:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Saturday, August 23, 2008

'Selamat Pengantin Baru'

"Selamat pengantin baru..
Semoga kekal abadi..
Bahgia.."

Itulah bibit lagu yang famous yang biasa kedengaran bile sahaja tiba musim cuti sekolah.. Cuti sekolah je mesti akan bertimbun2 lah kad kahwin yang dihantar oleh keluarga pengantin untuk meraikan walimatul urus anak mereka.. Kepada bakal2 pengantin baru ataupun yang sudah menjadi pengantin baru, aku ucapkan Selamat Pengantin Baru.. Semoga senantiasa bahagia bersama suami tersayang.. Giliran mereka sudah.. Aku??

Hahaha.. Soalan yang tidak tahu jawapannya.. Mungkin bulan depan, tahun depan, 2tahun depan atau 3 tahun depan.. Apa yang pasti, perkahwinan adalah satu ikatan yang suci dan dijalinkan daripada 2 insan yang sudah bercinta.. Perkahwinan bukan satu ikatan yang sementara malah ikatan untuk selama2 nya lebih tepat lagi ikatan sepanjang hayat kita..


Gambar hiasan


Setakat ni belum ada lagi kawan2 aku yang ingin mendirikan masjid Allah.. Mungkin dah ada tapi aku yang tak dijemput.. Cuti sekolah penggal pertama baru ni aku ada terdengar kawan aku yang dah kawen.. Tapi dia aliran agama masa kt sekolah aku dulu, jadi aku kurang rapat dengannya.. Lebih2 lagi dia pelajar yang baru daftar masuk ke sekolah aku.. Lagi aku tak kenal.. Maklumlah, kami pelajar sains kurang rapat dengan pelajar aliran agama.. Jadi betul atau tak, rasa belum terlambat lagi untuk aku ucapkan selamat pengantin baru..

Apabila dah ramai yang bina masjid Allah, maka akan makin bertambah lah hamba Allah di dunia ini.. Semoga pertambahan hamba Allah akan menjadi aset penting dalam perjuangan Islam di muka bumi ini.. Aku pun baru juga menerima kehadiran angota baru dalam keluarga Mustaphy ni.. Bulan 2 lepas kakak aku bersalin anak ke empatnya.. Baby boy.. Ahnaf Rasydan.. maksud nama itu pejuang agama yang bijaksana..2 3 hari lepas abg kepada 'mr right' aku baru dapat anak sulung..20.08.2008.. tarikh lahir yang agak lawa jugak.. Hehehe...

Apa yang penting, perkahwinan adalah sebahagian daripada iman.. Perkahwinan melengkapkan fungsi antara lelaki dan perempuan.. Perkahwinan adalah satu 'mawaddah wa rahmah'.. Perkahwinan adalah satu keberkatan.. Tidak hairan lah bila aku tengok kakak2 senior yang kahwin mase belajar, dorang dapat score dalam final exam walau pun ada setengahnya dah ade anak 3 orang.. Hebat kan?? Tu semua keberkatan Allah..

Waallahualam...

Eah tag aku..Eah, sila baca..Huhu

  1. What were you doing 5 years ago?

    Huhu..5 tahun lepas aku masih sekolah kt SMA ( Atas ) Sultan Zainal Abidin..Mase 2 Form 4..Aku tercampak di kelas 4 Sc 2 sebab 4 Sc 1 ni untuk yang dapat 9A..aku dapat 7A je..So, mase ni jugak ramai kawan2 aku berpindah ke SBP@SBPI@MRSM@Teknik..Disebabkan tahun aku seramai 50 orang yang dapat 9A jadi terasa jugak lah kehilangan kawan2..Yang dapat 9A@8A@7A@6A berpindah ke MRSM atau SBP..tapi ade jugak ke teknik..yang majoriti 5A ramai ke teknik.. ade jugak setengah kawan aku ni 'di arahkan' berpindah ke sekoleh lain sebab tak menepati syarat untuk meyambungkan pelajaran kt sekolah aku.. Seklah aku ni di iktiraf sebagai sekolah berasrama penuh tapi kerajaan negeri punye, bukan pusat.. So, tak glemer sangat laaaahhh.. Banyak aktiviti yang mcam bengong kami buat.. Maklum lah 'honeymoon' lepas PMR...Dah jadi berlagak sikit sebab boleh digelarkan sebagai senior.. Mase ni jugak aku baru kenal ape itu biologi, fizik, kimia dan add math..Mase ni aktif dalam Persatuan Usahawan Muda (PUM)..Banyak aktiviti yang menarik yang aku sertai.. Mase ni jugak aku try2 sembang dengan 'mr right' aku..tapi disebabkan sekolah agama, takde lah kerap sangat pon borak sebab nanti kene sound.
  2. What are 5 things on your to-do list for today?

    1. Tidur lepas subuh then bangun kul 9 pagi :P
    2. Turun dapur makan nasi ayam yang semalam
    3. Borak2 dengan abg aku sebab dia dah nak balik hari ni
    4. Tolong mak goreng cempedak dan pisang
    5. Angkat kain


  3. What are 5 snacks you enjoy?

    1. Chocs! [cadbury]
    2. Any kind of chocolate biscuits - Munchis!
    3. Keropok n kerepek..
    4. Milo pekat sebab aku tambah sikit air.. Sedap woooo.
    5. Jelly.. Kire snack jugak lah.


  4. What are five things you would do if you were a billionaire?

    1. Aku beli kerete untuk wat sewa..Boleh jana pendapatan
    2. Aku bukak satu ladang kambing.. Muat2 untuk 100 ekor kambing untuk aku ternak..
    3. Aku bukak 1 kedai buku.. kat situ pelanggan aku boleh beli buku, sewa buku [novels], surf internet sebab wireless ade, boleh fotostat dan ade cafe situ boleh minum.. Cafe tu hanya ada sajian ringan je macam kopitiam dan wafer pon ade..
    4. Aku nak bukak satu rumah kebajikan..kemasukan hanya untuk ibu tunggal dan ank yatim..Then, kat situ ibu tunggal akan diajar pelbagai kemahiran..Setengahnya diperlukan untuk jaga kambing aku..hehehe..Kat situ sume ade lah, masjid untuk para ibu tunggal buat ibadat, sekolah mungkin dekat untuk anak2 ibu tunggal, ade sedikit ruang tanah untuk bercucuk tanam sebab dorang akan tanam n makan hasil dorang tanam..Jimatkan..Untuk kolam ikan, sedang difikirkan..takkan nak suh makan ikan keli tiap2 hari..tapi sedap jgak..
    5. Paling penting, aku nak bawak mak ayah aku dan keluarga aku ke Makkah..Biar mok aku puas hati duk sane lame2..Dapat tengok Kaabah dengan puas hati..Itu pon aku kalu ad banyak DUIT..No MONEY No TALK..


  5. What are five jobs you've had?

    1. Jadi cikgu ganti..Nak mati gak lah sebab budak2 banyak karenah sangat
    2. Student
    3. SMU - persatuan yang handle students baru daftar univ.
    4. Tukang jual top up..
    5. Driver bile nak gi sekolah sebab kawan aku lagi 2 orang takut nak drive..huhu

Thursday, August 21, 2008

Antara Cinta dan Cita2..

Semalam aku masuk myupsi portal.. Saje lah tengok mane tau ada berita2 yang patut aku tau.. Then masuk lah dekat bahagian forum.. Dan terbaca satu tajuk Isu Pelajar Lelaki Perempuan " monggek ".

Aku sendiri pon kurang jelas apa yang dimaksudkan dengan "monggek"..

Berikut adalah luahan mahasiswa UPSi tentang perkara berikut..


Mungkin tidak jelas apa yang dinyatakan oleh saudara di atas..Tetapi saya kira masih boleh dibaca..

Berikut adalah comment yang di post oleh seorang hamba Allah yang membalas topik ini.. Mungkin terkena batang hidung sendiri kot..


Key word yang menarik minat saya apabila selesai membaca comment yang dihantar oleh saudara di atas adalah " Dimana salahnya?"..

Saudara yang pertama tadi telah membincangkan tentang topik mengapa lebih ramai pelajar lelaki dan perempuan menunggang motosikal bersama.. dan saudara ke2 membalas comment tersebut dengan ayat yang pertamanya adalah "Dimanakah salahnya?"..

Dimanakah salahnya jika menunggang motosikal bersama.. Saya kira jika kita bertanya kepada budak berumur 7 tahun yang baru belajar agama, mereka mesti cakap SALAH.. Malah, anak buah saya yang berumur 4 tahun pun sudah pandai bercakap dengan uminya tentang hubungan lelaki dan perempuan..

Mengimbas kembali cerita ini, ketika itu, saya dan kakak sekeluarga baru pulang dari sekolah dan terus memandu kereta ke 'Edukid Centre' tempat dimana kakak saya menghantar anaknya ke sekolah.. Dan apabila Muna ( anak buah saya ) itu menaiki kereta, dia meminta air dari uminya lalu diminum.. Kemudian abinya meminta sedikit air dari Muna dan berkatalah wahai si anak kecil itu..

"Abi mana boleh share dengan Muna.. Abi boy, Muna girl.. Umi dan Su pon girl.. Girl same girl.. Boy same boy"..

Terkejut kami semua setelah mendengar ayat yang dibicarakan oleh anak kecil itu..Umi dia pon tanye,

"Muna belajar kat mane ni?"

"Muna belajar kat sekolah lah umi"..

Begitu lah sedikit coretan yang ingin saya sampaikan.. Saya kira saudara yang kedua itu belum memahami sepenuhnya luahan tentang saudara pertama.. Saya sendiri pon kadang2 sedih tengok pelajar UPSi.. Bukan ingin memalukan Universiti sendiri.. Malah sape lah saye untuk memberi ulasan tentang hubungan lelaki perempuan.. Saye pun bukanlah alim ulama yang penuh ilmu agama di dadanya.. dan apa yang pasti saya bukan juga seorang yang SEMPURNA..

Semakin hari semakin teruk pelajar UPSI.. Dengan pemakaian yang 'ntah pape'..hubungan bebas lelaki dan perempuan..

"lantak lah.. Aku kan dan masuk u.. Dah bebas.. Korang nak sibuk apesal.. Mati pon kubur asing2.."

Ade jugak sesetengahnye berkata sebegitu apabila di tegur oleh rakan2 yang prihatin.. Yes.. Memang kubur asing2..Tapi kami ingin menegur kamu semua sekarang sebab kami tidak mahu di akhirat nanti kami ditanya oleh Allah mengapa sesama di dunia tidak menegur kaum sendiri..Paling kurang, kami telah melaksanakan amanah yang kecil ini walaupun kurang sempurna..Apatah lagi mahu melaksanakan amanah yang besar seperti para mujahid yang berperang di medan perang demi mempertahankan agama Allah yang suci ini..

Pandangan saya, bagi ibu bapa yang telah mengetahui hubungan anaknye dengan lelaki/perempuan di universiti yang sama, segera kan lah membina masjid untuk mereka.. di universiti yang sama, dengan anak anda akan bertemu dengan si dia untuk makan, untuk minum, untuk study, malah untuk membeli kasut si dia juga lah yang menjadi peneman..Apakah lebih baik mereka disatukan dalam ikatan yang sah dan apabila di universiti nanti mereka sudah ada ikatan yang halal untuk berdua2..

Ingin saya cadangkan kepada pihak universiti agar ditubuhkan satu badan yang mewakili para pelajar untuk menyatakan hasrat mereka ingin berkahwin kepada ibu bapa..Seperti UIA, terdapat sebuah badan yang mewakili pelajar untuk menyatakan hasrat mereka untuk berkahwin.. Badan ini akan ke rumah ibu bapa pelajar tersebut dan menyatakan hasrat anak2 mereka..Bukankah itu bagus...

Jika badan ini ditubuhkan, saya pasti ianya boleh mengurangkan kes2 yang 'menyakitkan mata memandang'...dan tidak hairan lah UPSI juga dikenali sebagai 'Universiti Pertemuan Suami Isteri (UPSI)'..


Tuesday, August 19, 2008

Maafkan Ku Cikgu..

Sejak hari guru lepas, aku cuba untuk mengingatkan kembali nama-nama guru yang pernah mengajar aku dari PASTI hingga ke UPSI..Namun, sebahagian sahaja yang aku dapat ingat.. Maafkan ku CIKGU..

Berikut adalah nama-nama guru yang pernah mengajar aku dulu..

i) PASTI
- Ustazah...
- Ustazah...
- Ustazah...
* memang aku betul2 lupe nama2 mereka..

ii) SK Bukit Payong
- Cikgu Marzuki ( Sains darjah 4 )
- Cikgu Khalid ( PJK darjah 1 )
- Cikgu Roslina ( English Year 6 )
- Cikgu Zasni ( BM darjah 6 )
- Cikgu Rohadi ( Sains darjah 6 )
- Cikgu Aini
- Ustazah Siti Sara
* hanya ini sahaja yang mampu aku ingat..

iii) Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA)
Tingkatan 1
- Ustazah Shadiah (Guru Kelas)
- Ustazah Puteh ( Tauhid )
- Ustazah Norzera ( Bahasa Arab )
- Teacher Wan Kamariah ( English )
- Cikgu Maimun ( Sejarah )
- Cikgu Zaharah ( Geografi )

Tingkatan 2
- Cikgu Maimun ( Sejarah )
- Cikgu Noor Yasmin ( BM )
- Cikgu Sobah ( Geografi )
- Teacher Wan Nor Hidayah ( English )
- Cikgu Anisah ( Sains )
- Ustazah Norzera ( PI )

Tingkatan 3
- Cikgu Sobah ( Geografi )
- Cikgu Wan Noor Hidayah ( Sains )
- Cikgu Wan Kamariah ( English )
- Cikgu Maimun ( Sejarah )
- Ustazah Syarifah Fatimah ( BA )
- Cikgu Sobah ( BM )
- Ustazah Rohani ( PI )
- Cikgu Rohani ( KH )
- Cikgu Ismail ( Matematik )

Setelah aku dapat result PMR, aku membuat keputusan untuk amik aliran sains memandangkan keputusan peperiksaan aku juga layak untuk aku teruskan niat itu..

Tingkatan 4
- Cikgu Norbaya ( BM )
- Teacher Noraini ( BI )
- Ustazah Rosnida ( BA Tinggi )
- Cikgu Rosnah ( Matematik Tambahan )
- Cikgu Wan Razak ( Matematik Moden )
- Cikgu Ruzak ( Kimia )
- Cikgu Wan Mardiana ( Fizik )
- Cikgu Ariffin ( Biologi )
- Ustazah Wan Mailan ( Pend Syariah Islamiah )
- Ustazah Shadiah ( Pend Al-Quran n As-Sunnah )
- Cikgu ..... ( Sejarah )- cikgu baru, lupe name..
- Teacher Wan Noor Hidayah ( EST )

Tingkatan 5
- Cikgu Asmadi ( BM )
- Teacher Zalina ( BI )
- Ustazah Wan Mailan ( BA )
- Ustazah Shadiah ( Pend Al-Quan n As-Sunnah )
- Ustazah Rosnida ( Pend Syariah Islamiah )
- Cikgu Ruzak ( Kimia )
- Cikgu Wan Mardiana ( Fizik )
- Cikgu Ariffin ( Biologi )
- Teacher Wan Noor Hidayah ( EST )
- Cikgu Che Aini ( Matematik Moden )
- Cikgu Wan Razak ( Matematik Tambahan )
- Cikgu Noor Yasmin ( Sejarah )

Pastu, aku diterima masuk Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, then aku amik sains fizikal..

Semester 1
Fizik
- Lab ( Cik Nor Hayati )
- Tutorial ( Pn Nun )
- Kuliah ( En.....den lupo )

Kimia
- Lab ( Pn. Rosmawati )
- Tutorial ( Pn...... )
- Kuliah ( den lupo )

Matematik
- Tutoial ( Pn...den lupo )
- Kuliah (En. Mohd Khairul Nizam)

Semester 2
Fizik
- Kuliah (En. Subkhi)
- Lab ( Pn. Nur Ainiza)
- Tutorial ( En. Subkhi)

Kimia
- Kuliah (En. Khairul Nizam n Pn...)
- Lab (En. Mohd ...)
- Tutorial ( En. Mohd...den lupo)

Matematik
- Kuliah ( En Nik Amran )
- Tutorial ( En. Nik Amran )

Bile isi borang UPU, aku pilih UPSI..Maka, tercampaklah aku di sane..

Semester 1 2006/2007
Fizik Asas 1 - Pn. Mazlina
TITAS - En Mohd Nazir
Falsafah Pendidikan Keb - En. Jaafar
CE 1 - Miss Hasimah
Matematik Asasi - Cik Nor Aida Zuraimi
Perkasa - EN. Mohd Ridzwan
Bahasa Melayu Profesional - En. .....

Semester 2 2006/2007
Fizik Asas 2 - Prof Rosli
Hubungan Etnik - En. Izlan Hadi
CE2 - Pn..
Kalkulus Permulaan - Pn. Mazlini
Asas Teknologi dan Komunikasi - Dr...
Sosiologi Pendidikan - En. Ishak
Silat - Students upsi yang dah master silat

Semester 1 2007/2008
Pendahuluan mekanik - En. Shaharuddin
Kalkulus lanjutan - Miss Fainida
Psikologi Pendidikan - Dr Mahani Razali
Pengenalan Kimia 1 - En Azmi dan di ganti oleh Dr..
Teori Pengajaran dan Pembelajaran Sains - Pn. Asmawati
Pengantar Etika - Pn. Junaidah
Tarannum - Abang2 dan kakak upsi yang master tarannum

Semester 2 2007/2008
Getaran, Gelombang dan Optik - Dr Rosazley
Elektronik Asas - Dr Syed Malik bin Syed Mohamad
Pedagogi Pendidikan - Dr Saheda
Pengenalan Kimia 2 - Prof Dr Salihan
Pemikiran Strategik dan Inovatif - En. Nurul Fadzly
Bimbingan dan Penasihatan - En Mohd Eusoff
Persamaan Perbezaan Permulaan - En Abdul Halim

Semester 1 2008/2009
Instrumentasi Asas - Dr Abu Bakar bin Rejab
Termodinamik - Prof Madya Dr Baseri Huddin
Pengenalan Biologi 1 - Dr Nor Nafizah
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Sains - Pn Naziyah
Sains Alam Sekitar - Prof Madya Dr Nur Tjahjadi
Pengujian, pengukuran, penilaian dan pentaksiran pendidikan - En. Mohd Ikhsan


Inilah insan2 yang pernah mengajar aku sejak aku kecil hinga dewasa.. Dewasa ke aku ni?? Hehehe..Kepada insan2 yang pernah mengajar aku, ku ucapkan jutaan terima kasih di atas segala ilmu yang telah dicurahkan untukku..Walaupun ada sesetengahnya aku telah lupe name mereka, namun segala ilmu yang telah dicurahkan tidak akan luput ditelan zaman..Istimewa kepada insan2 ini, andai kata aku telah mengguris hatimu dan perwatakkan ku membuatku dirimu berkecil hati, maafkan ku cikgu...

15 Tahun Yang Lepas..

Semalam aku duk termenung..Teringat zaman sekolah dulu..Kawan-kawan dan guru-guru yang pernah mengajar aku.. Jika dihitung, dah berpuluh2 guru yang telah menyumbangkan bakti kepada insan ini.. Tidak kira guru secara formal atau tidak.. Mengimbas kembali guru2 yang mengajar aku ketika di PASTI.. Namun, imbasan itu tidak berjaya untuk aku menyebut nama guru2 tersebut.. Maafkan ku Cikgu..

Seingat aku hanya 3 orang sahaja cikgu yang mengajar aku ketika di PASTI itu.. Semuanya aku panggil ustazah.. Mungkin aku lupe nama mereka disebabkan aku hanya bersama mereka selama setahun sahaja.. Aku dihantar ke PASTI ketika umurku 6 tahun.. Bukan ibu bapaku tidak mahu menghantar aku seawal 5 tahun, namun aku yang TIDAK mahu ke sekolah.. Aku masih ingat lagi, semasa aku 5 tahun, ibuku ke PASTI untuk mendaftarkan namaku.. Aku hanya ke sekolah selama 3 hari sahaja.. 3 hari itu pun aku sudah mengamuk2 di sekolah kerana mahu pulang.. Malu jika diimbas kembali.. Lucu pun ada.. Hehehe.. Amukan aku mengalahkan budak 2 tahun.. Tudung yang ku pakai sudah ku tanggalkan.. Tangan dan kaki ku sudah 'melibas-libas' orang yang berada disekiling.. Mujurlah cikgu2 ku tak mengikat tangan dan kaki ku macam orang tak siuman.. Hehehe.. Sehingga lah ibu ku datang jemput dan aku pun bersuara, "mak, adik tak nak ke sekolah lagi"...

Esoknya, aku tidak lagi ke sekolah seperti kawan2 ku yang lain..Hatiku riang..Hehehe..Mak aku tak habis2 membebel.. Mane dia tak geram.. Yuran dah bayar, tapi tak nak gi sekolah.. Puas seorang ibu memujuk anaknya, namun tak berhasil..Hehehe..Akhirnya, kakak2 ku yang menjadi 'guru peribadi' untukku di rumah.. Kakak sulung ku selalu membandingkan aku dengan adik kawan2 dia.. Katanya, "adik kawan kak umur 5 tahun dah pandai baca. ni adik. sekolah pun tak nak pegi".. Dalam hati aku peduli ape janji aku bahagia duk rumah lagi, boleh main2..

Masuk 6 tahun, aku dah tak payah disuruh untuk ke sekolah.. Malah aku yang tak sabar untuk ke sekolah.. Pakai jubah hijau tua, tudung hijau muda.. Naik kete Sue.. Sue bukan makcik aku, tapi jiran aku..Dia amik upah hantar budak2 ke sekolah.. Sehingga lah selama setahun aku bersekolah di PASTI.. Namun aku berjaya buktikan wlaupun aku hanya bersekolah selama setahun, namun aku berjaya mendapat nombor 1 keseluruhannya mengalahkan budak yang bersekolah 2 tahun.. Mak pun cakap, "hebatnya anak mak"..

Bukanlah berbangga, tetapi jika difikirkan balik, jangan lah terlampau menekankan pelajaran anak2 sehingga anak2 menjadi tensen.. Isu sekarang, budak darjah 1 dah dihantar tuisyen.. Hebat.. Contoh terdekat anak buah aku je.. Kadang2 kesian aku tengok zaman budak2 nye.. Ditelan dengan buku2.. Bukanlah tidak bagus.. Tapi psikologi kanak2 menekankan penting zaman kanak2 itu diisi dengan pelbagai permainan.. Mean permainan yang bermanfaat lahh.. Malah kartun di TV pon banyak moral value nye.. Cuma setengah ibu bapa sahaja yang fikir, kartun tu boleh rosak pemikiran budak2..tetapi kartun tu tak termasuklah kartun Sin Chan yang aku kategorikan 'kartun sewel'..

Apa yang pasti, setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anaknya.. Aku tidak boleh bercakap banyak kat sini sebab aku belum ada anak.. Setiap anak itu dicorak oleh ibu bapanya.. Namun, apa yang pasti biarlah kite menjadi ibu bapa yang cemerlang.. Dapat mendidik anak bukan sahaja mendalami ilmu dunia malah juga ilmu akhirat.. Walaupun anak itu tidak dapat cemerlang di mata masyarakat, tapi biarlah dia cemerlang di mata kite sebagai IBU BAPANYA..

Wednesday, August 13, 2008

Hidup Ini Penuh Dengan Ranjau dan Duri..


Apa makna ranjau??

Apa makna duri??

Aku sendiri pon tak pasti apa maksud tersurat perkataan di atas.. Cuma ianya ada makna tersirat dari diri aku.. Hidup ini tidak akan terlepas dengan dugaan dan ujian daripada Allah sama ada dalam bentuk sedar atau tidak.. Tapi ianya bukan satu perkara yang baru dalam hidup aku dan aku sudah sedia maklum tentang perkara itu..Pernah ustaz kat sekolah aku dulu cakap, "Allah takkan uji hamba-NYA jika hamba-NYA bukan tergolong dalam golongan yang sabar"..


Aku seorang yang sabar ke?? Menurut kiraan tarikh lahir aku, aku tergolong dalam golongan yang CEPAT root number 3 (aku tak pasti la kiraan metafizik ni dipelopori oleh sape, nanti kalu aku tau aku update balik post ni).. CEPAT ke aku ni?? Mungkin sebilangan perkara aku bersetuju dengan root number berdasarkan tarikh lahir tu DAN ade jugak sebilangan perkara tu aku tak bersetuju dengannya..

Mungkin kerana CEPAT tu lah aku tak dapat dengan CEPAT apa yang aku nak then aku terasa terkilan.. Mungkin jugak..Kerana terkilan itu lah aku anggap sebagai dugaan daripada Allah.. Tapi aku percaya, setiap yang berlaku itu ada hikmah yang tersembunyi sama ada kite sedar akan hikmah itu atau tidak..

Gambar Hiasan


Sekarang, tugas aku mentadbir hati dan perasaan agar tidak tewas dalam mengharungi UJIAN Allah ini.. Ujian Allah untuk menguji keimanan hamba-NYA.. Insan seperti aku iman hanya senipis kulit bawang.. Jadi,, tingkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah agar diri kita sentiasa dirahmati-NYA dan dilindungi-NYA..


p/s : kepada kawan2 yang mengetahui kisah hidup aku dan memberi dorongan serta semangat kepada aku, aku mengucapkan ribuan terima kasih.. Sokongan korang menguatkan kaki ini berdiri untuk menempuhi kehidupan pada masa akan datang..

Friday, August 8, 2008

Baby Oh Baby..

'Aniem, kak ju dah bersalin dah..6 Mei lepas.. twins boy and girl'

Aku dapat mesej ni mase aku dah selamat sampai kat umah kakak aku kat Bangi..Farah, housemate aku yang hantar mesej ni..Lagipon aku yang pesan kat dia, kalau kak ju dah bersalin gitau laa..Aku yang over excited sebenarnya especially bile dapat tau kak ju pregnant kembar..

Sebenarnya aku tak de la kenal rapat sangat pon dengan kak ju.. Aku kenal dia mase dia datang tumpang kat rumah aku mase aku duk KAB dulu.. Dia ni kenal rapat la dengan Farah, so that's why laa dia datang tumpang kat umah aku.. Save bajet, tak payah sewa hostel.. Lagipun datang sorang2, hubby tak datang, bahaya plak duk sewa sorang2 nanti..

Kak ju sampai dah lewat petang.. Mase tu aku baru bangun tido..Hehe..Baru habis lecture..Farah yang perkenalkan kak ju kepada aku..bile kak ju dah masuk bilik Farah, Farah pon bisik dekat aku, "Kak ju tu dah kawen dah. Dah pregnant pon.. Baru 6 minggu "..Aku pon terkejut jugak laa.. dalam hati, ' waaa,, beshnya'..Hehehehe..

Then, pas maghrib aku sembang laa dengan kak ju.. pernah aku cakap kat dia, "Kakak anim dulu mase 6 minggu laa Dr detect pregnant kembar.. Ntah2 kak ju pon same"..Kak ju pon balas laa, "Isy,, tak laa anim.. Dah scan tengok 1 je"..Aku pon senyum jea..

Di pendekkan cerita, aku dapat kak ju pregnant kembar mase kandungan dia dah 6 bulan.. Farah lupe nak mention kat aku..Aku pon tak hairan sangat laa sebab kak ju sendiri memang kembar, tapi kembar meninggal mase kecil..Bile dah tau kak ju pregnant kembar, aku yang excited..Hehehe..Dia datang mase bulan 3 untuk grad.. Mase tu 7 bulan, tapi perut dah 9 bulan besarnya..Macam2 kak ju cerita :

" malam2 x leh tido ngiring sebabnya kalu ngiring sebelah kanan, yang sebelah kanan akan tolak sebab rasa terhimpit..ngiring sebelah kiri, yang kiri pulak tolak..Jadi malam2 kak ju tido terlentang je laahh..Rase jugak macam semput, tapi nak wat camne.."

Aku pon ketawa je lah dengar.. kesian jugak dekat kak ju.. saiz tubuh dia lebih kurang aku je..boleh dikategorikan sebagai tubuh yang kecil jugak laa..tapi kene carry 2 babies.. dah rezeki dia..kalau aku pun aku nak.. sape yang tak nak 2 babies dalam 1 mase??

Aku dapat tau pulak kak ju dah bersalin bile Farah hantar mesej seperti di atas..Dalam hati, 'Ya Allah, Jika hamba-Mu ini layak untuk menjaga amanah-Mu dengan sempurna, kurniakanlah kepada aku kembar yang sihat dan dapat memperjuangkan Ad-din di muka bumi ini.. Amin"..

Inilah gambar twins kak ju..yang aku punye..next time kalau ade rezeki..Hehehe..


Twins boy and girl ( Dini dan Dayana)

Bestnya twins ni tidur..

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online