:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Sunday, July 17, 2011

Hadeef Zafran 10 Bulan


assalamualaikum .. hi semua..

waaaaa... lamenye tak merapu merapan kat blog ni.. kalu blog ni adalah besi, dah berkarat dah, layak dijual kat org beli besi buruk jew.. huhuhu.. nasib kau ni bukan besi blog, tak der la aku nak jual kau ye.. kalu tak, habis madu sepah dibuang lah gamaknya.. kekeke...


bukan sengaja niat tak nak hapdet blog, tapi kadang2 tersengaja jugak sbb kekangan masa.. idea menimbun2 nak cite itu ini, tapi masa pulak jeles nak bagi aku duk dengan aman depan laptop untuk hapdet cite baru nih.. aishhhh.. aku ta maen aaa curi2 mase ni... tak baik mencuri ni kak kiah ye.. =)


lama dah tak mencatat pasal hadeef zafran.. sori sayang.. tokey kecik tu skang pun ngah sibuk.. maklum la, ade kedai kecik kt umah ni memang dia la orang paling bz.. bz menolong mami memunggah barang2 dari rak ke lantai.. aiyyyoooo... poning hah kopalo den.. balik2 sekolah terus pengsan...


hadeef skang dah boleh berjalan, tp kene pegang la.. pegang pada mane2 tempat dan berjalan lah sesuke hati dia.. kalu dulu nak berdiri tanpa pegang memana dia tak confident, skang dah confident berdiri sendiri sambil sengih2.. lama la jugak dia berdiri lebih kurang 5-10 minit, tapi dia takut nak langkah.. so, bile nak langkah je mesti pegang ape2..


homeschooling for baby hadeef zafran...siang maknya dah jadi cikgu, malam pun mak dia jugak jadi cg.. haiyyyaaa...


bab merajuk yg paling aku suke tengok.. cara hadeef merajuk dia akan meniarap dan sembam muke ke lantai sambil menangis kalu aku tak bg barang dia nak atau halang dia wat ape2.. hari tu hadeef marajuk dgn baba dia.. tp baba dia tak layan.. patut kah??keke.. lepas hadeef buat aksi dramatik tu, dia bangun masuk bilik dan sambung nangis dalam bilik.. aku gelak guling2 bile en zubir cite.. hai anak.. pandai kau nak merajuk2 pulak dah... nasib merajuk gaya sopan.. kalu maen baling2 barang, mak haih, pengsan kali kedua la aku jawabnya..


gigit epal.. dengki dengan baba makan epal, lalu hadeef merampas kuasa mutlak pada epal tu.. ekkeke


sampai ke hari ni hadeef fully BF.. alhamdulillah.. dan rase sangat berpuas hati bile aku dapat ajak cg2 di skolah aku untuk sama2 BF anak.. dan ade 2 3 orang yg mintak aku tolong ajarkan camne cara nak simpan EBM, nak bg anak minum EBM, BP ape yg terbaik, bak kate semua mende tentang BF dorang mintak aku ajar.. sampai ade cg2 situ cakap, rupenye ade cara nak fully BF.. tinggal kite nak atau tak nak je...


alhamdulillah.. walaupun tak semeriah ibu2 BF lain, tp cukup lah kot buat back up time bulan pose nanti..


pasal HZ Baby Village.. alhamdulillah, rezeki ALLAH sangat luas.. dah makin ramai yang kenal kedai ni.. dah makin ramai pelanggan.. cuma, pelanggan HZ Baby Village ramai area kuantan.. sbb tu bile tengok kt Valued Customer, ramai yang COD.. sbb di antara mereka adalh first time user, so, depa ni seme nak tengok depan mata la material cloth diapers ni camne.. dah alang2 datang umah, jadi aku pun terus ajar camne nak gune, nak basuh, nak strip wash ect.. semua ni dah ada dalam blogshop HZ Baby Village, tapi lebih senang difahami jika penerangan melalui lisan kan??



3 Comments:

Sitisifir10 said...

Tahniah...tahniah untuk semuanya, tahniah pasal Hadeef, tahniah pasal full bf, tahniah pasal kedai :) semoga terus berjaya

Mami Hadeef said...

mekasih kak siti...

BLOG UNTUK ANAKKU said...

pakai Cd, Fully BF, woooo, besar cabarannya...

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online