:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Friday, April 15, 2011

Hampir


sejak 2 hari lepas hadeef dah dapat skill nak melepasi bantal yang aku buat sebagai benteng kalau nak tinggalkan dia sementara.. dengan gaya dia yang berusaha sambil buat nada 'iyah..iyah', bile dah lepas benteng sambil tersengih2 puas hati.. sesuai lah dgn makna nama, 'yang bermatlamatkan kejayaan' .. bile buat je sesuatu hadeef jenis takkan buat separuh jalan, sampai lah dia berjaya kendian dia akan sengih puas hati..


tapi pagi tadi, satu kejadian yang memang aku tak nak pun berlaku tapi hampir berlaku.. hadeef nak jatuh katil.. aku dah letak dia elok2, benteng kan dengan bantal sekeliling.. aku cuma gi dapur sekejap utk tutup periuk n amik tudung yang dah di iron kan.. tak sampai seminit pun.. tapi bile masuk bilik, separuh badan hadeef atas katil separuh lagi di awan-awangan..


apa lagi, aku jerit tapi hadeef gelak2 seronok sbb dia rase macam boleh 'terbang'.. sambil gaya buat macam nak terbang, dia ketawa bile tengok mami dia yang cumil ni berlari tangkap dia.. nak luruh jantung.. gambar tak der la, ngok ngek la kan kalau anak nyaris2 jatuh katil pun sempat lagi nak snap gambar.. lain la kalau kat bawah tu adalah karpet setebal 10 inci, boleh la aku feeling2 jadikan hadeef model tecik yang berada di awan-awangan..


si mak ni pulak sebab terlalu cuak, berlari sampai jatuh.. haha.. lama dah tak berlari sungguh hati.. lari tak sampai 1 meter pun boleh lembik.. senanya lembik sebab tengok anak berkeadaan camtu.. lepas tu, aku tak habis2 fikir camne la kalau hadeef jatuh.. mesti menangis tak henti.. ish, kalau bawak ke hospital kalau cedera teruk kat kepala mesti kene admit ward.. pastu bla bla bla.. gile ah complicated pemikiran mak hadeef ni.. hehe.. padahal anak nyaris2 sahaja..


sampai sekolah pun aku jadi fikir lagi.. sampai semua kerja jadi lambat siap.. pastu kan, dan dan bile balik sekolah, en zubir cite kan pada aku satu kisah.. ade sorang patient ni baru meninggal pagi tadi.. duk dalam ICU.. otak dah mati, tapi jantung belum lagi stop.. si ayah dah tau kematian anak, tapi si mak belum lagi tau sbb Doc nak tunggu jantung stop baru bagitau.. sedangkan si mak tengah bacakan Yassin untuk anak dengan beranggapan anaknya tak sedar sahaja, bukan meninggal.. waaaaaa... terus aku yang jadi sedih + sebak dan fikir camne kalau aku adalah mak budak tu.. tak sangguuuuuuuppppppppp...

ya ALLAH...


hadeef buat mami n baba bahagia.. sayang along selalu.. opsssss!!! =D

Monday, April 11, 2011

Mojo


acik feeling2 macam tak der kerja banyak, tapi minit mesyuarat 3 yang tertangguh.. malas nyaa nak buat.. keke.. oh~~ pagi tadi ade budak sekolah aku excident.. perempuan.. budak tu aku ngaja.. nasib la dia tuh budak baik, jadi aku pun feeling2 doakan semoga dia cepat sembuh..


tadi aku tengok pic Mojo... mojo ni adalah nama seekor sugar glider milik abang aku.. pestime tengok macam ngeri jugak ghupenya.. tapi, bile main2 dengan Mojo ni, ish macam menarik pulak.. abang aku hadiahkan pada wife dia.. ni adalah Mojo..


v
v
v

en zubir, boleh belikan sekor untuk hadeef? =D








Saturday, April 9, 2011

Measles


Betul ke idak ejaan nya acik tak tau lah.. malas dah nak cek spelling ke hape sebab jam dah dekat kul 12 am.. wahhhh, mantap boleh berjaga sampai kul 12 am.. bese kul 8 am pun dah pengsan.. rahsianya, orang kerja 6 hari minggu ni aku kerja 4 hari je.. tu yg ade energy lebeh tu.. oke, minggu ni hari sabtu adalah hari sekolah ganti.. hari ni lah maksudnya.. jadi, aku telah diberi MC sebanyak 2 hari atas sebab hadeef kene measles.. huhu..


Senanya dia dah demam sejak hari Selasa.. jadi, hari Selasa aku bawak hadeef gi Klinik Kesihatan Kuantan.. macam biasa, klinik kerajaan adalah pilihan utama.. berkebetulan, kat situ ade program ape ntah, aku dah lupe.. program ni adalah utk nak kaji betul2 kanak2 yang berumur bawah 5 tahun kebiasaannya dapat penyakit apa n ketuanya adalah Dr Iskandar Firzada.. kenal beliau? try google nama dia,, pemes ohh.. siap ada akademik perubatan sendiri..


Jadi, beliaulah yang merawat hadeef bersama2 dengan seorang lagi pakar perubatan keluarga, MO dan beberapa org JM.. sakit demam2 biasa tapi dapat rawatan dari doktor pakar.. hadeef cuma demam biasa, cuma selsema dan batuk dia dah seminggu.. FYI, ubat batuk, selsema dan antibiotik tidak akan dibekalkan untuk kanak2 di bawah 2 tahun.. aku dah tau lama dah sebab en zubir dah inform aku awal2, cuma ni ayat yang aku bold merah tu adalah ayat Dr Iskandar..


Jadinya, jangan lah marah kalau anda ke klinik kerajaan dorang tak bekalkan sbb tu adalah polisi.. bezanya dengan swasta, mereka akan bekalkan ubat tersebut.. ubat batuk n selsema adalah bahaya untuk kanak2 bawah 2 tahun ye.. reason nya acik dah lupe la walaupun dah 4 5 kali en zubir bagitau.. penyakit lepas bersalin adalah cepat lupe.. how?? oke, Dr pesan kat aku, if demam lagi hari Jumaat bawak semula ke klinik..


Takdir ALLAH, bintik2 merah mula naik pada pagi Jumaat.. ade pulak ulcer seketul dalam mulut dia.. terus zassss ke klinik tersebut n jumpe Dr Iskandar.. jadi, hari tu hadeef dapat layanan istimewa lagi, tambah2 yang Dr Iskandar dah perasan en zubir adalah medical students.. sebab hadeef belum baik lagi selsema n batuk, Dr terpaksa bagi antibiotik (amoxycillin) pada hadeef dan dah change ubat demam dia.. baru lah aku paham polisi klinik kerajaan..


Selalu kite akan sebut, pegi klinik kerajaan tak pernah baik, tapi pegi swasta terus baik.. bezanya, klinik swasta terus bagi dos yang tinggi.. klinik kerajaan dia bagi dos yang rendah dulu, kalu tak baik dorang akan tukar pada dos yang sederhana, tak baik lagi dos yang tinggi.. penting ni sebab bile tubuh dah terbiasa dengan dos tinggi, sampai satu tahap tubuh kanak2 tu dah immune dengan ubat tu, jadi kene cari alternatif ubat lain pulak la..


same jugak dengan inject vaksin untuk baby 1, 2, 3, 5, 6, 1 tahun.. klinik kerajaan dorang akan pantau betul2 suhu semasa vaksin disimpan.. if black out ke hape, vaksin tersebut akan dibuang.. beza dengan swasta, dorang gune je vaksin tu sebab nak buang rugi ohhh, duet seme tuh.. jadi, kalau vaksin yang dah rosak digunakan, means vaksin tu tak berfungsi dalam tubuh baby.. Dr la yang pernah cite sebab ade kes camtu..


Bile aku claim hadeef belum baik demam, Dr terus bagi dos yang sederhana.. aku mintak time slip, tapi Dr bagi MC.. Dr bagi sehari, aku mintak 2 hari.. wakakaka.. bagi betis nak peha.. nasib lah Dr Iskandar sangatlah perihatin n baik hati.. hoho.. bile aku tanye en zubir tak pe Dr bagi MC pada mak budak sedangkan mak budak tu tak sakit pun, jawapan en zubir adalah simple.. definisi sihat mengikut WHO tak semestinya fokus pada fizikal.. cuba tengok mental.. dah kalau mak budak tu asek terfikirkan anak je, kerja tak leh jalan, baik bagi MC.. ohh~~ padat n ringkas eh jawapan, bulih jadikan ayat modal lagi lepas ni kalau nak mintak MC.. kihkihkih..


Hari ni demam hadeef dah baik, cuma bintik merah masih ada... esok nak mandikan dia dengan air kelapa.. ni petua orang2 tua.. nanti aku nak suh en zubir wat research ape kaitan air kelapa dengan measles.. wakakaka..


p/s: gambar tak der sebab malas nak snap, transfer n edit2.. dah, banyak sungguh alasan kan?







Air Tangan Mami


Sangat lah macam gerun nak bagi anak makan mende2 yang ready-made ni.. ohhh~~ bukan ade sebab tertentu pun, tapi saje je aku nak makanan yang masuk dalam perut hadeef adalah dari tangan mami atau baba dia..


walaupun aku bagi hadeef bubur yg dimasak sendiri, aku ade gak beli nestum n puree Heinz.. hari tu ade gak try bagi hadeef makan nestum, terus naik merah2 kat mulut dia.. mungkin allergic kot.. yg puree Heinz tu belum terusik pun lagi sbb ritu aku try tengok dalam web JAKIM nak tengok halal ke tidak, tapi Heinz tidak didaftarkan bawah halal.. so, kalau mak2 di luar sane tau pasal status Halal heinz ni tolong komen pada entri ni eh.. sbb sayang sgt nak buang.. 2 botol pulak 2..

oke.. dah.. back to topic..

Hadeef diberi makan bile umur nya betul2 cukup 6 bulan.. makanan pertama dia adalah bubur kosong saje.. untuk bagi perut berkenalan dulu dengan semi-solid ni.. kang kalau terus bagi ayam ikan ke pengsan pulak perut hadeef..


Mula2 aku terfikir gak mampu ke nak bangun awal setiap hari.. kerja waktu siang penat.. malam kompem dah pengsan awal2 atas katil.. pastu, bukan dapat tido lena sebab akan bangun mnyusukan hadeef.. dan mesti sharp bangun kul 5 untuk buat bubur.. mampu kah??? katekan.. katekan.. =D


Awal minggu pertama bangun seawal kul 5 pagi adalah seperti orang mabuk.. jalan terhuyung hayang kat dapur.. nasib tak tersadung kat mane2.. kihkihkih.. tapi bile dah sebulan lebih berlalu, bak kate omputih, alah bisa tegal biasa.. ececece.. bangun kul 5 pagi mata dah segar bugar.. ni lah prinsip aku.. selagi terdaya aku akan bangun sediakan makanan yang fresh untuk hadeef..


Slow cooker ada tapi aku ni macam mangkuk je kan tak nak gune.. kakakkaa.. slow cooker tu mak aku yg bagi supaya dengan harapan anak dia tak perlu bangun awal sangat n cucu dia dapat makan bubur yang panas2 setiap hari.. tapi sampai sekarang tak rasmi2 pun lagi. adeehhhh...


Mula2 macam terfikir nak buat bubur nasi kosong banyak2 n letak dalam freezer.. tapi takut rasenye dah tak besh dah.. jadi, kene la berkorban setiap awal pagi macam kipas kudung sebab nak cepat.. 6.45 am mesti kene chau dah dari umah, kalau tak akan lambat sampai skolah..


Aku buat bubur hadeef kul 5, kul 6 baru masak.. beselah, masak atas dapur gas ni api tak leh besar.. takut dia jelebak (aku tatau bahasa KL ape, ni bahasa org ganu..)... jadi, kul 6 la aku baru nak blend, isi dalam tupperware n letak dalam beg susu hadeef.. sejak hadeef makan ni, EBM aku letak 3 botol je.. tu pun kadang2 tak habis pun susu, tapi bubur yg habis..


Tapi, kecewanya aku bile time cuti hadeef langsung tak nak bubur.. nak susu je pastu mula mengamuk2 sebab tak kenyang.. tensen tau.. jadi setiap hari cuti kompem akan berlaku pembaziran yang tidak disengajakan.. menci tau menci..










Tuesday, April 5, 2011

Biar Penat, Tapi Puas..


Bila dah jadi mak, baru tau kan bukan senang nak besarkan anak.. membesarkan anak biarlah sampai puas hati.. biarlah penat, hasilnya kite yang akan dapat.. ohh, bukan ayat aku neh..~~ ni ayat dari seorang cikgu beranak 6 yg semua anak2 nya sudah berjaya.. semua masuk sekolah pandai2, semua dapat rsult bagus2 n semua kerja best!.. apa rahsianya??


Didikan agama

"seawal umur 3 / 4 tahun kak zan tak titik berat pun pasal ABC ke, 1 2 3 ke, yang kak zan buat adalah masuk 4 tahun setiap orang mesti ade rehal n al-Quran.. lepas maghrib, setiap orang dah tau aktiviti apa... amik rehal n al-Quran datang depan kak zan.. mesti sharp.. lambat kene denda.. "

"kalau bab solat kak zan selalu testing suh dorang baca bacaan dalam solat tu kuat2, biar kak zan n suami dengar... kalau salah terus kene cubit / rotan.."

"bila masuk je darjah 1, baru lah kak zan ajar dorang math ke, sains ke.. ayah dia pun same lah.. ape yg kak zan pastikan, masuk sekolah menengah dorang dah khatam al-Quran.. bile dorang masuk je U, hadiah pertama yang kak zan bagi adalah al-Quran utk anak2.."


gitu cara nya eh..bukan senang nak bagi anak jadi cemerlang dunia n akhirat.. yang kene usaha dulu adalah kite sebagai ibu bapa.. bukan sekadar sibuk nak anak pandai ABC n 123 dulu, tapi biarlah anak mengenal dulu kalam2 ALLAH.. baru lah hati sentiasa tenang, kalam2 ALLAH sentiasa dalam hati, baru senang nak trime ilmu dunia..

**************************************************

Cara Didikan Kami

aku hanya nak berkongsi sahaja.. apa yang aku praktik kan untuk hadeef sekarang, baca surah al-insyirah sebelum n selepas dia bangun tido.. bile hadeef tengah mamai nak tido, aku akan bisikan doa tido untuk dia, kalimah syuhadah n 3 Qul.. bangun je pagi, en zubir akan baca kuat2 doa bangun tido sambil hadeef pun sengih2.. kadang2 kalau sempat en zubir hadiahkan Yassin untuk hadeef n baca al-mathurat bersama..


aku ngaku, aku tak ingat pun 83 ayat dalam surah Yassin, jadi aku serahkan pada en zubir.. doa2 harian pun bukan semua aku ingat contoh doa ketika hujan, doa pakai baju, doa tengok cermin, doa tak nak bagi makanan yang dimakan tu menjadi penyakit, dsb.. yang ni pun aku serahkan pada en zubir.. aku hanya ingat doa2 basic saje masuk keluar tandas, doa makan, doa ngadap makanan, doa naik kenderaan.. mane doa yang aku ingat aku yg akan baca n ajar hadeef..


pesan en zubir pada aku, mengajar anak bukan sekadar kite bagi buku biar dia mengenal sendiri ABC,123 atau alif ba ta, atau bagi education toys anak yang explore sendiri, tapi sebenarnya cara yg berkesan adalah kite yang baca untuk anak n anak lihat sendiri gerakan mulut bagaimana sesuatu huruf atau ayat disebut, baru dia akan ingat... sebab seawal umur baby, baby akan belajar melalui gerakan mulut ibu/bapanya, bukan melalui pendengaran semata2..

eh,, tetibe rase jadi pakar kaunseling keluarga pulop.. kihkihkih..


itu cara kami.. aku percaya, kalau kite amalkan ayat2 al-Quran, dedahkan anak2 dengan doa2 harian, bagi dia selalu dengar zikir contoh time nak tido ke, kite tidak akan rugi.. sejujurnya, aku sebagai cikgu SANGAT takut tengok anak2 remaja zaman sekarang.. yang perempuan kurang bermaruah, bagi lelaki pegang, gurau senda tak tau malu.. yang lelaki pulak jenis kurang ajar, malas belajar, solat mengaji tak tau, macam mane nak jadi pemimpin ni??

ya ALLAH...


hadeef, mami harap hadeef dapat buat perut mami 'sejuk' mengandungkan kamu.. boleh kan sayang???






 

blogger templates 3 columns | Make Money Online