:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Monday, March 29, 2010

Aku Terasa Macam Ada Anak Dah Besar..

Sesi semalam..

"abang, esok exam kul berapa?"

"kul 9 pagi.."

"pen dah ade? pemadam dah ade? nak pen warna apa? nak pensel 2B? atau nak pensel tekan? nak pinjam pensel box aling ke?"

"abang nak pen biru 2 batang.. nak pemadam, nak pensel tekan.. oke, pensel box tak nak sebab bunga2.."

"oke bang.. ni aling letak atas meja eh.."

p/s: tibe2 aku teringat kat mak aku.. gaya camni la setiap kali aku nak gi exam mase skolah rendah dolu2.. mak aku yg sediakan semuanya.. haha.. dan semalam, aku rase, layan abang yg nak exam cam layan anak berumur 7 tahun nak gi skolah.. ^_~ dan tibe2 pada hari ni..

kata abang : "eh, mana pensel tekan aling ek? jatuh ke?"

dan aku bengang gile sebab pensel aku hilang.. adusss!!

p/s: abang, walaupun pensel tekan aling hilang, tapi gud lak jugak utk esok.. tiada pensel ganti untuk mu.. haha.. cleark patient elok2 esok neh.. hati2, patient tu bini orang.. nanti kan kene sigung (itu speaking jawa, speaking standard kite panggil cam tenyeh la) siku laki dia, mau berdarah hidung oke..





Tuesday, March 23, 2010

Oke.. Dah Lega!

Sebenarnya, banyak yang nak diceritakan dalam blog, tapi kekangan masa kan.. walaupun cuti skolah, mase sentiasa penuh.. that's y la "suri rumah sepenuh masa" takkan ada masa kerja masuk kul berapa, mase keluar kerja kul berapa sebabnya kerja sentiasa ada dan tak pernah selesai.. ^_~ sampaikan soleh kawan abang cakap, "anim, cuti sekolah ni tak masak jugak.." aku jawab, "sekolah cuti, dapur pun cuti.. ngeee~~~"

BERTUNANG

Secara ringkasnya, senang aku wat tajuk kecil2 cegini kan.. bertunang? sape yg bertunang? ohh, walaupun aku tak tunang mase dulu, tapi aku dah kawen.. haha.. abang aku yang bertunang sebenarnya.. asalnya hanya nak majlis merisik, then bile bincang2 balik dengan kedua-dua belah family, teruskan aja untuk majlis bertunang.. senang kan! lagipun, Terengganu-Selama(Perak) tersangat la jauh..

Decide nak bertunang hanya 3 hari sebelum majlisnya.. so, aku secara volunteer nak wat hantaran abang aku.. ape lagi, pecut gi Cowboy dengan en.hubby.. cari bahan2 nak wat hantaran.. sesungguhnya daku memang minat nak wat gubahan2 ini.. that's y la yang kawen hari tu pun, hantaran aku, aku yg wat sendiri termasuk hantaran abang jugak.. ^_^ dan memang bercita2 nak wat bisnes hantaran pulak.. [kuat nege sungguh!]

Sebab tak nak letih sgt tubuh abang yg nak exam tu, so kami gi dengan kete beso aka bas okeh.. naik bas hari khamis malam kul 1.30am, sampai hari Jumaat.. hari Jumaat tu bertolak gi Selama, hari Sabtu pagi balik Kuantan.. sebenarnya, penat jugak bagi aku yg carry baby ni, tapi tak per la, tak kesah pun sebab menghadiri majlis abang aku tuh lebih membahagiakan.. kumpul 1 famili.. suke2..

KENA OBSERVE

Selaku cikgu yg sedang menjalani praktikal, of course la kan memang kene observe.. sangat bersyukur sebab dapat Dr Bakar yg jadi penyelia aku dan raihah.. seorang pensyarah yg memang baik hati, senyum je manjang.. aku sembang dia ibarat aku sembang dengan ayah aku.. umur dia dah 65 tahun.. Ohhh~ orang yang cintakan ilmu, sampai dah usia lanjut pun masih cintakan ilmu.. aku tak tau la aku ade semangat macam dia tak, nak blaja sampai ke tua! amik degree pun dah ngeluh manjang.. ngeee~~

Dr sampai lewat.. so, dia pesan kat aku teruskan aja pengajaran.. tengah2 aku ngaja, Dr masuk.. aku pun suh ketua kelas bagi arahan bangun semua n bagi salam kat Dr.. Dr senyum tersangat la comel okeh.. mase tu aku dah nak wat experiment, so Dr ter 'miss' sesi introduction n restructuring of ideas.. budak2? tersangat lah bagi kerjasama.. bile aku dah pesan banyak kali, dorang pun paham..

Sebenarnya, aku janji dengan dorang nak belanja makan if dapat feedback positif dari Dr.. dan sememangnya nampak gaya aku kene blanja dorang sebab Dr bagi feedback positif.. tapi mau jadi pokai aku.. nasi lemak biasa RM1.50 x 41 orang = RM 61.50.. dorang demand nak nasi lemak ayam.. nasi lemak ayam RM3 x 41 orang = RM123.. mau botak kepala abang.. abang kan?

Dorang tak tau pun aku dapat feedback positif dari Dr.. sebenarnya, budak2 yang nakal dalam kelas tu cam Iqmal n Rifhan, still dengan perangai hantu dorang.. ada sesetengahnya, duk main pemetik api, nak bakar bulu lengan.. sabo je la.. nasib Dr tak nampak.. tapi Dr sedia maklum yg dorang ni camne.. aku dah cakap awal2 kat Dr, level dorang ni rendah je.. so, memang akan failed kalu nak wat Inquiry Learning sebab dorang memang kene dapat guide dari teacher..

So, esok, aku nak cakap la kat dorang.. Dr tak puas hati dengan perangai Iqmal n Rifhan.. haha.. aku nak belanja gak dorang, tapi gula2 $20.. cikgu tak der duit weh.. tunggu next observation, kalu aku dapat A praktikal, memang aku belanja nasi lemak ayam.. tapi kalu dapat A-, nasi lemak biasa sudeh.. siyes.. walaupun budak tak dapat makan nasi lemak ayam esok, tapi cikgu dapat makan ikan bakar malam ni.. abang belanja.. suke2..

MONTHLY CHECK-UP

Okeh.. baby mama dah besar ye.. tak sabar pulak nak tunggu tendang2.. abang cakap, first pregnancy ni, paling awal boleh rase kick dari baby adalah masa 18 minggu... tapi mase sekarang ni, mama dah rase denyut2.. kadang2 rase bimbang kalu rase denyut2 tu.. sebab tak tau ianya adalah dari baby atau sebaliknya.. baby mama sehat kan kt dalam?

Timbang berat macam biasa.. aku timbang kat makmal, berat 50 kg, berat kat klinik pulak 47.5 kg.. senanya, 47.5 kg tu dah terlebih.. haha.. tapi nasib la penimbang tu rosak, kalu ikut yang penimbang kat makmal, berat 50 kg, mau kene bebel dengan nurse.. abang cakap normal la berat aku naik banyak sebab aku tak der alahan muntah2, selera makan bertambah je.. tapi kadang2 control gak.. takut weh kene kencing manis mase preg.. nauzubillah.. tapi perut tak der la nampak sangat lagi.. oke jue, tunggu eh.. kalu perut dah nampak, anim upload gambo.. huhu..

Baru2 ni, abang ade cakap kat aku.. mesin ultrasound tu mahal.. aku cakap wat ape gitau harga, bukan nak beli pun.. tau abang cakap ape, "kalu murah boleh beli.. scan hari2.. boleh tengok baby hari2.." layan je la.. tunggu abang jadi pakar eh.. agak2 gaji RM50K above tu, boleh la nak beli satu wat bilik ultrasound khas.. haha.. boleh bukak utk orang ramai, sekali scan bayar RM 1o.. [ isy, nege lagi!]

Oke.. sampai sini je la.. dah rase senak2 kat perut.. baby tak selesa kot mamanya tegak je ngadap laptop.. isy baby ni, maju la sikit.. tak kan nak jadi cam baba kot, facebook pun sebulan sekali bukak.. haha..

Sunday, March 14, 2010

Akhirnya Aku Boleh Masak..

Secara jujurnya, aku dah lama gantung apron kat dapur tu.. hamper 3 bulan apron itu digantung, sudip tidak diusik, periuk tidak berasap n senduk tidak diangkat!! haha.. ni kes baby yang boikot tak nak bagi mama dia masuk dapur.. dan sebagai solusinya, baba dia la yang terpaksa masak untuk mama oke.. tapi baba masak sedap dari mama kan, baby?? .. so, mama makin mengada2 cakap mama tak leh masak sebab alah bau masakan.. ngeh~~~


Tapi memang betul pun aku alah bau masakan.. dan alhamdulillah dapat suami yg memahami.. maka, makanan bungkus yang selalu dibawa balik ^_^ .. disebabkan sejak akhir ni duit makin lama makin 'kering', so abang la yg terpaksa masuk dapur jadi Mr. Mama oke.. lalu, abang dapat award! minyak panas tertumpah atas jari dia.. 3 jari burn.. hohoho.. kesian betul! [ni abang ikhlas ke tak masak utk aling? ngee~~]


Nak jadi kan cite, aku merajuk dengan abang tadi.. so, dengan secara 'tidak sengaja', aku masuk dapur.. amik apron, amik sudip, amik kuali n masak.. haha.. tup..tup..tup.. sardin aku dah siap... baru aku sedar, ~oh, rupenye aku dah boleh bau aura masakan.. hikhikhik.. aku rase, pasni confirm abang cakap nak makan masakan aku sebab dah lama dia cakap rindu aku punye masakan [mase aku sehat walafiat, tak pernah pulak puji masakan aku.. tetibe cakap sedap plak.. adeh]


Senanya, aku pun lega bile aku pun kembali stabil.. means dah boleh masak sendiri.. tau2 la kan, kalu makan kat kedai ni, 2 orang dah habis banyak mane.. itu pun nasib ade cafe UIA yang sememangnya harga utk student.. tak rase beban sangat.. =D so, baby, lepas ni duduk baik2 aja kt dalam tau.. dah2 la berlakon dengan mama, lakonan kite dah berakhir la sayang! mama n baba rindu kamu.. mmmuahhh


Saturday, March 13, 2010

Kenapa Aku Dah Lama Tak Updet??

Yeah!!

Sila klik di sini okeh..

Banyak dugaan demi dugaan kami terima dari Yang Esa, jadi kami terpaksa mencuba sesuatu yg baru pulak..

Jangan putus asa.. itu sifat syaitan..

Jadi, dengan harapan, tolong doakan untuk kami + baby yea..



Wednesday, March 3, 2010

Jadilah Pendidik, Bukan Sekadar Pengajar!

Kelas hari ni tak pack sangat, tapi direct.. start 7.40am-9.40am.. agak sakit tekak sebab ni first day jadual direct camni sejak jadual baru ni dikuatkuasakan.. oleh kerana aku bimbang budak2 ni nak exam minggu depan (budak nak exam, cikgu yg bimbang oke!), aku pun tukar relief dengan salah seorang cikgu praktikal gak.. so, dapat la masuk kelas 2 Gigih.. hajat di hati nak wat revision, tapi memandangkan kelas pun dah lewat, budak pun dah ada tenaga lebih lepas rehat, jadi aku just suh mereka sambung nota yg tak sempat habis pagi tadi..



Plus, kalu waktu relief ni, dorang dah set up otak awal2 tak nak belajar! jadi daripada aku syok seorang diri, baek la aku suh dorang setelkan nota.. tapi aku kagum gak, even mereka kelas ke 5, mereka sudah menunjukkan kemahuan mahu belajar Sains bersungguh2! ade la sebilangan mereka request nak suh aku wat revision, tapi sebab majoriti malas, tak nak, cakap penat, so aku mengalah je la..



Sambil2 round kelas control dorang tak nak bagi bising, tetibe aku 'tertarik' dengan sorang student ni.. dia warnakan rambutnya.. jadi warna perang, tapi tak der la nampak sangat kalu dipandang dari jauh, tapi memang dapat dikesan dengan jelas jika dipandang dari arah dekat.. aku tanye dia;

"awak warna rambut ni, awak solat ke tak?"

"solat cikgu.."



Aku test tanye dia solat subuh, zohor, asar, maghrib n isya' berapa rakaat dan dia dapat jawab dengan sempurna.. atas rasa nak ingin tau lagi, aku mintak dia baca doa qunut.. boleh dia tanye aku,

"cikgu, doa qunut tu ape?"



Sah, memang tak solat Subuh.. aku sambung tanye,

"awak solat Subuh tak pagi tadi?"



Mula2 dia tak mengaku, at last aku tegas dengan dia cakap jangan tipu saye, ALLAH tau perbuatan awak.. dia pun mengaku dia tak solat atas sebab bangun lewat.. terdetik hati aku nak tanye sorang2 dalam kelas tu.. sungguh! hasil 'sport check' aku, rupenye HANYA 10 orang sahaja yang solat dalam kelas tu daripada 38 orang..



Bukan niat dihati nak tau semua perkara tentang mereka.. tapi bagi aku, bile title cikgu, bukan sekadar menjadi tenaga pengajar, tapi pendidik nilai akhlak mereka.. itu tak termasuk lagi dengan soalan solat penuh ke tak dalam sehari.. sah2 memang tak penuh sebab Subuh n Zohor memang dorang 'buat2 tak ingat'.. alasan mereka tak solat Zohor sebab balik sekolah dah lewat, sampai rumah terus tido..



Alasan tak solat Isya' sebab tido awal.. aku memang tak paham sampai tertanye, 'mak ayah dorang ni tak suh solat ke?, tak tegaskan suh solat ke?' adehhh.. patut la, bile ilmu yang disampaikan tu susah bebeno nak paham.. bile exam asek fail.. bile latihan suh buat, asek kosong je.. bile nota suh buat sendiri, asek tergantung jerk! kesian..



Aku minta maaf jika ada pembaca blog ni yg ada adek belajar di kelas belakang, ade anak yang duduk di kelas belakang n whatever lah.. tapi sebahagian mereka yg tak solat ni adalah golongan yg berada di kelas belakang.. 10 orang yang SOLAT tadi tu bile aku analisis balik, mereka lah yg lulus dalam exam, yang latihan siap, yang nota lengkap n yang senang sangat nak paham kalu aku ajar..



Apa yang aku sedih.. ade sorang student perempuan tanya aku;

"cikgu, nape cikgu tanye solat subuh ke tak?"

Aku jawab,

"Sebab cikgu nak tau.. bile kite lupe ALLAH, hati jadi gelap.. belajar susah nak paham.. ilmu susah nak masuk.. ALLAH halang semua tu sebab kite tak ingat kat DIA.."

"ooo... camtu ek cikgu?"



Aku jadi kelu.. peranan siapakah yang sebenarnya mendidik agama mereka??? lagi sedih bile ada jawapan budak yg cakap, mak ayah saye pun tak solat cikgu.. aku jadi makin bingung n balik makmal, aku usap perut aku.. 'ya ALLAH, jadikan lah anak yang aku kandung ini seorang yg mentaati-Mu dan rasulnya, mentaati ibu bapanya dan mentaati gurunya di sekolah..' lama aku menung n sambung lagi usap, 'ya ALLAH, jadikanlah anakku ini seorang yang mengotakan janjinya terhadap-MU.. jadikanlah dia laksanakan janjinya kepada-MU ketika dia berada dalam rahimku..'


Kisah Mama n Baby..

Dulu aku pernah tulis tentang MISI MENAIKKAN BERAT BADAN kan?? oke.. misi tu dah berjaya sepenuhnya, malah terlebih plak berat.. bermula kisah aku gi klinik desa 17.2.10, dorang cakap berat tak naik.. tapi bile aku gi klinik UIA keesokannya, berat aku naik gak 1.5kg.. dek kerana takut kene marah sebab berat tak naik (takut kene marah dengan misi klinik desa), maka aku melantak semua makanan tanpa sedar diri..


Lepas 2 minggu dari tarikh tersebut (2.3.10), aku gi semula klinik.. timbang berat dorang cakap just naik 0.5kg je.. bermakna berat aku 46.5kg.. dorang nak berat aku 47 kg oke.. aku memang tak caye gile, tapi tak per la kan, takkan nak melawan plak.. as a result, dalam kad pink, berat aku ditulis dengan pen merah.. adeh, pen merah lagi.. mereka cakap, hari ni alang2 aku memang ada appointment dengan Doc kat Beserah, so boleh refer terus kat Doc..


Berkebetulan abang pun tak der kelas hari ni, so aku habes sekolah kul 2.30pm, terus pecut ke Beserah.. alhamdulillah, patients tak ramai sangat.. mase timbang kat klinik Beserah, berat aku rupenye 48 kg.. wooo, banyak naik.. ni dah terlebih.. nasib nurse2 kat situ dah sedia maklum yg penimbang di klinik indera mahkota rosak.. so, tak der la dapat dengar ceramah free sebab berat terlebih...


Time nak scan, alhamdulillah tak ramai patients.. so, cepat la turn aku masuk bilik Doc.. abang siap mintak permission lagi dari Doc, "boleh saye masuk Doc?" haha.. dia mintak izin sebab dia takut kene halau macam pernah terjadi kat Hospital Besut dulu.. masuk je, Doc baik sangat.. siap belek2 kad pink n ternampak la kat situ pekerjaan suami.. Doc ter'excited' sambil tanye abang student U mane n mintak abang scan sendiri baby kami.. haha..


Pangpungpangpung Doc speaking dengan abang, akhirnya sampai lah turn nak scan.. sangat tidak sabar oke.. waaa.. baby dah besar.. abang pun excited tengok sebab first time abang tengok anak dia.. bulan lepas abang tak berkesempatan sebab abang ade kelas.. mase Doc nak ukur segala bagai, sangat susah sebab baby gerak sana sini.. part yg paling best, tetibe baby menggeliat sambil luruskan tangan.. ohh~ anak mama sangat tidak sopan.. Doc gelak tengok baby.. tetibe aku terpikir, gaya baby menggeliat macam mama dia jerk! ohhh~ mama, sila sopan sedikit dalam setiap perbuatan sebab baby nak mula ikut tu.. ^_~


Bile dah siap ukur semua, Doc pun explain semua pada kami.. Doc cuba cari kaki baby, rupenye kaki dia berlipat (kedudukan biasa baby dalam rahim)...baby tak nak luruskan kaki macam dia luruskan tangan tadi.. so, dah nampak keseluruhan tubuh baby yg sempurna.. banyak2 bersyukur pada ALLAH.. alhamdulillah.. sebenarnya, time scan tu rase nak nanges je.. tak caya ada satu lagi nyawa dalam rahim neh sebab gaya tak macam orang peknen pun ^_~ Baby punye umur pun 13 weeks n 3 days follow LMP.. tapi tadi Doc betulkan EDD.. EDD sebenar 5/9/10.. mama tak kesah la 5/9 atau 8/9, asalkan sayang mama ni lahir bile dah cukup matang oke.. set!


Sangat berpuas hati tengok perkembangan baby tadi.. tak sabarnya rasa nak lihat kamu, sayang! cepat2 besar ye..mama n baba tak sabar nak peluk2, nak cium2, nak golek2 kamu.. yeay!!


Hapdet!

Oke... bertenang.. jangan bising2.. aku dah hapdet neh.. ^_~ .. first2, sorry morry sebab lama tak hapdet dan mengecewakan kamu yang setia klik pada blog Menyulam CINTA Dalam Keredhaan-NYA neh.. salah satu sebab adalah BZ (alasan lapuk oke..) satu lagi alasan, setiap kali online, aku akan menjelajah ke blog orang lain dulu n sampai dah penat baru teringat "eh, aku pun ade blog.. asal tak hapdet blog dulu eh tadi?" ^_^

Banyak nak cite sebenarnya, tapi aku akan buat satu persatu entri (manyak rajen woooo).. sebenar-benarnya, weekend baru neh aku ade gi skolah buat mural kt dinding surau.. start hari jumaat sempena cuti maulidur rasul, aku pegi sekolah tak der la pagi buta sangat, n buat la mural kt dinding.. balik sebentar waktu sembahyang Jumaat, tido tak sedar diri n sambung balik petang tu.. before gi skolah waktu petang tu, aku gi rumah Dr Bahiyah sebab dia wat majlis sambut maulidur rasul (tumpang abang jerk!).. so, itu adalah salah satu cara menjimatkan duit daripada beli makanan kat kedai .. haha =)

Pendek cerita, mural tu tak siap hari Jumaat, so sambung pada hari Sabtu.. hari sabtu tu kira tak siap lagi, tapi kitaorang nak sambung hari lain plak sebab memang dah penat sangat dah.. kesimpulannya, hari Isnin aku demam.. pujuk2 abang cakap nak gi klinik, abang pujuk2 aku suh gi sekolah.. haha.. aku pun tambah2 lagi cite cakap camne kalu muntah kt sekolah la, whatever sampai abang mengaku kalah n bawak gi klinik.. kesimpulan, aku punye attendence dah lubang 1.. tinggal lagi 2 cuti yg dihalalkan.. kalu lebih 3, kene tambah minggu praktikal.. ohhh~ tidak..

So, tamat utk kisah weekend lepas..


 

blogger templates 3 columns | Make Money Online