:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Thursday, August 21, 2008

Antara Cinta dan Cita2..

Semalam aku masuk myupsi portal.. Saje lah tengok mane tau ada berita2 yang patut aku tau.. Then masuk lah dekat bahagian forum.. Dan terbaca satu tajuk Isu Pelajar Lelaki Perempuan " monggek ".

Aku sendiri pon kurang jelas apa yang dimaksudkan dengan "monggek"..

Berikut adalah luahan mahasiswa UPSi tentang perkara berikut..


Mungkin tidak jelas apa yang dinyatakan oleh saudara di atas..Tetapi saya kira masih boleh dibaca..

Berikut adalah comment yang di post oleh seorang hamba Allah yang membalas topik ini.. Mungkin terkena batang hidung sendiri kot..


Key word yang menarik minat saya apabila selesai membaca comment yang dihantar oleh saudara di atas adalah " Dimana salahnya?"..

Saudara yang pertama tadi telah membincangkan tentang topik mengapa lebih ramai pelajar lelaki dan perempuan menunggang motosikal bersama.. dan saudara ke2 membalas comment tersebut dengan ayat yang pertamanya adalah "Dimanakah salahnya?"..

Dimanakah salahnya jika menunggang motosikal bersama.. Saya kira jika kita bertanya kepada budak berumur 7 tahun yang baru belajar agama, mereka mesti cakap SALAH.. Malah, anak buah saya yang berumur 4 tahun pun sudah pandai bercakap dengan uminya tentang hubungan lelaki dan perempuan..

Mengimbas kembali cerita ini, ketika itu, saya dan kakak sekeluarga baru pulang dari sekolah dan terus memandu kereta ke 'Edukid Centre' tempat dimana kakak saya menghantar anaknya ke sekolah.. Dan apabila Muna ( anak buah saya ) itu menaiki kereta, dia meminta air dari uminya lalu diminum.. Kemudian abinya meminta sedikit air dari Muna dan berkatalah wahai si anak kecil itu..

"Abi mana boleh share dengan Muna.. Abi boy, Muna girl.. Umi dan Su pon girl.. Girl same girl.. Boy same boy"..

Terkejut kami semua setelah mendengar ayat yang dibicarakan oleh anak kecil itu..Umi dia pon tanye,

"Muna belajar kat mane ni?"

"Muna belajar kat sekolah lah umi"..

Begitu lah sedikit coretan yang ingin saya sampaikan.. Saya kira saudara yang kedua itu belum memahami sepenuhnya luahan tentang saudara pertama.. Saya sendiri pon kadang2 sedih tengok pelajar UPSi.. Bukan ingin memalukan Universiti sendiri.. Malah sape lah saye untuk memberi ulasan tentang hubungan lelaki perempuan.. Saye pun bukanlah alim ulama yang penuh ilmu agama di dadanya.. dan apa yang pasti saya bukan juga seorang yang SEMPURNA..

Semakin hari semakin teruk pelajar UPSI.. Dengan pemakaian yang 'ntah pape'..hubungan bebas lelaki dan perempuan..

"lantak lah.. Aku kan dan masuk u.. Dah bebas.. Korang nak sibuk apesal.. Mati pon kubur asing2.."

Ade jugak sesetengahnye berkata sebegitu apabila di tegur oleh rakan2 yang prihatin.. Yes.. Memang kubur asing2..Tapi kami ingin menegur kamu semua sekarang sebab kami tidak mahu di akhirat nanti kami ditanya oleh Allah mengapa sesama di dunia tidak menegur kaum sendiri..Paling kurang, kami telah melaksanakan amanah yang kecil ini walaupun kurang sempurna..Apatah lagi mahu melaksanakan amanah yang besar seperti para mujahid yang berperang di medan perang demi mempertahankan agama Allah yang suci ini..

Pandangan saya, bagi ibu bapa yang telah mengetahui hubungan anaknye dengan lelaki/perempuan di universiti yang sama, segera kan lah membina masjid untuk mereka.. di universiti yang sama, dengan anak anda akan bertemu dengan si dia untuk makan, untuk minum, untuk study, malah untuk membeli kasut si dia juga lah yang menjadi peneman..Apakah lebih baik mereka disatukan dalam ikatan yang sah dan apabila di universiti nanti mereka sudah ada ikatan yang halal untuk berdua2..

Ingin saya cadangkan kepada pihak universiti agar ditubuhkan satu badan yang mewakili para pelajar untuk menyatakan hasrat mereka ingin berkahwin kepada ibu bapa..Seperti UIA, terdapat sebuah badan yang mewakili pelajar untuk menyatakan hasrat mereka untuk berkahwin.. Badan ini akan ke rumah ibu bapa pelajar tersebut dan menyatakan hasrat anak2 mereka..Bukankah itu bagus...

Jika badan ini ditubuhkan, saya pasti ianya boleh mengurangkan kes2 yang 'menyakitkan mata memandang'...dan tidak hairan lah UPSI juga dikenali sebagai 'Universiti Pertemuan Suami Isteri (UPSI)'..


0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online