:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Thursday, January 6, 2011

Kenapa??


Hadeef sayang,

Mami sedih sangat sebab kene tinggal kan hadeef sepanjang mami kene gi kerja.. nak wat camne, baba bukan tokey balak ye untuk mami nak goyang2 kaki duk rumah saja.. kadang2 mami rase sebak je.. pagi2 angkat hadeef yang masih lena lepas menyusu, masuk kete, n pecut ke sekolah.. setiap hari hadeef hantar mami, tapi hadeef jarang celik mata.. mesti bile hadeef dah celik mata tengok orang lain dah di sisi, bukan mami n baba kan? mesti bile hadeef dah sedar dari tido, tangan lain yang meriba hadeef, bukan mami n baba kan?? dan mami pasti, mesti mata hadeef melilau cari mami n baba dan akhirnya hadeef hampa orang yang hadeef cari tiada di sisi.. itu perpisahan sementara je sayang, bukan perpisahan yang hakiki..


Hadeef sayang,

mami perasan sejak hadeef dihantar ke nurseri, setiap bulan berat hadeef tak naik banyak pun.. bulan ketiga hadeef naik 900 gram je, jadi 6.2 kg.. hadeef tau bulan ke 4 berat hadeef naik berapa?? naik 300 gram je, jadi berat 6.5 kg.. napa hadeef? nape hadeef tak minum susu mami banyak2.. setiap hari mami bekalkan 5 botol susu untuk hadeef.. setiap satunya 3.5 oz, tapi hadeef tau berapa je hadeef minum?? 2 botol je sayang.. kalau mami pegi amik pukul 4 or 5, susu botol ke3 mesti masih ada dalam botol susu yang hadeef minum.. mami kecewa sebab hadeef minum sikit.. susu yang mami pam lebih banyak dari susu yang hadeef minum.. what is ur problem sayang??

hadeef bukan jenis minta2 kalu nak susu.. nangis pun jarang sekali.. if lapar sgt pun, kalu diulit mesti hadeef tido walaupun perut lapar.. baba ckp hadeef dengar cakap mami sebab mami selalu ingatkan hadeef kene jadi org yg sabar..


Hadeef sayang,

andai famili kecil kite ni dah stabil kewangannya, memang mami takkan bekerja.. jaga hadeef sepanjang masa.. biarlah mami kene bayar balik biasiswa yang mami guna dulu pun, asalkan mami dapat jaga hadeef dengan sempurna.. kan bes kalau baba dah jadi specialist.. okeh, buat mase ni baba masih amik degree.. mari gelakkan baba sama sama.. kih kih kih.. eh salah, mari bagi semangat kat baba sama sama untuk habiskan degree n sambung specialist dalam mase terdekat.. tapi terdekat pun paling cepat lepas habis HO jugak 2 tahun.. oleh itu, meh kite pindah gi Sabah untuk bg laluan kt baba HO di sana dan boleh sambung specialist cepat2.. nak gi pulau sipadan tak hadeef?? hehe


Hadeef sayang,

mami n baba sayang sangat2 kat hadeef tau.. kalau boleh kami nak bagi yang terbaik untuk hadeef.. tapi maafkan kami andai ada kekurangan kami dalam didik hadeef.. walaupun hadeef tak leh semewah macam kawan-kawan hadeef, bersyukurlah, hadeef masih dikurniakan kesihatan yang baik oleh ALLAH.. oke hadeef.. mami tak leh nak sambung dah ayat2 seterusnya sebab tibe2 mami jadi sebak.. T_T


4 Comments:

ummu ahmad said...

salaam aniem,

a. jangan sedih sangat hadeef taknak minum susu kat nursery.

b. mungkin dia tengah nak biasakan dengan environment nursery.

c. tapi bila balik rumah susukan dia puas-puas.

d. insha Allah,lama-lama okay. dh usaha macam2,jangan lupa byk doa. kena byk bersabar taw.

miss jue said...

anim, sedihnya... jgn sedih2 tau. nanti ganggu emosi anak nak membesar dan emosi bapak budak nak belajar. hehehe.

xd pengalamn tp percayalah hadeef is okey. dia baru nak kenal kawan2 dan ckgu2 tu. masih malu2 kucing. heheeh.

bicara mama & baba said...

nina bace pon rasa sebak..huhu=(
kuatkan semangat ye kak anim, perjuangan mesti diteruskan..insyaallah nanti hadeef ok..hadeef baby boy yang baik, jarang meragam..tak mcm aufa, tinggal sekejap dah ek..ek..uwaaa..huhu =p myb pmpuan manja siket..aufa pon mcm tu dulu kat nursery, pastu pindah duk ngan pengasuh seorang nenek dah minum susu banyak sikit, mase kat nursery dulu sikit je minum stok susu.

layla_elyas said...

SALAM..sabarlah ye..insyaAllah..sampai masanya..akan tercapai impian kita tu..mcm akak dulu2..pernah rasa apa yg anim rasa skrg..bkn masalah susu tp masalah kesihatan anak bila di hantar ke nursery..tp sekrg alhamdulillah sgt bersyukur..

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online