Seperti tajuknya.. breastfeeding: senang ke?
Ala, cerewet la.. kau kene beli pam.. pastu barang2 untuk simpan stok susu.. pastu, kene study camne nak handle susu... dh susu meriah pam dapat berbaloi2, peti satu pintu x jalan (macam aku je..), kene beli peti ais 2 pintu.. susu meriah non stop sampai x muat nak letak dalam freezer 2 pintu, kene survey deep freezer pulak..
dh tu, tetibe susu merudum, pening kepala nak cari milk booster ape nak balun.. bile lepas pam kene gi basuh pam, kene simpan susu kt tempat sejuk.. usung beg mengepam tu ke hulur ke hilir, berat pulak tu.. dah mcm org jual buku beg 2 3 jenis bergalas kat bahu..tetibe ade meeting dari kul 8-1pm, bengkak gile2 sampai nak demam, nak keluar dari bilik mesyuarat malu, terpaksa tahan la sampai rase nak pengsan..
balik umah dah la penat.. kene basuh pulak semua storage bottle 6-7 bottle.. pastu, sterilkan (aku jarang2 buat).. kene sediakan EBM utk esok.. nak gune yg frozen EBM, kene cairkan dulu letak kt bahagian bawah.. pagi nak gi kerja, amik tupperware, letak dalam 1bekas semua EBM.. labelkan nombor setiap botol supaya BS senang nak panaskan.. cerewet kann???
meh aku nak lempang sape yg cakap cerewet.. hahaha.. aku boleh je handle semua tu, susah ke???
ye.. aku handle semua ni selama 1 tahun 3 bulan.. memang bukan semudah yang disangka, tapi bukan payah seperti yang difikirkan.. camne nak berjaya dalam BF?
1. Azam dan niat..
tau je peknen terus niat, "aku nak menyusukan anak aku sampai 2 tahun atau lebih.." ni main azam cap ayam, "boleh ke.. boleh ke.. cerewet la..".. kalau gini memang takkan membantu anda untuk berjaya dalam BF pun.. trust me!
2. Doa..
Biarlah anak masih dalam kandungan, doa lah.. biar ALLAH kabulkan permintaan anda.. ALLAH buat susu ibu ni cukup untuk si anaknya.. perlu usaha.. sedangkan ibu susuan boleh menyusukan anaknya, apatah lagi ibu kandung.. kan? kan?
3. Cari ilmu..
Dulu memang x meluas pun ttg penyusuan susu ibu semasa bekerja ni.. tp skarang, taip je ape2 ttg BF sure melambak keluar info.. aku dulu pun zero ttg camne nak handle.. pening kepala tak usah cakap la sbb tak leh imagine camne nak handle.. tp gali ilmu sedalam2 nya.. tanye la pada yg pakar.. insya ALLAH mereka sedia membantu.. 1 konsep BF ( more demand, more supply)
4. Usaha..
4.1 Pam
Cakap ttg usaha.. tak semestinya kene beli pam mahal pun.. (ai, kalau laki aku baca ni kene cubit dh.. diri sendiri request free style..ayoyo).. tak gune pam pun boleh buat stok.. gune kaedah marmet.. xtau camne? ilmu dihujung jari.. taip je dalam youtube, aku yakin ramai mat salih yang tak reti malu tunjuk camne cara nak marmet... hehe..
4.2 Storage bottle.
x semestinya beli botol susu untuk simpan susu.. bekas dadih pun boleh.. ade yg aku jumpe simpan dalam plastik biasa je, then sealed kan.. nak seribu daya, tak nak seribu dalih.. tp aku prefer storage bottle.. senang nak simpan dan panaskan EBM.. ape2 pun, terpulang pada cara anda.. xkan ade org kata salah melainkan simpan susu dalam periuk.. ni memang nak kene blaja darjah 1 semula org ni..
4.3 Masa & Tempat
Ada yang sibuk, ade yg boleh bersenang lenang, ade yg kerja kt cube masing2, ade yang waktu lunch je free dan macam2 la ragam.. eh, cikgu pun sibuk tau.. kelas tak menentu, waktu rehat budak nak jumpe bayar yuran, waktu balik meeting pulak.. so, how??? jadinya, kene la arrange mase bebetul.. memang kalau tak set mase bebetul akan menjejaskan pengeluaran susu.. tapi AT LEAST (amik , aku dh tulis tulisan besar), cuba PAM walaupun sekejap.. aku amik mase 10 minit.. pam 5 minit je pun.. lg 5 minit reserved utk basuh pam, set up pam (sbb tu aku nak gune free style.. keke)
4.4 Cara Pam
Terpulang.. ada yang suke wat tendam nursing.. ade yg suke pam double serentak.. ade yg pam sebelah2 (gune manual).. ade yg suke wat PP (time susu merudum, PP sgt penting).. ade mcm2 jenis cara anda suke.. nak berdiri ke, duduk ke, bersila ke, mengiring ke hape, yg penting biarlah ade setitis susu ibu masuk dalam botol untuk diteguk oleh anak tika kite bekerja..
4.5 Milk Booster
Sepanjang aku berurusan dgn EBM ni, tiada ape2 suppliment pun yg membantu aku utk proses penghasilan susu.. aku amalkan secara semulajadi.. makan barli jd byk susu, aku balun hari2.. minum soya susu jd meriah, tiap2 minggu beli pasar malam.. makan jantung pisang pun susu jadi masyuk, aku try jugak.. mcm2 la, tp kalau suppliment memang aku tak kan amik sbb en zubir pun xbagi.. bagi aku, jaga makan, cukup zat, rehat cukup, stress pun tak, insya ALLAH susu akan meriah..
Eh, kenapa mcm nota kuliah je siap ade point2? haha..
Harap ilmu ni dapat membantu anda..
Aku sedang berusaha untuk apply menjadi Malaysian Breastfeeding Peer Counselor.. mcm besh je bagi talk.. hehe..
Happy BF-ing..
2 Comments:
salam. congrats bakal dpt twin. sonok baca citer pasal bf ni. moga susu akan lebih meriah utk hadif dan bakal adik2 nya nanti. oh ye, ni k.nor (kwn k.ma) ... ingat lagi? duk google2 tetiba smpai blog nurul (kalo x silap rasanya dulu pgl nurul je kan? ke anim? hehehe) ... baca punya baca, tgk gambar, rupanya my friend's sister... hehehe
salam..
mula2 sy iyekan je bile k.anim ckp cerewet..hihi
neway..fes taim komen cni ..salam ukhwah :)
Post a Comment