:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Tuesday, May 25, 2010

CD & Breastpump


"abang, nanti kite pakaikan CD la untuk baby.."
"nak pakaikan katne?"
"lor.. kat punggung dia la.. kat mane lagi.."
"CD bulat tu nak letak kt punggung wat ape?"
????????

Uhhh~~ nasib aku tak samapi tahap bengang oke.. dan aku tak salahkan hubby jugak yang tak tau pasal CD nih.. yela, duk sebuk ngadap buku dia yang tebal 5 inci n berat 5 kilo.. =) dialog tu berlaku kira2 baby masih 8 minggu dalam tummy.. hihihi.. dan sekarang, bile hubby dah tau apa dia CD, dia yg paling semangat cari info tentang CD.. gi kedai baby pun, dia yang tanye "ade jual CD tak?" huhuhuhuhu..

Cloth Diapers (CD )

Aku dah berazam sejak belum habis praktikal lagi, nak study pasal CD ni lepas tamat tempoh praktikal.. haha.. tengok U.. punye la I semangat.. dan hasilnya, 2 minggu baru habis praktikal, 2 minggu tu gak la I tercongok depan laptop cari info tentang CD jugak breastpump..

CD memang banyak jenis yg dijual di pasaran.. pening dan pening dan pening nak pilih yg mane satu.. ni pelaburan jangka panjang, jadi haruslah melabur dengan baik sekali oke! bukan setakat wat kuar duit Rm 30, Rm 40, tapi mau RM 300 jugak untuk 10-15 keping.. ni kira yg paling murah dah.. ade yang brand mahal, mahal lagi jawabnya..

Hubby selalu pesan, nak pilih brand, pilih yang baik sebab bukan nak pakai anak sorang, ank kedua, ketiga, keempat pun boleh pakai lagi.. [dia sebut keempat je, maknanya 4 orang je kot.. haha].. tapi yang aku tak tahannya, bile kitaorang discuss pasal CD ni, boleh encik hubby ni cakap cegini;

"abang tak kesah kalau kite nak guna CD, tapi aling kene rajin basuh la.."

Cepat2 aku balas,

"aii abang.. aling je ke? anak kite berdua ye, jadi 2 2 kene rajin basuh CD.."

Nasib dia cepat sedar.. haha.. kebiasaannya, kalau dalam internet yg jual online ni, dorang just letak perbandingan harga antara lampin pakai buang dengan CD.. hubby aku ni, siap wat kira2 tambahan lagi kos sabun yg nak basuh CD dengan air yang digunakan untuk nak bilas CD.. punye la ko dia berkira sampai tahap tu.. tapi camne pun, comparison between CD n pampers, haruslah CD yang menang..


Cloth Diapers atau lampin moden
[tibe2 rase nak jadi pengedar cloth diapers pulak.. hihi]


Jadi, sekarang ni memang pening nak pilih brand mane satu.. kalau ade ibu2 yang tau pasal info CD ni, boleh share kat sini ye..

Breastpump (BP)

Ni pun pening nak pilih brand mane satu.. time2 peknen ni, semangat tinggi gunung nak fully breastfeed anak, tapi tak tau la bile dah betul2 masuk 'bidang' nanti, level semangat tu dah turun dah.. hihihi.. nasib dapat support dari abang.. aku cakap kat abang, abang kene support aku.. in case dia nak further dalam Peadiatrics ke, boleh la dia bagi talk tentang kebaikan susu ibu pada anak ni tengok pada pengalaman isteri.. huhu

Aku wat research tentang breastpump ni pun sejak habis praktikal lagi.. semangat tu, study tak camtu.. aku surf web susuibu.com la.. masuk web macam2 nak tengok brand mane yang ramai gune.. ade la 2 3 brand yang dorang suggest ni n majoriti cakap baik gune yang letrik.. mula2 aku cam takut gak nak gune karen2 ni, tapi fikir2 balik, kalau manual perlu gigih kuasa 5 untuk nak dapatkan stock yg banyak dalam 1 hari..

Pasal nak pump susu tu, mungkin tak der masalah kot.. aku boleh celah2 masa gi Surau sekolah ke untuk pam nanti.. jangan tengah2 syok2 pam, ade student datang intai sudah.. huhu.. atau pun, boleh tumpang bilik persediaan makmal yg kakak2 pembantu makmal biasa duduk tu untuk aku nak pam susu jap.. jadi salah satu faktornya, kene pilih yang tak bunyi bising.. kang bising2 kang aku menarik perhatian student lak..

Mende ni pun pelaburan jangka masa panjang, jadi haruslah buat pemilihan yang bijak.. apa2 pun, aku belum lagi habis sudy pasal ni.. ade dah yang aku berkenan, cuma tunggu SALE.. hihi.. tapi rasenye, nak tunggu bersalin dulu kot, baru nak sambar breastpump ni..


Yang ni orang kate tak bising sgt.. tapi cam berat sikit..


Yang ni ringan.. nak cari spare part pun senang gak.. tapi mahal banyak compared dengan yg kat atas.. kalau beli yg ni, tibe2 tak gune, mau kene dengar ceramah 7 hari 7 malam dengan hubby..




Sunday, May 23, 2010

Jika Mereka Bertanya; Pernah Pergi Cherating?


Sebenarnya, secara jujur dan ikhlas di hati, sepanjang perkahwinan kami yang hampir nak menginjak setahun ni (hanya beberapa minggu lagi), kami memang tak pernah pergi honeymoon pun.. sungguh! di luar bajet kami sebagai married students sebenarnya.. kadang2 agak jeles bile tengok gambar2 kawan2 yg pergi honeymoon bersama pasangan masing2, pegi tanah tinggi, pegi pulau, ataupun pegi oversea..

Pernah suatu hari, aku cerita kat abang pasal kawan2 yg pergi honeymoon kat tempat cantik2.. suke tengok gambar2 mereka.. jujurnya sekali lagi, aku tak pernah jejak pun Cameron Highlands, Genting Highlands, Langkawi, Pulau Redang, Pulau Kapas, Pulau Tioman n banyak la lagi.. tak kan aku nak senaraikan semua kan.. yg aku pernah pergi Bukit Bendera mase tingkatan 4.. itu sahaja!! tu pun sebab lawatan sambil belajar.. ahaks~~~ tapi kite tak honeymoon kan bang, kite satu bas jerk, bilik lain2!! hikhikhik..

Aku perasan, setiap kali aku bercerita tentang tempat2 menarik ni, abang selalu diam.. abang diam sebab dia tak nak bagi harapan pada aku, apatah lagi nak berjalan pimpin tangan berdua-dua di tempat2 menarik camtu, jadi lebih baik diam.. sejak dari hari tu, aku pun tak pernah sentuh lagi hal tempat2 menarik ni.. sebenarnya, mase awal2 kawen dulu, kami rancang nak gi pulau untuk honeymoon.. tapi bile fikir2 balik, yang mana kehendak dan keperluan, so kami ke tepikan niat tu.. jadi, kami tukar plan asal tu untuk ke pulau bile nak sambut first anniversary..

Tup2.. bile dah nak dekat first anniversary ni, macam2 hal pulak dugaan kami dapat yg menyebabkan duit pun makin susut.. tambah2 si comel dalam perut ni hadir dalam hidup kami, so kami tolak plan asal kali kedua sebab nak lebihkan hak anak dari segala2nya.. daripada gi pulau yang akan habis paling kurang RM 500++, baik aku beli breast pump.. hikhikhik.. betul tak?? ataupun dapat beli cloth diapers baby lebih kurang 10-12 keping..

****************************

Berbalik kepada tajuk entri ni "jika mereka bertanya, pernah pergi Cherating?", jawapannya mesti lah "Pernah!!" .. first time aku pergi Cherating ni.. walaupun bukan dikira honeymoon, tapi tak pe la.. at least bulih jugak jejak kan.. aku tau, jauh di sudut hati abang, abang tak nak aku rasa sedih bile aku ceritakan pada dia pasal kawan2 praktikum aku yang pergi Cherating untuk enjoy mase last praktikum.. kalau mereka ajak aku pun, aku akan tolak.. sebab banyak lagi 'pending list' yang perlu di setelkan dengan duwet ni..

Last2, abang wat surprise.. mase nak balik Terengganu beberapa minggu lepas, tibe2 abang belok ke arah papan tanda Pantai Cherating.. sungguh hepi.. yeay!! walaupun tak bermalam pun kat sane, at least kaki aku ni boleh jugak jejak pasir kat pantai Cherating tu.. airnya memang sangat cantik oke.. so, sesape yg ade bajet murah, pegi amik2 gambar n balik terus.. haha.. thanks sayang!! really appreciate it..



Cantik kan pantai Cherating.. tapi tengok2 balik macam Pantai Batu Buruk kat KT je.. hihi


Tenung la puas2 pantai tu.. nanti baby lahir, kite pegi lagi ye bang!


Tak ingat dah mase ni berapa weeks dah peknen.. rase2nye 22 weeks kot..


"abang, baju abang nampak gelembung kat perut.. adakah ianya buncit atau angin sepoi2 bahasa? haha.."


Berdua.. Opss.. dan baby..


Thanks abang.. abang banyak ajar aling erti sabar dalam dugaan.. sungguh! makin kite banyak sabar, makin ALLAH duga kerna ALLAH tau kite masih MAMPU menerimanya.. harapnya, 1 hari nanti kite dapat gi pulau ye abang.. sama2 dengan baby.. sonoknya!



Saturday, May 22, 2010

Tentang AW Survey..


Thanks pada kawan2 yang bagi komen pada entri Ianya Percuma, Mengapa Anda Tidak Mahu? .. saya menghargai keprihatinan mereka terhadap saya nih [wah, sudah perasan! hihi].. lagipun, income yg dapat ni nak disuapkan dalam mulut, jadi haruslah ianya adalah HALAL.. takkan nak suap 'bara api' untuk anak2 kami kan..

Semalam, kawan saya pada link ini [klik] .. jadi, saya pun terjah masuk.. ni pasal infinity downline seperti generate income melalui Facebook yang diulas oleh Ustaz Zaharudin.. setelah diteliti tentang AW Survey ni, ianya tiada sistem infinity downline ataupun sistem piramid.. bahkan, permulaan dengan tanpa modal apa, jadi tiada istilah jika orang mendaftar bawah saya, saya dapat balik duit modal itu.. tapi, betulkan saya jika saya sudah tersalah faham tentang infitnity downline ni.. boleh kan??

Saya search dalam web Ustaz Zaharuddin perkataan AW Survey.. memang ada seorang hamba ALLAH bertanyakan ustaz tentang isu ini dan jawab ustaz seperti di bawah;

Saya tau kekangan masa Ustaz untuk menjawab semua pertanyaan2 dari semua orang.. cuma, bagi saya, kalau ianya ada kaitan dengan pelaburan internet yang haram, Ustaz akan bagi link terhadap artikel2 yang sudah ditulisnya sebelum2 ini.. kebanyakkan soalan2 yang ditanya kepada Ustaz dan Ustaz sudah menulisnya dalam entri terdahulu, Ustaz akan tinggalkan link untuk si bertanya tersebut merujuknya kembali..

Kemudian, saya dan suami terus lagi mencari kepastian.. dan kami terjumpe artikel Ustaz mengenai Upah Dari Google Adsense & Nuffnang: Haruskah?? dan ianya sedikit sebanyak menjawab segala kemusykilan di hati.. Kata Ustaz; Saya tidak pernah meneliti perjanjian yang diletakkan oleh pihak Nufnang dan Google Adsense, justeru saya sukar untuk saya memberikan jawapan yang tepat dan specifik kepada kedua-dua penyedia ruang iklan tersebut.. di akhir artikel tersebut diberikan garis panduan menentukan hukum dalam hal tersebut secara umum..

1) Autoriti : Autoriti pihak yang menyediakan tawaran, dalam konteks ini adalah Nuffnang dan Google. Jika telah disemak dan dipastikan kedua-dua pihak mempunyai kredibiliti untuk melunaskan janji dan tawarannya, satu peringkat semakan hukum telah lulus. Peringkat ini penting bagi memastikan tiada unsur gharar dalam penawaran mereka.

Saya meneliti kembali AW Survey dan company tersebut telah menyatakan janji dan tawarannya..

Payment

We currently have Three Payment methods.

Option (1) includes United States Postal Service (USPS) and is Free, this option generally takes 4-6 weeks for delivery. Option (1) is available to anybody in the U.S.

Options (2 and 3) include the use of Paypal (www.Paypal.com) or (www.AlertPay.com) and is an electronic payment, this option generally takes 3-5 business days for delivery. Option (2 and 3) have a ($25) Expedited Service Charge and is taken directly from your A.W.Surveys account with us. The Expedited Service Charge is for the faster delivery time (3-5 days compared to 4-6 weeks).

If you are ready for a payment, click the Redeem Money button and you will be presented with the above options. These are currently three payment options that A.W.Surveys supports. We are however exploring other payment options.
Dan perjanjian mereka, antaranya;

Referral Count will decrease

When we periodically delete Fraudulent accounts and they have your Referral tag on them, you will lose them as your referral. We know that you can not control what your referrals do, but this is why we recommend only referring your friends that you know will not commit fraudulent activities

Payment for sharing the opinion and filling out surveys

Companies spend Billions of dollars a year trying to convince consumers that their products are the best and to buy their products and services. They achieve this by getting an understanding how people think and shop. Knowing this, companies are willing to pay you for your opinions. Overall your opinion could help the companies to upgrade their products and services.


Payment denied or account will be deleted

If you have created fraudulent accounts, do not expect to be paid for them. We will deny your payment if you have created fake accounts to raise your referral count. Please do not waste your time creating fake accounts, our system will catch them, delete them, and deny your payment automatically. Your account may be deleted or flagged for fraudulent activities in the process.

Please follow our T.O.S. when referring friends because we do not allow some forms of referring. The two most popular sites we do not allow you to post referral links on are craigslist.com and myspace.com, please review our T.O.S. for a complete list of rules.

If your account has been inactive for more then 45 days it is removed from our system. If you have not violated the above rules, please feel free to submit a ticket so we can research your account.
p/s: Betulkan saya jika saya salah.. minta kerjasama ye..


2) Upah dan cara kiraan : Jumlah upah dan cara pengiraannya MESTILAH diberitahu dengan jelas dan boleh difahami oleh pihak pelanggan (kita). Jika perkara ini telah berjaya dipastikan dan difahami sebaiknya, tatkala itu lulus peringkat kedua semakan Shariah.
Jumlah upah dan cara pengiraannya juga dinyatakan jika kite dah sign up..


3) Kandungan iklan : Kandungan iklan yang dipaparkan. Jika sekiranya kandungan yang terbit di ruangan iklan yang disediakan untuk google dan nuffnang itu memaparkan iklan yang TIDAK HALAL, seperti gambar wanita tidak menutup aurat, permainan berunsur judi, iklan forex trading, bank riba dan pinjaman riba dan apa sahaja iklan yang tidak halal, tatkala itu upah yang diterima kerana mengiklankannya juga turut haram sebagaimana kandungan iklan tersebut.

Saya sudah meneliti ke semua website yang diminta oleh mereka untuk diberi penilaian.. setakat ni tiada yang bercanggah, tapi saya akan cuba pantau dari semasa ke semasa kat semua website yang diminta untuk diberi pandangan.



4) Cara pembayaran ; Hal ini mestilah juga disemak dengan teliti bagi memastikan tiada unsur penipuan dan gharar.

Saya telah nyatakan seperti di atas (no 1) tentang cara pembayaran oleh AW Survey..

p/s: keempat2 garis panduan menentukan hukum ini disenaraikan oleh Ustaz Zaharudin.. saya tidak menyatakan AW Survey ni adalah HALAL, tapi setakat ini saya masih belum jumpe artikel yg menyatakan ianya HARAM.. AW Survey bukan SCAM.. cuba google dan tengok beberapa respon yang sudah dapat pembayarannya.. tapi jika ianya sebuah agen survey yang menipu, saya akan maklum kan kepada kamu semua..

Saya harap ianya sudah jelas.. tapi jika saya yang tersalah faham, minta kerjasama dari semua pembaca blog yang berpengetahuan agamanya tinggi supaya memperbetulkannya.. saya hanya insan biasa yang ilmu agama pun sedikit cuma.. mohon kerjasama.. thanks..


Friday, May 21, 2010

Ianya Percuma.. Mengapa Tidak Mahu??

Nak generate income melalui FB, dah tak reti..
Dah install nuffnang, tapi tak masuk2 pun duit [haha.. baru seminggu lebih tambah nuffnang dalam blog ni.. tak sabar betul!]
Tengok advertlets, try tambah gadget dia dalam blog.. alhamdulillah, sangat cepat dapat duit.. walaupun ianya bertambah sen2 je dalam sehari, kalau sabar sikit, mau dapat banyak jugak dalam sebulan..
Last2, terjumpe this website.. ini juga boleh tambah duit.. betul! cuba lah! ianya percuma.. mengapa anda tidak mahu???
Khas untuk mereka2 yang TIADA kerja nak buat.. alang2 ko buang masa, baik klik2 n dapat duit.. khusus pada mereka yang sedang cuti semester..
Pada mereka2 yang sedang tunggu surat konvo, daripada tanam anggur kt umah, baik ko tanam duit dalam laptop ni haaa..
oke.. selamat mencuba..




1. Hanya create a free account..
2. Buat survey2 yang dia dah bagi..
3. Pastu dapat duit.. tapi tunggu dapat $75, $200, $350 atau $500, baru dapat redeem..


Ini yang kami dapat pada hari ni.. start pukul 9 pagi sampai kul 2 petang.. harap2 bertambah lagi.. amiiinnn.. duit ni totally untuk baby..


Latest.. pukul 4.28 pm.. syukur alhamdulillah..
ape tunggu lagi kawan2, sign up now for money..


p/s: gigih betul mama n baba cari duit untuk baby.. kerna kami mahu bagi yang terbaik untuk kamu sayang!!


Wednesday, May 19, 2010

Notis Untuk Abang..


Abang..
Jangan terkejut bile tengok umah kite dah lain..
Ohh~~ maksudnya susunan perabot kat ruang tamu n bilik kite..
Lupe nak gitau..
Almari baju abang tu, aling dah pindahkan ke bilik 2..
Jangan nanges dulu..
Bukan bermaksud abang kene tido bilik no 2 n aling bilik no 1..
Tapi aling pindahkan sebab sempit sgt dah..
Nanti nak tambah katil baby n almari kecil dia..
Haaa.. lagi satu..
Segala seluar n baju yang yg abang dah tak muat, aling dah siap lipat n susun kat lain..
Jadi.. jika abang terasa nak pakai balik baju2 tu n nak digantung semula,,,
SILA KURUSKAN BADAN ANDA.. haha

Uhhh~~~ alhamdulillah.. selesai jugak akhirnya nak deco umah.. deco la sangat, bunyi cam gempak je.. haha.. masuk yg hari ni, dah kali kedua aku alihkan susunan perabot dalam umah sejak peknen.. first2 dulu, aku alihkan semua perabot kt ruang tamu mase aku peknen 8 minggu.. cuak gak sebenarnya nak angkat TV yang amat berat, 29 inci gitu.. nak alihkan sofa L-Shape tu lagi, nak alihkan rak TV.. doa banyak2 mitak ALLAH jaga kandungan n alhamdulillah.. balik2 surprise gitu kat abang sebab mase aku deco umah tu abang gi kelas..

Ini adalah kali kedua deco umah.. sebenarnya, bangun pagi tadi hajat nak kemas2 seperti biasa.. tapi sebab dah bosan dengan kedudukan perabot2 ni, so, kuatkan semangat! yeay!! saje nak surprise kan abang untuk kali kedua sebab abang sekarang kat Temerloh.. insya ALLAH, petang nanti sampai.. mase nak angkat TV tu, tibe2 rase cam tak mampu je.. tapi pikir2 balik, kalu dulu mampu, kenapa skang tak mampu plak.. hihi.. akhirnya siap jugak deco..

Masuk bilik aku, memang dah berhajat nak alihkan almari kain yang terisi dengan baju2 abang.. sebenarnya, nak tukar isi je.. baju aku masuk dalam almari abang, n baju abang masuk dalam almari aku.. kenapa almari asing2? cikgu kan.. baju mesti lebih 30 PASANG.. tak kan nak rotate baju sama gi sekolah.. oleh sebab baju aku yg terlalu banyak tahap melampau, abang terpaksa beli almari lain untuk baju dia.. haha.. dan tujuan aku pindahkan baju aku masuk almari baju abang n almari tu dah selamat ke bilik no 2 adalah sebab semua baju kurung aku dah TAK muat sekarang.. hikhikhik..

Alang2 dah tukar isi dalam almari tu, aku pun lipat la mana2 baju n seluar yang abang dah tak muat.. malas nak gantung2 penuhkan almari.. kawen nge aku tak sampai setahun, tapi dulu saiz M dah tukar jadi saiz L skang [tak tau kot2 XL].. mane nak muatnya baju dolu2.. pastu mula la komplen, ish, abang dulu kurus je mase nak kawen.. abang2..

Sekarang nak rehat2 plak.. sian baby.. mama dia aktif sangat pagi tadi.. duk angkat mende berat2.. baby, baby letih jugak ke? ngeee~~~~



Tuesday, May 18, 2010

Saspen

Rupa2nya agak saspen bile kawen dengan Doc ni.. walaupun abang Doc-to-be, tapi rase saspen tu tetap ada.. haha.. bile kite cakap apa2, terus kuarkan hujah2 tentang medical facts.. aku baru saspen nak cite, bile dia dah cakap camtu, habis luruh semangat aku nak bercerita.. huhuhu..

Kes 1:

"abang, abang tau tak.. arwah suami kak ida kan cam tau2 je dia nak meninggal.."
"kenapa?"
"bangun pagi tu, dia marah2 cakap dah tengah hari kenapa tak gi sekolah.. padahal, baru kul 6 pagi.. pastu time waktu tengah hari, dia tanya kak ida, dah pukul berapa.. kak ida cakap lah pukul 12.30pm.. then dia pun kata, lambatnya kul 4.. rupanya kul 4 tu la arwah pergi.."
"Oooo.. itu kite panggil bla...blaa...bla... otak dia dah tak leh nak tafsir due to....." [aku lupa sbb aku tak letak dalam kepala pun apa yg abg explain =P ]

----> aku diam..

Kes 2:

"abang, aling takut la.. nape perut aling kecik je, perut kakak kat sekolah tu dah nampak besar?"
"dia dah peknen kali ke berapa?"
"pertama la.."
"aling, orang peknen ni, kite tak nak perut besar sgt tau.. nanti anak jadi besar, lagi masalah.. high probability nak dapat GDM (gestational diabetes mellitus).. aling nak ke camtu?"
"tak nak.."
"GDM bahaya tau.. baby boleh mati dalam perut, atau kalau tak under control dengan Doc after deliver pun boleh mati.. bla...bla...bla..." [aku tak ingat dah abang bebel ape..]

Kes 3:

"abang, air ketuban aling ni cukup ke tak ek utk baby?"
"cukup.."
"kite lama dah tak scan, camne nak tau cukup?"
"kan aling punye fundal height ikut weeks baby.. kalau baby dah 24 weeks n tinggi rahim pun 24cm, normal dah tu.. dah cukup dah tu air ketuban.."
"yeke?"
"tak caya kat abang sudah " [ada nada marah di situ.. hihi]

Kes 4:

"abang, jom la kite gi scan.. nak tengok boy ke girl.."
"scan awal2 tak betul gak.."
"kenapa?"
"sebab lelaki n perempuan kite nampak sama kalu mase scan tu baby kecik lagi.. bile scan 2D lagi la tak jelas.. sebab tu kadang2 bile scan mula2 Doc ckp lelaki, bile scan last2 nak beranak, Doc kate perempuan..dia jadi camtu sebab bla..bla...bla... [aku malas nak letak lam kepala sebab kecewa gile abng tak nak gi scan tgk boy ke girl]..patient abang dah ramai camtu.. " [ceramah panjang di situ]


Kesimpulan:

Si mama mode kebimbangan, kerisauan, tak sabar2, saspen, tapi si Baba cool gitu..
Sebenarnya, kes 4 yang aku paling hangin..
Orang lain dah siap2 boleh tau jantina anak masing2, aku je dalam mode saspen..
Hari2 tanye baby, "baby ni boy ke girl?"
Nasib baby tak leh menyahut..
Ohh.. lupe.. baby menyahut lembut dalam perut sbb dosa tak menyahut panggilan mama dia.. hihi..

Setelah ada merajuk2 manja di situ, abang janji nak bawak gi scan lepas dia habis posting Peads..
Means akhir bulan 6 gitu..
Mase tu baby dah 30 weeks..
Sabor je la..
Untuk sekarang ni, beli barang baby pun warna umum..cthnya cam warna hijau, kuning, putih..
Tunggu sale raya, nak shopping baju baby banyak2..
Sabar tau baby..


Monday, May 17, 2010

Tambah Hb..

Mama in mode tambah Hb..
Nurse cakap, Hb ni penting sangat untuk ibu dan anak..
Mama makan byk2, berat lebih sekilo, tapi Hb turun merudum..
Adakah something wrong somewhere???
Hahaha..

Sebenarnya, bukan mama tak yakin pada nurse2 praktikal..
Tapi si adik2 yang ngah praktikal di KD indera mahkota ni asek wat salah je..
Mase mama timbang, dorang tengok penimbang pun salah..
Ada ralat di situ oke..
Mata dorang tak betul2 bertentangan dengan skala..
Pastu, mula la cakap, '54kg, eh 53 kg, eh jap.. 54 kg..'
Nasib Mama tak kuarkan ilmu2 fizik..
Nasib mama tak cakap,
'adik, that is incorrect position of your eye.. Parallax error will occur if U take measurement like that.. =P

Pastu, time amik Hb..
Macam takut2 nak amik darah mama..
Gaya cucuk dia macam tangan dia berspring..
Tak leh nak gambarkan gayanya dengan kata2.. haha..
Hb mama macam tak logik jatuh merudum..

Mase check up 2 bulan lepas, adik2 praktikal ni wat salah jugak..
Dorang cucuk sikit je, then tekan2 nak bagi darah kuar banyak..
Pastu, mula la bacaan jadi salah.. dari13.6 turun ke 9.9..
Nasib nurse yg mama baik kat situ tak percaya.. haha
Dia amik balik darah Mama n double check.. tengok 11.6..

Itu 2 bulan lepas.. yang bulan ni, Hb mama 10.3 sahaja dari 11.5..
Mama makan suppliment tak pernah miss..
Segala kafein mama tolak ke tepi..
Cara cucuk yg adik2 ni wat pun mase macam bulan lepas...
Mula2, mama nak request biar mama yg cucuk sendiri..
Sebab mama tengok dorang ni takut2 nak cucuk..
Tapi kan nanti, mencabar profesion dorang pulak..
At last, amik la jugak result Hb tu sebagai true result..
Nurse pun tak wat double check..
n finally, kat buku pink mama ni kene tick lagi bawah Haemoglobin kurang 11gm%
n kene follow-up 2 minggu sekali.. adeehhhh~~

Sekarang, mama memang in mode tambah Hb..
Suruh baba beli ikan bilis, sayur bayam..
Harap2 follow-up 2 minggu akan datang, Hb mama akan naik balik..
Doakan untuk mama ye..



Selamat Hari Guru, CIKGU..

C - Celik
I - Insan
K - Kerana
G - Guru
U - Unggul

Akronim di atas selalu je jumpe kat UPSI.. jalan kat corner mana2 mesti ada banting yang tertera perkataan C.I.K.G.U.. tak pelik la kan sebab UPSI memang melahirkan para pendidik.. walaupun lambat sehari entri ni ditulis, tapi better late than never.. haha..

Kebanyakkan sekolah sambut hari guru hari ni.. maka, berdozen2 la hadiah yang budak2 akan bagi pada cikgu.. walaupun hadiah itu dibeli dari kedai Rm 1.99, tapi ianya amat bermakna oke.. kadang2 cikgu tak nak pun hadiah, cuma nak kan ingatan ucapan dari budak.. itu sudah memadai 'membayar' segala keringat n penat lelahnya mengajar kite.. betul!! aku merasainya sendiri..

Tapi, zaman sekarang memang dah banyak berubah... cerita kakak aku, sambutan hari guru jadi sambutan hari pelajar.. budak bukan saja susah nak wish pada cikgu, bukan nak ucap terima kasih, tapi di 'show' kan segala bagai ketidakpuasan hati mereka terhadap cikgu.. pada mereka yang BUKAN dalam bidang perguruan, ini lah adalah realiti anak didik kita sekarang...

Tahun lepas, tragedi di salah sebuah sekolah di Terengganu.. budak2 baling mercun ke arah kereta2 cikgu pada Hari Guru.. masya ALLAH.. cerita lain, kat KL.. budak2 letak mercun dalam enjin kereta cikgu pada hari Guru.. alhamdulillah, selamat la pihak sekolah cepat bertindak.. kalau tak, satu row kete2 cikgu habis terbakar.. Itu la cabaran jadi CIKGU hari ni.. semua kerjaya ada cabaran masing2.. dan ini adalah sebahagian cabaran CIKGU..

Di kesempatan ini, kami (Anim & Zubir) ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru yang pernah mengajar kami suatu ketika dulu.. tanpa CIKGU, siapa lah kami..

p/s: sudahkah anda mesej kepada cikgu2 untuk ucap SELAMAT HARI GURU?



Saturday, May 15, 2010

Hari-Hari Terakhir..

Hari-Hari terakhir sebuk nak amik gambar.. tak pe la kan.. untuk kenangan..

Ni la meja dan kerusi yang aku duduk hampir 4 bulan.. meja ni bukan berada di bilik guru, tapi di bilik persediaan makmal.. bilik guru dah terlalu padat kalau nak tambah lagi dengan 9 orang guru praktikal.. so, tempat strategik aku kat makmal la sbb aku cg Sains.. cg2 lain duk kat Pusat Sumber Sekolah..

Ni tag nama aku untuk diletakkan di meja.. walaupun aku berada di sekolah tu selama 4 bulan, tapi aku masih diberi gelaran 'cik' kat depan.. haha.. untuk mengelakkan segala kekeliruan, aku pun edit sendiri n tulis 'Puan'..

Surat saman.. selalu tulis surat saman kepada student, tapi tak sampai hati nak hantar kt bilik disiplin.. bukan kesalahan besar sgt pun.. kesalahan dorang cam tak buat kerja sekolah, biadap, kurang ajar, tidur dalam kelas, menganggu PnP n byk lagi.. tapi masalah2 ni boleh di setelkan sendiri tanpa melibatkan guru disiplin.. kes2 yang biasa, kalau nak tulis semua nama, alamaknya sehari 40 helai la surat saman yang akan digunakan.. hikhik..


Hari terakhir.. berjubah hijau.. pakai pakaian warna hijau hari Jumaat dapat pahala =)



Bersama Kak Imah.. kami banyak kongsi cerita pasal student kelas 2 Budiman.. dia akan menamatkan zaman bujang pada bulan 6 ni.. apa yg sama jugak antara kami, suami aku n bakal suami dia adalah medical student UIA.. huhu.. cuma bakal suami dia ni adalah senior abang..


4 guru praktikal perempuan.. 2 orang cikgu BI, 2 orang cikgu Sains dan sorang cikgu Math.. 4 orang anak dara, sorang mak dara.. ngee~~~


3 kad undangan perkahwinan.. 29 Mei-12 Jun-12 Jun

Kad2 dari student aku.. wah~~~ sgt terharu bile baca isi di dalamnya..

Pelbagai hadiah dari students n pihak sekolah.. yg paling besh bile dapat Ferrero Rocher.. lama sungguh tak makan coklat ni..


Mama Anim.. mama anim nampak sehat dan kuat... hahaha..

Cerita Semalam..

Semalam hari terakhir di sekolah.. selama 4 bulan berpraktikal.. ohhh~~ sangat lama oke.. abang cakap, "abang lama lagi.. 3 tahun praktikal.." haha.. memang la bang oiii.. kalu education pun praktikal 3 tahun gak, alamaknya habis lembik tubuh2 cg praktikal yg nak berperang dgn budak2 dalam kelas yg seramai 40 lebih tu.. huhu.. kalau sehari 2 kelas, berperang nge 80 orang.. budak bawak pistol air, cg bawak pembaris panjang warna kuning.. ngee~~

Semalam, cg2 sains dan kakak2 pembantu makmal buat jamuan ringkas untuk kami.. ohhh~~ sgt terharu.. ada macam2 jenis makanan.. aku makan semua jenis tiada yg terkecuali... haha.. dan baby pun raye duk dalam perut aku sebab boleh rase semua makanan.. mane mamanya tak demuk kan!! org lain dah stop, aku kunyah lagi..

Pok Di-Kak Nora-Kak Dila-Kak Nani

Kak Ainiah (guru pembimbing)-Kak Nora-Kak Azmah (ketua penitia)-Kak ita

Makanan2 itu


Thanks pada semua yang menjayakan jamuan ringkas ni.. jasa kalian tidak akan ku lupakan sampai bile2..


Thursday, May 13, 2010

Mama Aktif, Baby Aktif..

Kan Mama dah cakap, Mama akan aktif berblog lepas habis praktikal.. so, Mama akan kotakan janji.. baby pulak, makin aktif dalam perut Mama ye..
Mama niat azam baru tak mau tulis entri panjang2 lagi.. haha..
Sebab hari2 Mama nak hapdet blog [insya ALLAH],
so, kalu Mama tulis panjang2, readers pun bosan kan..

Mama macam tak percaya, mase awal2 praktikal dulu, baby baru je 7 minggu..
Sekarang, umur baby dah 23 minggu lebih..
Beberapa hari lagi baby akan masuk 24 minggu aka 6 bulan..
Wahhhh~~ cepatnya masa berlalu..

Masa Mama mula2 praktikal, ramai nasihatkan Mama supaya jangan aktif sangat sebab takut jadi apa2 kt baby..
Maklumla, first trimester, apa2 boleh jadikan..
Pulak tu, anak sulung.. belum tau lagi body system macam kan.. kuat ke tak..
Mama mohon doa banyak2 pada ALLAH supaya ALLAH lindung baby dari sebarang kejadian yang tak diingini..
Baba pun juga, setiap hari doa..
Alhamdulillah.. ALLAH lindung sayang Mama ni dari sebarang apa2 yang tak diingini berlaku..

Dan sekarang, anak Mama makin hari makin besar..
Buktinya..
Tengok gambar di bawah..
Bukan saja baby yang besar, Mama pun dah bulat..
Baba yang insuran mulutnya belum renew lagi asek kata Mama demuk!!
Isy.. geram..


Mama in 23 weeks pregnancy..

Gambar agak kabur.. tapi muka still cun.. haha

Sejak peknen, muka asek berminyak.. sebab kulit sensitif bile gune pencuci muka..



Akhirnya..

Ehem2.. testing 1..2..3.. testing 1....2....3...
anda di belakang sana, boleh dengar suara saye tanpa microphone??
microphone mcm rosak oke..hihi..

Saya NURRUL-HANIEM BT MUSTAPHY,
no matrik : D20061026497 ..
no i/c: 870428-xx-xxxx

ingin memaklumkan kepada anda bahawa saya sudah tamat sesi pengajian saya di Universiti Pendidikan Sultan Idris yang terchenta itu dengan jayanya.. alhamdulillah.. setelah menghempas pulas [hempas pulas la sangat.. studi selalu last minit.. haha], studi sungguh selama 4 tahun untuk mendapat ijazah dalam bidang pendidikan, akhirnya saya sudah berada di garisan penamat oke..

Dengan itu, saya dengan senang hati sekarang sedang menunggu surat untuk konvokesyen yang dengar khabar2 angin akan di buat pada bulan 11.. insya ALLAH, akan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains (Fizik)..

Dengan lafaz bismillah.. saya merasmikan bahawa saya sudah tidak menjadi STUDENT lagi.. huhu..

p/s: lebih excited tunggu baby lahir lagi dari surat konvo ^_~
p/s 2: tibe2 tak percaya, sebab akhirnya tamat belajar dalam status sudah menjadi isteri dan bakal bergelar ibu.. padahal, perancangan dulu mau kawen selepas aku tamat praktikal bulan mei 2010.. perancangan ALLAH Maha Hebat.. tiada siapa yang tahu..






Tuesday, May 4, 2010

Mana 1 Yang Abg??

Sejak 2 menjak ni, kami dalam mode berjimat cermat.. duit sudah susut oke.. tapi alhamdulillah, ALLAH itu Maha Mendengar rintihan hamba dia.. hari ni ade sorang foreigner sewa kete separuh hari, so dapat la jugak RM40..

Kisah semalam

Aku terlena pukul 11.30 pm.. tubuh sangat penat sebab semalam ada pameran sains, so aku involved untuk 1 hari tu.. pukul 1.30 am, aku tersedar.. abang tak tido agi.. pandang kiri kanan, abang tak der.. tibe2 aku bau ayam goreng.. uhh~~ terbayang cite upin ipin yang suke kan peha ayam.. hikhikhik.. aku bangun n tengok abang kat dapur.. tengah goreng ayam kunyit, untuk kami bawa bekal esoknya..

Aku suh abang tanak nasi sebab esoknya aku nak goreng nasi n makan dengan ayam goreng tu.. tapi dalam mamai tu sempat lagi aku cakap kat abang, "tapi aling tak janji tau!" [ada nada malas bangun awal di situ] .. haha.. set alarm kul 5.30 am nak bangun semata-mata goreng nasi.. dalam hati dah cakap, "sah2 memang tak bangun".. =D

Kisah pagi tadi..

Alarm bunyi kul 5.30 am.. aku off n sambung tido.. sedar kul 6 am.. uhh~~ sgt malas lagi rasenye nak bangun.. hikhikhik.. tapi bile pikir abang dah bersusah payah goreng ayam semalam, takkan aku tak leh bersusah payah nak goreng nasi pulak.. unfair la kan.. kesian laki aku nanti.. isteri asik bagi harapan palsu je.. ^_~

Bangun n siap2 nak gi sekolah.. dalam kul 6.45 am, aku pikir cam tak sempat nak goreng nasi.. tapi aku pikir lagi, kalau buat cepat2 sempat.. [tempoh pikir2 dalam 1 minit sahaja].. aku goreng nasi ala2 nasi minyak.. mak aku cakap, kalu tak reti nak wat nasi minyak, goreng nasi macam nasi minyak pun dah oke [ada nada sinis di situ.. ahah]..maksudnya nasi itu digoreng dengan planta sekali dgn rempah ratus macam nasi minyak.. aku modified sikit letak telur..

Bile dah setel nasi goreng, amik 2 bekas, bahagi sama rata.. nasib nasi tu tak leh dibilang, kalu tak aku dah bilang kasi adil.. haha.. then, aku pun masuk bilik pakai tudung.. abang pun siap2 nak gi kelas.. bile aku ngah bersiap2, abang ke dapur n tanye,

" mana 1 yang abang?"

Waahhh~~ mase ni aku rase kami macam budak sekolah.. nak gi sekolah bawak bekal oke.. budak zaman sekarang pun tak bawak bekal.. hikhik.. 2 tupperware tu bentuk sama n saiz sama.. cuma warna je beza.. aku pun cakap, "yang abang hijau, yang aling purple.. nasi sama rata, tak yah pilih2" =D



Sunday, May 2, 2010

Mama Sangat Berkenan!!

Baby, cepat pilih.. kamu nak yang mane 1?? hikhikhik..


Mase mama surf internet semalam, mama terjumpe satu laman web ni.. pertama kali mama pandang, terus berkenan.. adusss!! ni jatuh cinta pandang pertama.. baby came? hihi.. then, tengok harga dia RM479.90 plus dengan delivery cost RM 10.. so, total RM 489.90.. mula2 baba n mama cakap dah murah.. tapi perangai baba, macam baby tak tau kan.. baba surf lagi internet cari design yg sama.. alih2 jumpe satu website nih, harga dia jauh lebih murah.. website product itu sendiri dengan free delivery.. harga dia RM399.90..

Ohhh~ lupa nak gitau baby, ni adalah baby stroller with carrier.. nanti kamu duk diam2 dalam ni tau time mama shopping.. ngeee~~ lepas zohor semalam, mama n baba kuar shopping-tanpa-duit.. maksudnya survey2 barang saje.. baba ajak gi kat Tunas Manja bahagian Baby World.. ade design yang sama dengan yg mama berkenan tu n harga pun sama.. baba cakap boleh beli ni tapi tunggu baba menang peraduan dulu.. hahaha.. mama berkenan sebab warna hijau.. plus warna ni boleh gune untuk baby girl@boy kan..


Yang ni mama baru surf tadi.. brand yang sama je, cuma dia mahal cikit.. RM 499.90 and also free delivery.. kalau yang atas tadi mama berkenan sebab corak bulat2, yang ni mama berkenan sebab corak jalur2.. mama yang over excited macam mama je yang duduk dalam ni kan?? hihi.. multifunction cikit, sebab tu mahal RM100.. tapi kalau gitau kat baba, rasenye baba tak kesah pun kalu mama nak amik design ni plak.. baby duk dalam perut mama, so baby kene ikut cakap mama tau!! hihihi..

Lagipun mahal RM 100 je dari yg kat atas tu.. baba cakap baba nak spend untuk barang2 baby ni plus minus RM2000.. waaaa~~ suke la tu baby.. RM 2000 tuh dah campur dengan kos untuk 'aqiqah.. kalau boy, 2 ekor kambing = RM1000.. kalu girl, sekor kambing = RM500.. baba cakap, barang2 untuk memasak daging, tok ma yang support.. hihi.. sebenarnya, mama n baba dah banyak beli barang2 baby.. basic things.. tunggu la mama upload dalam blog ni eh..

Mama masih survey breastpump.. tapi mama tak nak yang electric, sebab mama takut.. kalu manual, memang susah sikit.. tapi at least, tak der sambungan current.. fikiran mama, lain orang lain pandangan oke.. pastu baba sibuk survey steam sterilizer.. sebab baba cakap, mama kene usaha pam susu untuk jimatkan pengaliran wang dalam family.. haha.. so, bile ade stok EBM ni, terpaksa la beli jugak steam sterilizer ni.. baba survey kat Tunas Manja brand Anakku, harga RM 199.90.. kalau dalam web site, brand Mydear RM 149.90..

~breastpump yang mama berkenan.. salah satu brand yang botol susunya adalah BPA free.. nanti ada masa mama cite pasal BPA free ni ye..~

Bile baba dah cakap camtu, so dalam pantang nanti mama kene makan lobak putih la banyak untuk banyakkan susu.. adeehhh~~ tak pernah makan lobak putih.. sedap tak ek??


 

blogger templates 3 columns | Make Money Online