:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Saturday, January 31, 2009

Macam mane mau pandai??

3 hari berturut-turut sudah anim ke library.. berkunjung ke sini untuk siapkan asemen.. memang sengaja balik awal ke UPSI berkorban mase cuti ni semata-mata menyempurnakan asemen yang galak bertimbun-timbun.. sebanrnya, tubuh letih tak hilang lagi memandangkan perjalanan dari Tanjong Malim-KL-Terengganu yang sememangnya jauh..tapi disebabkan sem ni sem yg byk kije, terpaksa laa pulang awal..

Sedih jugak tak dapat nak duk kt rumah lame2.. huhu.. itu pun hajat memang tak nak balik Trg, tapi kakak anim yg ajak.. fikir2 balik, kalau jadi pape kt kampung, nyesal tak sudah pulak.. lagipun, dah save duit untuk tambg balik sebab tumpang kakak je.. so, conclusionnya balik laa anim ke Trg selama 3 hari 2 malam.. hahaha.. mcam percutian je..

Start hari Rabu, anim ke library dgn syikin.. hari rabu just cari jurnal je untuk dibace..prepare untuk buar proposal.. best jugak ke library time tak de orang ni.. bebas nak wat pape.. tak serabut dengan org sagt.. kadang2 bile dh ramai, dorang ni bising2 jugak.. tmbah2 bunyi handset pun ade jugak.. tak silent.. tak senonoh betul laa.. hehehe..

Hari khamis, anim dah start cari bahan dan mulakan asemen KPT.. subjek pendidikan.. alhamdulillah, bergerak jugak asemen tuh.. pulun duk buat 2 hari, akhirnya hampir siap.. tak siap sepenuhnya lagi, tapi dah bulih tarik nafas lega.. sekarang tinggal untuk baca proposal dan praktis sikit untuk microteaching next week..

Hari ni niat di hati ke library untuk siapkan e-learning.. tapi disebbkan dah 3 hari berturut-turut ngadap laptop dan fikir2 kan idea2 utk penulisan ilmiah, hari ni rase nak rest sikit.. padahal semalam dah rest dah.. huhu.. asek main mesej je.. last2 mesej main anim sebab tertido.. ngeh3.. bile dh terlalu bz, take a little time to reward our body..

So, sekarang ni anim tengah godek2 blog orang.. bace blog orang.. masuk blog Zubir.. [KLIK].. blog ni blog rumah dia..so, seramai 7 org yg bulih akses blog tuh.blog yg menggunakan loghat klate sbgai bahsa pengantaraan.. terpeli'at lidah nak sebut one by one words yg ditulis tuh.. huh!! jenuh.. camne laa si penulis tuh tulis ek? tapi tak kesah laa sebab semua org dalam rumah tu orang klate..

Then, anim masuk satu blog lagi.. blog students medic uia.. [KLIK].. totally entri dalam BI.. terdetik dalam hati, 'bila aku mau pandai speaking ni??' .. tak suka akan BI.. memang tak pandai pun BI.. tapi bila dah keadaan memaksa utk berspeaking BI, I can do it.. bila keadaan yg ade pilihan macam tulis blog ni, anim prefer BM sebab bahsa kebggaan kita.. padahal tak reti BI..ngeh3..

Lagi2 bile nanti kene ngaja fizik dalam BI.. aduh..tapi ade jugak dengar ura-ura subjek sains dan matematik nak ditukar balik dalam BM.. itu satu berita gembira.. sebenarnya, sains ni bahasa tak penting.. content yg mesti master.. tapi hasrat kerajaan laksanakan Sains dalam BI biar pelajar bulih belajar 2 mende dalam 1 mase.. kesian jugak kt pelajar2 ni..

Baru ni anim ade terbaca laa dalam paper beberapa tokoh pendidik yg sememangnya membantah perlaksanaan Sains dan Matematik dalam BI ni.. anim bersetuju pendapat mereka.. agak membebankan students kene blaja Sains dan Matematik dlm BI.. utk subjek2 di U, anim tak kesah dalam Bi sebab dorang ni memang dh dilevelkan high level thinking.. iye ke?? ngeh3..

Kalu ikutkan Penyata Razak 1956 pun, bahasa Melayu yg perlu dijadikan bahasa pengantaraan di sekolah.. so, sekarang, bila Sains dan Matematik dalam BI, dah jadi BI yg bahasa utama di sekolah.. tapi ape2 pun, anim harap KPM mengkaji semula baik buruk perlaksanaan dasar tu.. apa yg penting?? kerjasama!!! ngeh3..

Thursday, January 29, 2009

Wanita dan Shopping..

Baru-baru ni anim berkesempatan untuk ke Sogo.. mendengar Sogo ade grand sale, nafsu seorang wanita untuk membeli sukar untuk ditolak tepi.. nafsu untuk shopping.. padahal duit bukan ade sangat pun.. kesian pakcik KPM bagi duit, I gune duit wat gi shopping.. huhu..

Sampai KL pukul 8 lebih.. ade seseorang menuggu di sana.. setelah sarapan kt Pudu, anim pun teus gerak ke Sogo naik LRT.. mase tu orang tak berapa ramai.. maklum laa.. pukul 9 lebih tuh, matahari baru jinak2 nak naik tinggi2 kt langit tuh.. cahaya matahari baru ade sikit sinar2nya.. Sogo bukak kul 10 pagi.. before tuh lepak2 je kat luar, tengok suasana di KL..

Bila Sogo bukak, terus je anim masuk.. haha.. macam tunggu orang bukak pintu pagar untuk masuk.. tapi that time, orang mmang tak ramai sangat laa.. anim pun jalan2 kt sekitar barangan lelaki dulu.. tengok2 kemeja, tie, kasut dan banyak lagi laa.. tak sampai sejam, Sogo terus penuh.. waahhh.. hebat sungguh...

Kebanyakkan yang membanjiri Sogo ni adalah golongan wanita.. mereka leka memilih barang2.. ade sesetngah part yang memang 50% less, dorang berebut2 seolah macam barang tuh free.. hahaha.. cik akak!! tu semua kene bayar tau..kelakar pun ade.. macam2 gaya..

Disebabkan Sogo tak de troli barang, stroller anak yang dijadikan tempat letak barang..adehhh.. si anak tu didukung oleh si bapak.. kesudahannya, si mama yang asyik leka pilih barang.. kiri kanan plastik barang..

Itu la suasana di Sogo bila sale.. wanita dan shopping.. no money no talk.. ok????

Solat Berjemaah & Teori Fizik..

Memandangkan anim tidak ada kelapangan masa untuk menaip entri kat blog, anim just cari artikel dari internet.. tak nak jugak biarkan blog menyepi.. nanti berdebu habis, susah nak bersihkan.. huhu.. mau bersin banyak kali kalu sapu debu tuh.. sebelum bersin banyak kali, anim pun post laa entri ni.. semoga mendapat manfaat dari entri ni.. selamat membaca.. ada pembaca ke?? ngeh3..sumbernya dari SINI..

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.


Friday, January 23, 2009

Jujur atau Lazer??

Ermm.. sebenarnya tak tau laa nak tulis camne.. tapi kadang2 anim terfikir anim ni jujur sangat ke atau mulut yang lazer?? kadang-kadang perlu untuk kite jujur means bile dah gitau tak der nak cakap2 belakang.. tapi bile dah terlalu jujur rasenya macam jadi lazer plak.. ntah laa..

-----------------------------------------------------------------------

Kes 1 :

Jujur dgn salah seorang kawan 1 rumah.. memandangkan pukul 8.40 pagi, lampu belum dipadamkan, anim pun tegur laa.. "nak guna lagi ke lampu ni..?".. dia jawab "tak nak.."... anim pun terus off kn lampu.. walaupun lampu dah off, dia still nampk utk masak sebab cuaca dah terang.. panas.. ade cahaya matahari Yang Esa lebih menerangi rumah tu..

Bila anim je off kan lampu, perwatakan dia jadi lain.. basuh kuali, senduk macam nak marah.. ade bunyi kurang enak untuk didengar.. anim tengah iron baju dan rum mate anim tengah kemas barang.. kami saling berpandangan dan hairan.. salah ke anim nak cuba jimat sedangkan kite dah tak perlu kan lampu tu??

Bukan lah ade peraturan untuk padamkan lampu pukul2 berapa.. tapi kami duk rumah sewa.. berjimat laa selagi boleh.. lain laa kalau anim padamkan lampu, dia nak potong bawang tak nampak, nak kacau gulai dalam periuk tak nampak.. ntah laaa..

Kes 2:

Meeting untuk buat program kat sekolah.. untuk nak bagi kewangan tak membebankan, anim cuba bagi cadangan laa.. untuk kurangkan kos pengangkutan ke sekolah tu memandangkan ade banyak lagi wang yang perlu dikeluarkn.. nak pi sekolah tu seramai 5orang, tapi bagi anim memadai sudah hanya 4 orang.. pengarah prog, ketua unit aktiviti dan sorang AJK bawah unit tu dan ketua unit makanan. utk ape lagi bawak timb. pgrah prog..

So, pengrah mcam nak bawak jugak.. anim straight forward tanye, "untuk ape si A nak pegi?? cukup laa pengrh dh ade.." pengrah nak jugak.. dia kate utk back up kalau ade terlepas pandg.. tak nak bagi terlepas pandg list kan dulu ape yg nak dibincangkan.. susah ke??

Then, lepas bincang2, pengarah cakap "aku tak nak laa ade orang yang tak puas hati nanti kalau pegi 2 buah kete.." semestinya ditujukan utk anim sebab anim yg sound dulu.. memang kawan2 lain cakap jugak tak setuju, tapi dorang just cakap kt belakang.. mane lebih baik?? tapi bile dah anim yg cakap depan, terfikir pulak, "jujur sgt ke anim ni?? terlalu berterus terang??"


----------------------------------------------------------------------

Ntah laa.. anim sendiri pun tak tau laa.. kadang2 fikir baik cakap terus terang apa yang tak setuju, apa yang salah tapi dengn cara yang betul laa utk nak cakap tu.. bagi anim jangan laa sampai orang tegur tak bulih.. anim sendiri pun orang tegur apa yang tak betul.. terima laa akan kekurangan diri kite.. dan feedback dari orang akan menyempurnakan diri kita yang semestinya tidak pernah sempurna..

Kebizian Tahap Serius..

Sem ni blog jadi kurang aktif.. bnyak mende yang nak diluahkan tetapi tiada masa yang mencukupi untuk meluangkan masa depan laptop dan menaip tentang apa yang ingin disampaikan.. sem ni still amik 18 kredit hours.. same jugak seperti2 sem lepas.. tak pernah kurang.. tapi kenapa sem ni bz sangat??

Sem ni merupakan sem kedua terakhir sebelum masuk sekolah untuk praktikal.. so semestinya sem ni anim kene bnyak buat preparation untuk praktikal dan preparation untuk memenuhi syarat mendapat ijazah sarjana muda sebelum nak tamatkan pengajian ni..

Sebenarnya kami pelajar2 fizik diberi pilihan samada untuk drop atau tak subjek Perancangan dan Perlaksanaan Kurikulum Fizik ni memandangkan praktikal tak jadi untuk semester 7.. sem lepas diuar-uar kan kami kene praktikal sem 7, sebab tu kena amik subjek tu sem 6.. bila fakulti bubarkan balik, jadi tak perlu lagi utk kami amik subjek tu..

Memandangkan Dr Nurul bagi pilihan untuk drop, ramai jugak yang drop subjek ni then amik sem depan.. yang tinggal hanya 1/4 daripada peljar fizik yang teguh nak amik jugak termasuk lah anim.. banyak reason if kalu amik sem ni.. pelajar Bio dan Kimia tak diberi pilihan pun rasenya untuk drop.. kalau anim tak silap laa..

Untuk kursus ni, kene buat lesson plan, micro teaching dan macro teaching.. then projek besarnya kene libatkan komuniti.. agak bz jugak laa.. tapi ni semua untuk preparation before kami ke sekolah untuk praktikal..

Bz yang satu lagi ni, kami kene siapkan proposal untuk buat tesis memandangkan kami ade lagi 2 semester.. tesis mesti disiapkan sebelum kami praktikal.. untuk sem ni kami kene siapkan proposal dulu dan refer pada supervisor.. untuk siapkan tesis, prefer sem depan.. if proposal diluluskan dan ade mase lebih, tak kesah nak mulakan pun dari sekarang..

So, itu laa kerja-kerja yang perlu kami siapkan.. 2 kerja, tapi memerlukan mase yang banyak untuk disetelkan disamping ade lagi tugasan dari subjek2 lain.. so, bz maaaa...

Tuesday, January 20, 2009

Suasana Pukul 8..

Memandangkan semesti ni anim ade 3 hari berturut2 kelas pukul 8, so menjadi satu idea pulak untuk nak tulis pasal suasana pukul 8 di UPSI.. sebenarnya dah lame tak de kelas kul 8 ni.. semester lepas paling awal kul 9.. tapi semester ni terus ade sampai 3 hari berturut.. ni bahagian akademik balas dendam ke ape?? hehe..

Disebabkan tadi agak lambat utk ke kelas.. maklum lah sarapan dulu yang dihidangkan oleh Siti Zubaidah Omar..haha.. Dah yang tolong sapukan butter kt roti.. thanks Dah.. kenyang perut before g kelas memandangkan kelas direct 3 jam.. kuar rumah dalam kul 7. 50 pagi camtu.. tersangat lah sibuk jalan depan kampus..

Untuk sem ni agak pertama kali la anim terperangkap dalam laluan.. ce waaahh.. jalan kaki je pun, tapi terperangkap jugak.. camne tuh?? maksud anim, nak lintas tu susah.. kete students lagi, pensyarah, kakitangan bukan akademik sume nak masuk pintu pagar.. agak crowded laa jalan depan kampus..

Bila dah berdiri lame sgt, akhirnya sorang pensyarah ni berhenti kete dan bagi laluan pada kami yang duk kat tepi jalan untuk lintas.. bukan anim sorang, memang agak ramai yang berdri tepi jalan untuk lintas.. sekali pandang, macam anak2 burung je beratur.. haha..

Agak lambat jugak masuk kelas tadi.. nasib lecturer masuk lambat.. ntah2 lecturer tu pun terperangkap jugak tengah jalan.. ahaha..

Microteaching Postpone..

Penat je anim duk prepare microteaching.. nak patah urat jantung pun ade sebab duk cuak.. bukan cuak sgt pun untuk nak mengajar, tapi cuak untuk nak speaking.. maklum lah, tak berapa arif untuk nak speaking london ni.. alih2 microteaching postpone..addeehh..

Sebenarnya, Dr Nurul tak sehat.. so dia mintak husband dia replace.. disebabkan husband dia pun lecturer fizik jugak, sebab tu bulih laa replace.. sebenarnya, lecturer untuk subjek ni just sorang je.. Dr Nurul je yang jadi pensyarahnya..

Subjek ni kire latihan untuk mengajar la.. sebab tu panggil microteaching.. microteaching just sekejap je.. kite mengajar untuk certain part je.. tapi macroteaching kene mengajar whole part laa.. take time dalam 30 minit.. ala2 jadi betul2 cikgu laa..

Tadi yang mengajar hanya yang amik part introduction.. 5 orang.. sorang lagi un ngaja jugak tapi part explanation.. disebabkan student tu ngaja lame sangat, more than 5 minutes, jadi En. Azman nak postpone lagi dua orang yg sepatutnya ngaja pada hari ni.. anim laa orang nya..

Sangat tidak suke sebenarnya memandangkan kije jadi tangguh.. lagipun dah prepare.. tapi memandangkan mungkin anim ade more time utk improve skill mengajar, tak pe laa.. redha je laa.. ngeh3.. ade hikmah la tu..

Tengok pada En. Azman judging kawan2 yang ngaja tadi, markah macam OK.. tak kedekut markah laa even ade kawan anim yang 'kokkak' jugak time mengajar tu.. anim pun fham sebab kene speaking kan.. so, take time nak fikir ayat tuh..

Compared dengan Dr Nurul, tak tau laa dia murah markah tak.. Dr Nurul, jangan kedekut markah eh.. hehe..

Monday, January 19, 2009

Dapat Award..


To raihah, thanks memberi award ni.. hha.. first time dapat award.. lagipun tak sampai lagi setahun dalam dunia blogging ni..

Kepada penerima2 award seterusnya, sila ikuti langkah berikut :

  1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.
  2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
  3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).
  4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
  5. Jangan lupa melawat blog kawan anda dan meninggalkan komen yang menyatakan mereka telah di tag.

10 facts about me.


Name: Nurrul Haniem bt Mustaphy.
Nick name : Aniem, nurrul.
Was born in Trg.
Was grown up in Trg.
Now in TM.
Education student
Love smile + also bergelak ketawa.. haha.
Love choc.
Love black+white.
Status single

Dengan penuh takzimnya, anim memberi award ini kepada

  1. kak shibul
  2. waa
  3. kak najwa
  4. kak long
  5. t-hah..

Tak tau nak bagi kat sapo lagi.. ngeh3.. ade 5 lagi kekosongan tempat.. sape nak??

Saturday, January 10, 2009

Bagusnya Kalau Camtu..

Hari tu kawan anim ni mesej anim.. dalam mesej tu cakap dia tensen tengok result block lepas..ranking nombor 42 daripada 120 orang.. memandangkan dia pelajar perubatan, setiap result exam tidak akan ada pointer.. result hanya dispesifikasi kan sebagai 3 je iaitu cemerlang, lulus atau gagal..

Memandangkan sepanjang berada dalam bidang perubatan, dia tak pernah dapat nombor seteruk begitu (bagi dia laa, bagi anim dh syukur sgt2 dah..ngeh3).. biasa nya, result dia akan berada di ranking 30 lebih atau 20 lebih.. pernah sekali dalam minitest, dia dapat ranking kedua.. so, bila dah dapat no 42, tensen yg teramat sgt lah dia ni.. ngeh3.. (dgn anim2 skali tensen jugak!!)

Disebabkan resultnya, dia tak mesej anim macam biasa.. mesej pada waktu pagi dan malam shaja.. katanya tensen, tak nak mesej takut jadi gaduh.. fine, anim accepted his reason.. katanya lagi, mahu study betul2 untuk cover balik result lepas.. memandangkan minitest isnin ini (12 jan), dia memang study sungguh2 laa..

Apa yg anim nak kata kt sini, bagus jika ada semangat camtu.. kalau anim, result dekan ke tak, semngat sama je.. bile dh dekan, rasa mcam dah cukup then wat sambil lewa je.. bile tak dapat dekan, rasa macam nak, tapi usaha kurang.. aiseh.. tak pernah nak sentiasa ade semangat untuk study bersungguh2..ngeh3..

Special wishing for Mohd Zubir Bin Abdul Rahman, "Wishing U The Best of LUck in Minitest on 12 January.." wat baik2 yea.. tak nak tensen2 lagi tau.. haha.. sebab bile Zubir tensen, anim pun tensen tau.. geh3.. Opps!! just gurau2 je yea..aha..

Diorang Tu Sem Berapa?

Hari Khamis lepas, anim n syikin pegi ke kampus.. nak beli buku KPT 2063 (Rancangan Instruksional).. Subjek pendidikan yg terakhir untuk pengajian anim dalam ijazah sarjana muda pendidikan + sains.. Pensyarah inform dekat kami, buku tu Prof. Madya Dr Yusop Hashim yg jual.. biliknya di bangunan IPSI.. bangunan di sebelah pintu pagar utamaUPSI.. jarang untuk ke sana melainkan jika ade hal..

2 fakulti yg ada dalam bangunan ni iaitu Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia dan Fakulti Sains Sukan.. memandangkan subjek ni bawah Fakulti Sains Kognitif dan Pemb. Manusia, sebab tu bilik pensyarahnya di bangunan ni.. dan bangunan ini bukanlah tempat fimiliar bagi anim sebab kami memang jarang ke sini melainkan ada urusan untuk subjek pendidikan..

Sampai je kat IPSI, terus ke bilik Prof. Madya Dr Yusop Hashim, tapi malang dia tak ada dalam bilik.. so, notis ada ditinggalkan diluar bilik meminta kepada pelajar yg mahu membeli buku supaya berjumpa dengan Cik Dalilah.. anim dan syikin hanya ingat nama Cik Dalilah je, tak tengok pulak biliknya di mana..

Memandangkan dah malas turun bawah utk ke bilik Prof, kami decide utk cari je bilik Cik tu.. tapi tak jumpe2.. sepanjang proses berjalan mencari bilik Cik Dalilah, anim ade terserempak dengan pelajar2 semester 1.. dorang pun tengah melilau mencari bilik pensyarah, tapi mungkin pensyarah yg berbeza..

Dalam notis Prof, bilik Cik tu kat tingkat 2.. cari2 tak jumpe.. satu bangunan kami tawaf.. sepanjang itu jugak la anim asek jumpe dengan pelajar2 sem 1 tadi.. dah takde tingkat 2, naik ke tingkat 3.. mane tau Prof salah bagitau.. naik tingkat 3,kami tawaf lagi.. dan melucukan kami jumpe balik pelajar2 sem 1 tadi..

Alih2, dengan kepenatan tahap cipan, anim dan syikin pun gelak.. sebab kelakar, pusing2 tempat yg berbeza akhirnya jumpe org yg sama, budak2 tadi.. last2, syikin ajak turun bawah.. pegi tengok balik notis tu.. rupenye Bilik Penyelidikan tempat Cik Dalilah tu duduk.. aiseh.. patut la tak jumpe2 biliknya.. haha..

Dah tau Bilik Penyelidikan, kami hanya aim kan ke sana je.. tapi tengok kat setiap pintu, tak de pun tulis Bilik Penyelidikan.. kt pintu akan dipaparkan nama pensyarah saja.. khusyuk2 tengah cari, jumpe lagi budak2 tadi.. bile anim dan syikin melewati tempat dorang duduk, anim pun terdengar salah seorang dari mereka cakap, "dorang tu sem berapa??" .. dan ade lah kawan dia mencelah,"agak2nya semester2 kot.."

Anim dan syikin senyum je.. malas nak menjawab sebab nak cepat.. akhirnya jumpe.. dan lepas tu, kami ke fakulti sains dan teknologi.. fakulti anim sendiri.. masuk pintu sebelah kanan sebab paling dekat dengn arah laluan kami..at last, tengok depan, aisehhh.. jumpe budak2 tadi lagi.. hahaha.. tergelak besar anim dengan syikin..

Tujuan anim n syikin ke fakulti sains tu sebab nak amik borang tambah/gugur kursus, tetapi budak2 tu ke bahagian akademik.. mereka pun memandang juga ke kami, tapi dengan wajah yg kepenatan.. kesian sunggh.. bila kerja dah selesai kat fakulti anim tu, anim pun cakap kat syikin,"asal kite tak jawab tadi kat budak2 tuh, akak dah sem 6 dik!!.."

Ya Allah.. Seksanya Saudara Islamku..

Semakin hari semakin mengganas kaum2 Israil menghancurkan bumi palastin.. Apa daya kita yang tinggal di bumi aman ini utk membantu saudara Islam di sana?? Allah memilih mereka untuk mati di medan syahid yg menjanjikan syurga buat kalian.. Mati syahid sesungguhnya mati yg amat indah kerana darah menjadi saksi atas perjuangan menegakkan agama Islam..

Buat kita yg berada di bumi yg aman, ingat lah mereka dalam doa kita.. berdoa lah supaya Allah menghancurkan kaum Israil laknatullah.. kita menolong sekadar yg mampu.. kepada teman2, bacalah doa qunut nazilah.. moga Allah memakbulkan doa kita buat saudara Islam tersayang di bumi Palastin..


Tuesday, January 6, 2009

Semester Baru..

kepada kawan2 yg bergelar mahasiswa/i, selamat memulakan semester baru.. jadikan semester ni yg trbaik dari semester2 lepas.. waaahh.. macam amanat dari org besar je.. ngeh2.. no idea to write panjg2.. haha.. tak tau penat sebab ape.. padahal bukan blaja dh pun.. asemen belum bertimbung2 lagi..

Pape pon, selamat blaja dlm semester baru ini..

Thursday, January 1, 2009

Selamat Ulangtahun Keputerian..

Selamat Ulangtahun Keputerian ke -22
Nor Hidayah bt Razali..
1 Januari 1987-1 Januari 2009


Dengan ucapan :
  • Semoga selalu sukses dalam hidup
  • Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki
  • Semoga bertambahnya umur seiring dengan pertambahan ibadat kepada Allah
Buat sahabat tersayang..

Terima kasih kerana sentiasa ku dalam meniti hidup ini..
Terima kasih kerana sentiasa menyokongku dalam apa jua keadaan..
Terima kasih atas kesetiaan persahabatan yg kau tunjukkan kepadaku..
Terima kasih atas segalanya..

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online