku nak wat keputusan untuk ikut abang.. abang memang ajak aku gi hospital, tapi apa yang mula2 aku fikir kot2 la terserempak dengan Doktor dan beliau suh aku buat mende2 kat patient, macam mana mau buat.. tapi bile fikir kali kedua, bila lagi aku nak ikut abang gi hospital.. boleh dapat pengalaman apa..


Tapi memang sungguh la.. duk dalam suasana hospital memang betul2 boleh insaf.. tengok sebelah kanan, patient terlantar sakit..pusing kepala tengok sebelah kiri pun, tengok mende sama.. pandang depan belakang pun, tengok mende sama.. so, kite yang sihat ni tak kan tak reti2 nak syukur lagi kan? Boleh jalan gagah lagi pijak bumi Tuhan..


Aku ingatkan, abang dah point mana2 patient untuk clerk.. rupenye baru nak cari.. aku yang memang tak tau ape2 memang ikut je abang kat belakang.. mende senang yg boleh aku buat, senyum kambing tengok semua patient.. huahuahua.. first2 aku pijak lantai wad tu, abang warning;


"jangan nak pegang2 abang kt sini.. bahaya.."


Aku pun gelak je.. dan memang susah gak la nak kawal ketidaksengajaan ‘terpegang’ tangan abang dalam wad sebab dah terbiasa ‘pegang’ jalan gi memana.. hikhikhik..dan akhirnya, jumpe gak patient utk abang clerk.. dari jauh lagi makcik n pakcik tu senyum untuk kami berdua.. tugas aku, catat mende yg abang tanye kt pakcik tu (patient)..


Mula2 aku diam je sebab nak nyampuk pun tak tau nak nyampuk apa.. haha.. at last, apa yang aku dah catat dalam buku tu, aku buat2 tanye balik kt pakcik tu, tapi tukar ayat sikit la.. kan gune ayat sama nampak sangat aku mengulang.. tengah2 abang clerk patient tu, patient katil sebelah tu dah nak balik rumah.. mereka pandang aku dan abang sambil ucap ‘terima kasih Doktor..’


Tapi, ada kejadian yang memang tak disangka2 berlaku, patient yang nak balik tu (lelaki) duk atas wheel chair.. anak dia tolak menghala ke abang utk salam.. abang salam dengan anak pakcik tu dan pakcik tu sendiri.. last2, pakcik tu pusing wheel chair hulur tangan kat aku.. aku neh dah gelabah, dalam hati ‘nak sambut ke salam pakcik tu’ ..nak cuit abang, tadi dah dapat warning dari abang jangan pegang2.. pastu aku pikir lagi, kalu ni hajat terakhir pakcik nak salam dengan semua2 Doktor, kan tak tertunai pulak dia..hihi.. akhirnya, aku ‘terpaksa’ salam gak la dengan pakcik tu..


Abang pandang aku, aku pandang abang.. huahuahua.. takkan depan2 pakcik tu abang nak tepis tangan aku n cakap, "aling, tak leh salam la.." kan pelik la pakcik tu..


Balik dari hospital, aku tanye abang boleh ke.. abang cakap mana boleh.. aku pun jadi sengal kejap.. ya ALLAH, ampunkan dosa ku.. sampai rumah, aku 'syahid' atas sofa.. penat gile berdiri dalam wad.. dan aku amat paham kenapa lepas balik hospital muka abang penat gile2 dan kadang2 sambil sembang dengan aku pun bulih tertido..


Ada lagi mende yang tak sepatutnya aku nampak, jadi nampak.. tak pe la, tak yah cite dalam ni.. hihi..sebab aku tak biasa tengok, so aku anggap ianya luar biasa… bile dah nak balik, aku sebuk nak amik gambar.. abang cakap wat ape, aku cakap nak letak dalam blog.. huahuahua.. ni la ade satu gambar aku tepek kat blog ni utk tatapan korang.. cikgu bulih jadik Doktor jugak.. huahuahua..



6 Comments:

anaklaut said...

salam...

membaca entri ini..terbuai rasa. tergambar jelas kebahagiaan anda berdua..

moga bahagia hingga ke akhirat..

melatidaisy said...

salam kak..

ape kbr?? :)
seronok je dgr cite akak, moga2 terus bahagia n dirahmati-Nya ..
amin..:)

Ummu Ameer said...

hehe waktu husband akak balik hari tu pun, dia ikut buat posting kat klinik. setiap pagi pun kena warning spy tak pegang2 tgn :p, tp kdg2 terlupa. pastu nurse semua pandang2 slack je sbb tgk asyik berkepit, of course sebab tak tahu da kawen la :) best ape g hospital!! :D

'atiqah said...

...=) teringat time akak selalu dok mengekor suami ke labor room, tunggu dia sambut baby dulu2..time Damia' kat NICU..hehe.sampai nurse semua dah kenal.. =p pegang tangan ke tak? mesti!! :D

H_SYIDAH said...

memg jeles dgn anda berdua

ANIEMZ said...

aniem to anak laut:

wsalam.. mekasih banyak2.. moga2 doa anda dimakbulkan Allah.. amin..

aniem to melatidaisy:

wsalam.. khabar baik.. sorry, lama akak tak apdet blog nih.. mekasih atas doa dik.. amiiin..

aniem to ummu ameer:

hihi.. anim ikut sekali je akak.. pasni, tak nak ikut dah.. akak memang la cakap besh sebab kerjaya akak memang akan sentiasa duk kat hospital.. akak dah biasa.. anim ni, bau ubat macam2 pun dah rase mual.. huhu.. tu la, susah kan nak kawal dari pegang2 tangan ni.. nanti akak buat satu tag la "kami dah kawen" hihi..

aniem to 'atiqah:

hihi.. kawan zubir penah gak ajak anim nanti masuk labor room utk sambut baby.. tapi anim tak nak la.. takut diri sendiri takut nak beranak.. hihih..

aniem to H_SYIDAH:

=)

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online