:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Saturday, January 10, 2009

Diorang Tu Sem Berapa?

Hari Khamis lepas, anim n syikin pegi ke kampus.. nak beli buku KPT 2063 (Rancangan Instruksional).. Subjek pendidikan yg terakhir untuk pengajian anim dalam ijazah sarjana muda pendidikan + sains.. Pensyarah inform dekat kami, buku tu Prof. Madya Dr Yusop Hashim yg jual.. biliknya di bangunan IPSI.. bangunan di sebelah pintu pagar utamaUPSI.. jarang untuk ke sana melainkan jika ade hal..

2 fakulti yg ada dalam bangunan ni iaitu Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia dan Fakulti Sains Sukan.. memandangkan subjek ni bawah Fakulti Sains Kognitif dan Pemb. Manusia, sebab tu bilik pensyarahnya di bangunan ni.. dan bangunan ini bukanlah tempat fimiliar bagi anim sebab kami memang jarang ke sini melainkan ada urusan untuk subjek pendidikan..

Sampai je kat IPSI, terus ke bilik Prof. Madya Dr Yusop Hashim, tapi malang dia tak ada dalam bilik.. so, notis ada ditinggalkan diluar bilik meminta kepada pelajar yg mahu membeli buku supaya berjumpa dengan Cik Dalilah.. anim dan syikin hanya ingat nama Cik Dalilah je, tak tengok pulak biliknya di mana..

Memandangkan dah malas turun bawah utk ke bilik Prof, kami decide utk cari je bilik Cik tu.. tapi tak jumpe2.. sepanjang proses berjalan mencari bilik Cik Dalilah, anim ade terserempak dengan pelajar2 semester 1.. dorang pun tengah melilau mencari bilik pensyarah, tapi mungkin pensyarah yg berbeza..

Dalam notis Prof, bilik Cik tu kat tingkat 2.. cari2 tak jumpe.. satu bangunan kami tawaf.. sepanjang itu jugak la anim asek jumpe dengan pelajar2 sem 1 tadi.. dah takde tingkat 2, naik ke tingkat 3.. mane tau Prof salah bagitau.. naik tingkat 3,kami tawaf lagi.. dan melucukan kami jumpe balik pelajar2 sem 1 tadi..

Alih2, dengan kepenatan tahap cipan, anim dan syikin pun gelak.. sebab kelakar, pusing2 tempat yg berbeza akhirnya jumpe org yg sama, budak2 tadi.. last2, syikin ajak turun bawah.. pegi tengok balik notis tu.. rupenye Bilik Penyelidikan tempat Cik Dalilah tu duduk.. aiseh.. patut la tak jumpe2 biliknya.. haha..

Dah tau Bilik Penyelidikan, kami hanya aim kan ke sana je.. tapi tengok kat setiap pintu, tak de pun tulis Bilik Penyelidikan.. kt pintu akan dipaparkan nama pensyarah saja.. khusyuk2 tengah cari, jumpe lagi budak2 tadi.. bile anim dan syikin melewati tempat dorang duduk, anim pun terdengar salah seorang dari mereka cakap, "dorang tu sem berapa??" .. dan ade lah kawan dia mencelah,"agak2nya semester2 kot.."

Anim dan syikin senyum je.. malas nak menjawab sebab nak cepat.. akhirnya jumpe.. dan lepas tu, kami ke fakulti sains dan teknologi.. fakulti anim sendiri.. masuk pintu sebelah kanan sebab paling dekat dengn arah laluan kami..at last, tengok depan, aisehhh.. jumpe budak2 tadi lagi.. hahaha.. tergelak besar anim dengan syikin..

Tujuan anim n syikin ke fakulti sains tu sebab nak amik borang tambah/gugur kursus, tetapi budak2 tu ke bahagian akademik.. mereka pun memandang juga ke kami, tapi dengan wajah yg kepenatan.. kesian sunggh.. bila kerja dah selesai kat fakulti anim tu, anim pun cakap kat syikin,"asal kite tak jawab tadi kat budak2 tuh, akak dah sem 6 dik!!.."

0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online