:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Wednesday, April 30, 2008

Uhh..Lega!!

Hari ni baru sudah jawab paper kimia. Soalan dia macam ok je. Bak kata Prof Rosli, jawapan memang ada tapi antara betul dengan salah je (",).. Cerita sebelum pergi exam.

Kat Hostel

Bangun pagi hujan lebat mencurah2 di muka Bumi Allah. Sejuk. 'Nak mandi sekarang ke?? Macam sejuk je. Amik air sembahyang pon dah menggigil. Nanti dulu lah. Jap agi'. Bisik aku dalam hati. Tup Tup,,bangun nak pergi mandi dalam pukul 8 dah tak ada air. Waaaa..Tensennye aku!! Bulan ni saje dah berapa kali tak ada air. 'Em, tak per lah. Jap agi ada lah tu air'. Tangguh lagi satu pekerjaan. Sambung study kimia yang belum habis khatam lagi. Huhuhu. Pukul 10 pagi bangun keluar bilik tengok dalam bilik air dah ada air ke belum. 'Belum ada lagi. Eee,,geramnya aku. Dah lah nak pergi exam pulak'. Nak pendekkan cerita, aku hantar lah mesej kat kawan aku kolej lain tanya ada air tak kat rumah dia. Dia jawab ada. Aku pun bersiap2 bawak tuala dan keperluan sewaktu dengannya pergi rumah kawan aku tu. Mandi siap2 dalam kul 11.45 pagi. Then, lepas makan bersiap2 nak pergi kampus. Solat zohor kat sana.

Kat Kampus

Dah siap solat Zohor, aku dan kawan bergegas la ke taman u. Satu2 tempat exam yang paling aku tak suka. Meja besarnye seciput. Lebar sehelai kertas je. Kertas soalan kena pegang maklumlah nak 'parking' atas meja dah full. Jam baru pukul 2.00pm. Alamak!! Sakit Perut.. Macam mana ni. Nak masuk dalam Bilik exam tu lambat lagi. Toilet dekat Taman U mana ada kat luar. Semua kat dalam bilik kuliah. Lepas ni kena cadangkan kat MPP supaya buat toilet kat luar bilik kuliah. Takut tahun depan aku jadi camni lagi. Geram jugak dekat perut ni. Tadi masa dekat Surau kau tak nak meragam. Kat sini buat hal pulak. Dah lah 2 tajuk akhir tak baca lagi. Ngam2 aku hold dulu untuk nak baca last minit. Last2 diri aku yang jadi macam ni. Bila aku tengok pak guard dah bagi masuk, aku terus serbu ke gate. Terhimpit2 orang nak masuk. Macam kat pesta jualan murah. Hehehe. Tapi ni semangat exam membuatkan semua orang tak sabar untuk berjuang. Masuk je bilik exam, aku terus minta kebenaran Pensyarah. "Puan, toilet jap". Stop kat sini. Takkan yang dalam toilet pon aku nak cerita. Haha.. Keluar dari toilet tengok2 orang dah start dah jawab. Cuak nya. Aduiiii, situasi yang paling aku benci. Tiba2 tangan menggigil pulak. Lepas baca doa banyak2,, baru lah rasa tenang dan mula jawab. Tapi jawab je laa..Entah betul atau tidak, tengok result nanti..


Pengajaran


  • Bangun pagi nak sembahyang tu terus mandi. Padah kalau tangguhkan kerja. Lagipun, mandi pagi2 ni mak aku cakap awek muda. Patut lah tengok mak aku mukanya muda je sentiasa. Huhuhu..
  • Jangan baca last minit. Study awal2, ubah perangai jadi RAJIN. Huhu.. Mungkin nasib hari ni baik sebab soalan dari 2 tajuk akhir tu hanya 2 je. Semua aku tembok. 1 betul 1 salah. Pengajaran semester depan Study awal2 (boleh ke??)

Didiklah Permata Hatimu..

1. MUQADDIMAH

Mendidik anak adalah salah satu tanggungjawab yang paling berat yang dipikul oleh seseorang. Anak adalah kurniaan dan amanah Allah SWT kepada kedua orang tuanya.

Adalah satu tanggungjawab yang berat sekiranya kita hanya dipertanggugnjawabkan untuk mendidik mereka menjadi manusia yang berjaya di dunia ini, terutama sekali dalam suasana masyarakat yang sangat materialistik. Ini lebih memberatkan ke atas ibu bapa muslim kerana Allah SWT mempertanggungjawabkan mereka supaya supaya untuk mendidik anak nereka menjadi mukmin yang berperanan dalam Islami dan selamat dari api neraka.

Firman Allah SWT, di dalam Surah at Tahrim (66), ayat enam, terjemahannya:

“Wahai orang-orang beriman! Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan”

Ibnu Umar berkata: “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda ‘Setiap diri kamu adalah pemimpin dan ia akan diminta pertanggung jawab terhadap apa yang ia pimpin. Seorang imam adalah pemimpin, ia akan diminta pertanggungjawabkan terhadap apa yang dipimpinnya (rakyatnya). Setiap lelaki adalah pemimpin di dalam keluarganya dan ia akan diminta pertanggungjawabkan terhadap yang ia pimpin. Setiap perempuan adalah pemimpin di dalam rumah suaminya dan ia akan diminta pertanggungjawabkan pula dengan apa yang ia pimpin’“

2. RUMAH TANGGA MUSLIM

Allah SWT telah berfirman di dalam Surah an Nahl (24): ayat 80, terjemahannya ialah:

“Dan Allah telah menjadikan untuk kamu dari rumah kamu rumah-rumah untuk berehat”


Syeikh Salih Uthaimeen telah menjelaskan bahawa ayat ini memberikan gambaran bahawa Allah menyebutkan bahawa Allah menyempurnakan Nikmat ke atas hamba-hamba-Nya rumah tangga yang menjadi tempat untuk memperolehi sakinah atau ketenangan. Rumah tangga bagi seorang muslim adalah tempat yang selamat dan terlindung dari kerosakan dan kemungkaran dan perlindungan dari masyarakat luar.

Rumah tangga adalah wasilah atau tapak dasar untuk membangunkan masyarakat muslim. Masyarakat muslim adalah terdiri dari himpunan rumah tangga muslim malah rumah tangga itulah asalnya. Sekiranya rumah tangga itu kukuh maka akan kukuhlah masyarakat dan begitulah sebaliknya. Rumah tangga muslim adalah tapak dan dasar segala kebaikan masyarakat dan di sini bermulanya pendidikan yang sebenar dan dari rumah tangga muslimlah akan terbit kebaikan masyarakat dalam bentuk dakwah, tarbiyah dan akhlak yang mulia. Di dalam rumah tangga muslimlah bermulanya amar ma’ruf (suruhan kepada kebaikan) yang sebenarnya dan di dalam rumah tangga muslim jugalah bermulanya nahi munkar (mencegah kemungkaran).

3. PENDIDIKAN ANAK DI RUMAH

Pendidikan seorang anak bermula di rumahnya, malah bermula di dalam rahim ibunya. Perancangan untuk melahir dan membentuk anak yang beriman dan berperanan di dalam membangunkan Islam dimulai dengan niat sewaktu memilih pasangan hidup lagi.

Kata cerdik pandai:”Satu masa dulu anak2 melalui pendidikan, kemudian mereka melalui pembelajaran dan kini hanya tinggal pensijilan”.

Pendidikan yang dilalui oleh anak dengan kedua ibu bapanya berperanan sebagai pendidiknya, adalah dasar bagi proses pendidikan yang akan dilalui oleh anak itu sepanjang hayatnya. Pendidikan di tahap ini adalah sangat kritis dan akan memberikan corak syakhsiyah yang terbina di dalam dirinya.

3 perkara penting dlm pendidikan anak:

· Murabbi (pendidik)

· Manhaj (ilmu tarbiyah yg penting dlm pembangunan diri manusia)

· Biah (suasana/persekitaran) yg membantu tarbiyah

Bila patut kita mula mentarbiyah anak kita?

Syeikh Muhammad as Shabbagh berkata: “Saya pernah mendengar dari Malik bin Nabi bahawa pada suatu ketika ada seorang meminta petunjuk kepadanya bagaimana cara mendidik anak lelaki dan perempuannya yang baru saja lahir. Lalu, Malik bin Nabi bertanya, ‘Berapa umur anak perempuan itu? ‘Sebulan’, ‘Kamu ketinggalan kereta!’ jawab Malik”

APAKAH FAKTOR PALING PENTING DLM MENTARBIYAH ANAK?

Murabbi mithali - “cukup sesuatu itu ma’ruf dgn kamu melakukannya, dan cukup sesuatu itu mungkar dengan kamu meninggalkannya“

4. PENDIDIKAN KEIMANAN DASAR PENDIDIKAN ISLAM

Ibu bapa muslim tidak mempunyai pilihan lain di dalam pendidikan anak, selain dari mendidik menurut manhaj (sistem ataupun kurikulum) Islam dengan metodnya juga semestinya Islamik. Pendidikan Islam pula semestinya berasaskan pendidikan keimanan dan pembangunan ruhiyah dan pada permulaan proses pendidikan anak lagi proses penanaman imanlah yang perlu diberikan tumpuan.

Syeikh al Qaradhawi menjelaskan bahawa:

“Pertama-tama yang wajib dibina dalam diri manusia ialah IMAN. Iman bermakna menanamkan aqidah yang sahih di dalam hatinya, yang dapat meluruskan pandangannya kepada dunia ini: manusia, kehidupan, kepada Rabb alam semesta, Pencipta manusia, Pemberi kehidupan. Aqidah ini adalah aqidah yang mengenalkan kepada manusia mengenai prinsip, perjalanan hidupnya dan tujuan hidupnya du dunia ini.

Manusia harus digerakkan melalui aqal dan hatinya. Ia harus diberi petunjuk agar dia dapat meniti jalan lurus; dan dia harus digembirakan dan diberikan peringatan, agar dia dapat bergembira dan merasa takut dengan adanya peringatan tersebut. Imanlah yang menggerakkan dan mengarahkan manusia, serta melahirkan berbagai kekuatan yang dahsyat dalam dirinya. Sesungguhnya iman membuatkannya menjadi makhluk baru, dengan semangat yang baru, aqal baru, kehendak baru, dan falsafah hidup yang juga baru”.

Mujahid Said Hawwa di dalam kitabnya ‘Tarbiyatur ruhiyah’ telah menjelaskan perkara ini: “Titik tolak tarbiyah Islamiyah adalah IMAN. Allah telah berfirman, terjemahannya:

“Dan apabila diturunkan suatu surah, maka di antara mereka (orang-orang munafik) ada yang berkata: ‘Siapakah di antara kamu yang bertambah imannya dengan (turunnya) surah ini?’ Adapun orang-orang yang beriman, maka surah ini menambah imannya, sedangkan mereka merasa gembira. Dan orang-orang yang hatinya ada penyakit, maka surah ini bertambah kekafiran mereka, di samping kekafiran (yang telah ada) dan mereka mati dalam keadaan kafir”

Surah at Taubah : 124-125

Berdasarkan hal tersebut jika kita ingin agar al Qur’an mampu menyentuh hati manusia dengan sentuhan yang benar, di mana hati boleh memperolehi manfaat dari al Qur’an, maka kita wajib mengubati hati terlebih dahulu, dengan cara menjadikan hati itu beriman dengan sebenar-benarnya. Oleh kerana itu, titik perhatian yang harus selalu menjadi pusat pemikiran dan kerja murabbi sejak awal lagi adalah ishlahul qalb (pembaikan hati).

Jadi titik tolak yang sahih adalah pemusatan pada qalbu, sehingga qalbu menjadi sihat dan baik, sebab proses tarbiyyah semacam ini sangat aman dan tenang dalam menundukkan manusia menjadi manusia, dan sangat aman untuk meletakkan dan mengeluarkan manusia dari wilayah pujukan, gangguan dan fitnah syaitan, baik syaitan berbentuk jin mahupun manusia”

Dalam menyinggung persoalan tarbiyah ruhiyah ini Dr Ali Abdul Halim Mahmud telah menulis di dalam kitabnya ‘at Tarbiyah ar ruhiyah’:

“Ruh adalah bahagian manusia yang paling mulia kerana ia adalah tiupan dari Allah SWT. Ia wajib ditarbiyah dengan tujuan untuk mempermudahkan jalan di hadapanya untuk bermakrifah kepada Allah SWT dan membiasakannya serta melatihnya untuk melaksanakan benar-benar ibadah kepada Allah.

Dr Abdullah Nasih Ulwan telah menulis di dalam bukunya yang terkenal “Pendidikan Anak Menurut Islam” mengenai persoalan menanam aqidah dalam jiwa anak. Beliau menulis

“Tanggungjawab mendidik dan menanamkan Islam dan aqidah di dalam diri anak adalah satu tanggungjawab yang sangat berat. Justeru itu setiap pendidik (ibu bapa /pengasuh/murabbi) penuh faham dan sedar dan melengkapkan diri apabila mengambil tanggungjawab ini. Setiap murabbi perlu faham perkara-perkara yang berikut:

(i) Bagaimana untuk memimpin dan membimbing anak untuk beriman kepada Allah SWT dan segala kehebatan Kuasa-Nya. Ibu bapa perlu mengetahui bahawa hendak membentangkan kepada anak kehebatan kuasa maha kreatif Allah yang terdapat di dalam makhluk ciptaaan-Nya. Ibu bapa mestilah membentangkan satu subjek /topik ke subjek /topik yang lain : dari kewujudan berjuta-juta jenis makhluk yang dicipta oleh Allah SWTyang boleh dilihat oleh mata kepada makhluk-makhluk lain yang tidak dapat dikesani oleh panca indera,iaitu yang berada di alam ghaib. Ibu bapa juga mesti membentangkan fakta yang khusus kepada fakta-fakta yang umum. Dari persoalan yang mudah kepada persoalan yang rumit dan kompleks. (* pendidikan anak ini perlu dilaksanakan secara berperingkat dan ansur maju. Membentuk kefahaman mereka langkah demi langkah sesuai dengan perkembangan mereka, dari sudut umur, pemahaman, pengetahuan dan kematangan). Anak-anak mestilah dididik BAGAIMANA UNTUK BERFIKIR. Mereka perlu dididik untuk berfikir dan membentuk pemahaman yang membolehkan mereka memahami, menghargai dan menghayati TAUHIDULLAH yang dirasai dan dikesani di dalam Kuasa, Iradah , Nama-nama (Asma)-Nya, Sifat-sifat-Nya dan juga Af ‘al (perbuatan)-Nya. Cara mendidik ini dibentangkan di dalam al Qur’an.

Oleh itu anak-anak dididik untuk mencapai ke tahap mereka benar-benar menyakini tanpa sebarang keraguan segala yang mereka imani, dengan nas-nas aqli dan naqli. Jika anak-anak menghirup keimanan yang diproses ini dan memahaminya sejak mereka kecil lagi, mereka tidak menjadi insane yang lain, melainkan muslim mukmin dan berkemampuan menentang dan menolak ideology-ideologi sesat. Kaedah tarbiyah ini dilaksanakan secara beransur-ansur, peingkat demi peringkat dari perkara asas dan dasar kepada perkara rumit dan kompleks di dalam Deen.

(ii) Bagaimana untuk menanam kusyu’ dan taqwa di dalam ubudiyah mereka. Ini dilaksanakan melalui proses membentang dan memperjelaskan kepada mereka kehebatan dan Kuasa Allah SWT sehingga mereka dapat memahami dan merasai Maha Hebat, Maha Perkasa dan Maha Berkuasanya Allah SWT. Tanda-tanda Maha Agung dan Maha Perkasanya Allah adalah jelas di dalam alam yang amat luas ini, yang terdiri dari makhluk hidup dan makhluk kaku, di dalam alam tumbuhan mahupun alam haiwan; di dalam warna-warna pelbagai bunga-bungaan yang dan jutaan makhluk yang

(iii) Bagaimana untuk menanamkan muraqabah dan takut kepada Allah di dalam diri anak-anak dalam keadaan apa sekalipun. Ini dapat dilaksanakan dengan mendidik ank akan hakikat bahawa Allah adalah As Sami’ (Maha Melihat) , Al Basyir (Maha Mendengar), Al ‘Alim (Maha Mengetahui), yang mengetahui segala sesuatu, setiap tindakan dan perbuatan, setiap rahsia, dan apa juga yang ada di dalam hati manusia. Hakikat ini mestilah ditekan dan diberikan tumpuan khusus pada setiap peluang yang ada. Rasa muraqabah ini akan menyebabkan anak sentiasa sedar bahawa Allah sentiasa memerhatikan dirinya dan rasa ini akan mendidik mereka untuk menyucikan niat-niat mereka di dalam amal mereka.

Penanaman dasar aqidah dapat dilaksanakan sepertimana yang telah digariskan :

· Mengajar anak menghafaz kalimat tauhid

Imam al Ghazali telah berkata ” langkah pertama dalam menanamkan keimanan adalah dengan memberikan mereka hafazan (yakni menggalakkan anak menghafaz kalimah Tauhid dan asma’ Allah)” . Ini adalah kerana proses pemahaman harus diawali dengan hafazan terlebih dahulu. Ketika anak menghafaz akan sesuatu kemudian memahaminya, akan tumbuh dalam dirinya keyakinan dan akhirnya akan membenarkan apa yang diyakini sebelumnya. Inilah proses pembenaran dalam sebuah keimanan yang dialami anak pada umumnya. Walau bagaimanapun ada juga anak yang Allah lebihkan mereka dengan tidak memerlukan mereka melalui proses pendidikan di atas. Allah telah menanamkan keimanan langsung dalam jiwanya . Proses penanaman aqidah ini dilaksanakan dengan mendidik anak menghafaz ayat-ayat yang menyentuh aspek keimanan dan sebahagian besar surah-surah yang mengandungi pembentangan persoalan iman adalah surah-surah pendek. Ini membolehkan anak-anak yang sedang memulai pertumbuhan jasad dan jiwanya mampu untuk menghafaz surah-surah pendek tersebut.

· Mendidik anak dengan Kalimah Tauhid

Diriwayatkan oleh al Hakim dari Ibnu “Abbas r.a bahawa Rasulullah bersabda “Jadikanlah kata-kata pertama yang diucapkan oleh seorang anak, kalimah ‘La ilaha Ilallah’. Dan bacakan kepadanya ketika menjelang maut, kalimah ‘La ilaha illallah’”. Para sahabat menyukai untuk mendidik kalimat ‘La ilaha illalla’ kepada setiap anak yang baru mula. Para sahabat menyukai untuk mendidik kalimat ‘La ilaha illalla’ kepada setiap anak yang baru mula berkata-kata, sebanyak tujuh kali, sehingga kalimat Tauhid ini menjadi ucapan mereka yang pertama kalinya’”

Ibn Qayyim pula berkata: “apabila anak telah mampu mengucapkan kata-kata, maka ajarkan mereka kalimat ‘La ilaha illallah, Muhammadar Rasulullah. Dan jadikan suara yang pertama kali didengar oleh anak berupa pengetahuan tentang Allah. Tentang Keesaan-Nya, bahawa Allah selalu mengawasi kita dan selalu mendengar percakapan kita.

Abdur Razak telah meriwayatkan di dalam kitab Mushannaf dari Abdul Karim Abu Umayyah, bahawa “Rasulullah mengajarkan anak-anak dari Bani Hashim yang telah mampu berkata-kata , sebanyak tujuh kali dari kalimat “Dan katakanlah, ’segala puji bagi Allah yang tidak memmpunyai anak dan tidak mempunyai sekutu dalam Kerajaan-Nya dan Dia bukan pula hina yang memerlukan penolong. Dan agungkanlah Dia dengan pengagungan yang sebesar-besarnya”

Surah al Isra’ (17) : 11

Menanamkan kecintaan kepada Allah

Dalam proses menanam kecintaan anak kepada Allah SWT, anak juga perlu diproses untuk merasai dan meyakini hanya Allah sahajalah tempat memohon dan menanamkan juga dalam jiwa anak akan pengawasan serta ketentuan Allah dalam keseluruhan hidupnya dan semua makhluk Allah yang selainnya.

Kesimpulannya ialah “bahawasanya Iman kepada Allah itu adalah asas perbaikan anak-anak , dan pokok pendidikan akhlak dan jiwa. Tegasnya, bahawasanya tanggungjawab pendidikan keimanan ke atas para pendidik, para ibu bapa, adalah suatu tanggungjawab utama dan amat penting sekali, sebab di situlah tempat sumber segala macam kebajikan, dan tempat timbulnya segala macam kesempurnaan. Bahkan dia itulah tiang asas bagi kemasukan seseorang anak ke dalam benteng dan lingkungan Iman dan Islam. Tanpa pendidikan ini, seseorang anak itu tidak akan mahu menjalankan tanggungjawabnya, dan tidak dapat bersifat amanah, tidak tahu arah dan tujuan, tidak akan menggambarkan dirinya sebagai seorang manusia mulia.

Menanamkan kecintaan kepada Rasulullah

Secara fitrah setiap anak sebelum mencapai usia baligh mempunyai kecenderungan untuk mencari dan mencontohi seorang yang yang dianggap unggul untuk dijadikan ikutan baginya. Di dalam tarbiyyah Islam para bapa dipertanggungjawabkan untuk menyalurkan fitrah mencari qudwah ini dengan menjadikan Rasulullah SAW sebagai insan mithali pilihan Allah SWT, yang memiliki keperibadian dan sifat-sifat yang tidak dimiliki oleh manusia lain.

Jalan-jalan menanam kecintaan kepada Rasulullah SAW

· Membacakan dan menggalakan anak menghafaz hadith-hadith

· Jelaskan kepada anak kedudukan dan kepentingan Allah mengutuskan Rasulullah dan para Rasul

· Membentangkan sirah kehidupan dan perjuangan Rasulullah dalam memimpin manusia keluar dari kesesatan

· Ajarkan dan galakkan anak salawat atas Rasulullah dan mengamalkan sunnah Rasulullah SAW.

Rancang Ekonomi Keluarga

PERUNDING motivasi Ultra Mind Resources, Shamsuddin Abdul Kadi, berkongsi petua kewangan terutama untuk pasangan berkeluarga.

- Sejak hari pertama bergelar pasangan suami dan isteri, mereka perlu menentukan sama ada ingin memasukkan semua gaji mereka dalam akaun bersama ataupun sebaliknya.



Jika memilih menguruskan gaji secara berasingan, perlu menetapkan siapa menanggung kos bagi setiap perbelanjaan. Pastikan pembahagian dijalankan secara adil.

- Pastikan jumlah maksimum yang boleh dibelanjakan daripada setiap wang gaji diterima tidak lebih daripada 70 peratus daripada wang gaji bersih yang diterima.

Ini bererti bagi setiap RM1,000 wang gaji, hanya boleh membelanjakan RM700. Hukum itu perlu dikekalkan selamanya.

- Buka dua akaun lagi bagi menempatkan 30 peratus wang gaji yang belum digunakan. Letakkan 10 peratus daripada wang gaji itu di dalam akaun satu (akaun simpanan) manakala 20 peratus lagi ke dalam akaun kedua (akaun kecemasan).

Terus menyimpan di dalam akaun kedua sebanyak 20 peratus daripada wang gaji bersih pada setiap bulan sehingga ia menyamai enam bulan wang gaji kasar.

Contohnya, jika mendapat RM2,000 bersih pada setiap bulan, perlu menyimpan sebanyak RM400 dalam akaun kedua pada setiap bulan sehingga jumlahnya menjadi RM12,000.

Apabila wang dalam akaun dua itu menyamai gaji selama enam bulan, pada bulan seterusnya pula ambil wang sebanyak 20 peratus itu untuk disimpan dalam akaun satu iaitu akaun simpanan. Setiap suami dan isteri perlu menyimpan di dalam akaun kecemasan sebanyak enam kali gaji kasar yang mereka terima setiap bulan.

  • Gunakan wang dalam akaun satu untuk melabur di tempat yang sah di sisi undang-undang. Tujuannya untuk mengelakkan wang dimakan oleh inflasi serta menjamin keperluan semasa dan masa depan terutama ketika kos barangan semakin tinggi.


  • Jangan gunakan wang dalam akaun kecemasan untuk kegunaan peribadi yang tiada kaitan dengan keperluan kecemasan. Antara kes kecemasan adalah kemalangan dan kerosakan kereta.

  • Jangan rompak diri sendiri yang lazimnya berlaku bila anda atau pasangan tidak dapat mendisiplinkan diri. Ini berlaku bila semua wang gaji dibelanjakan dan tiada wang kecemasan.

  • Pastikan diri dilengkapi pelbagai adab seperti adab masuk ke pasar raya. Apabila memasuki pasar raya, pastikan diri tidak berada dalam keadaan lapar dan masuk dengan membawa senarai.

  • Pastikan diri dan pasangan membentangkan bajet keluarga pada setiap bulan di atas meja makan untuk mengetahui perbelanjaan semasa.


  • Kesilapan dalam merancang wang gaji menyebabkan diri menanggung bebanan hutang sepanjang hayat.

  • Jangan biarkan bank menentukan masa depan dengan membiarkan mereka menentukan jumlah pinjaman yang perlu anda ambil.


  • Jangan mengambil pinjaman maksimum untuk harta yang membebankan seperti kereta. Sebaiknya ambil pinjaman yang tidak melebihi empat tahun.

  • Terus mendalami ilmu kewangan kerana setiap hari ada pelbagai perangkap kewangan yang mampu menyebabkan diri merana sepanjang hayat. Beringat sebelum kena terutama kad kredit dan skim ansuran mudah yang mampu menjadikan diri hamba kepadanya sepanjang hayat.
  • Kuku Lambang Keperibadian

    SELAIN wajah, kulit dan rambut, bahagian tubuh yang mampu menyerlahkan lagi kejelitaan wanita adalah kebersihan dan kecantikan kuku.

    Ramai yang sering terlepas pandang untuk memberi perhatian seimbang kepada penjagaan kuku tangan dan kaki.


    Hakikatnya, tidak ramai sedar penjagaan kuku sama penting dengan muka dan badan. Kuku menjadi lambang imej yang mencerminkan keperibadian dan tahap kebersihan seseorang.

    Justeru, secantik manapun seseorang wanita, jika kuku nampak tidak bermaya, rosak atau bertukar warna, pastinya akan mencacatkan keseluruhan penampilan diri.

    Untuk mendapatkan kuku yang sihat dan menawan, salun eksklusif Amante di Aman Suria Damansara, Petaling Jaya yang dibuka tiga tahun lalu, menawarkan penjagaan rapi dan rawatan spa kuku dalam suasana persekitaran mewah, penuh selesa serta santai.

    Tidak seperti salun kuku lain, menariknya, bagi wanita Muslimah yang menjalani rawatan spa dan tidak memakai pewarna kuku, Amante yang bermaksud ‘kekasih’ dalam bahasa Sepanyol turut menyediakan khidmat mengilatkan kuku secara percuma.

    Kehadiran rangkaian jenama pewarna kuku dan produk berkualiti OPI yang digunakan Amante untuk membersih, melembap, merawat serta membelai kuku tangan dan kaki memudahkan wanita terutama mereka yang sering kesuntukan masa.

    Apa salahnya melaburkan sedikit masa dan wang untuk melakukan rawatan penjagaan intensif kuku. Selain memotong, membersih dan mengilat kuku mengikut cita rasa pelanggan, teknik mencuci, sental serta resapan vitamin diaplikasikan.

    Pengusahanya, Melanie Kam, berkata bagi membuang kotoran dan sel kulit kering, kulit kaki serta tangan disental sementara kedua-dua anggota itu juga dilembapkan dengan krim rawatan bagi mengurangkan kesan kedutan selain melembutkan lagi tekstur kulit.

    “Selain spa, paling penting wanita yang ingin mendapatkan kuku cantik dan seksi perlu mewarna kuku dengan rona warna bersesuaian dengan kuku dihiasi motif menarik dan kristal berkilauan serta bentuk tiga dimensi.

    “Di samping koleksi warna klasik, kami mempunyai warna mengikut aliran fesyen semasa dan koleksi musim. Jika pelanggan tidak pandai memadankan warna lembut dan garang mengikut kesesuaian baju serta majlis, kami sedia membantu,” katanya.

    Permintaan tinggi untuk rawatan spa kuku juga membuatkan Amante semakin popular khususnya di kalangan pelanggan di sekitar Damansara.

    Selain menyediakan khidmat spa kuku, Amante antara lain menawarkan rawatan muka, urut aromaterapi, urutan batu hangat serta rawatan mengempiskan perut dan punggung.

    Melanie turut memiliki sebuah lagi salun di Bandar Bukit Tinggi 2, Klang dan bercadang membuka tiga salun iaitu di Mont Kiara, Petaling Jaya dan Taipan, Subang, tahun ini.



    >Info

    Petua menjaga kuku:

  • Amalkan penjagaan kuku yang rapi dengan kerap membasuh, mengering dan melembapkan kuku tangan serta kaki dengan krim rawatan dan losen.

  • Kerap mengurut bahagian kutikel supaya kuku tangan tumbuh dengan baik, tidak mudah rapuh dan patah serta sentiasa kuat. Kuku kaki pula perlu disental untuk membuang kulit keras.

  • Jangan memotong kuku terlalu pendek atau mengorek cekam.

  • Elakkan tabiat menggigit kuku kerana ia akan memburukkan bentuk kuku.

  • Sesekali belanjakan wang dan masa untuk melakukan rawatan spa agar kuku sentiasa sihat dan kuat.

  • Bagi wanita Muslim yang tidak mewarnakan kuku, boleh mengilatkan saja kuku untuk lebih menawan.
  • Jaga Makan Hidup Ceria

    KEKURANGAN khasiat di dalam tubuh tentu memudaratkan diri.

    Contohnya, osteoporosis berlaku akibat kekurangan kalsium. Untuk mengatasinya, amalkan pengambilan beberapa kelompok makanan seperti susu, produk tenusu, sayur-sa yuran berdaun hijau, ikan sardin dan kacang soya, seperti disarankan dalam buku Resipi Sihat, Pilihan Bijak terbitan Persatuan Pemakanan Malaysia.


    Kekurangan zat besi pula bukan saja dikaitkan dengan anemia malah ia boleh menyebabkan seseorang kurang kemampuan untuk bekerja dan belajar. Selain itu, kekurangan khasiat berkenaan boleh meningkatkan risiko kematian ketika kehamilan dan kelahiran anak.

    Zat besi lazimnya diperoleh daripada hati, kuning telur, daging tanpa lemak dan sayur-sayuran berdaun hijau.

    Masalah sembelit secara kronik sering dikaitkan dengan kekurangan pengambilan serabut. Malah, kekurangannya juga boleh menyebabkan masalah lain seperti penyakit salur usus dan buasir serta meningkatkan risiko penyakit jantung serta kencing manis.

    Makanan yang mengandungi serabut pula boleh didapati di dalam kekacang kering, kekacang, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.

    Kekurangan iodin dalam tubuh pula boleh menyebabkan masalah seperti beguk serta bengkak pada kelenjar tiroid. Iodin banyak didapati menerusi makanan laut seperti tiram, ikan, lala, udang galah dan ikan sardin serta rumpai laut.

    Kekurangan zat terbabit juga berisiko untuk meningkatkan kadar kematian bayi dalam kandungan, kadar keguguran dan kematian bayi di samping penyakit berkaitan saraf dan otot di kalangan kanak-kanak.

    Tuesday, April 29, 2008

    Hidup Seorang Mahasiswi

    Hidup dulu dengan sekarang. Apa bezanya??

    Dulu aku seorang pelajar sekolah. Tiap2 hari uniform kain biru tua, baju biru muda dengan tudung putih yang aku sarungkan. Pengawas sekolah lah katakan,,padahal diri sendiri yang tak berdisiplin (",)..
    "Aaa??Bestnya dia dapat masuk u. Dapat u mana yea??Ape??UPSI??Emm,,mesti result tinggi kan??"..Bila dengan kakak2 dan abang2 kawan termasuk lah kakak2 dan abang aku dapat masuk universiti macam best je..Rasa macam terer sangat. Hehe..Pastu berangan nak pilih universiti mana. Tak nak UM sebab dah 2 orang dalam keluarga masuk universiti tu. USM tu kawasan orang Cina, tak nak jugak. UKM dah ade kakak yang belajar kat situ. Kalau UPM nak ambil kos ape. Kakak kedua aku cakap "Jadi cikgu lah senang, keluar esok2 terus dapat kerja"..Cikgu??Cikgu Haniem??hahaha..Macam kelakar je bunyi nyer..Sombong betul,,tak pandang langsung bidang perguruan. Tak nak lah cikgu. Nak ambil Medic boleh jadi doktor..Berangan bukan cita-cita. Itulah padahnya. Tapi niat nak jadi doktor tue niat terpesong sebab nak ikut secret admire. Hehe..

    Tapi sekarang hidup aku dah jadi mahasiswi. Macam tak percaya. Sekejap je masa berlalu. Rasa baru macam semalam duk pilih2 nak jadi ape. Ingat lagi masa darjah 1. Balik sekolah, "mak, adik nak jadi cikgu bahasa Inggeris sebab BI dapat 100%"..Hampreh betol..BI dapat 100% terus je nak jadi cikgu BI..Konon nya terer sangat la tu..Tapi apa yang aku pernah sebut yang pertama dulu rupanya jadi kenyataan. Walaupun bukan cikgu BI, jadi cikgu Fizik, tapi Fizik dalam BI juga..hehehe..Nak jadi cikgu BI??Result SPM, BI pun dapat C..hehehe..Tapi walau apa pun,,aku bahagia dengan hidup aku sekarang. Belajar fizik dari dulu, kini dan selamanya..Fizik laa dunia aku..Hidup sebagai mahasiswi best ke??Dulu ingat macam best sebab dah jadi orang dewasa, boleh buat apa saja, dah tak payah pakai baju sekolah, tak ada peraturan sekolah, tak ada peraturan asrama, tak makan makanan macam asrama..pehhh..berlagak tul..hahaha..sekarang hidup dikelilingi dengan assignment yang boleh buat otak aku jadi BIOL, persaingan sengit nak dapat kan pointer terbaik, tension bila dengar kawan dapat dean list, maklumlah aku ni tergolong dalam golongan orang yang sederhana saja. Ini bukan takdir, tapi suratan untuk orang yang MALAS macam aku..hehehe..Ok laa..Aku nak study dah..Esok Final Exam untuk Paper Kimia..Conclusion aku,,hidup macam budak sekolah ke, mahasiswi ke, tetap sama membesar sebagai seorang manusia normal (",)..

    Waallahu'alam..

    Air Paip Pun Bahaya??

    Kehadiran hormon estrogen yang berlebihan di dalam air paip di rumah boleh mengganggu pembentukan sperma yang baik.

    ....Penemuan ini membawa kepada perkaitan kemandulan di kalangan lelaki di negara ini kerana kehadiran hormon estrogen yang berlebihan boleh mengganggu pembentukan sperma yang baik yang diperlukan untuk mempersenyawakan sel telur.

    Hormon yang dipercayai datang daripada hasil ternakan ladang yang disuntik untuk mendapatkan daging yang lebih banyak itu tidak dapat ditapis atau dibersihkan sepenuhnya...

    kat singapore..estrogen banyak dalam air sebab pill perancang..bila wanita buang air..air tersebut akan diproses,diminum semula dan kitaran belaku berkali-kali..jadi sebab itu tahap ketidaksuburan di singapore tinggi ' sperma sudah tiada kualiti.

    Bahagianya Seperti Ini..

    Tips ini adalah untuk pasangan yang sah dinikahkan, bagi yang belum tu, boleh jugak baca untuk knowledge

    1. Anggap pasangan seperti diri sendiri

    Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi apatah lagi pasangan suami dan isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh banyak pasangan. Pasangan anda adalah cerminan diri anda sendiri. Kemana pun anda pergi potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumahtangga akan menjadi bahagia.

    2. Isteri bukan pembantu rumah

    Banyak suami menganggap bahawa kerja-kerja rumah adalah tanggungjawab isteri seratus peratus. Walhal dalam Islam sendiri tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja-kerja rumah. Cuma, ajaran Islam mengatakan bahawa wanita berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaik akan dijamin masuk syurga. Itu sahaja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja-kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.

    3. Isteri adalah manusia

    Mereka ialah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka redha dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.

    4. Ingat tarikh penting

    Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal.

    Cukup sekadar seutas jam ataupun sehelai tudung. Jika ‘budget’ anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai. Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya seperti ‘terima kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini’

    5. Bantu ringankan tugas isteri

    Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah. Maka suamipun perlu membantu. Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira dan tersenyum.

    6. Bawa isteri berehat

    Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya. Kerana isteri tidak dapat menghidu apakah yang dilakukan di belakangya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat-tempat peranginan yang menarik seperti Genting Highlands ataupun Fraser Hills.
    Walaupun ia nampak remeh, tetapi setiap isteri pasti akan menghargai saat-saat manis sewaktu berehat di situ.

    7. Ciuman khas untuk isterimu

    Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketiak dia berehat setelah begitu penat bekerja. Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri.

    8. Beri pujian kepada isteri

    Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur. Memanglah wajar isteri penat jika dia terpaksa bangun pagi seawal lima pagi bagi memastikan semuanya beres demi kemudahan suami dan anak-anak. Kemudian tidur pula paling lewat kerana sibuk menyediakan persiapan untuk esok hari.

    9. Dengar pendapat isteri

    Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu-isu semasa boleh dijadikan sebagai ‘ice-breaking’. Kemudian, berbincanglah tentang hal rumahtangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri tentang problem kerjanya. Malah isteri tentu berminat hendak mengetahui ‘gosip’ pejabat selepas seharian berhempas pulas di rumah. Dari situ isteri dapat mengenali karektor rakan-rakan pejabat suami secara tidak langsung.

    10. Penuhi hajat isteri

    Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah mesin basuh ataupun mesih jahit, pihak suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya. Bagaimanapun, jika anda tidak berjaya memenuhi hajat isteri untuk masa yang terdekat, simpanlah hajat isteri anda itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak. Bukankah pemberian itu melambangkan habawa anda adalah suami yang amat menghargai pengorbanan isteri.

    Selamat menunaikan tanggungjawab masing-masing dengan seikhlasnya……….

    Tatapan Untuk Kaum Adam Bergelar Suami

    Untuk kaum lelaki bernama SUAMI & rujukan untuk kaum ISTERI - Dr. Fadhilah Kamsah

    Salam semua,, Sekiranya ada kebenaran dari apa yang di nyatakan di bawah
    simpan untuk ingatan dan jadikan panduan demi kebaikan rumah tangga..


    1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri
    yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

    2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga
    luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan
    tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses
    informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

    3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara
    isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias
    isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.

    4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih.
    Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
    I thought wives are only supposed to provide that service, bukannya
    jaga anak, masak, mencuci dan sebagainya!

    5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih
    dari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruhnya cebok kencing dan
    berak anak sedangkan suami duduk tersandar tengok ASTRO dan kekenyangan macam maharaja.

    6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax
    sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk
    dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata
    dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan
    rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

    7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk
    isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma
    ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Frust, tau tak!

    8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritahu isteri dulu,
    kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang
    best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri
    kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok
    belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma
    masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan
    perbelanjaan keluarga). Dah tau member nak datang suami kena lah tolong kemas
    jugak!

    9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang
    semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin
    dulu.

    10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu Kenapa boleh
    control kentut? kalau isteri kentut depan suami macam mana pulak?

    11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda Cuma
    main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan
    sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau. (So i guess mak mertua boleh buat apa saja
    and cakap apa saja kat para suami ni?)

    12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

    13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh,
    jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya
    perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi
    itulah dia rela nak tolong.

    14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan
    dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah,
    bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu
    barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke
    nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

    15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda
    dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali.
    Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

    16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri
    pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi
    diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri
    sendiri.

    17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak
    boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate,
    jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

    18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara
    baik, jangan asyik nak menengking saja. Kalau awak sakit nak mati
    nanti, siapa yang kena jaga awak? bye jual roti? Apek jual sayur?
    Jiran sebelah rumah awak?

    19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa
    doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai
    isteri nak mampus pun tak perasan.

    20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat.
    Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat
    isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling
    menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila
    dah mati nanti.

    21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti
    yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar
    kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum
    tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar
    kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga
    belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya
    dengar dari seorang ustaz.

    22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian
    rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau
    suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

    23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati.
    Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati
    orang perempuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah,
    perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami
    boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan
    kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang
    perempuan ni enteng sahaja.


    Allah s.w.t. berfirman

    "Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu,
    sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan"


    -----------------
    ya ALLAH, hamba mohon rahmatMU, keredhaanMU dan keampunanMU, amin..

    Muhasabah Diri..

    KENAPA AKU DIUJI?


    "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

    KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?


    "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

    KENAPA UJIAN SEBERAT INI?


    "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286

    RASA FRUST?


    "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

    BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?


    "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200
    "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45

    APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?


    "Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
    -Surah At-Taubah ayat 111

    KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?


    "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129

    AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!


    "... ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
    -Surah Yusuf ayat 12

    50 rangsangan mudah menjadikan anak bijak

    Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama. .. jenis-jenis interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda tidak tidur malam meredakan tangisannya) . 50 aktiviti menarik (dan berdasarkan sains) yg disyorkan ini pasti membuahkan hasil.

    1. BERTENTANG MATA. Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adlah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.


    2. BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA. Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.

    3. JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN. Lakikan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi Iqnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya.

    4. JELIRKAN LIDAH. Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah – ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.
    5. HASILKAN BUKU BINATANG. Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, ‘bacalah’ buku itu bersama-sma sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.

    6. GELETEKLAH BAYI ANDA. Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti ‘cak cekur’ dan ‘labah-labah panjat perigi’ dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.


    7. TUNJUKKAN PERBEZAAN. Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dam pembacaan apabila dia besar kelak.


    8. BERKONGSI PANDANGAN. Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. “Tengok anak kucing tu” atau “Besarkan pokok ni!” atau “ Dengar tak bunyi bomba tu?” – untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.


    9. NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA. Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri (“mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin….”). Mainkan lagu Beethoven atau Beatles… Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.

    10. GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA. Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.

    11. SENTUH DAN RASA. Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.

    12. PERGI MEMBELI-BELAH. Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.

    13. BERI KATA KUNCI. Jika anda berkata “Mak nak buka lampu ni,” sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.

    14. BERI KEJUTAN. Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.

    15. SEDIAKAN BANYAK TISU. Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.

    16. BACA BUKU. Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan – ia dipercayai membantunya belajar bahasa.

    17. MAIN CAK-CAK. Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.

    18. JANGAN LUPA REHAT. Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda – tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.

    19. MAIN DENGAN WARNA. Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.

    20. BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA. Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza – termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

    21. ANGKATKAN SAHAJA. Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.

    22. BIAR DIA MEMBEBEL. Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.
    23. LATIHAN MENEKA. Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.

    24. BINA LALUAN HALANGAN. Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atu permainan dia tas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi bagaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.

    25. IKUT RENTAKNYA. Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.

    26. BUAT MUKA LAWAK. Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.

    27. RASA SEKELILING ANDA. Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me’label’ barangan tersebut.

    28. CERITAKAN KISAH DONGENG. Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.

    29. BAYANGAN WAJAH. Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi “yang lagi satu” senyum dan melambai padanya.

    30. (KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS. Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira – dan boleh berlatih menghafal nama warna.

    31. GOYANGKAN BADAN. Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.

    32. JADILAH TAMAN PERMAINAN. Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.

    33. KIRA SEMUANYA. Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.

    34. GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA. Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan Tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak (“adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?”) sehinggalah ke soalan konkrit (“Pernah tak adik nampak kucing putih?”)

    35. TUTUP TV. Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan drngan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya

    36. TUKAR PEMANDANGAN. Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.

    37. MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA. Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dlam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar – dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya) .

    38. RAKAM VIDEO UNTUKNYA. Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.

    39. MAIN HUJAN. Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.

    40. MENANGKAP SERANGGA. Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.

    41. BERGURAU-SENDA. Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakana “Ini Ibu.” Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan ‘gurauan’ anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.

    42. MAIN DENGAN PAKAIAN. Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.

    43. AJAR TENTANG ISIPADU. Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.
    44. HASILKAN ALBUM KELUARGA. Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.

    45. SURUH ANAK MEMBUAT KERJA. Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.
    46. PERGI KE PERPUSTAKAAN. Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.

    47. CONTOHI CARA SESAME STREET. Khaskan satu minggu untuk satu abjad. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.

    48. MAIN BERULANG-ULANG. Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.


    49. MAIN “TIRU-MENIRU”. Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda.
    Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.

    50. BERCAKAP TENTANG PERASAAN. Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti.

    Selamat Ulangtahun Keputerian ke 21


    28 April 1987; 10.20 pm

    Derita seorang ibu menanggung kesakitan untuk melahirkan seorang puteri yang dikandungnya 9 bulan. Namun penderitaan ini ditahan, dikuatkan dengan semangat dalam diri agar kesakitan ini dapat dilalui. Tangisan seorang bayi perempuan menghilangkan kesakitan tadi. Lantas dikucup pipi yang masih lagi merah dengan darah. Dibisikkan dengan kata-kata 'semoga menjadi anak yang baik pabila besar nanti'..Bayi itulah seorang aku..

    28 April 2008; 00.03am

    Hari ni genap usia ku 21 tahun meniti perjalanan di muka bumi ini. Bertambahnya usia mendekatkan lagi dengan kematian. Insaf diri ini pabila menerima msg daripada seorang kawan mengingatkan tentang kematian. Namun, sepanjang 21 tahun aku menyedut udara Allah ini, apakah sudah cukup amalan ku??Soalan ini kembali menginsafkan diri ini. Di saat ini aku masih di medan peperiksaan final..bukan medan perang yea..hehehe.. Doakan semoga diri ini berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan akhir ini..

    Kek yang kt atas tu adalah pemberian kawan baik aku (bakal tunang lebih kurang)..huhu..ucapan terima kasih kepada Mohd Zubir bin Abdul Rahman kerana sanggup buat surprise untuk besday girl ni..ucapan terima kasih juga untuk housemate aku kerana mengorbankan masa untuk beli kek, kad, makanan sume untuk celebrate my besday..Sayang korang sume..Ni la first celebrate yang aku terima sepanjang 2 tahun blaja kt univ. ni..yela, sb tahun lepas aku balik awal coz habis exam pon awal..hehe..kat matric pon x sempat sebab habis exam awal jugak..so, tahun ni jea aku habis exam lambat dari orang lain menyebabkan besday aku sempat di sambut..walaupun aku dah 21 tahun, tapi aku still awek muda..prove??haha..tengok kek kat atas tue,,dah 21 tahun pon still di panggil baby..wawawawa..another prove??gi memane jea, orang akan tanye aku,, "dik skolah kat mane??"..aku dengan segan silu jawab,,"da x skolah, blaja kt u"..nanti bile aku dah jadi cikgu aku dah xleh jawab blaja kat u lagi sebab dah kuar u..so, kalu ade orang lain tanye same question, aku jawab laa nama skolah yang aku ngaja dan aku pasti dorang akan ingat aku budak skolah lagi kecuali kalau aku dah kawen and jadi mak buyung,, xkan ade lagi orang tanye aku skolah mane..kalu ade,, memang orang tu la yang sewel..hehehe..

    Akhirnya berjaya..

    Salam kpd pembaca blog ini..
    akhirnya aku telah berjaya create blog ni..story about blog ni camni..dah lame aku terfikir untuk nak create,,tapi x reti..huhuhu..akhirnya explore sampaikan terjumpe laa cara nak create blog..dah jumpe cara nak create,,kena fikir plak nak tulis title ape..room mate aku yang baru bangun tido tu terus aku serbu dengan pelbagai soalan..blog ni nak wat tajuk ape??kalu tajuk camni ok x??kalu camni plak ok??dia yang mamai lagi terpaksa laa berhempas pulas memikirkan tajuk yang sesuai untuk blog aku..thanks mis..hehehe..tapi pape pon,,alhamdulillah akhirnye aku berjaya mencipta blog ni..mungkin x brape menarik untuk permulaannya..nnti kalau ade mase lapang aku akan upgrade kan lagi blog ni..thanks kepada sesiapa yang sudi bace ye..crite yang di tulis dalam ni pasal kehidupan aku mase zaman muda,,mase skang dan maybe mase akan datang..
    waallahualam..

     

    blogger templates 3 columns | Make Money Online