:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Sunday, November 30, 2008

Perkongsian Bermakna..

Duk termenung petang tadi [memang kije org yang takde kije duk termenung ni], tetiba teringat kenangan di Kem Kecemerlangan Cinta Alam baru2 ni.. anim hanya ingin berkongsi satu kisah disebalik tugasan yang diberikan kepada kami oleh para fasi2..di check point terakhir, tugasan yang diberikan kepada kami berbeza antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain..

kumpulan 1 - mengumpulkan 7 helaian daun yg berlainan jenis
kumpulan 2 - 7 jenis barang yang dianggap sampah dan senaraikan kegunaannya
kumpulan 3 - mencari 6 jenis ranting kayu
kumpulan 4 - 3 jenis serangga
kumpulan 5 - 5 jenis batu
kumpulan 6 - 5 jenis bunga

Setiap kumpulan mesti menyiapkan tugasan yang diberikan dan dibentangkan kepada peserta lain.. Di bawah adalah penerangan disebalik tugasan yang berlainan itu..

7 helaian daun yang berlainan jenis

7 helai daun melambangkan 7 pintu syurga Allah..setiap 7 pintu syurga ni berlainan kenikmatannya..

7 jenis barang yg dianggap sampah

7 jenis barang ini adalah melambangkan 7 pintu neraka Allah.. setiap pintu neraka ini berlainan azabnya.. dan mengapa kami perlu menyenaraikan kegunaan setiap sampah itu?? sebagai contoh, setiap barang itu kita menganggapnya sampah, tetapi disebaliknya ada kegunaan yang boleh diaplikasikan.. dan di mata Allah pun begitu.. walaupun seseorang itu banyak membuat dosa, tetapi di mata Allah mungkin orang itu lebih mulia daripada kita atas satu perbuatan baik yang dia penah lakukan tu.. iye ke idak??

6 ranting kayu di bawah pokok

6 ranting ini melambangkan 6 rukun iman.. mengapa ranting yang berada dibawah pokok perlu dikutip?? Iman itu diibaratkan ranting kayu.. ranting yg telah jatuh terlalu rapuh dan senang utk kita patahkan.. begitu juga dengan iman kita.. iman yang rapuh begitu senang utk kita terpesong dari jalan yang sebenar..

3 jenis serangga

3 jenis serangga melambangkan hubungan 3 pepenjuru antara Allah dengan manusia, manusia dengan manusia dan alam dengan manusia..

5 jenis batu

5 jenis batu melambangka 5 waktu solat yang patut kita tunaikan.. batu itu terlalu keras utk kite pecahkan.. begitu juga dengan teguhnya solat jika tunaikan dengan sempurna..

5 jenis bunga

5 jenis bunga ini melambangkan 5 rukun Islam.. betapa cantiknya bunga, begitu cantiknya rukum Islam.. lebih2 lagi apabila Allah menetapkan 5 hukum iaitu wajib, sunat, makruh, haram dan harus..

Islam itu agama yang suci, bersih dan 'molek'.. menjadi orang yang beruntung jika kita mengikutinya, dan menjadi orang yang rugi jika kita menghindarinya..

Lagu dan Cikgu

Keluarga Bahagia
Album : Saujana
Munsyid : Saujana
http://liriknasyid.com

Sedamai taman firdausi
Limpahan kasih sayang sejati
Seharum semerbak kasturi
Mengharumi hidup insani

Indahnya damainya
Keluarga yang bahagia
Itulah idaman impian setiap insan
Yang dahagakan belaian
Serta kasih dan sayang

Ketika insan lain berbahagia
Bersama keluarga
Namun kita masih meniti
Titian rapuh perhubungan

Mengapa kita terpisah daripada rahmat-Nya
Mungkinkah kita seringkali melupakan-Nya

Ayuhlah bina semula
Keluarga diredhai Allah

Oh ayah oh ibu dengarlah rintihan
Dan luahan hatiku yang dahaga kasih
Jiwaku terasa terseksa ketandusan kasihmu
Marilah kita bina bersama-sama
Keluarga bahagia

Mengapa lagu ini dipilih oleh anim?? lagu ini merupakan lagu tema kami ketika zaman sekolah menengah dulu.. mase tingkatan 4, anim mula kenal Cikgu Ruzak.. atau lebih femes dg Cikgu Matjak.. cikgu yang palig tegas n garang.. takut sihhh.. ajar kimia.. dengar je dia naik tangga nak msuk kelas, sume mulut dh 'berkunci'..kelas jd senyap.. hti berdebar bagai nak gile.. org nk jdi gile hti berdebar ke?? ngeh3.. bile dia stat ngaja, haram nak pandang kiri kanan.. kene tgk papan ijau tu, straight tanpa belok2..hehehe..

Otak kite lame mane sgt boleh thn utk fokus ketika blaja ni.. bile mate start ngantuk, of course lah mulut akn mnguap.. aiissyy, ni aktiviti yg tak seronok ni sebb bile mulut nk nganga tak tau nak cover camne.. kadg2, bile mulut nk nganga, saje ditahan2 supaya cikgu tak nampak lubang mulut terbuka luas2.. pernah jugak kawan anim ni nguap, cikgu baling kapur.. nasib tak masuk lam 'lubang'.. kalu tak, ade jugak experience dia rase kelazatan kapur tulis tu..ngeh3..

Bile dah hampr separuh kelas mata kuyu, mulut nguap2 je, cikgu suh bangun dan menyanyi kan lgu ni.. lagu ni siap kami tulis lagi kat kertas mahjung n tampal kt dinding kt bawah papan ijau ni.. so, senang lah utk proses menyedapkan nyanyian kami ni yg sememangnya tak sedap.. kadg2 cikgu pilih salah seorang jadi conduct utk ke depan kelas.. tapi bile dh ade conduct, dia dah tak suh kami nyanyi, tapi suh baca sajak lirik lagu nasyd..tak penah di buek org.. menangis ahli kumpulan saujana kalau dengar kami bace sajak gune lirik nasyid mereka..hehehe..

Apa pun, memang byk kenangan bersama Cikgu Mat jak ni.. doa anim, semoga cikgu sentiasa sihat dan dipanjangkan umur.. agak2 korang, kalau anim mengaplikasikan cara cikgu Mat jak ni ke dalam kelas ketika anim ngaja ni, menjadik tak??

Friday, November 28, 2008

Jimat Air!! Jimat Letrik !!

Sekarang musim hujan melanda kt pantai timur ni.. sejuk sungguh.. ala2 musim sejuk kt luar negara je.. yeke?? macam anim ni pernah rase musim sejuk kt sane.. hehehehe.. hujan melimpahi di bumi Terengganu.. tak henti2 dari pagi sampai malam.. kalau berhenti pun hanya 2 3 jam, then hujan kembali.. nyenyak sungguh tidur.. tp apa kaitan dengan jimat air, jimat letrik ni??

Ketika hujan ni lah, suasana sekeliling sejuk.. bile dah sejuk, tak payah lah pasang kipas atau aircond lagi..duk tengok TV atau menghadap laptop, suasana dah begitu sejuk.. kadang2 menggeletar jugak tangan anim ni tak tahan sejuk..konon lah..expression melebih2 plak..ngeh3.. saje je nak suh korang bayangkan betapa sejuknya.. hehehe..time nak tidur, selimut dengan toto pun dah tak berkesan.. sejuk lagi.. meringkuk atas katil macam org dalam penjara.. hehe

Dan ketika hujan ni lah, susah bebeno nak mandi 2 kali.. paling cikai lah, sekali je mandi.. tu pun mandi waktu tengah hari.. kire jamak lah sekali mandi pagi n mandi malam.. hehehe.. mandi pun sekejap je.. terlompat2 dalam bilik air tuh tak tahan sejuk.. malas nak rebus air panas nak wat mandi.. mandi dengan air panas rase mcam tak neutral plak.. songeh betul lah.. yang paling lucu, time gosok gigi, gigi bulih jadi rase sengal.. ala2 sengal mase makan ais krim.. nasib lah ditakdirkan gosok gigi hanya dalam mulut je, bulih la gosok waktu pagi n malam.. satu kawasan yang kecil sahaja untuk dicuci..hehehe..

Nasib lah kawasan rumah anim ni kawasan tinggi, tak de lah nak kene mengharungi air banjir.. kalau tak, jenuh jugak lah nak kene angkut barang pindah ke tempat yang lebih tinggi.. waktu ni lah budak2 kecik main air.. suke sungguh dorang.. mandi hujan satu hal, dah tu main air plak secara berjemaah beramai2.. lebih2 lagi time cuti sekolah ni.. kalau demam, klinik atau hospital tempat dorang pegi amik ubat.. disarankan pihak klinik n hospital menyediakan perkhidmatan merawat penyakit selain 'demam hujan' yang mengada2... ya ampuuuunn..kejam sungguh anim ni..ngeh3..

Thursday, November 27, 2008

Kenangan Bersama..

Pada 12 Okt 2008, anim bersama 6 org lagi kuar dinner bersama sebagai tanda perpisahan kami.. maklumlah dalam rumah tu, 5 org yang akan meninggalkan UPSI utk menjalankan praktikal di sekolah.. so, lepas bukak sem ni kami dah tak jumpe dah.. sebenarnya dah lame dah plan nak kuar makan bersama.. first planning nak kuar makan kt Easy Cafe depan petronas..memang jauh dari rumah kami, tp boleh call teksi.. no hal.. tapi disebabkan ade 2 3 org dlm rumah anim ni tak makan western food, so terpaksa cancel..sebenarnya anim pon tak makan gok..ngeh3.. perut kampung je saye ni.. budu + sambal belacan je boleh masuk.. western food, no entri!! ngeh3..


So, kitaorg pun decide lah gi makan kat kawasan yang tenang sikit.. Dusun Bay pilihan terakhir.. sebab suasana dia buleh pilih makan bawah atap nipah ke, kt dalam pondok ke.. kami tolak dengan menaiki 'kereta' 8 tayar ke Dusun Bay.. maklum lah kenderaan ni je yang free.. bayaran dah masuk dalam yuran semster.. ngeh3.. sampai je situ, org dah penuh.. tempat bawah atap nipah dah full.. tak leh laa nak romantika sikit2.. jadi decide makan kt kawasan luar je lah, amik udara malam..

Waktu tu, suasana raya masih terasa.. lagu raye masih lagi dipasang utk menghangatkan lagi musim raye.. menu kami malam tu ikan siakap masak 3 rase, tomyam, kailam ikan masin, sotong goreng biasa dan telur dadar.. banyak wooo.. buleh lah tahan masakan kedai ni.. janji boleh makan, tak tawar n tak masin..



Then, usai makan kami stay lagi kt situ sampai kul 10.40 malam.. dah perut kenyang, lepak jap.. bukan lepak tubuh, lepak perut.. hehe.. tengok gelagat2 orang kt situ.. ade yang couple tengah dating.. mcam2 lagi lah.. bile malam dah tua tu, kami pun call la prebet utk pulang ke pangkuan jalan.. hehe.. kami belanja malam tu hampir rm 70 untuk makanan sahaja.. tapi campur semua dengan harga prebet, kami divide 7 orang, so sorang menghbiskan duit lebih kurang rm 11.. sebenarnya, kami berlapan orang dalam rumah tu,, tapi sorang akak ni tak larat sebab pregnant dia pun tak join kami..

Walau ape pun, ada kenangan yang terselit dalam dinner tersebut.. gelak tawa bersama.. bak kata orang.. " semusim bersama, seabad terasa"

Doa Rabitah

“Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahwa hati-hati ini telah bersatu berkumpul untuk mencurahkan mahabbah hanya kepadaMu, bertemu untuk taat kepada-Mu, bersatu dalam rangka menyeru (dijalan)-Mu, dan berjanji setia untuk membela syariat-Mu, maka kuatkanlah ikatan pertaliannya, ya Allah, abadikanlah kasih sayangnya, tunjukkanlah jalannya dan penuhilah dengan cahay-Mu yang tidak pernah redup, lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepada-Mu, hidupkanlah dengan ma’rifat-mu, dan matikanlah dalam keadaan syahid di jalan-mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong”..

Wajah Kehidupan di Cermin Kematian..

Wajah Kehidupan di Cermin Kematian.. satu tajuk di dalam program kem kecemerlangan cinta alam ni.. slot yang begitu mengisafkan kami.. slot ni dikendalikan oleh 3 orang ustaz dari Jabatan Agama Islam Pulau Pinang iaitu Ustaz Imran, Ustaz Asril Hafiz dan Ustaz Solihin.. Ustaz Solihin ni bujang lagi.. habis sume peserta perempuan naik gatal haaa.. duk tengok ustaz ni.. mak aiii, masuk slot keinsafan, tapi buat dosa dulu... hehe..

Dalam slot ni kami ditontonkan dengan tayangan pendek tentang anak yang derhaka pada ibu.. dua cerita.. satu cerita hanya diadaptasikan dalam bentuk penulisan dan kami perlu baca sahaja.. ceritu tu anim sudah tengok dalam cerekarama di TV3 lakonan Shila Rusli yang menjadi buta dan anknya malu mengaku dia sebagai ibu sebab mempunyai SATU mata sahaja.. manakala satu lagi cerita anim tak tengok pun sebelum ni.. lakonan oleh Azizan dan Fauziah Nawi.. satu drama yang betul2 'menjadi' lahh..

Takut bile tengok drama tu.. walaupun fasi hanya menayangkan kepda kami hanya adegan2 tertentu, tetapi kami begitu insaf.. adegan seperti anak itu menendang perut ibunya sehingga meninggal dunia, adegan ketika anak itu diambang kematian ketika malaikat menjemputnya dan adegan ketika pengebumian mayat ank itu.. sungguh tragis kematian itu dan Allah Maha Esa, menunjukkan kekuasaan NYA kepada hamba yang derhaka kepada ibu bapa..

Setelah itu, kami ditontonkan dengan satu drama pendek macam mane sakaratul maut datang menjemput kite.. takut.. sungguh takut dan takut yang teramat sangat.. lakonannya seperti kehidupan kite seharian di mana seorang ni tidak mempedulikan azan.. ketika azan berkumandang, dia sedang leka membetulkan 'walkman' dan mendengar lagu.. dek kerana penat, dia terbaring di atas sofa dan ketika itu lah malaikat datang menarik nyawa nya..

Masih terngiang2 ditelinga anim macam mane jeritan lelaki itu ketika malaikat mencabut nyawa.. bunyi detik jam yang kuat memberi keinsafan kepada kami, ajal kite tidak akan cepat seminit atau lambat sesaat.. setelah lelaki ni meninggal dunia, roh dia masih berada di rumah itu.. dan ketika ayahnya datang mengejutkannya utk bangun solat, tetapi jasadnya sudah tidak bernyawa.. rohnya hanya melihat si ayah mengejutkan anaknya yang sudah tidak bernyawa lagi.. takut sungguh sebab semua ditayangkan mengikut acuan kehidupan kite seharian..

Apabila dimandikan, tayangan itu seolah2 menjadi dua alam.. ditunjukkan ketika orang memandikan jenazah dan ditunjukkan juga mayat diseksa oleh malaikat.. seolah2 ketika orang menjirus air ke tubuh jenazah, malaikat malik menjirus air panas dari api neraka ke arah jenazah itu..

Setelah itu, kami ditontonkan macam mane perjanjian roh kite dengan Allah di alam roh.. kemudian, roh ditiupkan ketika kite di alam rahim ibu, setelah itu kite hidup di alam dunia dan roh pergi setelah kite masuk di alam barzakh..4 alam.. di alam roh, kite sudah berjanji menjadi hamba yang taat pada NYA, mengikut segala perintahNYA dan meninggalkan segala laranganNYA.. namun, kite telah mungkir janji semuanya.. Astaghfirullah.. menangis kami semua mengingatkan kembali..

Sampai kemuncak slot itu, fasi mengaitkan dengan ibu bapa.. yang mana sudah lame tak balik kg mmg menangis semahu-mahunya.. dan akhirnya, program itu disusuli dengan air mata peserta.. tak kira lelaki dan perempuan, semuanya menangis.. lelaki dah tak kesah walaupun nanti dianggap tak 'gentleman' pun.. slot ni berlangsung selama 2 jam.. dan selama 2 jam itu lah, air mata tak berhenti2 mengalir..

Dalam slot itu juga kami dikehendaki memejamkan mata dan menundukkan kepada membayangkan ibu bapa yang berada jauh di mata.. mengapa kami dikehendaki berbuat demikian??supaya mesej yang ingin kami sampaikan itu di dengari oleh naluri ibu dan ayah secara psikologinya.. dan bile difkirkan kembali, memang berkesan.. jika kite berbuat demikian terutama setelah solat subuh, memang mesej yang ingin kite sampaikan akan terdetik di hati ibu dan ayah..

Walau apa pun, slot ini memang memberi keinsafan kepada kami.. kami yang bergelar bakal pendidik mesti lah mempunyai akhlak yang telus untuk mendidik generasi yang akan datang.. sejauh mana keberkesanan slot ini ke atas jiwa peserta, waallahualam.. tapi doa anim untuk anim dan peserta lain, semoga anim diberi kekuatan untuk istiqamah hidup di atas jalan Allah dan mengikut syariatNYA.. ingat lah, kite pernah BERJANJI dengan Allah, dan jangan lah menjadi ORANG YANG MUNGKIR JANJI..

Kem Keinsafan

Baru2 ni anim berpeluang menyertai satu kem kecemerlangan cinta alam kat kem PLKN Sentosa, Cenderiang, Tapah, Perak Darul Ridzuan.. aktiviti dia lebih kepada pemeliharaan dan pemuliharan alam sekitar.. dalam term science kite sebut 'sustainable agriculture'.. selari dgn sem ni anim amik Environmental Science di bawah kuliah Prof Madya Dr Nurtjahjadi.. hehe.. tp subjek tu subjek yg paling bosan.. takde kene mengena pun dgn prog yang anim join ni..

Anim bertolak dari UPSI pada jam 5.30 ptg n sampai kt kem dalam pukul 8.15 mlm.. bas yang anim naik tu paling lambt sampai sebab sesat.. hehe.. 2 bas lagi dh lame sampai kt kem.. tp aktiviti pertama start jam 9.00 malam.. sampai je kami beratur amik barang2 keperluan macam selimut, pinggan, gelas, cadar n sampul bntal.. kire duk kt kem PLKN ni selesa jugak laa.. aktiviti first mcam biasa ice breaking.. then, kami dibahagikan kepada group yang kecil.. malam tu jugak kene siapkan logo group, lagu, trade mark, denda kumpulan dan slogan..

Esok kami dimaklumkan akan junggle tracking.. tapi tak jadi sebab sekarang musim hujan, takut menda yang tak diingini berlaku.. jadi tukar kepada treassure hunt.. btol ke eja cagitu?? hehe.. tp betul2 mencabar.. semua check point dijaga oleh fasilitator dan check point terakhir dijaga oleh 3 org ustz dari Jabatan Agama Islam Pulau Pinang.. memang masak lah kami kene kat check point terakhir tu..

Check point pertama kami dikehendaki mencari nama2 Allah yang tersembunyi disebalik silang kata.. agak sukar task ni sebab biasa nya kami menyebutnya dalam nada lagu Asma Al- Husna, tetapi kene translate kan dalam perkataan rumi.. ada yang cakap nama ni ada, ada yang cakap tak de.. mcm2 hal jugak.. then, selesai task 1, kami kene solve kan satu problem tentang pengurusan jenzah.. akhirnya selesai..

Then, kami bergerak ke check point ke2.. disebabkan kedudukan kem ni di atas bukit, jadi penat lah kene berlari turun naik bukit.. untuk ke check point ke2, kami kene mengharungi tasik yang agak luas jugak lah.. sebelum masuk ke dalam tasik, kene hambur dulu dengan komanden kem.. kene jirus dengan air paip dulu.. sejuk den.. seksi sume haaa.. lepas pakai jaket, kami masuk dalam air.. aktiviti ni dipanggil Water Confident.. punye laa takut anim.. menggeletar kaki.. kt PLKN dulu mengilat tak nak masuk dalam air cakap 'uzur'.. tapi kt sini tiada yang terkecuali.. semua kene..

Time masuk je dalam air, Ya Allah, Tuhan je tau.. terkapai kaki kat bawah nak cari tempat untuk dipijak.. tak sedar tubuh ni kecik..hehe.. kem komanden tu cakap air cetek jea.. penipu punyr orang.. debish!! anim tak pernah berenang dan tak pernah bercita2 untuk berenang.. mcam2 gaya dalam tu ada.. kuat lentang, mcam penyu pun ade.. hehe.. tangan kayuh supaya badan gerak ke depan, tapi tak gerak2.. hehehe.. lagi panik bile tengok kawan2 ade yang dah jauh ke depan.. tp bile pusing belakang, hooohh, ramai lagi 'penyu2' yang tertinggal.. kire anim kt tengah2 laa..

Sampai kt tengah tasik, rasa dah fed up.. penat utk nak kayuh lagi.. cikgu PLKN prempuan ada yang mengwal kami kt situ.. dorang bagi semangat cakap teruskan.. mase tu anim fikir anim mati lemas je kt tengah2 tu.. air dh banyak masuk dlm hidung.. sengal betul.. air masuk dalm mulut anim ludah balik..hehee... nasib lah org yang kt belakang tu.. tapi ni satu pengalaman.. dan anim boleh bayangkan macam mane org boleh mati lemas..mereka sebenarnya sudah berusaha utk menyelamatkan diri, tapi dah tak de tenaga utk tangan nak kayuh dlm air.. rupenye air ni memang 'berat' utk dikayuh.. anim tak tau istilah ape nak gune utk membayangkan betapa susahnya diri utk selamat ketika berada dalam air..

Bile dh sampai kt pengkalan dia, kami diberi makan tengah hari.. duk rehat jap sebelum teruskan ke check point ke3.. task utk ke check point ke3, kami dikehendaki utk menghafal doa rabitah.. alhamdulilah, doa ini memang anim sudah ingat sejak sekolah menengah lagi.. sentiasa baca lepas solat asar, jadi doa tu sudah terbiasa disebut di mulut anim.. antara ramai2, hanya 2 org yang terlepas darpada kene denda.. anim n kakak senior sorang..

Kat check point tu jgak kami dikehendaki tutup mata dan tundukkan kepala.. ustaz suh mengaku secara jujur sapa yang pernah tinggal solat.. dalam kem ni, solat yang dorang tekankan.. doa rabitah adalah satu doa yang mujarab utk kite menghadapi cabaran n dugaan.. doa yang boleh menguatkan jiwa dan iman.. apatah lagi sebagai guru, banyak cabaran yang terpaksa dihadapi.. sebab tu fasi menekankan kepada kami supaya menghafalnya..

Selesai jea kt check point ke3, maka berakhirnya aktiviti petang tu.. penat yang teramat sangat.. namun, ianya satu kem betul2 islamik bagi anim.. mengasingkn aktiviti lelaki dan perempuan, menekankan tentang prinsip agam islam dan menekankan tentang akidah.. walaupun satu kem di bawah Rakan Muda Cinta Alam, tetapi input islamik yang disampaikan sepanjang kem ni berlangsung.. tahniah kepada pengerusi Rakan Muda UPSI yang berjaya menganjurkan prog yang begitu bermakna.. program keinsafan bagi kami sebagai hamba Allah yang lalai di muka bumi ini..

Friday, November 21, 2008

Berakhirnya Sem 5..

Exam tadi menamatkan semester 5 anim.. pejam celik dah hampir 3 tahun anim belajar kat tanjung malim ni.. (2 tahun setengah lebih cikit).. pekan tanjong malim yang nan indah?? indah ke?? sini sane penuh sampah.. pekan tanjong malim sentiasa tukar2 penduduknya..pekan ni majoriti india lahh.. cina cikit2 je.. melayu tak ramai..melayu ramai bile universiti bukak.. bile semester dah bermula, baru tanjong malim dihuni oleh majoriti melayu sebab bebudak UPSI.. kalau cuti semesti, tanjong malim jadi pekan india laaa...hehehe...

Sebenarnya dh bosan duk india ni.. [konon mcam duk oversea..sebb pekan ni ramai india, jadi kire macam duk india la]..nak tuka angin plak rase.. nak merasa duk kt negeri lain.. tapi nak tak nak, pengajian anim hanya tinggal 3 semester lagi..tolak praktikum, jadi tinggal 2 sem lagi utk anim menghuni di pekan ni.. praktikum tatau lagi dicampak kat mane.. tak sabar plak nak praktikum.. teringat mase jadi cikgu ganti.. seronok sebab cikgu ni lain dari pelajar.. yelah, cikgu leh gaya nge baju kurung, budak2 baju sekolah.. ngeh3..

Semester depan, anim menginjak jadi sem 6 dah.. boleh dikatakan senior lah kt UPSI..tapi perangai macam2 budak.. duk 3 tahun kat UPSI, tak reti lagi nak bergaya macam cikgu2 kt sekolah... pakai tudung still labuh ke bawah, kancing cikit.. bukan maksud anim kene angkat tudung, tapi biaarlah pandai make up cikit2.. ini bedak kat muke pon tak taruk..taruk dalam baju je,, wat ape?? hehe..kasut tumit tinggi pun tak penah pakai.. 'mr. right' marah pakai kasut tumit tinggi, rosak tulang belakang katanya..

So, kesimpulannya, duk kat UPSI ni, anim belum berjaya menjadi matang.. camne lah nak masuk sekolah nanti, nak mengajor murid2.. silap2 hari bulan, hari gotong royong, atau majlis hari raye sambutan kt sekolah, anok murid lebih bergaya dari anim.. kalau camtu, biar anim tuka la nge dorang.. anim pakai baju sekolah plak..hehe..

Thursday, November 20, 2008

Ajak Anak Kritis Membaca

Bila suatu kali anak Anda antusias menceritakan sebuah buku yang dibacanya, mungkin tak henti-hentinya dia akan membicarakan tentang buku itu. Itulah pertanda bahwa anak Anda tertarik dan menyukai buku itu. Maka yang dapat Anda lakukan untuk merangsang kemampuannya membaca adalah:

* Tanya padanya, apa yang istimewa dari buku itu. Mengapa dia begitu terkesan?
* Ajak anak membicarakan karya-karya lain dari si pengarang buku itu (bila membaca suatu buku dongeng atau cerita anak). Adakah kemiripannya? Apakah anak Anda juga menyukai buku-buku yang lain itu?
* Bagaimana dengan kisah serupa pengarang yang lain? Tantang dia untuk membandingkan dan mempertentangkan buku-buku bertopik serupa. Mana yang dia suka? Mengapa?
* Minta dia menceritakan kembali isi buku itu agar dia belajar membuat ringkasan.

ditulis oleh: Lianneke Gunawan dari berbagai sumber

Tuesday, November 18, 2008

Wahai Insan Bernama Lelaki..

Wahai insan di dunia yang dilahirkan sebagai lelaki, jangan kau memainkan perasaan kami sebagai seorang wanita, sinonim dengan kaum hawa.. 2 kisah yang memang langsung tak sedap untuk telinga nak menadah mendengar semuanya.. mungkin anim tak boleh wat conclusion awal tentang lelaki tapi kisah ini membuktikan segala2 nya..

-------------------------------------------------------------------------------------

Kisah 1 :

Seorang wanita dan lelaki ini berkahwin lari di sempadan akibat tidak mendapat persetujuan daripada keluarga sebelah perempuan.. setelah akad nikah selesai, lelaki ni menjelaskan bahawa dia adalah isteri KEDUA.. terkejut si wanita tersebut, namun 'nasi sudah menjadi bubur'.. mase tak boleh diundur dah.. sudahlah dengan keluarga tidak serapat dulu, namun keputusan kite yang menentukan mase depan.. salah pilih, merana lah hidup..

Kisah 2 :

Seorang wanita dan lelaki yang belum berkahwin.. di katakan lelaki ini sudah jadi SUAMI orang dan wanita tersebut tidak diberitahu olehnya.. dek kerana isteri jauh nun di Sarawak, si suami bermain kayu tiga di sini.. lelaki itu bukan lah pelajaran setakat PMR tetapi sudah ke tahap yang membangga kan iaitu pHD.. sedih bukan??

-------------------------------------------------------------------------------------

Kedua2 kisah ini anim tak boleh cerite secare detail demi untuk menjaga sensitiviti mereka.. tetapi sedih kaum anim sendiri ditipu hidup2.. Wahai kaum lelaki di dunia ini, kamu dicipta untuk memimpin kami kaum yang lemah, bukan menindas kami sesuka hati.. tidak dinafikan kamu dibenarkan untuk berkahwin lebih pada satu, tapi sedar kah kamu kenikmatan yang kamu cipta di dunia bersama ramai isteri2 mu, senang kah untuk kamu mengumpulkan mereka di akhirat??

Cuba kamu bayangkan.. anim ambil contoh 2 isteri.. isteri pertama dan kedua masing2 ade anak perempuan dan membesar.. dari segi keadilan, anim tak nak sentuh.. anim nak sentih dari segi agama.. setelah anak itu akil baligh, si anak isteri pertama memakai tudung tetapi solatnye tidak cukup 5 waktu dan si anak isteri kedua brtudung jugak, tetapi tiak berpuasa.. kamu (suami) di kira adil memberi nafkah kepada isteri2 dan anak2 mu.. pada pandanganmu, anakmu sudah cukup ilmu agamanya, mengikut apa yang agama suruh..

Di saat kamu dihitung diakhirat, kamu sudah dihitung layak masuk syurga (alhamdulillah), tetapi pabila kaki kamu ingin melangkah, anak perempuan mu isteri pertama menarikmu.. menyalahkan mu kerana tidak mengajarkannya solat, tidak pernah mengajaknya berjemaah bersama.. di situ kamu kesal.. di saat kamu ingin melangkah lagi ke syurga, anak isterimu kedua menarikmu, menyalahkan mu kenapa tidak mendidiknya berpuasa..Bukankah itu satu kerugian?? itu tak kira lagi dari segi mana kamu mendidik isteri2 mu..

Berfikir lah sebelum membuat keputusan.. berfikir tentang keseronokan di dunia, jangan lupe masukkan sekali keseronokkan di akhirat jugak.. tul tak?? kamu tipu isterimu.. apakah kamu sudah lupe semua pengorbanan yang mereka lakukan.. jika dihitung, berapa guni beraskah dia sudah tanak untuk mengeyangkan perutmu?? berapa liter susu ibu yang dia susukan untuk anak kamu??

Isy.. anim memang benci golongan2 camni.. benci sungguh!! benci yang teramat sangat.. kisah yang kedua 2, mungkin si perempuan tu mahu lelaki yang sudah kukuh kewangannya, namun dia tak fikir panjang, asal usul lelaki itu.. tak kan tak penah dengar 'bekas student' lelaki tu cakap lelaki tu dah kawen.. ntah lahhhhhhh...

Saturday, November 15, 2008

Boleh Tak Su??

Petang tadi lepas anim balik dari Pasar Malam, dengar bunyi handset kat ats meja anim.. then, anim pun bace lah.. mesej dari angah.. angah ni anak sedare anim yang kedua.. mesej ni berbunyi :

"kalau angah mintak mp3 boleh tak su??"

Hehe.. sebenarnya angah ni baru dapat result UPSR n dapat laa 5A.. sebab tu dia menuntut janji dari mak sedare yang di sayangi ni.. sebelum terlambat, sue ucapkan tahniah buat angah kerana berjaya dapat 5A.. untuk kak long pun same, tahniah jugak walaupun result tu tahun lepas..hehe..

Baru2 ni memang anim ade tanye, kalau angah dapat 5A nak ape?? angah cakap nak mp3.. anim pun tanye laa,, mp3 kenapa tak mp4 mcam kak long?? dia senyum je.. hehe.. anim tak kesah pun memane.. sebenarnye, hadiah untuk kak long ni, anim hadiahkan dia mp4.. mp4 yang dibeli di PC Fair KLCC..

Punye lah excited anim pegi PC Fair.. maklum lah tak penah pegi pun selame ni.. dah dengar orang cakap, pegi pun sesak je lebih.. dek kerana degil tak nak dengar cakap, kuatkan tubuh badan pegi jugak.. dari KL Central naik LRT ke KLCC.. Start dari KL Central lagi orang dah penuh sesak.. langsung tak patah semangat anim nak pegi sane.. relakan hati beratur panjng2 beli tiket..hehe

Sampai je sane, kami anim terus menuju ke tempat yang dihajati..teringat plak janji dekat kak long, dia nak mp4.. anim pun beli la sane tanpa memikirkan sebarang risikonya..harganya dalam seratus lebih jugak..bile balik je, anim tak bukak pun mp4 tu sehingga lah bagi dekat kak long..

Bile dah bagi dekat kak long, ceritanya lain pulak.. kak long charge mp4 tu, tapi tak full batery.. bile dah off, dengar satu lagu je terus batery empty.. plik plak anim.. setelah diselidiki oleh kak long, rupenye skru patah, motherboard jadi senget, batery pun senget.. huhu.. hampeh betul lah..

Anim pun mintak balik dengan kak long nak gi baiki.. bile mengutarakan hajat ni ke 'mr.right', dia pun cakap, " mane kite nak cari kedai tu.. kat PC Fair, lain.. kite tak tau kedainye di mana walaupun ade alamt kat resit.."..bil fikir kate2 'mr.right', betul jugak.. kalau beli kat kedai mcam kat Low Yat tu, kite tau dimana dan takde masalah kalau benda alah tu rosak.. sekalang, sapa mau tanggung gua punya lugi??

Kesian kak long, dapat dengar sekejap je mp4 tu.. sori yea kak long.. nanti sue beli kan mp3 macam angah ek.. tapi bukan tahun ni lah, kene tunggu tahun depan.. baru sue 'kaya'.. sikalang tengah keling loooo..

PLKN berulang lagi!!

Anim baru je balik dari meeting untuk Program Kem Kecemerlangan Pencinta Alam yang akan diadakan pada 21 hb November sampai 23 hb.. Fisrt anim dapat tau tentang kem ni, kami akan masuk hutan, tapi belum tau lagi hutan mane.. Then, bile tadi anim attend untuk meeting, baru tau program ni akan di adakan di Kem PLKN di Tapah.. Huhu.. Masuk kem PLKN bermakna PLKN berulang dalam hidup anim..


Anim menyertai PLKN pada tahun 2005 iaitu siri 2/2005.. Anim ditempatkan di Kem PLKN Paya Indah, Banting, Kuala Selangor.. Mule dapat tau name anim terpilih pada Ogos 2004.. Waktu tu anim form 5 kat SMAASZA.. Sekolah anim tak ramai yang dapat.. dalam 50 orang lebih and we were divide into 3 intake.. anim kene intake kedua.. daftar 13 Mac 2005 iaitu 4 hari selepas result SPM diumumkan..


Bile start nak kemas barang, mak anim dah mula naik risau tentang keselamatan anim di sana.. maklum lah, kegagalan PLKN untuk siri pertama menjadi igauan bagi ibu bapa untuk melepaskan anak mereka.. tapi, kerajaan ambil inisiatif untuk membetulkan persepsi ibu bapa terhadap PLKN.. anim dijadualkan menaiki bas di Dataran Batu Buruk, Kuala Terengganu..waktu tu, pserta yang ditempatkan di kem luar dari negeri Terengganu akan bergerak sehari lebih awal dari peserta yang ditempatkan di dalam negeri Trngganu..


Bila nak naik bas, sebak jugak bersalaman dengan mak ayah.. maklumlah, keselamatan tak tau lagi camne... tapi nak tak nak, anim terpaksa jugak untuk pegi PLKN ni.. nanti kene tangkap, tak pasal2 name aku black list..huhu.. sampai di kem lebih kurang pukul 11.30 pm, 13 mac 2005.. perjalanan 12 jam.. ntah ape la lame sngat.. dalam perjalanan, bas berhenti kat Dungun.. askar yang jage kami pesan awal2.. "awak jangan lari yea.. nanti saye kene marah.." hehe..


Bile bas sampai di kem, juru latih memasang lagu tema PLKN.. kuat sungguh.. tetibe semangat kenegaraan naik.. hehe.. tapi bile dengar salah seorng daripada juru latih di situ menjerit memanggil supaya kami jangan berjalan lenggang, anim terus takut.. bukan berlenggang ape, dah itu tempat baru, kene lah pusing kanan kiri tengok camne keadaan dia.. kami diarah kan masuk ke dalam satu blik.. rupenye, diaorang mahu cek tubuh kami, takut bawa barang HARAM..

Handset semua diambil.. rantai, gelang tangan dan sewaktu dengannya semuanya dipegang oleh juru latih.. akhirnya, kami pun di bawa ke dorm n tinggal lah di situ untuk 2 bulan setengah.. banyak lah aktiviti dalam PLKN ni..tapi kalu nak cite banyak plak.. berbalik kepada cite program kem kecemerlangan pencinta alam ni, anim akan masuk balik ke kem PLKN.. tapi mungkin aktiviti dia tak seteruk PLKN.. so, bile pegi program tu nanti akn berulang lah kembali nostalgia PLKN 2005 dulu..

Thursday, November 13, 2008

Pesan Abang

Adikku muda remaja
Awasi bila melangkah
Wajahmu manis bak bunga
Pasti ramai yang tergoda

Tidak dilarang kau bersuka
Asal tahu kan batasnya
Jangan sampai adik terlupa
Harapan dan cita-cita

( korus )
Ibu dan ayah
Menaruh harapan
Agar kau berjaya
Di hari kemudian

Bila tiba waktu petang
Dari sekolah kau pulang
Bergalas buku di pinggang
Siapa lihat pasti tertawan

Adik masih bersekolah
Awas segala dugaan
Adik kan ambil ambil periksa
Agar senang masa depan

( ulang korus hingga akhir )

* Nyanyian oleh : Sudirman

[NOTA: Lagu ni akan dipasang oleh anim setiap kali semangat untuk study dah hampir luntur]

Bacalah Dengan Mata Hatimu..

“Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang Lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun… Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya…”

Seronokkah Menjadi DOktor???

Ni anim nak share satu crite dari Saiful Islam..

”Kamu bercita-cita nak jadi apa bila dewasa nanti?”, saya bertanya kepada salah seorang peserta kursus motivasi. Baru tingkatan empat.

”Saya nak jadi doktor”, jawabnya penuh yakin. ”Bagus. Kenapa nak jadi doktor?”, saya cuba menguji adik yang seorang ini.

”Saya suka menolong orang. Gembira melihat orang gembira”, katanya. ”Apa yang kamu mesti lakukan untuk memastikan kamu boleh menjadi doktor?”, saya bertanya lagi.

”Oh, kena straight A’s dalam subjek teras Sains. Biologi, Kimia, Fizik, Matematik Tambahan…”, jawabnya. “Lagi?”, saya terus bertanya.

“Ko-kurikulum kena cemerlang. Kepimpinan mesti bagus”, sambung pelajar pintar tersebut.

”Itu sahaja? Ada apa-apa lagi yang tertinggal?”, saya menyambung soalan.

”Itu sahaja rasanya. Kenapa ustaz?”, pelajar tersebut mula rasa kurang selesa.

”Tadi kamu kata kamu suka menolong orang lain. Semua persediaan yang kamu sebutkan tadi, adalah untuk kamu menolong orang lain. Tetapi kamu tidak boleh menolong orang lain sebelum kamu menolong diri kamu sendiri!”, saya berkongsi pandangan.

”Maksud ustaz?”, pelajar tersebut semakin bingung. ”Bagaimana dengan kemahiran memasak? Mengemas rumah? Melipat kain? Melayan kanak-kanak?”, saya melontar idea.

”Apa kena mengenanya semua itu dengan menjadi seorang doktor?”, tanya pelajar tersebut.

”Satu hari nanti, kamu tentu akan berkeluarga. Berkahwin dan beranak pinak. Kalau kamu hanya cekap menolong orang lain sebagai seorang doktor, tetapi gagal menolong diri sendiri sebagai seorang isteri dan ibu, akhirnya kehidupan kamu akan tunggang langgang. Orang lain Baiti Jannati. Kamu nanti Baiti Naari! Naudhubillah”, saya membuat kesimpulan.

”Betul ke ustaz?”, tanya pelajar tersebut.

”Ya, semasa isteri saya menghadiri temuduga Master untuk menjadi doktor pakar, soalan yang ditanya oleh penemuduga, semuanya tentang rumahtangga. Bila rancang nak ada anak ketiga, suami dah pandai masak atau tidak dan sebagainya”, saya tersenyum.

Kisah di atas berlaku beberapa kali semasa saya mengendalikan kursus motivasi untuk pelajar sekolah. Mereka mesti dibantu untuk melihat kehidupan seorang doktor secara menyeluruh. Jangan hanya lihat pada kod putih dan stethescopenya sahaja.

Hari ini mudah benar anak dara pergi ke universiti dan seterusnya menjadi seorang doktor, jurutera dan lain-lain, dalam keadaan satu apa pun skill rumahtangga tidak diketahuinya. Semuanya diuruskan oleh bibik dan supir. Yang lelaki usah kiralah…

Para pelajar yang kaya A hari ini, mesti dibantu untuk melihat keseluruhan hidupnya di masa hadapan. Jangan hanya bijak akademik tetapi tidak bersedia menempuh realiti hidup. Untuk menjadi seorang yang berjaya di masa hadapan, bukan hanya akademik yang jadi bekalan. Sikap, kemahiran hidup dan kematangan dalam membuat keputusan harian, adalah sesuatu yang sering hilang prioriti. Oleh itu, gambaran akhir terhadap sesuatu itu mesti diambil kira.

Fahami fikiran anak bila mendidik

MENDIDIK anak perlu bersandarkan pengetahuan, kerana meniru didikan dari keluarga yang kita anggap cemerlang semata-mata tanpa menyesuaikan dengan keluarga serta kemampuan diri, anda hanya dianggap sebagai ibu bapa yang tidak berpendirian.

Didikan awal kanak-kanak amatlah penting kerana ia membawa kepada corak peribadinya pada masa depan. Mustahaknya aspek itu menyebabkan Islam amat menitikberatkan didikan anak-anak dan menggalakkan ibu bapa melalui kehidupan yang sempurna.

Malah Imam Al-Ghazali pernah menyatakan: "Hendaknya anak kecil diberi kesempatan bermain. Melarangnya bermain dan menyibukkannya dengan belajar terus akan mematikan hatinya, mengurangi kecerdasannya dan membuatnya jemu terhadap hidup, sehingga dia akan sering mencari alasan untuk membebaskan diri daripada keadaan sesak itu."

Dalam hal ini, biarlah anak kecil bebas melakukan apa yang mereka suka, asalkan tidak memudaratkan diri dan orang lain serta berfaedah untuknya, namun kegiatan itu perlu dipastikan agar tidak melanggar syariat Islam.

Malangnya, segelintir ibu bapa hari ini masih kurang memahami aspek didikan menjadikan anak keliru mengenai kewujudan dirinya dalam keluarga.

Pakar Psikiatrik Kanak-kanak dan Remaja, Hospital Selayang, Dr Fauzi Ismail berkata, beberapa ciri keibubapaan yang dikenal pasti diamalkan hari ini ialah mengarah, menyekat, membenarkan dan mendidik.

Jelasnya, ibu bapa yang mengarah selalunya berpunca dari ibu bapa yang tidak bersedia menimbang anak menyebabkan kehadiran mereka dianggap tidak penting, sementara ibu bapa yang gemar menyekat cenderung mengongkong apa yang dilakukan anak hingga menyebabkan segala tindakan dilakukan anak-anak, semuanya tidak betul malah mudah menghukum.

Keibubapaan yang membenarkan pula turut menimbulkan kemudaratan apabila membenarkan segala tindakan anak tanpa berfikir panjang sama ada sesuatu tindakan dilakukan itu baik atau sebaliknya. Keibubapaan yang terbaik ialah membimbing dan memberikan tunjuk ajar, menghukum apabila silap tetapi memberikan kebebasan apabila perlu.

"Didikan dianggap aspek paling penting kerana ia adalah corak awal membentuk keperibadian mereka yang dibawa sehingga ke dewasa. Selalu orang berkata, 'alah... budak-budak, biasalah kena marah kalau tidak mereka tidak belajar.' Sebenarnya, kanak-kanak boleh dimarah tetapi marah pun perlu diiringi kemahiran kerana jangan sampai anak menyangka ibu bapa marah kerana membencinya, bukan marah kerana ingin memperbetulkan kesilapannya.

"Walaupun segelintir anak, secara luarannya nampak selamba dan tidak kisah bila dimarah tetapi jangan terkejut kerana ada segelintir yang menyimpan dendam, menyimpan pemikiran ibu bapa membencinya hingga menyebabkan apabila dewasa, mereka enggan berjumpa ibu bapanya sendiri," katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Menjadi Ibu Bapa Yang Baik pada Seminar Ke Arah Menjadi Ibu Bapa dan Guru Mithali baru-baru ini.

Seminar sehari itu anjuran bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan (1) Sultan Alam Shah, Petaling Jaya dan program Positive Parenting, Persatuan Pediatrik Malaysia.

Beliau berkata, didikan yang kurang sempurna boleh memberi kesan kepada anak membabitkan keyakinan diri yang rendah menyebabkan selalu ketinggalan di dalam kelas dan mempunyai masalah disiplin.

Sebaliknya didikan sempurna mampu merapatkan hubungan kekeluargaan serta melahirkan anak yang ceria dan cemerlang, serta yakin terhadap kemampuan diri kerana sering di berikan sokongan moral.

"Ibu bapa selalu tersalah anggap menyatakan anak tidak memahami apa yang mereka lalui hingga menyebabkan mereka cenderung menipu. Sebagai contoh andai seorang ibu menitiskan air mata kerana dikasari suami, anda boleh katakan 'Mak menangis sebab dimarahi suami,' Kenyataan itu sudah cukup walaupun tidak menerangkan sebab dimarah, tetapi yang paling penting, jangan menipu. Jangan menitipkan elemen menipu dalam keluarga kerana kesannya buruk sekali," katanya.

Selain aspek didikan, apa yang dipertontonkan anak turut mempengaruhi mereka seperti televisyen dan komputer. Kotak hiburan itu sebenarnya mampu dikawal ibu bapa asalkan mereka mengambil berat apa yang dipertontonkan anak membabitkan bahan yang ditonton serta jumlah masa yang diberikan.

"Program bercorak hiburan dan keseronokan semata-mata tanpa menyisipkan elemen ilmu hanya membuang masa. Program seperti realti TV yang semakin digilai kini juga harus dperhalusi kerana bukan semua yang dilihat mendatangkan manfaat. Namun dalam mendidik anak-anak ibu bapa seharusnya juga mencermin diri sendiri. Andai anak dilarang menonton terlalu lama, ibu bapa juga seharusnya mengehadkan masa menonton. Jangan menjadi mangsa TV.

"Ibu bapa perlu sedar andai mereka ingin membentuk anak menjadi sempurna, ia perlu dimulakan dari dalam diri sendiri. Berkasih sayanglah sesama sendiri kerana kasih sayang itu mampu diluahkan dan diterapkan dalam diri anak-anak," katanya.

FAKTA Mendidik anak

Kurangkan hukuman fizikal kerana ia hanya menyakitkan, tetapi kurang berkesan mendidik. Andai anak melakukan kesilapan yang perlu diberikan denda, jelaskan erti kesilapan mereka dan kenapa denda itu perlu dilakukan, seperti "Kita mempunyai undang-undang dalam keluarga yang tidak membenarkan pulang lewat dari jam tujuh malam, dan ia perlu dipatuhi..." dan anak-anak akan menerima kesilapan itu kerana ia sudah tahu melanggar peraturan dengan pulang pada jam 10 malam.

Hukuman boleh dikenakan kepada anak-anak sebagai pengajaran tetapi beberapa perkara perlu diambil kira iaitu jangan marah ketika kita berada dalam keadaan marah; mengherdik mereka di hadapan orang ramai atau kawan-kawannya; jangan marahkan mereka kerana dirinya sebaliknya atas kesalahan yang dilakukan.

Ibu bapa jangan terlalu berharap mendapat anak yang sempurna dari segala segi kerana adalah sesuatu yang biasa andai melakukan kesilapan apatah lagi memang manusia tidak sempurna. Ia amat bergantung kepada sejauh mana kemampuan ibu bapa itu sendiri.

Matlamat disiplin ialah untuk mengawal dan membentuk peribadi anak dengan sempurna. Ada ibu bapa yang gembira andai mampu menjadikan anak bagai 'alat kawalan jauh' tetapi pernahkah kita terfikir adakah itu yang kita mahukan sedangkan anak mengikut kerana takut, bukan hormat?



[NOTA: Semoga anim dapat menjadi ummi yang solehah buat anak2 nanti.. Hehe * nota yang gatal *]

Semakin Hampir!!

Semakin hari semakin hampir.. apakah yang semakin hampir dengan anim ni?? bukan sesuatu objek atau insan, tetapi hari.. HARI KEBEBASAN..Hehehe... tak sabar untuk anim nak habiskan exam untuk sem ni.. hanya tinggal lagi satu paper.. yang satu ni lah perit dihati.. orang kate penantian satu penyiksaan.. bukan penantian ini bermaksud anim sudah cukup knowledge untuk menghadapi exam ni, tapi sebab secara psikologi nya, semangat untuk exam dah hampir pudar sebab mostly kawan2 dah habis dah final..

Satu penyiksaan di kala kite menelaah buku, tapi kawan2 yang sudah habis exam sedang bergelak ketawa, gelak berderai dengan hati yang seronoknya.. paper ni terlalu lame gap..9 hari.. tapi 9 hari ni bukan akan digunakan sepenuhnya untuk anim nak menelaah buku.. nak tulis blog pun tak de idea..

Sebenarnya, bile start blogging, ade mase yang kite penuh idea untuk menulis ape2 luahan, tapi ade mase kite seolah2 macam 'blur'.. itu anim lah kot orang yang blur.. hehe..ini pun dah tak tau nak tulis ape.. mengarut je.. sebelum anim mengarut sesuatu yang lebih karut, baik anim tamat kan entri ni..

Sekian....

Thursday, November 6, 2008

Lagi 3 paper..

Hari ni dah selesai jawab paper yang ke 3.. tinggal lagi 3 paper.. uhhh!! lega juga dah selesai TSP ni.. bukan ape, kene banyak hafal subjek nye.. tapi ade lagi satu subjek yang betul2 nak kene hafal.. subjek bio..

Kepada kawan2 ku yang anim course bio,tolong lah daku.. penat dah nak hafal semua term2 bio.. huhu..

Tuesday, November 4, 2008

November Sudah..

Lame sudah anim tak update blog ni.. maklum lah minggu exam ni.. mase lebih banyak dihabiskan untuk baca buku.. biasalah, awal2 tak nak stydt.. dah dekat exam baru nakgi cari nota, bace yang tu tak faham, bace yang ni tak faham.. sudah 'jam' akhirnya otakku.. hehe..

Tak ade ape pun yang anim nak tulis sebenarnya.. tapi saje post kan sebagai pembuka kata nukilan untuk bulan november..sedar tak sedar dah masuk bulan november, bulan kedua terakhir untuk tahun ni.. dah nak masuk tahun 2009 dah pon.. sekejap je mase ni berlalu.. mase meninggalkan kite seiring kite dimamah usia..


Tadi sebelum gi exam, anim tengah tilik2 muke.. ade laa bintik2 hitam dan kulit muke macam nampak lubang2 kecil.. seperti kawah2 yang terbentuk di permukaan bulan.. gamaknya camni lah kot kawah2 kat bulan.. [ buruk beno rupe ku].. hehe..pahtu cakap kat room mate, "muke anim dah banyak bintik2 hitam.. dah tua dah pun..." kak wani hanya tersenyum..

Dalam hati anim, rupenye anim takut jugak nak jadi TUA ni.. hehe..

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online