:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Sunday, January 30, 2011

Hakikat Seorang Cikgu Baru

Entri ni bukan lah nak mengeluh, tak bersyukur, tapi aku nak ingatkan diri sendiri, bile aku dah jadi senior cikgu nanti, harap2 aku tak kan ulang apa yang orang pernah buat kat aku sekarang.. aku tau cikgu baru banyak nak kene blaja.. okeh, aku terima hakikat yang cikgu baru adalah zero pengalaman.. dan melalui blaja lah pengalaman akan sentiasa bertambah..


Rase dah suploh kali kot aku bagitau aku mengajar 2 kelas paling belakang.. korang tau penatnya camne? oke mengajar pelajar yang mahu blaja LAIN dari mengajar pelajar yang tak nak blaja tapi dipaksa datang ke sekolah untuk blaja.. 4 Kamil dan 3 Kamil.. meh kite berkenalan dengan 2 kelas ni..


3 Kamil seramai 42 orang.. ramai kan? aku pun tak tau lah nape sistem persekolahan kat malaysia ni suke longgok budak ramai2 dalam 1 kelas.. pada dasarnya, semua silibus tingkatan 3 adalah kesinambungan dari silibus tingkatan 1.. aku paham, kalau aku dulu pun memang tak ingat jugak apa yg dah blaja mase form 1 kan.. jadi, bile aku nak mengajar topik2 ni memang terpaksa ulang balik silibus tingkatan 1.. oke, aku pun paham yang dorang memang dalam kategori kemampuan untuk blaja yang lemah.. jadi, bile ulang yg form 1 pun dan relate dengan form 3, lagi la dorang pening..


aku tak kesah kalau dorang pening, tapi nak blaja.. yg menjadi masalahnya, dorang pening pastu tak nak blaja.. biarlah duploh kali ulang mende sama pun, dorang memang tak nak blaja.. bahasa kasarnya, tak nak guna langsung otak untuk mengira.. kalkulator tak bawak, buku teks tak bawak, buku latihan tak bawak.. dalam mase yang sama, aku kene kejar silibus.. silibus tingkatan 3 mesti kene habis akhir Jun.. korang tau akhir Jun budak kene blaja berapa topik? 8 topik.. kalau pelajar U kene blaja 8 topik dalam mase 8 minggu, aku tak heran, tapi ni budak2 umur 15 tahun.. tu tak termasuk yang kes cikgu sakit hati.. seikhlas hati, budak2 ni memang kurang ajar.. cikgu panggil nama, dorang jawab, "ye.. nape cikgu? nak mende? "


tu 3 kamil.. 4 kamil adalah seramai 23 orang sahaja.. aku rase lega ngaja budak2 tak ramai.. tapi tau background akademik dorang camne? 2 orang sahaja lulus math dalam PMR, selebihnya adalah failed atau senang cakap E subjek math dalam PMR.. betapa susahnya nak mengajar budak yang sifir pun tak hafal.. betapa susahnya nak ajar budak yang memang tak nak gune otak untuk mengira.. betapa susahnya nak kawal hati dan perasaan berhadapan dengan pelajar yang kurang ajar.. mungkin faktor2 ni lah aku memang setiap hari tensen, sakit hati, kecik hati.. dalam mase sama, masih terngiang2 kata Prof Solihin, "kamu menggagalkan student, kamu yang masuk neraka.." how???? saya tak nak masuk neraka..


tu tak cite lagi pasal sains.. subjek yang dorang anggap susah.. nape la kerajaan gatal2 pegi buat sains math dalam BI? tau tak budak2 ni mane paham BI.. nak paham camne kalau BI pun E dalam PMR.. sebab tu PPSMI tidak berjaya.. kesian kat budak2 luar bandar.. dorang merangkak nak paham satu2 ayat.. jadi, aku ajar BM je terus.. senang.. sebab budak boleh jawab dwi bahasa.. yang jadi masalahnya, buku teks masih dalam BI.. jadi budak tak de rujukan nak rujuk dan hanya gune semata2 nota aku bagi je.. bagi nota dalam kelas, dah habis masa, nak mengajarnya bile? nak fotostat nota, boleh.. tapi karenah birokrasi kat pejabat pulak yang aku fed up nak fotostat nota, alih2 gune duit sendiri..


tak masuk lagi bidang tugas sebagai guru kelas.. budak tingkatan 4 yang keluar masuk.. nak keluar gi teknik, alih2 bulan depan masuk balik sekolah ni.. SMM, buku teks, register, biasiswa, fail peribadi pelajar.. bidang luar sebagai cikgu.. aku ketua pengakap sekolah, AJK pelancongan, rumah sukan bendahara, AJK disiplin sekolah, ketua untuk semua ketua kelas.. semua ni ada kerja tau.. kadang2 aku pikir, aku ni lambat snagat ke wat kerja sampai kan kerja masih bertimbun2.. aku jarang balik awal kul 1.10.. kadang2 stay back sampai kul 3, kul 4 semata2 nak siap kan kerja.. tapi tak siap2 jugak..


ni tugas sebagai penyelaras subjek pulak.. aku penyelaras sains tingkatan 4 dan mathematic tingkatan 3.. korang tau peningnya camne? lagi banyak kerja dia.. kene kire head count pelajar, kene buat statistic berapa lulus, berapa gagal..


seriously, kadang2 aku rase nak menangis.. balik sekolah, memang abang akan dengar semua cite aku.. aku selalu ulang cakap mende sama, "kalau abang dah jadi pakar, aling tak nak kerja la.." abang pun akan ulang mende sama, "kalau abang kaya, aling tak kerja tak pe..biasalah, cikgu baru, memang macam2 orang akan bagi.." .. kadang2 aku rase lepas habis kontrak KPM nak sambung master, mengajar budak2 yang nak blaja pulak, tapi confirm aku akan rindukan panggilan CIKGU kat aku.. jujurnya, aku suke panggilan cikgu dan sampai aku mati pun, orang tetap akan panggil cikgu..


ni aku bercakap sebagai hakikat seorang cikgu baru.. bukan nak menakutkan sesiapa yang baru nak posting, bukan nak mengeluh, tak bersyukur apa, sekurang2 korang tau sebab entri ini ditulis..

1. kita akan diberi mengajar kelas belakang.. kelas paling depan yang aku mengajar pun adalah yang ke4 dah dalam ranking..
2. kita akan diberi tugas sebagai guru kelas yang memang tak kan habis pun kerjanya.
3. kita akan diberi tugas2 yang berjawatan tinggi, aku maksudkan cam jadi ketua untuk kelab@persatuan@badan beruniform..
4. kita akan diberi tugas sebagai penyelaras tingkatan..


p/s: sedih jugak bile pikir balik, mampukah aku menyusukan hadeef selama 2 tahun??


8 Comments:

KhALiLI_HaNNaN said...

salam..

Hanim sayang.. x mau la stress2. Sedih2.. Itulah hakikatnya apabila menjadi seorg guru baru. Terlalu banyak yang org humbankan kat kita. Hanya untuk mendapatkan secebis pengalaman bukan suatu yang mudah. Banyak benda yang perlu kita fikir dan betindak dengan kewarasan aqal kita. Kalu check balik statistik.. Guru antara pegawai divisyen kelas A yang taraf dia langsung x dipandang oleh kerajaan. Apa pun.. recheck balik hati..Cuba ikhlaskan balik niat supaya diberi kesenangan da kelapangan oleh Allah dalam menjalani tugas yang telah diamanahkan..

~MAWAR~ said...

salam...semoga kak aniemz tabah..walaupun ana blum lagi bergelar seorang guru..ana pun rasa mungkin akan mengalami perkara dan dugaan yg sama 1 hari nti..cikgu adalah suatu pkerjaan yg mulia di sisi agama,,,menjadi pemimpin dan pengajar kpd insan2 yg tdak berilmu..semoga Allah sentiasa memberi kberkatan kpd kak aniemz..percayalah..setiap titisan peluh yg keluar demi mengajar anak didik..di balas dgn pahala yg berlipat kali ganda..Insyaallah,,Allah akn mempermudahkn urusan akak dunia dan akhirat...ana doakan smga akak dpt breastfeed hadeef smpaila umur dia 2thn..amenn...doa seorang guru teramat mujarab bg anak2 didik akak..

HuRuN^AiN said...

aniem, bertabah! lama2 nnt bila da biasa, blh handle "like a peanut".hehe =)

5teEn'S... said...

sabar ye kak...inshaALLAh ganjaran lebey bsr mennt...sy pn bakal posting minggu dpn ni...alhamdulillah smpat terbelek n terbace entry akak ni...hmm..nmpk gye prepare fizikal mental lah mcm ni..btw kak..thnks for the entry...do really inspired as well as a mighty-aware 'peringatan' utk dri sy sndri..papepn..sy doakan smoge akak lebih tabah n dipermudahkan sgale urusan dunnia akhirat..inshaALLAH..

Affieza said...

Semoga aniem terus tabah dan cekal utk melalui hari2 yg mendatang...

walid said...

salam.

anim, moga ALLAH ganjarkan masa yang anim spend dengan title 'guru' tu, dengan kebaikan dunia akhirat untuk hadeef. Sebenarnya, kita semua sedang ditarbiyah ALLAH, untuk anak kita dan kehidupan kita. Anim tengah rasa, dengan cara ni, tak lama lagi giliran akk pula..Moga kita sama2 tabah ye.. =)Alhamdulillah, ada suami yang faham dan sanggup turut membantu..

Yang pasti, semua yang dikorbankan sekarang, punya 'value' di sisi ALLAH, insyaALLAH. Selamat menyusukan hadeef sampai 2 tahun =)

'Tangan yang menggoncang buaian itu, mampu juga menggoncang dunia'
-'atiqah

Raihah Rosli said...

Salam aniem...

Tertekan kan jd cikgu? ... Kdg2 org rasa sgt2 down dn kalo bleh x mahu bkerja lg...
Cuma, slalu menenangkan diri dgn memberitahu diri bahawa itu adalah ujian utk kite belajar menjadi seorg yg lbih baik... insya Allah..

Org pun ada mslh dgn science in english... org kat sini ramai chinese student, so org byk ckp cmpur aduk bi n bm, rupanya ade yg komplen kat ketua bidang sbb org x guna fully english... huhu.. org kena panggil :(

bab fotostat pun... mmg kne bekorban lah... org hanya latihan yang standard utk semua ckgu je bleh fotostat di pejabat... mslhnya mana ade soalan ckgu A dgn ckgu B sama kan? mana bleh soalan kleas ke 3 dgn kelas ke 10 bleh samakan? huhu... itu belum cter baba gam, pemadam yg budak2 x nak bawak... hoho... dan larangan minta duit dr pelajar... huhu...

takpe niem... sabar dan terus sabar... semoga ade kebaikan yg dtg :) jgn stres2 ... kesian hadif :)

::~aFiFaHaNi~:: said...

assalamualaikum my dear kak anim =)

hurm.. byk2 sbr la ek. sgt fhm situasi sebegini..

dlu2 kite penah mgajar bdk2 tadika islam swasta time tggu result spm kua..mmg bila dgr tadika je, bunyi mcm sng nk handle, tp bdk skarg, aduhai.. ade la bbrpa kali(tp byk kali jgk) berhadapan ngan bdk terberak, terkencing, menangis tanak g skolah n mcm2 lagi. yg lawaknye, dri mula mgajar, hr2 balik umah sebut nk brenti, tpi xbrenti2 jgk shingga la tggal smggu je lg nk msuk 'u'..hehehe
dripd crite akk, msti tugas n tggjwb yg akk pikul 1000x lagi byk n berat dari sy.
xpe kak, insyaAllah ganjaran dari Allah itu psti ade.. everything happens for reasons.
jgn stress2 ek..byk2 doa agar dimudahkan semuanya. aminnn
akak pasti boleh melakukannya ^__________^

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online