:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Sunday, July 27, 2008

Upah Bagi Suara seorang Guru

RM 0.30 CREDIT RM 1,007.48
to account no. xxxx on 22/07/2008 17:16:23.
Your xxxx balance is RM x,xxx.xx.
bankislam. SMS
Petang tu, aku tengah rancak berbual kosong dgn room mate.. Sambil2 tu tangan tengah ligat taip huruf2 kat keyboard.. Maklumlah assignment dah mula ‘tumbuh bagaikan cendawan’.. Assignment pertama aku untuk sem ni ialah ‘Environmental Science’.. Satu assignment yang betul2 mencabar aku sebagai seorang ahli fizik.. why? Sebabnya, ‘environmental science’ tu ade banyak kaitan dengan Biologi.. Mana aku tak sakit otak nak siapkannya. Biologi satu subjek yang aku gelar sebagai ‘ubat tido’. Ingat lagi, waktu sekolah, masuk je makmal bio mesti aku tido.. 30 minit pertama aku boleh dengar lagi suara Cikgu Arifin terangkan kat depan.. Tambah lagi suara cg yang perlahan seolah2 mengulit untuk kami tido.. Huhuhu..Aku tak tau macam mana nak elak tak nak bagi tido time kelas bio.. Kadang2 inisiatif aku gi toilet je kerjanya.. Duk basuh2 muka pastu balik ke makmal.. Duk dalam 10 minit ngantuk lagi.. Maknanya membazir je tenaga aku gi toilet dan aku juga telah membazirkan air untuk basuh muka sebentar tadi.. Cuma aku boleh tak jadi ngantuk bile Cikgu Arifin gabungkan kelas.. 2 kelas digabungkan dalam 1..sebab kalu cikgu gabungkan kelas, possible untuk tido kurang kerana :
1- Ruang yang tidak selesa untuk aku tido kerana 1 makmal memuatkan seramai 40 orang pelajar.
2- Bile dah gabung 2 kelas, budak lelaki jadi ramai. Jadi aku malu jugak la nak tido sbb takut kene ‘sound direct’ dengan Cikgu Ripin. Bile dah di ‘sound’, automatically semua kepala2 berpusing dan mata masing2 akan tengok sape yang kene ‘sound’. Bile mate dah tengok siapa gerangan yang bertuah tu, maka akan terukir la senyuman samada senyuman mengucapkan tahniah kerana mendapat ‘anugerah’ atau mengucapkan tanda bersyukur sbb empunya diri tak kene sound jugak macam budak tu.
3- Aku boleh berborak2 dengan kawan baik aku.. Maklumlah tak satu kelas dengan dia.. Aku pon heran, padahal dah satu bilik dengan dia, katil pon dah dekat2 tapi cerita yang aku nak sampaikan tak habis2.. bak kata orang tak ada hujung pangkalnya.

Jadi, apa yang aku nak cakap kat sini, kelas gabung atau tak, aku memang tak focus ketika belajar bio dalam kelas. Tapi result SPM untuk bio tak de lah teruk sangat.. Dapat B4.. Bagi aku berbaloi laa dapat result macam tu sbb aku bukan seorang yang rajin untuk menghafal dan mengingati fakta2 bio tu..Huhu..
Bebalik pada cerita aku tadi, sem ni pon aku kena blaja lagi Biologi Cuma name lain sikit la... ‘Introductory of Biology 1’.. Situasi lebih kurang sama.. Mengantuk jugak dan yang paling penting aku TAK FAHAM..Dr Nor Nafizah full speaking mase ngaja.. tak sempat kitaorang nak catch up.. sampaikan kawan aku, Mas cakap “dia ni orang Melayu ke orang putih?”.. Petang Jumaat lepas, dekat2 nak habis kelas, Dr Nor Nafizah pon cakap, “ok, now we have already finished chapter 2 and next week, we can proceed for chapter 3” ..Ternganga semua..Yang ngantuk tadi terus jadi segar balik..Terkejut sbb dah 2 chapter complete..HuhuHu..Pape pon, bosan ke boring ke, yang penting tu adalah satu ilmu yang patut aku tau n kuasainya walaupun aku major in Physics..Bak kata Miss Hasimah (aku terjemahkan), “Jika awak seorang jurutera, awak hanya tau apa2 berkaitan dengan kejuruteraan macam nak ukur bangunan, nak ukur macam ni and whatever. Jika awak Doktor, awak hanya tau nak bedah orang, nak rawat orang, nak bagi ubat. Jika awak arkitek, awak hanya tau nak lukis pelan, nak design sesuatu. Tapi jika awak seorang guru, everything awak patut tau.. Students akan tanya semua mende yang dia tak tau..
Bila teringat balik kata2 tu, aku pun related from my experience. Pengalaman jadi cikgu 2 bulan dh betul2 buat aku faham tugas seorang guru.. Masuk kelas untuk mengajar dan budak akan tanya kite ape yang dia tak tau walaupun tu tak berkaitan dengan subjek yang kite ajar.. Teringat plak mase peperiksaan pertengahan tahun, aku masuk kelas 2 UPM untuk paper Bahasa Arab.. Sebelum aku bagi paper, aku suh dorang wat revision balik, kiraan nombor dalam Bahasa Arab camne.. Ade sorang budak ni, dia memang jenis pandai.. Dikira nombor dalam Bahasa Arab sampai 100..tapi bile sampai 20, 30, 40, 50 dan seterusnya, dia tak tau.. dia pon tanye aku, “Teacher, 50 dalam bahsa arab ape?”. Aku pun jawab, “Khomsuuna”..dan diteruskan lagi, bile samapai 60, soalan yang sama akan dia tanye kat aku..begitu lah seterusnya..
SMS yang aku terima hari tu adalah gaji yang dibayar kepada aku selama aku mengajr lebih kurang 2 bulan.. Alhamdulillah, dapat lah buat bayar untuk assignment..Aku tak kesah sangat pon dapat berapa, yang paling penting experience as a teacher is very important to me.. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Guru Besar, SK Taman Seroja, En. Misnon bin Ramli dan seluruh warga guru SKTS.. Tidak lupe kepada Cikgu Jalilah dan Cikgu Fazela yang banyak bagi ilmu kepada aku bagaimana untuk menjadi seorang guru Sains kelak..teknik2 yang patut digunakan ketika mengajar Sains and whatever.. Syukran jazilan..dan RM 1, 007.48 itulah upah untukku selama 2 bulan kelek buku di pinggang, berjalan ke kelas2 untuk menyampaikan ilmu..

0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online