:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Thursday, November 27, 2008

Wajah Kehidupan di Cermin Kematian..

Wajah Kehidupan di Cermin Kematian.. satu tajuk di dalam program kem kecemerlangan cinta alam ni.. slot yang begitu mengisafkan kami.. slot ni dikendalikan oleh 3 orang ustaz dari Jabatan Agama Islam Pulau Pinang iaitu Ustaz Imran, Ustaz Asril Hafiz dan Ustaz Solihin.. Ustaz Solihin ni bujang lagi.. habis sume peserta perempuan naik gatal haaa.. duk tengok ustaz ni.. mak aiii, masuk slot keinsafan, tapi buat dosa dulu... hehe..

Dalam slot ni kami ditontonkan dengan tayangan pendek tentang anak yang derhaka pada ibu.. dua cerita.. satu cerita hanya diadaptasikan dalam bentuk penulisan dan kami perlu baca sahaja.. ceritu tu anim sudah tengok dalam cerekarama di TV3 lakonan Shila Rusli yang menjadi buta dan anknya malu mengaku dia sebagai ibu sebab mempunyai SATU mata sahaja.. manakala satu lagi cerita anim tak tengok pun sebelum ni.. lakonan oleh Azizan dan Fauziah Nawi.. satu drama yang betul2 'menjadi' lahh..

Takut bile tengok drama tu.. walaupun fasi hanya menayangkan kepda kami hanya adegan2 tertentu, tetapi kami begitu insaf.. adegan seperti anak itu menendang perut ibunya sehingga meninggal dunia, adegan ketika anak itu diambang kematian ketika malaikat menjemputnya dan adegan ketika pengebumian mayat ank itu.. sungguh tragis kematian itu dan Allah Maha Esa, menunjukkan kekuasaan NYA kepada hamba yang derhaka kepada ibu bapa..

Setelah itu, kami ditontonkan dengan satu drama pendek macam mane sakaratul maut datang menjemput kite.. takut.. sungguh takut dan takut yang teramat sangat.. lakonannya seperti kehidupan kite seharian di mana seorang ni tidak mempedulikan azan.. ketika azan berkumandang, dia sedang leka membetulkan 'walkman' dan mendengar lagu.. dek kerana penat, dia terbaring di atas sofa dan ketika itu lah malaikat datang menarik nyawa nya..

Masih terngiang2 ditelinga anim macam mane jeritan lelaki itu ketika malaikat mencabut nyawa.. bunyi detik jam yang kuat memberi keinsafan kepada kami, ajal kite tidak akan cepat seminit atau lambat sesaat.. setelah lelaki ni meninggal dunia, roh dia masih berada di rumah itu.. dan ketika ayahnya datang mengejutkannya utk bangun solat, tetapi jasadnya sudah tidak bernyawa.. rohnya hanya melihat si ayah mengejutkan anaknya yang sudah tidak bernyawa lagi.. takut sungguh sebab semua ditayangkan mengikut acuan kehidupan kite seharian..

Apabila dimandikan, tayangan itu seolah2 menjadi dua alam.. ditunjukkan ketika orang memandikan jenazah dan ditunjukkan juga mayat diseksa oleh malaikat.. seolah2 ketika orang menjirus air ke tubuh jenazah, malaikat malik menjirus air panas dari api neraka ke arah jenazah itu..

Setelah itu, kami ditontonkan macam mane perjanjian roh kite dengan Allah di alam roh.. kemudian, roh ditiupkan ketika kite di alam rahim ibu, setelah itu kite hidup di alam dunia dan roh pergi setelah kite masuk di alam barzakh..4 alam.. di alam roh, kite sudah berjanji menjadi hamba yang taat pada NYA, mengikut segala perintahNYA dan meninggalkan segala laranganNYA.. namun, kite telah mungkir janji semuanya.. Astaghfirullah.. menangis kami semua mengingatkan kembali..

Sampai kemuncak slot itu, fasi mengaitkan dengan ibu bapa.. yang mana sudah lame tak balik kg mmg menangis semahu-mahunya.. dan akhirnya, program itu disusuli dengan air mata peserta.. tak kira lelaki dan perempuan, semuanya menangis.. lelaki dah tak kesah walaupun nanti dianggap tak 'gentleman' pun.. slot ni berlangsung selama 2 jam.. dan selama 2 jam itu lah, air mata tak berhenti2 mengalir..

Dalam slot itu juga kami dikehendaki memejamkan mata dan menundukkan kepada membayangkan ibu bapa yang berada jauh di mata.. mengapa kami dikehendaki berbuat demikian??supaya mesej yang ingin kami sampaikan itu di dengari oleh naluri ibu dan ayah secara psikologinya.. dan bile difkirkan kembali, memang berkesan.. jika kite berbuat demikian terutama setelah solat subuh, memang mesej yang ingin kite sampaikan akan terdetik di hati ibu dan ayah..

Walau apa pun, slot ini memang memberi keinsafan kepada kami.. kami yang bergelar bakal pendidik mesti lah mempunyai akhlak yang telus untuk mendidik generasi yang akan datang.. sejauh mana keberkesanan slot ini ke atas jiwa peserta, waallahualam.. tapi doa anim untuk anim dan peserta lain, semoga anim diberi kekuatan untuk istiqamah hidup di atas jalan Allah dan mengikut syariatNYA.. ingat lah, kite pernah BERJANJI dengan Allah, dan jangan lah menjadi ORANG YANG MUNGKIR JANJI..

0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online