:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Saturday, July 23, 2011

hepi day again and again!!!!

hepi day is coming again......

feel free to visit HZ Baby Village..

http://zafranbabyvillage.blogspot.com



This price valid for hepi day only...


Sunday, July 17, 2011

Hadeef Zafran 10 Bulan


assalamualaikum .. hi semua..

waaaaa... lamenye tak merapu merapan kat blog ni.. kalu blog ni adalah besi, dah berkarat dah, layak dijual kat org beli besi buruk jew.. huhuhu.. nasib kau ni bukan besi blog, tak der la aku nak jual kau ye.. kalu tak, habis madu sepah dibuang lah gamaknya.. kekeke...


bukan sengaja niat tak nak hapdet blog, tapi kadang2 tersengaja jugak sbb kekangan masa.. idea menimbun2 nak cite itu ini, tapi masa pulak jeles nak bagi aku duk dengan aman depan laptop untuk hapdet cite baru nih.. aishhhh.. aku ta maen aaa curi2 mase ni... tak baik mencuri ni kak kiah ye.. =)


lama dah tak mencatat pasal hadeef zafran.. sori sayang.. tokey kecik tu skang pun ngah sibuk.. maklum la, ade kedai kecik kt umah ni memang dia la orang paling bz.. bz menolong mami memunggah barang2 dari rak ke lantai.. aiyyyoooo... poning hah kopalo den.. balik2 sekolah terus pengsan...


hadeef skang dah boleh berjalan, tp kene pegang la.. pegang pada mane2 tempat dan berjalan lah sesuke hati dia.. kalu dulu nak berdiri tanpa pegang memana dia tak confident, skang dah confident berdiri sendiri sambil sengih2.. lama la jugak dia berdiri lebih kurang 5-10 minit, tapi dia takut nak langkah.. so, bile nak langkah je mesti pegang ape2..


homeschooling for baby hadeef zafran...siang maknya dah jadi cikgu, malam pun mak dia jugak jadi cg.. haiyyyaaa...


bab merajuk yg paling aku suke tengok.. cara hadeef merajuk dia akan meniarap dan sembam muke ke lantai sambil menangis kalu aku tak bg barang dia nak atau halang dia wat ape2.. hari tu hadeef marajuk dgn baba dia.. tp baba dia tak layan.. patut kah??keke.. lepas hadeef buat aksi dramatik tu, dia bangun masuk bilik dan sambung nangis dalam bilik.. aku gelak guling2 bile en zubir cite.. hai anak.. pandai kau nak merajuk2 pulak dah... nasib merajuk gaya sopan.. kalu maen baling2 barang, mak haih, pengsan kali kedua la aku jawabnya..


gigit epal.. dengki dengan baba makan epal, lalu hadeef merampas kuasa mutlak pada epal tu.. ekkeke


sampai ke hari ni hadeef fully BF.. alhamdulillah.. dan rase sangat berpuas hati bile aku dapat ajak cg2 di skolah aku untuk sama2 BF anak.. dan ade 2 3 orang yg mintak aku tolong ajarkan camne cara nak simpan EBM, nak bg anak minum EBM, BP ape yg terbaik, bak kate semua mende tentang BF dorang mintak aku ajar.. sampai ade cg2 situ cakap, rupenye ade cara nak fully BF.. tinggal kite nak atau tak nak je...


alhamdulillah.. walaupun tak semeriah ibu2 BF lain, tp cukup lah kot buat back up time bulan pose nanti..


pasal HZ Baby Village.. alhamdulillah, rezeki ALLAH sangat luas.. dah makin ramai yang kenal kedai ni.. dah makin ramai pelanggan.. cuma, pelanggan HZ Baby Village ramai area kuantan.. sbb tu bile tengok kt Valued Customer, ramai yang COD.. sbb di antara mereka adalh first time user, so, depa ni seme nak tengok depan mata la material cloth diapers ni camne.. dah alang2 datang umah, jadi aku pun terus ajar camne nak gune, nak basuh, nak strip wash ect.. semua ni dah ada dalam blogshop HZ Baby Village, tapi lebih senang difahami jika penerangan melalui lisan kan??



Monday, July 11, 2011

Pengumuman : Senarai Pemenang

naik juling mate mami hadeef nak pilih pemenang.. kene teliti bebetul samada peserta ni ikut syarat ke tak.. ade yg tak jadi follower, ada yang jadi follower aniemz, tp tak jadi follower HZ Baby Village, ade jugak yang dah jadi follower, tapi tak tulis entri.. so, semua tu tak ikut syarat contest la kan..


dengan berbantukan CEO HZ Baby Village, maka inilah keputusan muktamad.. tak der nafi2 lagi.. mami hadeef pilih final list, kemudian CEO HZ Baby Village yang cabut undi tanpa ragu2.. lepas je cabut undi, kertas tu masuk mulut kemudian kunyah2 macam biskut.. adehhhh...


tahniah kepada pemenang.. eh, nak mami hadeef gitau semula ke hadiah nya? okeh, ni hadiah yang bakal digondol oleh pemenang2... ececece..
2 orang pemenang saguhati setiap kategori akan menerima;


Kategori A;

Pemenang utama ;

Saguhati ;



Kategori B;

Pemenang Utama;

Saguhati;
Ibu Alisha

kepada pemenang utama setiap kategori, sila tinggalkan komen dalam entri ni dgn menulis nama penuh, alamat dan no hp serta pilih warna apa yg anda berminat untuk Charcoal Bamboo Papoose, corak mane yang berkenan untuk Sunny Baby Minky dan busha legging.. sila terjah blog HZ Baby Village ye..

* tertakhluk pada terma dan syarat-- untuk sunny baby minky, banyak corak out of stock sbb kami tak sempat nak order dgn supplier.. kalu nak tunggu stock sampai pun blh je..

kepada pemenang saguhati, anda kene belanjakan voucher RM 5 tu dlm HZ Baby Village.. tak boleh ditukar dgn duit..

***sekian***


Monday, July 4, 2011

Update Senarai Peserta..


tamat sudah HZ Baby Village.. kepada sesiapa yang sudah join, berbillion2 terima kasih diucapkan kerana sudi memeriahkan contest ni.. kepada yang ade niat, dah tampal banner di belog, tapi belum buat entri, harap maaf.. contest sudah berakhir pada jam 3.20 pm tadi bersempena dgn hadeef 10 bulan.. yang tak tau pun ade contest, tp baru perasaan hari ni, harap maaf juge.. anda dah terlambat ye.. lain kali mami hadeef buat lagi..

walaupun sambutan kurang memberangsangkan, tapi kire oke la.. peserta yg join pun tak terasa sgt persaingan.. keke.. lagi pun, mami hadeef tak dan nak invite ramai org utk join contest ni.. jom kite tgk senarai peserta di bawah;

Kategori A;



***** penting: kalau ade saye tak senaraikan, atau salah senarai kan kategori, let me know ye..

pemenang akan diumumkan pada ;

11 July 2011, jam 3.20 pm

Tunggu!!!!!!!!!!!!!!!!!!

HZ Baby Village Contest

Buat pertama kalinya HZ BABY VILLAGE buat contest untuk memperkenalkan kedai hadeef kepada semua.. eh, pesal skema pulak ayat I neh.. ececece..

Contest terbahagi kepada 2 kategori:

Kategori A ; kategori ibu2 bapak2 yang berpengalaman memakaikan anaknya cloth diapers samada fully ber'CD' atau cilop2 selang seli dengan DD..


Kategori B ; kategori ibu2 bapak2 yang belum mencuba memakaikan cloth diapers kepada anaknya, berkeinginan untuk mencuba, tapi rase tak confident untuk nak basuh setiap hari.. amekawww....


Apa perlu buat?? oh, sila baca dulu syarat contest;

1. terbuka kepada rakyat malaysia terutama ibu2 bapak2 di luar sane..

2. yang beralamat di malaysia.. alamat indon ke, bangla ke I reject okeh..

3. jadi follower HZ BABY VILLAGE.. wajib..

4. masukkan banner contest nih dalam entri anda..




5. setiap penyertaan mesti ada satu gambar anak yg memakai CD.. wajib.. nak letak lebih pun boleh.. syarat ni untuk peserta contest kategori A sahaja..

6. dah siap mengarang, sila tinggalkan link anda dalam komen entri contest ni..

7. Tag 3 orang kawan anda untuk menyertai contest ini..

8. tarikh tutup penyertaan adalah pada 4 JULAI 2011 jam 3.20 pm bersempena dengan tauke kedai yang berumur genap 10 bulan..

anda hanya perlu buat ???

ceritakan apa yang anda tau tentang cloth diapers / pengalaman memakaikan kepada si cumill / pengalaman manis dan pahit sepanjang menggunakan cloth diapers / apa2 saje yang anda rase bersesuaian..


dah penat mengarang entri panjang, mesti lah nak tau hadiah kan????


hadiah utama setiap kategori;

2 orang pemenang saguhati setiap kategori akan menerima;



jom join ramai2..







Friday, July 1, 2011

Hepi Day!!!!!!!!!

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online