:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Tuesday, January 11, 2011

Hilang Penat


masuk kelas pum pam pum pam.... habis waktu mengajar uruskan hal perkeranian pulak.. setelkan yuran pelajar, budak nak pindah, budak nak amik buku teks, budak nak isi borang biasiswa, kehadiran pelajar dalam kelas.. kalau ada kelas, masuk lagi mengajar..


pastu, lepas ngaja sambung lagi buat lesson plan utk esok, sediakan latihan untuk budak, sediakan nota ringkas untuk budak, sediakan gam, gunting, pen, pensel, kertas.. oke, budak kelas belakang, cikgu kene berkorban segala harta benda okeh.. kalau tak, ade je alasan dorang, "saya tak de buku, saya tak de pen, saya tak gam nak tampal, saya tak de pembaris nak garis.."


habis sesi persekolahan ada meeting.. post mortem peperiksaan akhir tahun, post mortem PMR, meeting kurikulum.. lepas habis meeting, kompem bertambah kije aku sebab aku S/U.. nasib lah aku masuk sekolah dah bersalin, kalau tak, beranak kat beserah tu je kot..


eh, motip tetiba membebel??? salam pun tak bagi ye dak.. kuang kuang

penat tahap dewa laa..
tapi ajaibnya, bile tengok hadeef, penat tu hilang.. siyesssssss...

tengok senyumannya, dengar suaranya, bergelak ketawa dengannya, dapat peluk dia.. memang bahagia.. oke, jangan dengan anak saje, berpelukan lah anda suami isteri ye.. kajian menunjukkan, pelukan isteri @ suami sekurang2 7 kali satu hari dapat mengurangkan risiko tension ketika di tempat kerja..

dah la.. nak sambung rehat..


hai..

oh.. sebab skang musim sejuk, mami bagi saye pakai lagi sarung tangan



ni CD soldier yg baba pilih utk saye!



mama tanye 63250 jadikan kepada 2 significant figure, berapa jawapan, saye angkat tangan nak jawab


tengah kira2 berapa jawapannya


tibe2 macam tak tau pulak jawapannya, lalu saye tutup muka sebab malu dgn mami


saya dan baba adalah kesayangan mami


7 Comments:

miss jue said...

tengok gambar hadeef posing sorang2 nampak cam dah besar. tapi bila tgk hadeef lentok kt baba dia, nmpk kecik la pula... hehehe

hadeef, awak hensem laaa. geram!

Puan nadxoxo said...

Comelnya hadeef! Mwahx :*

incik said...

nak baby jugaklah..buat penghilang penat pegi kuliah..posting kat hspital n assignment..
haha
hugs n kisses utk hadeef..=)

bicara mama & baba said...

hadeef sangat comel dan tembam=) geram3...hehe...kiut..salam sayang hadeef=D

ummu said...

assalamualaikum,aduhai tengok picture Hadeef terus hilang penat kat sekolah tadi.ops anak kat sebelah pun dah tidur,bolehlah berblogwalking ke sini pula.

Ummu Iffah said...

Hadeef kejap nampak tembam, kejap nampak kurus..
Imran jumpa you all kat pasar yer..
Katanya hadeefnampak kecik ajer..
Tak sabar nak g umah tgk hadeff..
N berkenal2an ngan aneem..
msj la saya kalu free yer..nak g jalan umah aneem..hehe..
0136280584

ummu muhammad said...

blogwalkin...
abg Muhammad tua beberape hari je dari hadeef..setuju! memang hilang penat tgk ank2 balik kerje..salam kenal dari Muhammad untuk Hadeef Zafran!! (;

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online