:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Friday, July 31, 2009

Langkah Yang Drastik..

Aku bersiaran dari Indera Mahkota, Kuantan.. bukan untuk nak melaporkan kes H1N1 di UPSI tu sebab aku dah awal2 cabut lari sebelum kes tu diwar-warkan di TV.. haha.. ni kes pelajar excellent.. belum kuar berita kat TV pasal penutupan UPSI, aku dah siap2 peluk tubuh duduk dalam bas nak ke Kuantan.. ^_^ .. Opss!! bukan aku sorang tau.. aku bertiga menjadi pelajar2 excellent UPSI.. oke.. step2 yang aku amik before cabut lari dari UPSI:

1. bukak myportal UPSi nak tau pasal H1N1.. ade sedikit information tentang penyakit itu.. dikhabarkan untuk waktu tu, UPSI start cuti pada 29 Jul. 2009 dan sehingga ke tarikh yang diberitahu kelak.. itu yang menarik tu..

2. Call Raihah.. tanye pasal kes tu.. merangkap sebagai teman kedua untuk nak cabut lari dari UPSi sebelum dihalau secara halus oleh pak guard..

3. Fana sebagai teman ketiga ambil langkah drastik call Encik Fauzi.. nak tanye pasal tutorial yg sepatutnya dihantar pada Jumaat nih..

4. Then, aku call Raihah.. suh maklum kan 'berita' terkini.. ^_~

5. Raihah call Dr Rosazley bertanya kan tentang presentation yang sepatutnya pada hari Khamis.. Dr said, 'postpone' dan UPSI ditutp sehingga hari Sabtu..

Dan kami..

Angkut beg dan cabut dari 'bandaraya' TM ni..

p/s: Thanks to Fana sebab amik aku dari rumah dan hantar ke bus stop TM.. dan Raihah, thanks coz teman aku sampai naik bas ke Kuantan dan sempat memberi lambaian terakhir untuk aku.. ahaks..


Tuesday, July 28, 2009

Pulang Ke Pangkal Jalan~

Kanak2 ribena sedang bising2 main komputer.. ade yang tengah sembang, dengar lagu.. dan tetibe sorang cikgu neh datang..


"Oke murid2.. sila duduk.. rapatkan saf.. chekgu nak tunjukkan kamu sesuatu.. kamu nak tau tak???"

"Naaaaaaaaaaaaakkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!! "

"Bagus anak2 murid chekgu.. duduk diam2 sudey.."


"Kamu tau ini ape??"



"Tak tau chekgu..."

" Chekgu2.. saye nampak macam kertas kecik2 je.. ade line warna merah.."

"Bagus2.. Sah! kamu bukan buta warna.."

"Chekgu2, saya nampak ini macam adek saya depan punye gambar.."

"Ayyyoooo.. Kamu jangan perasan yea.. sejak bile kamu punye adek masuk dunie ini gelemer.. antara kamu dengan dia suda ada beza mcm ini rambut dgn gigi.."

"Ini nama nya tiket.. kamu tau tiket itu apa? "

"Tak tau cekgu.."

"Oke2.. balik rumah pi tanye papa n mama masing2 ape itu tiket.." [teknik kelentong en.wan zul]

"Baaiiiikkkk chekgu!!!.."

"Oke.. satu je kepentingan tiket neh..kamu nak tau tak??"

"Nak cekgu!!"

"Tiket penting sgt untuk org yg nak pulang ke pangkal jalan.. chekgu sgt perlukan tiket ini.."

Budak2 jerit ramai2.. ~ "Cekgu sesat jalan ke?"

Chekgu hilang sabar~ "Ngokngek sungguh kamu!"


Monday, July 27, 2009

Di Satu Sudut..

Uwwekkk~
.
.
.

Uwwekkk~
.
.
.

Dan uwwekkk lagi~
.
.
.

Fikiran2 kawan2 yang berada dalam rumah itu;

Dia 1: "anim ke tu??"
Dia 2: "eh, anim ke?"

Lalu.. mereka2 mengalihkan pandangan ke arah sink dapur dan..

"Ooo.. ingatkan anim tadi.."

Di manakah aku ketika itu? ~ of course la dapat bilik.. langsung tak dengar.. tido mati ke ape aku neh.. kalu aku ade, boleh tulun tepuk2 belakang dia.. kesian housemate aku, kerana makan sebiji buah naga, perut dia meragam dan terus muntah.. pi klinik pun dalam pukul 10 lebih dan akhirnya terpaksa dikejarkan ke Hospital Slim River dan kena tahan wad.. aku pun tak tau 'apa' yg ada dalam buah naga neh.. bese nya, jarang orang sakit perut dan muntah kalu makan buah2.. agaknya boikot dari buah naga kot...

"ooo..buah naga.. ko boikot kawan aku ek??"~

Nampaknya mereka2 itu sedang menanti 'uwwekk2' dari aku.. haha.. oke, testing 1..2..3..

Uwwekksss

p/s: S yang banyak menunjukkan kekerapan uwwekk aku tu yang mengada2 + tipu2 je.. aku malas nak taip banyak kali.. haha..

Sunday, July 26, 2009

A Love Story For Anim~


a love story 4 anim..

walau sirap berwarna merah..sunquick berwarna oren..namun sirap yg manis tetap bahagia bersama sunquick yg masam..tika bersama tetap trase perisanya..begitu hidup ini..penuh cabaran dan dugaan..masam, manis,masin serta pahit..semuanya perlu ditelan untuk mencapai kebahagiaan dunia n akhirat..

sentiasa yakin dengan kuasa Yang Maha Esa..

e-klas,
nurqaseh


*******************************************


Thanks to Kak nor.. originally ayat neh dari kak nor.. aku copy n paste untuk dijadikan entri dalam blog sendiri.. menarik, interesting, kreatif.. haha.. aku mewakili sirap yang berwarna merah, abang mewakili sanquick yang berwarna oren.. tang mana abang warna oren neh, kak nor?? hikhik.. bes ayat neh.. kes puji melambung2, kak nor, sila jangan kembang kucup.. buruk bebeno ghopenye nanti.. ^_~ tapi satu je aku nak betulkan ^_^

"namun sirap yg manis tetap bahagia bersama sunquick yg masam.."

ayat ni refer kepada air minuman sahaja.. bukan refer untuk aku sebagai sirap, dan abang sebagai sanquick.. tiada kaitan dengan yang hidup mahupun sudah meninggal dunia.. =P .. aku pun tak tau la camne kak nor neh dapat facts yang menyatakan bahawa sirap dan sanquick bile mix tersangat la bahagia.. hikhik.. pesanan untuk kak nor, selain buat research tentang tapai itu, sila la buat research tentang sirap n sanquick bile 2 kordial ni dicampurkan.. apakah masin jadinya??

Selesai.. Itu ayat kak nor.. neh ayat aku oke..

Labu dan Labi.. walaupun labu itu sebiji buah dan labi itu seekor haiwan, tapi mereka boleh bersama sentiasa.. dek labu yang bulat gedempol [bukan aku yek], dan labi yang kecik [again, bukan aku jugak!] membuatkan mereka saling memerlukan.. labu dan labi..
bukan aku, bukan abang.. siapakah itu? haha..


~ tak sedap langsung jiwang2 katak aku neh.. ye, aku memang bukan seorang minah jiwang.. aku hanya seorang manusia yang suka minum kopi radix.. ~ mau secawan?? dan abang sebagai peminat air sanquick.. ala abang, trade mark untuk abang tak de la.. haha..

p/s: ayat aku tu mengarut.. main point untuk entri ni just nak abadikan ayat kak nor yang direka specel untuk aku dan abang..

Saturday, July 25, 2009

Menu Hari Ini..


Hari ni aku masak ayam masak kunyit... ade rase pedas2 sikit sebab letak cili padi.. orang ganu panggil lada kecik.. datang sini baru tau lada kecik ni banyak namanya.. aku tempek gambar kat sini bukan nak share resepi pun walaupun ianya diakui sedap..[perasann mode !].. saje aku nak tunjuk kat abang.. haha.. sememangnya indah khabar, dan indah jugak rupenye.. kan? kan? oke, masakan aku ni 'banjir' sikit sebab my rumate suke kan banyak kuah., lari dari tema sikit masakan aku.. kalu kat kedai biase nye kering je, tak de kuah.. aku yang welfare tinggi neh sentiasa mengikut hati pelanggan..


Sian abang bini tak de nak tulun masak kat dia.. sabar ye abang.. ALLAH bersama orang yang sabar.. tak dapat makan, dapat tengok jadi la ye.. hikhik.. kejamnya aku.. oke2, aling janji aling masakkan untuk abang yang besh2 ek.. oke sayang neh.. jangan nanes2 n ngamuk2 tau sebab tak dapat makan lauk kat atas tu.. hehe..


Tika Ini..

Pukul 3.20 am..

Aku bukan seekor burung hantu yang berjaga waktu malam..
Bukan jua seekor ayam yang mau menunggu dinihari hari untuk berkokok..

Hakikatnya..

Aku seorang manusia yang baru selesai siapkan courseware.. tapi dalam power point je dulu.. haha.. at least, siap kan jugak untuk satu step kan.. padan muka kat aku.. supervisor suh wat senang2, aku nak wat susah2.. kan nyusah kan diri sendri je.. nyusahkan kat abang yg kena taip ayat tulis dalam power point.. nyusahkan kat abang mie lagi kene ajar aku guna java.. pastu dah siap courseware, pi masuk sekolah pulak.. susahkan kak dah pulak.. aku sudah menyusahkan semua orang..

Sekarang, tahap ketensionan aku kurang la sikit sebab 1 step dah siap.. tak pe, slow2 macam siput pun asalkan aku puas hati.. idea dari otak aku sendiri yang rata2 orang tengok courseware aku, dorang puji [fakta oke, sila percaya.. perasan mode! haha]..

Aku bukan seekor ayam nak berkokok waktu pagi.. tapi kalu aku buat2 'berkokok', agak2 bangun semua orang dalam rumah aku??

~kok bangun tahajud wehhhh kok!!!~ [kokokan versi melayu.. wujud kah? adakah patut aku melalut waktu pagi2 camni?]

.
.
.

Oke .. puan anim, pegi tido...



Friday, July 24, 2009

Untuk Abang..

Lirik lagu yang diubah..

Rangkap 1:

Ketika kejauhan..
Masihku hangat kasihmu abang..
Betapaku rindukan redup wajahmu..
Hadir menemaniku..

*********

Aku sangat dan sangat dan sangat lagi rindu kan abang.. tak puas pun bersama abang minggu lepas sebab sibuk dengan urusan dunia.. hehe.. tak puas nak bergurau dengan abang, bersembang dengan abang, bercerite itu dan ini dengan abang.. aku masih terasa pelukan hangat[bukan hangit!] abang sebelum dia balik Kuantan.. tak sabar nak jumpe abang next week.. walaupun nak berpisah itu hari aku sangat la sedih sebab aku rase sangat yang masa sangat2 singkat time jumpe abang.. ayat aku ni berbelit ke?? hehe.. sila faham dgn jayannya, oke.. ini ayat orang angau namanya..


Rangkap 2:

Terbayang ketenangan..
Yang selalu kau pemerkan..
Bagaikan tiada keresahan..

********

Memang aku masih terbayang ketenangan abang tatkala abang membicarakan tentang duit [ayat skema oke].. walaupun aku tau dalam fikiran abang sentiasa fikir duit, duit dan duit, tapi abang tak pernah sebut pun depan aku yang abang risau andai duit tak cukup.. abang tak risau jika duit tak cukup untuk dirinya, tapi abang risau duit tak cukup untuk aku.. thanks abang.. terbongkarnya rahsia tentang kerisauan abang ni mase aku nak 'something', tapi abang cakap SABAR.. dan aku mengamuk macam budak 1 tahun.. haha.. sejak seminggu 2 neh, rezeki kami murah je.. syukur alhamdulillah ~ trade mark bio-aura.. =)


Rangkap 3:

Walau hatimu sering terluka..
Tika diriku terlanjur kata..
Tak pernah sekali kau tinggalkan..
Diriku sendirian..

*********
Part ni kalu aku fikirkan kembali memang aku ni betul2 tak solehah la.. selalu je hangin kat abang tanpa sebab.. sian abang dapat bini macam aku neh.. tapi tak der la sampai terlanjur kata, hangin je.. kata2 aku yang diungkapkan tu still 'lembut au-au-au lagi..' ..tapi abang tak pernah nak hangin balik kat aku.. abang ni banyak sabar kan? jangan meletup ek.. hikhik.. abang pun tak pernah tinggalkan aku bersendirian melainkan masuk toilet.. tak kan dia nak ajak jugak aku kan??

Rangkap 4:

Ketikaku dalam kedukaan..
Kau mendakap penuh pengertian..
Disaat diriku kehampaan..
Kau setia mengajarku..
Erti kekuatan..

*********

Aku pernah berduka.. ada sebab untuk aku berduka.. tapi abang tenangkan aku.. tak leh elobrate panjang2 part neh, nanti aku sebak pulak.. haha.. dan abang sentiasa ingatkan aku, "mintak la dengan DIA.. DIA yang berkuasa segala2nya.."


Rangkap 5:

Terpancar kebanggaan..
Dalam senyummu..
Melihatku berjaya..
Bilaku kegagalan..
Tak kau biarkan..
Aku terus kecewa..
Dengan kata azimat..
Engkau nyalakan semangat..
Restu dan doa kau iringkan..

**********

Aku nampak kegembiraan abang mase aku dean list hari itu.. abang janji nak bagi hadiah, tapi sampai sekarang tak wujud2 pun hadiah tu.. kene tuntut neh.. haha.. bila aku 'gagal' [bukan la semua subjek fail!], abang takkan biarkan aku kecewa.. dengan kata azimat abang, "sape suh study last minit!" [azimat kah?], kata2 tu membuatkan ianya terbakar hangus dan sekarang dah jadi debu.. kesian.. asal la abang gi 'nyalakan' semangat neh?? =) .. tak perlu nyalakan, letak lam microwave je.. tak de la hangus nanti..

Rangkap 6:

Tak dapatku bayangkan..
Hidupku abang..
Tanpa engkau disisi..
Semua kasih sayang..
Yang kau curahkan..
Tersemat dihati.....

*********

Sangat aku tidak dapat membayangkan jika abang tiada di sisi aku untuk selama2nya.. sungguh.. aku sangat bergantung pada abang dan sangat2 sayangkan abang.. kasih sayang abang aku semai sedalam2 dalam diri ku agar sentiasa menjadi kekuatan kepada aku tatkala berjauhan dengan abang untuk sementara ni.. oleh itu YA ALLAH, Kau panjangkan lah umur suami ku.. berikan lah kepada dia keberkatan dalam hidupnya.. limpahkan lah kasih sayang aku kepada nya untuk selama2nya dan biarlah kami ditemukan lagi di Syurga kelak..

[Sedih sebenarnya bile abang gitau tadi dia dah nak gi ke Temerloh untuk first posting dia.. walaupun just 3 minggu, dan aku tau kalau aku sebut nak jumpe, mesti abang akan turun Kuantan, tapi aku tak sanggup nak susahkan abang sebab aku tau abang dah penat bile clinical years.. posting untuk Surgery pulak tu.. tak pe, ni satu pengorbanan dalam hubungan.. sayang kamu selalu, abang..]


For always and forever, I will LOVE you, abang!

With love,

Wednesday, July 22, 2009

Nasihat Abang..

"Aling tau tak nape aling selalu stress?"

"Tak.." [sambil muka pusing pada abang & bersemangat menadah telinga!]

"Sebab aling tau aling banyak kerja, tapi aling tak wat.. jadi, aling selalu stress duk fikir pasal kerja2 tu.. pasal thesis tu, assignment, study yang tak faham..."

"Erm.." [erm tu menunjukkan mood sudah berubah sebab terkena batang hidung sendiri.. hikhik..]

"Cuba kalu aling wat semua2 tuh.. bukan abang suh buat serentak.. point kat sini, aling wat sikit2.. at least gerak mende tuh.. hati pun mesti dah tak fikir sangt sebab kerja kite tu in progress.. tul tak?"

"Yela.." [Yela menunjukkan satu respon yang agak kurang berminat utk mendengar]

Tiba.....

"Abang, cu tengok dia neh.. barang2 penuh dalam keta.. macam2 ada.."

"Ni tak nak dengar la ni mende abang cakap.. saje tukar topik.."

"Bukan la.. aling dengar dah.. iye, betul la abang cakap tuh.."

Oke.. aku memberi chance 100% ke abang untuk 'membebel'.. saksi yang melihat aku mendengar dengan baik tanpa bantahan adalah barang2 dalam kete.. hikhik..barang2 dalam kete, betul kan aku neh dengar dengan baik.. kan?? kan?? mase tuh dalam kete on the way nak balik rumah aku.. so, start dari Merchang sampai ke Kuala Ibai, abang diberi peluang membebel tanpa sebarang halangan oleh aku.. Merchang-Kuala Ibai masenye lebih setengah jam tapi kurang sejam.. lame kan? pendengar setia sungguh aku neh.. =)

So, sampai kat Kuala Ibai, abang ajak jalan2 kat Masjid Terapung.. amik angin kuala di situ.. abang parking kete betul2 depan sepasang kapel nih.. dan akhirnya kami beli aiskrim dan kepok, cari port yang sesuai untuk 'dating'.. hehe.. petang jumaat tu memang ramai sangat orang.. dan ramai jugak tengok kami macam 'pelik' je.. mungkin sebab aku berbaju kurung, tudung labuh dan berpegang tangan dengan sorang laki.. be a positive thinker.. mungkin dia tengok baju aku yang banyak kedut kot.. haha..
.
.
.

episod 'dating' berakhir

*************************************************************************************
Malam ni aku cuba ingat balik nasihat abang pada aku.. memang ada kebenarannya.. aku sudah siap content untuk courseware neh, kirenye insya ALLAH esok siap sepenuhnya courseware dalam bentuk power point.. then, aku nak convert dalam Java.. buat script dsb... agak memakan mase yang lama dan memeningkan kepala..tapi..

Disebabkan aku sudah siapkan content courseware neh walaupun dalam ppt, ianya membuatkan aku sudah tidak stress.. aku dah 'kurang' fikir pasal courseware neh sebab aku tau dah 'gerak' dah untuk kerja ni.. sama macam study, abang cakap, study awal2, nanti tak tensen nak exam.. tapi macam bese la,, jenis aku neh tak leh study awal2.. part ni aku bantahan dari aku.. haha.. sebab aku kata, setakat nie walaupun aku study last minit, aku still boleh score.. rezeki semua dari ALLAH.. mungkin ALLAH 'bagi' aku neh cepat faham dan ingat kot.. tapi sometimes, tak jugak.. 10x ulang pun still tak ingat2 lagi..

"syukur alhamdulillah.."~ trade mark bio-aura.. haha..

So, conclusionnya, betul jugak pandangan abang.. oke, aku tulis sebagai peringatan.. sape2 rase ianya boleh dipraktikkan, sila kan.. memang ianya berkesan.. tiada kesan sampingan malah boleh mengurangkan stress anda..

'bukan mau menggoda, tapi mau berniaga..' ~ tiada kaitan.. trade mark Kopi Janda.. bukan aku minum, bukan aku yang jual.. haha..

Tuesday, July 21, 2009

Dia Melaram..

Isy.. tangan sorok2 buat ape nih??

Ooo.. tengah pakai tie rupenye..


Oke abang.. 1, 2, 3.. klik.. klik..
[sila abaikan kedutan di baju]

alamak bang.. asal tie abang panjang sangat sampai tutup perut.. nak tutup perut ka? tak pe la kan.. asalkan boleh tayangkan baju + tie baru.. hikhik..

sesi fotografi tamat
********


Abang cakap tak suka pakai baju warna pink.. tapi aku beriya2 nak beli jugak baju neh sebab aku nak match dengan tie yang aku sangat dan amat berkenan.. akhirnya setelah dipujuk, dirayu bagai, abang akhirnya bersetuju untuk memiliki baju warna pink seperti di atas.. ngeh3.. sila abaikan baju yang berkedut2 itu sebab belum dibasuh+digosok, tapi sila cuba bau baju itu.. ada bau kedai ka??

Motif weekend lepas nak tolong abang iron kan baju kemeja dia.. so, aku minta dia angkut semua baju kemeja dia wat balik rumah.. misi men'iron'kan baju abang bermula hari sabtu pagi sampai ahad petang.. lame kan?? sebab aku gosok baju kemeja+seluar+tie abang cukup2 untuk 2 minggu kuliah dia.. tapi yg menghairankan aku [agak frust nonggeng], aku punye la semangat tenyeh2 iron tu kat baju abang, tapi esoknya nampak lagi kedutnya.. adakah aku yang tak pandai iron baju, atau iron itu yang bermasalah atau aku perlukan kursus menggosok pakaian?? haha.. kemusykilan mula bersarang dalam fikiran.. =) .. nasib abang menerima seadanya.. ngeh4..


Monday, July 20, 2009

Aku Di'eksperimen'kan..

"Puan sihat?"

"Ye sehat.."

"Puan ade kat mane neh?"

"Kat rumah mak saya la.."

"Puan kenal saya?"

"Mesti la kenal.."

"Saya ni sape?"

"Suami saya la!!!!!"

"Saya nak check puan ni.. boleh?"

"Bayar la.. haha.. semua patient dibayar, I pun U kene bayar jugak la.."

"Oloh.. nak kene bayar berapa?"

"Tempat2 sensitif bayaran mahal sket ek..haha.."


Oke.. ni bukan dialog orang tak berapa betul ek.. haha.. ni dialog antara aku dan abang.. bukan abang tak betul, tapi abang sedang praktis apa yang dia belajar.. starting sebelum nak check patient, soklan2 camni yang basic kene tanye.. tapi kata abang, kalu dah nampak orang tuh dah sihat, wat ape nak tanye lagi.. kan hangin orang tuh.. hikhik..

Dulu, sebelum kawen, abang pernah cakap kat aku, bile dia clinical posting, aku akan dijadikan 'bahan' eksperimen dia.. sebab ilmu ni lebih senang nak ingat jika kita praktis kan sekali kan?? so, bile waktu kelas Doc ajar camne nak check patient, untuk nak lebih senang ingat, terus praktik kan apa yang blaja tuh.. tapi sebab aku dan abang tak duk sekali, so, abang tak leh la nak praktis terus apa yang dia belajar.. balik baru2 ni terus dia angkut semua barang2 clinical dia wat balik rumah sebab nak cek aku..

Mula2 abang check aku neh, aku semangat lagi..siap gelak2 lagi.. tapi sebab abang cakap bagi la kerjasama, so aku bagi 100% kerjasama kat abang yang sangat bersemangat tuh.. duk kaku macam mayat hidup atas katil.. last2, mata aku dah kuyu2.. sikit lagi nak tertutup.. tapi 'Doc' ni semangat lagi nak check.. adoiii...mase tuh dah kul 12 am, nak kate 'on call' rasenya tak, so sebab aku neh solehah kan, so aku 'terima' seadanya.. haha.. maka, aku 'diketuk2', 'disuluh2', 'digosok2', 'ditekan2' dan lagi2 la.. U all jangan fikir lain2 sudeh.. kawan2 abang faham la term2 aku neh..kan?? kan?? hikhik..

Akhirnya, atas nasihat 'patient' kepada 'Doc' sila la stop urusan cek mengecek neh sebab 'patient' dah tak mampu nak berpijak pada bumi yang nyata.. haha.. so, Doc ni pun dah sedar dia bukan 'on call' malam tuh, maka 'patient' dan 'Doc' sama2 masuk tidur.. haha..

Doc: Abang
Patient: Aku
Tempat: Atas katil dalam bilik, bukan ats katil kat hospital ek..

p/s: abang, dah lulus nak masuk clinical.. tahniah2..



Oke.. Setel!

Tag ni dapat dari Nursyahadah.. student upsi sem 4.. betul ke? akak lupe la dik.. hikhik..

Bekas kekasih saya adalah:
Kekasih dulu, En. Mohd Zubir bin Abdul Rahman.. Kekasih sekarang pun, En. Mohd Zubir bin Abdul Rahman.. Kekasih akan datang pun, Mohd Zubir bin Abdul Rahman.. tak de 'bekas' ek sebab dia tak pernah tinggalkan bekas untuk aku.. =)

Saya sedang mendengar:
Dengar rumate duk tekan keyboard dia.. dia gune external keyboard sebab yang ori punye dah rosak.. ganeh betol dia neh kan?? hikhik.

Mungkin saya patut:
Makan sekarang sebab perut lapar.. tapi mungkin je sebab kalu aku makan sekarang, kul 9 mlm nanti lapar balik.. cepat bebenor lapar.. makan untuk sorang, bukan berdua ye!

Saya suke:
Suke jika abang faham ape yang aku nak.. hehe.. ikut la aku teringin nak makan ke, nak minum ke, nak jalan2 je, walaupun bahasa yang digunakan hanya berkias2 bak kata orang arab 'balaghoh', tapi abang boleh memahami dengan jayanya.. tahniah abang! hehe..

Sahabat-sahabat baik sy:
Semua yang berkawan dengan aku selagi mereka tidak hipokrit depan aku..

Saya Tak Faham:
Aku tak faham pada diri sendiri yang dah tau banyak kije, tapi duk asek updet blog + abang pun tak faham gak.. hehe =)

Saya kehilangan:
Pensil tekan warna biru.. sayang sangat dengan pensil tu.. hanya itu jadi rahsia antara aku dan abang mase skolah dolu2..

Ramai yg kata:
Aku ni sombong.. tapi pada yang tak mengenali aku je cakap gitu.. yang mengenali aku neh, mesti kata aku ni banyak cakap =) .. betul kan kawan2??

Makna nama saya:
Cahaya suci.. tapi aku cari dalam buku tak de pun makna 'Haniem'.. so, hari tu aku tanye sendiri sama ustaz, dia cakap maksud Haniem adalah suci.. so, aku pegang la sampai sekarang.. betul kot.. hehe..

Cinta itu adalah:
Sesuatu yang subjektif.. tidak boleh diukur dengan pembaris berapa panjangnya, tidak boleh ditimbang berapa beratnya..

Di suatu tempat seseorang sedang:
Rumah belakang rumah aku.. orang tengah masak.. tapi tadi la dalam kul 5.30pm.. oke la kan jawapan aku neh?

Saya akan cuba:
Jadi isteri solehah untuk abang..abang kan?? kan?? kan??

Ayat"Selamanya"membawa maksud:
Tiada mase yang ditetapkan tamatnya untuk sesuatu.. belit ke ayat aku?? lu pikir la sendiri..hikhik

Telefon bimbit saya:
N81 8G.. boleh muat aku sorang untuk capacity nya.. aku seorang yang mengada2..haha.. dah ade 8G, guna nya just 1G.. kui2.. nak beli hp ni punye la lame.. tawaf 1 lowyat dengan abang nak beli sebab abang nak pastikan harga yang termurah untuk aku angkat ini tepon.. so, sekrg aku gune hp ni la.. hp abang 1100.. tak leh duk bersebelahan hp kami.. nampak sangat antara 2 darjat.. hikhik..

Bila saya terjaga dr tidur:
Aku tengok abang dah bangun lum.. sebab selagi abang tak bangun, aku pun tak bangun.. huh! cancel dah ciri2 solehah.. tapi bile duk asing2 neh, tengok bear gemuk yg abang kasi je la..

Saya meluat bila melihat:
Tengok orang yang hipokrit dengan aku.. nak hipokrit tapi tak pandai nak simpan.. simpan dalam poket kemas2 oke??

Pesta/Parti adalah:
Ntah la.. aku pun tak tau.. tak pernah gi tempat2 cegini..

Haiwan yang paling comel yg saya pernah temui:
Bear abang bagi.. dia tak hidup, tapi dia comel.. gemuk macam aaaa..Oppss!! hehe.. acceptable kan jawapan aku neh..

Peringkat umur yang paling menyeronokkan saya:
Peringkat umur belia.. ahha.. aku dah kawen dengan abang.. hikhik..

Hari ini:
Aku ngah 'berazam' untuk siapkan courseware.. tak dapat banyak, cikit pun jadik la wahai puan anim!! doa2 la azam aku neh terlaksana..

Malam ni saya akan:
Siapkan content untuk courseware setakat mane yang mampu.. sebab banyak lagi kerja untuk siapkan courseware nih.. nak convert pada Java lagi.. take time tuh..

Esok sya akan:
Cuba untuk tidak memeningkan kepala belajar Quantum Mechanic yang ntah pape tu..

Saya betul2x inginkan:
Kebahagiaan dunia n akhirat bersama abang dan anak2.. pasangan yang diredhai oleh ALLAH.. mendapat mawaddah wa rahmah dalam hidup berpasangan sebagai suami isteri.. dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah..

Jap.. banyak nya soklan.. penat la..hikhik

*************************************************************************************

Ketika sy lihat wajah saya di cermin pagi nie:
Bintik2 merah kat muka tak hilang2 lagi.. sejak kawen hari tu dia gatal nak naik, tapi sekarang tak reti2 nak turun balik.. bukan jerawat ye.. aku pun tak tau spesis ape neh.. sampai abang tegur muka aku banyak 'foreigner'.. nasib 'foreigner' neh pandai malu.. duk tepi2 pipi je..

Pusat membeli belah / arked permainan:
Aku tak tau nape aku suke gi beli Mydin.. kalu orang kate barang Mydin tak tahan, aku tetap mempertahankan 'syurga' beli belah aku neh.. haha.. walaupun ramai sangat orang datang, aku akan paksa jugak abang untuk cari parking.. hikhik.. asalnya tak mau beli pape, tapi kuar Mydin mesti ada barang yang aku bimbit..

Makanan barat atau jepun:
Tak minat la.. kalu abang further study kat oc pun, aku akan bawak budu+ikan masin+sambal belacan dsb ke sana.. sebab aku rela makan itu dari makan makanan barat tuh..

Bilik yg terang atau gelap:
Haha.. no answer la..

Makanan segera adalah:
Tak suke la segera2 neh kecuali Meggi.. itu pun makan kalu dah darurat sangat.. haha..

Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang:
Luv U sayang.. untuk abang sorang je tau, bukan untuk kamu.. hikhik..

Siapa yang anda mahu tag????
Tak tau nak wi sape.. tapi aku just nak wi sorang je pada yang bertuah ni.. kasi dia 'banyak' kerja sikit..

Siapakah yg bertuah itu..??
Kak Zaza.. terima la dengan hati terbuka ek.. hikhik..



Thursday, July 16, 2009

Sabar.. Sabar..

Sabar ye..
Esok je lagi..
Tunggu je la..
Bukan lama sangat pun..
Kurang dari 24 jam jea..
Oke..
Hepi mode..
Bile dah hepi, aku dah mula berangan2..
Oke..
Sabar untuk seketika..
.
.
.
.
.
.
.

Esok aku jumpe abang.. so, secara disengajakan blog ini tiada entri baru utk hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.. oke? aku kan isteri solehah.. manfaatkan mase bersama.. haha.. abang nak sanquick?

Jangan pening2 baca.. semestinya kamu tidak perlu memahami entri ni.. =)

Wednesday, July 15, 2009

Naluri + Keinginan ^_~

Tibe2 aku ade satu perasaan.. perasaan nak ada anak.. mode sekarang aku tengah jeles pada semua wanita2 yang tengah mengandung plus dah ade anak.. lepas siap je wat asemen [part aku jea], aku sibuk nak google mencari 'something'.. ngeh3.. semakin meningkat keinginan+naluri ini, semakin aku rasa tak sabar.. so, keinginan+naluri berkadar langsung dengan sabar.. as a conclusion, keinginan+naluri mesti la diikat dengan kesabaran.. aku perlu bersabar dan bersabar dan terus bersabar.. [puan anim, ni bukan hypothesis utk sc research, oke?]..

Sebenarnya aku saje men'google' tengok barang2 baby.. perancangan perlu ada, rite? so, timbul lah satu kesimpulan yang aku simpulkan sendiri, 'boleh tahan jugak harga barang2 si tecik ni..' setiap ibu bapa mesti nak yg terbaik utk anak dia kan.. haha.. no money no talk no walk.. bile aku cakap kat abang tak sabar nak ada anak, abang mesti cakap benda yang sama, "sabar la sayang..nanti dah stabil, aling beranak ramai2 oke?" ..

Apa maksud stabil bagi abang? aku malas nak explain banyak.. so, aku tulis je apa abang pernah cakap kat aku..

"abang tak kesah nak ada anak mase abang blaja.. kalu dulu abang kerja pun tak ganggu study, so kalu ada anak, mungkin tak ganggu jugak abang study.. doa banyak2, minta tolong dengan ALLAH, biar segala2nya dipermudahkan.. cuma satu je, abang nak cukup kan saving je.. abang tak nak kalu ada anak, anak kita tak dapat macam anak orang lain dapat.. anak orang lain pakai lampin yg oke, takkan nak bagi anak kite lampin yang murah sampai jadi merah2 punggungnya.. orang lain minum susu mahal2, anak kite minum susu biasa.. anak orang lain paka baju comel2, anak kite pakai baju bese2.. kesian tau tak nanti kat anak kite.. "

Oooo.. aku faham.. stabil maksud abang adalah duit dan aku hormat pendirian abang yang nak 'berdikari' dalam semua menda start dari nak dirikan baitul muslim hingga la ke ada anak.. selamat saving abang eh.. oke.. ai abang, fikir anak je ke? bini punye baju camne?? tak der offer ke nak beli yang comel2? ahaks.. =) doa2 la duit kite tu beranak pinak dalam bank yerk!! hikhik.. jauh jugak pemikiran abang ghopenye.. tak macam aku, fikir nak beranak je.. ngeh3.. rupenye keinginan abang nak ada anak lebih tinggi dari aku.. demand pulak tu, nak twins.. haha..

So, refer pada kesimpulan yang aku simpulkan kemas tadi tu 'boleh tahan jugak harga barang2 si tecik ni..' , patut la abang cakap nak cukupkan saving.. ntah2 abang dah google dulu dari aling ek?? hehe.. [perhatian: barang2 yang aku google tuh adalah barang2 basic untuk baby.. dan ianya boleh membuatkan mama dan babanya garu kepala jika saving tak cukup.. haha..]


Tuesday, July 14, 2009

Kembar?

Kembar 1:

Cerita Ziana Zain mengandung bukanlah lagi rahsia dan ramai juga telah mengetahui bahawa penyanyi lagu Lembah Asmara dan Puncak Kasih itu sedang mengandungkan anak kembar.


Kembar 2:

Tahniah pada Sharifah Aleeya dan suaminya Muhammad Ashraf yang sudahpun bergelar ibu bapa dengan kelahiran anak kembar mereka pagi tadi. Leya selamat melahirkan anak-anak perempuan sulungnya melalui C-Section.


Kembar 3:

Tahniah pada Cg. Nurrul-Haniem dan suaminya Dr. Mohd Zubir yang akan menjadi ibu bapa kepada pasangan kembar laki-laki.. berita dikhabarkan apabila kedua2 pasangan suami isteri ni keluar dari klinik..


Penerangan:

Kembar 1
: Berita diperolehi dari www.gua.com.. tahniah ziana zain atas berita ini..

Kembar 2
: Juga diperolehi dari laman web yg sama.. tahniah sebab dapat kembar girl..

Kembar 3
: Berita tipu2 yang diperolehi dari sumber yang tak boleh dipercayai.. sila jangn percaya 100% sebab sememangnya itu adalah khayalan dan angan2 pasangan suami isteri tersebut.. haha..

Entri mengarut tapi kalu betul2 alangkah bahagianya hati ini.. kes jeles dengan penyanyi dan pelakon d atas yang dapat rezeki anak kembar.. nak jugak kembar..


Nikmat Sebuah Kerinduan

" besnye kalu ade orang wat air.."

"abang.. kan kite baru sudah makan.."

"hehe.. abang gurau je.. tapi kalu dapat minum air sunquick ke, bes gak.."

Aku gelak...

"abang.. permintaan abang ni diluar jangkaan la.. aling ingatkan minta air masak je.."

Dan kami terus gelak dan gelak dan gelak lagi.. kebiasaan lepas makan, selang setengah jam abang akan minta air sanquick.. air sanquick yang betul2 masam.. maknanya sanquick mesti lebih dari air biasa.. aku sendiri pun tak leh minum sebab tersangat la masam dan sememangnya aku tak suke air sanquick! abang kata, minum sanquick lepas makan dapat hilangkan rase mual.. abang ni pregnant ke? hikhik =)

Dan sekarang, aku rindu kan suasana seperti itu.. lepas makan kami akan tengok TV sama2.. kalu aku tak join abang, aku akan duk depan laptop updet blog sampai la abang tertido depan TV..[adakah aku menunjukkan perbuatan yang tidak patut?] haha.. ape kejadah isteri camni.. tak ingat kat suami..

Bile berjauhan, aku terasa rindu itu satu nikmat.. sebab apa aku kata nikmat? semakin lama terpisah, terasa semakin hebat perasaan cinta.. susah nak huraikan sebab sesuatu yang subjektif.. terima kasih ALLAH kerana memberi kami nikmat sebuah kerinduan.. sebuah kerinduan yang mengajar kami erti sabar.. dan kerana kerinduan ini kami manfaat masa ketika bersama.. mengajar erti sebuah keikhlasan pada pasangan..

Bagi aku, perlu jugak jika 'perpisahan' sementara ni.. kerana 'perpisahan' ni kita akan tunaikan service yang terbaik.. don't fikir yg bukan2 ek pasal service tuh.. maksud aku, tanggungjawab sebagai seorang isteri/ suami... nanti kami memang banyak lagi perlukan pengorbanan utk 'perpisahan' sementara ni.. bile aku dah jadi cikgu, aku kene kursus lagi.. pengesahan jawatan, kursus bina jati guru dsb.. semuanya lama2 tempoh kursus tuh.. dan sememangnya guru ni banyak kursus yang perlu attend..

Sebenarnya kami tengah pening.. UIA buat sistem baru.. clinical semua di Hospital Temerloh.. so, antara perlu atau tidak perlu utk kami sewa rumah di kuantan.. setengahnya perlu utk aku nak praktikal di Kuantan, tapi setengahnya tak perlu jika abang banyak berada di Temerloh.. kalu ikutkan baik aku terus praktikal di Temerloh.. ntah la..sedih gak sebab bile aku dah berpeluang nak dekat dengan abang, abang pulak yang kene 'sepak' gi jauh..

Tapi sayang utk nak cancel booking rumah sewa tu sebab aku rase dah jatuh hati dengan environment taman tu.. rumah luas dan selesa.. jiran pun baik.. abg kamaruddin n wife yang sangat baik, ramah dan bantu kami dapatkan contact no owner rumah kami nak sewa tu.. rumah pun dekat dgn sekolah tengku panglima perang.. sekolah ni yang aku aimkan nak praktikal.. so, jangan korang berniat dalam hati nak berebut sekolah ni dgn aku eh.. =)

p/s:

  1. kepada UIA.. cepat la bagi kata putus sebab kami pun dah nak putus urat kepala fikir keputusannya akhir ni samada sewa atau tak rumah kat Kuantan..
  2. Kepada abang, thanks kerana always memahami aling dan sentiasa cuba untuk membuat hati aling bahagia.. sayang pada kamu.. ^_^


Monday, July 13, 2009

Video Nikah..

Sorry yea lambat upload.. those yg selalu request dari aku nk tenok video nikah, aku dengan bersusah payah cuba gak upload walaupun dah beberapa kali fedup dgn en.blogger ni.. hehe.. =)


video

Abang Nak Apa?

Semalam aku call abang dan sembang2 dengan dia.. bese lah, utk kurangkan keletihan abang jadi full prebet semalam.. masuk 6.30 am - malam.. ni kalu ade anugerah, confirm dapat anugerah pekerja terbaik nih.. kesian abang, kalu aku ade, boleh tolong urut2 walaupun abang cakap tak pernah rase pun urutan aku.. maklum la, tangan cute miut aku ni tak der tenaga lebih nak urut tubuh abang.. hikhik..

So, atas dasar kesolehahan aku ni sebagai isteri beliau, aku pun tanye abang, " abang nak makan apa nanti?" dis weekend aku balik Kuantan jumpe abang, so aku berhajat+berazam utk masak something utk abang.. aku bukan nak masak lauk2 sepecel pun sebab perjalanan dari TM-KL-Kuantan tu amik mase lama, jadi takut la lauk tu basi/ tumpah dlm bas.. dalam kepala otak aku nih just nak wat cake atau pape pun yng simple tanpa berkuah..

Memandangkan kedaifan aku duk kat rumah sewa TM ni yang serba kekurangan alat utk nak masak cake ke cuppycake ke, so aku cari something yang tak complicated sangat.. so, aku terfikir la nak wat ______.. tapi bahan belum ada and beli lagi.. itu pun jika ade ruang dalam peti ais utk aku nak parking tupperware aku sebab peti yg amat kecik digunakan oleh 7 orang dalam rumah ni..

Tetibe aku ni senyum sorang2 [bukan gile atau meroyan eh].. sebab selama ni aku tak pernah ada minat untuk nk masak atau wat kek atau biskut raya.. setiap kali raye, mesti kakak aku ketiga tu ajak aku wat biskut raya.. ni cerita zaman dia dan aku bujang la.. aku yang sememangnya malas nak ber'cotet2' atas biskut raya ni mula la nak ngilat dari wat biskut raya.. so, setiap malam puasa, aku just teman je kak ma wat biskut raya tanpa ada perasaan nak tau+belajar+try wat sendiri.. [ape kejadah adik cegini..]

Kalu kakak aku yg sulung, suke bagi resepi2 kek dia.. kalu dulu aku just dengar telinga kanan kuar telinga kiri, tapi sekarang aku rase ada perasaan utk nak wat sendiri.. apa yang aku suke brownies dari kakak aku.. huh.. sedap.. sekarang, aku dah ada keinginan nak blaja cara2 nak wat... [alhamdulillah, moving to rajin person =) ] .. tapi wat mase ni tak leh la nak wat sebab oven tak der..

Aku dah melalut sekarang ni.. stop sini.. tunggu la something dari aku untuk abang.. tak leh mention sini kot2 tibe2 abang sudah rajin buka blog aku sekarang.. first time nak buat 'mende' ni.. kepada abang, andai 'mende' ni keras ke, lembik ke, manis ke, sila lah terima kekurangan isterimu ini.. haha.. aling cuba yang terbaik yea cuma aling modify sikit tau sebab abang suke chocolate lebih kan..

p/s: kakak2 aku yang disayangi, sila lah bangga dengan adik bongsu mu ini.. =)


Belum Selesai Rupanya..

Sebenarnya sebelum kawen aku dah hantar surat permohonan kebenaran untuk berkahwin ke KPM.. tapi still ade rase tak sedap hati sebab aku hantar surat tu tiada nama penerima... aku just tulis alamat bahagian ikut alamat dalam surat tawaran je.. tapi yang peliknya sampai hari ni tak der feedback dari KPM sebab abang nak surat feedback tu utk dihantar ke JPA..

So, dipendekkan cerita aku beremel-emelan dengan pihak bahagian ni.. tup dia balas KPM tak de terima surat dari aku.. ke manakah surat itu wahai posmen? penat aku taip tau.. aku pun terus call ke KPM.. baik sungguh puan yang bercakap dengan aku ni.. setakat ni layanan KPM ke aku baik sungguh start dengan nak hantar proposal lagi.. kirenya setakat ini aku sudah berurusan dengan2 bahagian dalam KPM ni.. bahagian perancangan & penyelidikan dasar pendidikan dan bahagian tajaan pendidikan.. so, aku conclude kan bahawa, pihak2 KPM sungguh baik hati..[sila la tambah biasiswa saya atas pujian ini.. =) ]

Bile KPM cakap tak terima, so aku pun kena taip balik surat tu.. softcopy nya ada, tapi dalam external hard disk abang.. aku malas nak susahkan abang, jadi aku susahkan diri aku nak fikir ayat nak tulis dalam surat tu.. hikhik.. lama dah tak blaja BM, so otak aku pun dah berkarat dengan tatabahasa ni.. itu la, nasib PPSMI dimansuhkan.. boleh aku mantapkan BM aku ni.. [ye ke?] ..Ingatkan dah selesai, rupenye belum selesai permohonan ni.. tapi tuannya dah kawen.. tak kesah kan KPM? sila jangan marah kat saya, marahkan surat tu kenapa dia tak kembali pada jalan yang benar..hehe..

p/s: nasib aku tergerak hati nak beremel-emelan dgn bahagian tajaan ni.. kalu tak, mesti status aku single lagi.. haha.. penting ni status married, untuk tujuan posting nanti.. =)


Saturday, July 11, 2009

Hadiah

Entri versi ayat jiwang2.. sila jangan muntah berkaler2 bile kamu membacanya..

Hari ni, aku rasa sangat bertuah.. brtuah kerana sudah lama aku tidak dihadiahi hadiah yang begitu sepesel.. sungguh.. hari ni aku tidak menduga yang aku mendapat hadiah seperti itu.. aku pada asalnya bergenang air mata dek kerana terlalu terharu dngan hadiah yang sebegitu.. akhirnya, air mata ku sapu jua.. ku gosok tapak tangan ku yang seolah2 tidak percaya menerima hadiah istimewa dari -NYA.. apakah hadiah itu?

**************** versi ayat jiwang tamat *********************

Ya... jari ku yang manis lagi comey lote di kepit oleh pintu bilik ku yang tidak berdosa itu.. salah siapa? bukan salah ibu ku yang mengandung.. bukan jua salah aku yang mengandung.. eh2.. silap tulis pulak.. haha.. bukan salah aku yang dikandung oleh ibu.. dan akhirnya, hadiah itu 'berkesan' di jari aku.. merah bak darah ikan.. orang putih paggil 'maroon'.. tak yah nak guna Engelish sudah.. PPSMI sudah dimansuhkan.. apakah kaitannya?

Versi mengarut.. sila baca tanpa rasa bosan *_~

p/s: gambar tak leh diuploadkan sebab camera kawan aku yang pinjam.. nak snap gambar guna N81 pun tak berapa canggih sangat.. makin 'comey' jari aku nanti..


Thursday, July 9, 2009

Perkara Yang Aku Tak Suka

Perkara yang aku tak suka dan paling2 aku tak suka :

Minta cop dari PA (penasihat akademik) - sebab result yang perlu dihantar ke KPM memerlukan cop pengesahan dari lecturer, jadi aku kene jumpe PA.. PA aku ni the very3 bz person.. susah nak lekat kat bilik.. so, bile aku nak jumpe dia utk pengesahan, selalu dia tak der.. nak call aku tak der no hp dia.. adakah salah aku? haha.. pulak tu sem ni dia tukar bilik kat BC, aku macam itik cabut ekor (adakah wujud peribahasa itu?) terkapai2 mencari bilik dia.. at last, tak jumpa2.. aku balik rumah then taip entri nih =)


Jumpa supervisor.. - bukan aku tak suke dia.. semestinya aku memang tak suka jumpe lecturer.. aku kurang kemahiran komunikasi.. betul kah statement itu? haha... bile aku jumpe supervisor dan gitau projek yang nak di propose kan, lect mesti cakap, "ikut awak la.." .. kalu ikut saya en, saya akan wat kajian paling simple.. peratus budak2 yang gagal menghafal rumus halaju.. v = displacement / time.. acceptable kah?


Bile sakit perut, gi singgah toilet masjid dengan harapan bersih tapi hampeh.. geram dan memang tak suke.. susah ke nak flush 'bahan' kite tu.. tak payah wat jadi artifak utk masjid.. itu rumah ALLAH.. kalu sayang nak flush, bungkus wat balik rumah.. sorry, ayat kotor.. amik perhatian sebelum abaikan ayat ini =]


Banyak lagi mende yang aku tak suka.. tapi cukup itu bebelan hari ni.. abang cakap rindu nak dengar aku bebel.. so, abang sila baca entri ni.. aling dah membebel secukup rasa *_~


Wednesday, July 8, 2009

Menangiskah Aku?

Petang tadi, kakak aku call.. first2 soalan dia,

"sedang sapu air mata ke? kot2 tengah nangis ingat Zubir.."

Aku ketawa.. sejak hari Sabtu lagi aku sudah menangis dalam hati.. tapi mase tu aku nangis dalam pelukan abang.. abang suh aku sabar.. sememangnya, kami sudah sedia maklum akan 'perpisahan' sementara ni atas sebab faktor study lagi.. mane best nangis tanpa abang.. kalu nangis depan abang, abang boleh peluk, pujuk2 gi makan KFC.. haha..

Lagi pun, kami berada pada jarak yang jauh.. tapi, sejauh jarak kami berdua, jauh lagi jarak antara ummu ilham dengan suami (malaysia-mesir), ummu thana' dengan suami (india-Jordan) dan layyinan dengan suami (Egypt -Malaysia).. aku mengerti perasaan mereka yang begitu sukar utk bertemu dengan suami masing2.. aku? lokasi masih dalam satu peta Malaysia, cuma faktor kesibukan dan kewangan yang menghadkan utk kami selalu berjumpa..

Petang tadi aku bersembang dengan abang.. utk minggu pertama ini, memang kami tiada planning pun utk berjumpa.. aku pulak ade test.. utk minggu kedua, abang cakap hari Jumaat kelas dia sampai petang.. if aku nak datang jumpe pun, aku kene naik bas ke Kuantan yg mase sampainya pada waktu petang dekat dgn waktu maghrib atau malam.. hari Jumaat aku free, so aku ingat nak naik bas pagi.. jadi cancel la plan tu..

Sebenarnya, minggu kedua pun bukan dalam planning pun utk berjumpa.. yang sebetulnya, kami rancang mahu jumpe minggu ketiga.. tapi atas sebab minggu ke empat aku ade presentation, so sudah semestinya weekend pada minggu ketiga ade discussion utk nak touch-up slide presentation.. tak kan aku nak ngilat jumpe abang pulak.. unfair la kan.. lebih2 lagi orang 'anti' nak satu group dengan orang dah kawen ni sebab time weekend je 'lesap' gi jumpe suami =) .. so, aku tak nak la orang' anti' nak satu group dengan aku *_*

Sambil2 menunggu Isyak, aku termenung.. tatkala ini, memang aku sangat rindu kan abang [emo sikit neh..] .. aku rindu nak berjemaah dengan abang, salam cium tangan abang lepas solat, nak mengaji sama2, nak tasmik hafazan abang, nak makan bersama2 abang dan semua tentang abang.. aku rindu sangat2.. abang...

Tibe2 aku teringatkan blog aqilah.. aqilah ni kawan abang.. tak sempat kenal dia walaupun mase majlis sambut menantu dia hadir.. insya ALLAH, aku akan kenal dia bile duk Kuantan nanti.. aku ingat ayat kat profile dia..

"Sy sgt suke jika uia itu terletak di sebuah kota yg diberi nama kota bharu. Tp sy akan jadi sgt sgt sgt suke lagi jika uia itu letaknya di Kubang Kerian yg indah lg permai ini.."

So, aku tukar sikit eh..

"Aku sgt suke jika UPSI itu terletak di sebuah kota yg diberi nama Kuantan.. Tp aku akan jadi sgt sgt sgt suke lagi jika UPSI itu letaknya di sebelah UIA di Kuantan.." =) .. sila la bukak UPSI cawangan Kuantan.."

p/s : rindu sangat2 kt abang..


Sukanya Hati..

Sukanya hati aku hari ini.. keputusan PPSMI telah diumumkan.. dan aku sebagai salah seorang bakal yang bergelar guru sains (fizik) amat2 la berbesar hati dengan keputusan kerajaan itu.. kesian tengok bangsa sendiri yang semakin lama semakin turun prestasinya.. mungkin jika kerajaan mengembalikan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa melayu, pelajar lebih berminat utk mempelajari sains dengan lebih mendalam [isy, asal skema ayat ni!]..

Tidak salah pengajaran sains dalam BI.. bagi aku, biarlah ianya dimulakan dengan peringkat yang lebih tinggi.. maksud aku bermula dengan pelajar2 yang berjaya memasuki matrik atau tingkatan 6 yang amik aliran sains.. peringkat ini, mereka adalah golongan terpilih utk meneruskan pengajian ke peringkat U.. so, susah senang nya belajar Sains dalam BI mereka akan tempuhi jugak.. aku tak kata orang masuk matrik tu pandai2 belaka.. nanti kan ade orang kata aku ni riak pulak =)

Berbanding jika PPSMI dimulakan dengan darjah 1.. peringkat ni, budak2 belum fikir pun lagi nak belajar.. kanak2 ni lebih kepada dunia dia.. dunia seronok2.. gi sekolah pun dalam fikiran still nak main.. cikgu yang kat depan jea syok ngaja, budak kat belakang ntah pape.. dengar ke tidak.. semua kanak2 camtu.. berada dalam dunia seronok dia lagi.. lebih2 kalu orang kurang kemampuan yang menghantar anak ke sekolah.. mereka hidup susah, kurang sumber pembelajaran (contoh dictionary, buku latihan dsb), lagi la tak minat nak belajar Sains..

Sudah cukup untuk membebel..

Pendek kata, keputusan kerajaan pada hari ini wat hati aku gembira.. dalam fizik, memang term2 nya banyak dalam BI.. malah, rumus2 pun banyak dalam Bi.. tapi aku rase, lebih senang difahami dalam BM berbanding dalam BI.. susah tau nak ngaja dalam BI.. tengok microteaching aku sem lepas pun aku hafal ayat nak ngaja.. haha.. pecah rahsia.. tak pe la, asalkan dah dapat A untuk subjek tu =)

So, nanti nak praktikum aku dah tak payah nak fikir2 dah boleh fluent tak speaking sebab dah boleh ngaja dalam BM.. tengok la.. bukan sahaja budak yang tak minat nak belajar dalam BI, cikgu pun duk susah hati jugak nak ngaja dalam BI ni.. *_*

Tuesday, July 7, 2009

Sebuah Coretan..

Aku terbaca dalam blog salah seorang sahabat bloggers aku.. dari incik.. jangan tertipu yea, dia ni pompuan tau.. dalam blognya, dia menceritakan tentang penulisan Ustaz Hasrizal atau kite lebih kenal webnya sebagai saifulislam.. pesanan ringkas Ustaz Hasrizal, 'Tuliskan pengalaman itu, demi anak-anakmu..' Tertarik utk aku nak share satu kisah.. kisah hidup ku sebenarnya..

Sejak masuk sem baru, ramai yang tanya, 'bes tak kawen?', 'ape perasaan bile kawen ni?', 'banyak tanggungjawab tak? contohnya ape?' dan macam2 lagi la.. pastu, bile aku tengok kawan2 ku yang dah ade pilihan hati, tinggal utk nak merancang ke jinjang pelamin, aku akan tanya, 'akak bile lagi?', 'rancangnya bile?' dsb.. ada yang still tiada jawapan.. ade yang jawab, 'lambat lagi..'.. sebenarnya aku nak share tentang word 'lambat lagi..' nih..

*************************************************************************************

Setahun sebelum kawen..

Tahun 2009 kami dikahwinkan, so setahun sebelum berkahwin adalah tahun 2008.. sebenarnya, tahun 2008 ni langsung tiada bayangan utk kami kawen tahun 2009.. langsung tiada perancangan yang ditulis.. perancangan rapi yang aku maksudkan.. contohnya tak der rancang merisik, pertunangan apatah lagi akad nikah.. setengah orang, rancang 2009 utk kahwin, tahun 2008 bertunang.. atau merisik pertengahan 2008, bertunang akhir 2008 dan berkahwin pertengahan 2009.. bagi kami, nothing.. tak der langsung bayangan..

Sebabnya, tiada 'kelulusan' dari pihak atasan.. proposal dihantar, tapi selalu di reject.. hikhik.. reject 100% tanpa ada perbincangan.. harapan secara zahirnya langsung tak der peluang utk terlaksana, TAPI kami mengharapkan harapan secara 'tidak zahir' yang akan termakbul.. means DOA.. doa la pada ALLAH banyak2 kerana DIA lah perancang terbaik.. contohnya dari kisah aku sendiri, setiap kawan yang tanye, 'anim bile nak kawen?', aku akan cakap tahun depan la [2009].. sebenarnya, jawapan aku sangat2 bergantung pada kuasa ALLAH.. tak pernah terfikir pun yang betul2 dapat KAWEN tahun 2009 sebab langsung tak de bayang pelamin pun.. Maha Suci ALLAH..

Kata-kata sebagai doa.. nak eja dalam arab takut tersalah eja.. ye, betul.. memang setiap kata2 kite adalah doa.. berwaspada lah utk setiap perkataan yang terpancul dari bibir mulut kamu.. oleh kerana 'kata-kata' itu selalu disebut, alhamdulillah, akhirnya termakbul.. doa kami termakbul.. so, nanti kalu orang tanye kamu bile nak kawen, jawab la, hujung tahun ni insya ALLAH, ataupun kalu rase terlalu dekat masenye, insya ALLAH tahun depan.. sebut lah banyak kali dengan rase rendah diri pada Tuhan agar 'kata-kata' yang disebut ketika berbicara itu akan dimakbulkan..

Nak berwalimah bukan senang.. bukan senang secara rohani dan jasmani.. aku lebih nak tekankan kepada rohani.. nak berkahwin bukan tanpa niat, ada niat, malah perlu disertai dengan doa sekali.. kami tau yang prposal utk berumah tangga selalu direject, tapi kami sering berdoa, 'ya ALLAH, percepatkan lah jodohku dengan cara yang baik..' Takut jugak andai ditakdirkan dengan cara 'tidak baik', memalukan keluarga.. nauzubillah.. dan semestinya bile orang tanye aku, 'senang tak nak kawen ni?' dan aku akan jawab 'susah dan berdoa la banyak2'..[ayat tak der skema camni ye..]

Keyword yang aku nak tekan kan di sini adalah doa.. betapa aku rasakan yang rahsia doa sangat2 istimewa.. berdoa la bersungguh2.. sebut lah hajat.. andai kamu nak dijodohkan cepat, berdoa la.. bukan setakat menunggu utk diberi 'kelulusan'.. jika ianya melibatkan mak ayah, berdoa supaya dilembutkan hati, dibuka kan hati agar menerima proposal kite.. dan ianya tidak tamat di situ sahaja.. berdoa la yang kamu dan bakal suami/isteri menjadi pasangan terpilih utk masuk ke Syurga, kekal bahagia sehingga akhir hayat bukan setakat cucu sahaja dan diberi kebahagiaan dunia akhirat..

See.. jika dilihat keseluruhan perenggan di atas ni semuanya aku tekankan pasal doa kan.. mesti korang terfikir, banyak nya nak kene doa.. so, kene duduk lama2 ke atas tikar sejadah?.. jawapan aku, ya.. duduk la kamu lama2 atas tikar sejadah itu.. berdoa lah dengan rasa rendah diri kerana kite terlalu lemah di sisi-NYA.. merancang itu dan ini, kesudahannya perancangan DIA yang terbaik.. jika boleh mengalirkan air mata kerana rasa diri terlalu hina disisi TuhanMu, kamu orang yang hebat! Itu antara doa2 sebelum kawen.. doa lepas kawen lain pulak ayatnya.. tak kan semua aku nak ajar kan.. pandai2 kome le nak mengayat di depan ALLAH ye..

p/s: entri ni tidak tertakhluk kepada utk kawen sahaja, tapi utk apa2 sahaja.. hajat utk nak berjaya, dapat anak dsb.. keywordnya, nak apa2, minta dengan tuannya dan tuannya adalah ALLAH.. DIA pemilik segala2nya..


Mereka Hebat..

Bersembang dengan housemate sebentar tadi membuatkan aku sangat2 kagum.. tetibe dia bercakap hal result.. fine, aku tak kesah pun nak gitau result aku berapa sebab dah tak pandai sangat kan.. muka tak malu betul.. hehe.. sebenar kagum dengan 'geng' dia.. kirenye dia pun kire pandai jugak sebab boleh kekalkan 3.5 above macam sem lepas.. aku je yang jatuh...aduh, tak berapa sakit sangat sebab jatuh tatkala hati berbunga bahagia =)

" Ado soghe dapat 4 flat.. puyi.."

Aku memang terkejut gile2 la.. sebab sem lepas memang sem yang agak berat subjeknya, tapi geng2 housemate aku nih drop utk subjek Perancangan & Perlaksanaan Kurikulum Fizik sebab nak kurangkan jam kredit.. aku yang tak sedar diri je amik.. tapi ade hikmah jugak tak sedar diri pun sebab sem ni lagi berat subjek2 nya walaupun 4 subjek sahaja.. so, kalu tengok ade orang tak sedar diri, jangan kutuk2, ade hikmah disebaliknya.. =)

Pulak tu, sem lepas kami belajar Fizik Moden.. subjek yang wat kepala otak aku jadi senget 20 darjah.. aku yang tak faham ape tentang subjek tuh, budak 4 flat tu boleh score A.. adakah patut? haha.. maksud aku, adakah aku patut membandingkan dia dengan aku.. yang tak berapa pandai nih.. oke.. then, subjek KPT yang aku pening2 nak faham, dia boleh dapat A.. Research Method tu aku tak nak bandingkan sebab 'kite' serupa.. =)

Kalu subjek Instrumentation pun aku tak nak banding gak sebab sem 5 aku dah amik lame dah.. itu pun 'kite' sama.. Bio aku tak heran budak 4 flat tu dapat A sebab dia memang rajin study.. sebenarnya, geng2 housemate aku ni majoriti semua anugerah dekan.. bukan senarai dekan.. means bukan sahaja PNGS yang 3.75 above, tapi PNGK pun same.. hebat sungguh mereka ni.. selain seorang yang 4 flat, yang lain 3.95, 3.82.. waaa,, hebat2.. aku bile?

Result aku paling tinggi pun 3.5 something.. itu pun tak dapat kekalkan.. orang cakap nak dapat senang, tapi nak kekalkan susah.. abang pun pernah cakap kat aku camtu.. so, memang aku setuju 100% sebab nak kekalkan susah.. dah la aku mungkir janji dengan abang cakap nak dekan sem lepas, tapi 'tergelincir' sikit.. kalu excident ni orang cakap hampir selamat, tapi cedera sikit di lutut.. versi mengarut.. sila jangan faham oke..

So, dengan memberi janji yang tinggi kepada abang bak gunung everest yang aku nak dekan semester ni, jadi aku kene usaha la.. lagipun kene bukti pada mak, ma dan ayah2 yang kawen tak jejas pun.. haha.. sekarang aku tengah tulis entri ni, so level semangat aku setinggi 700 m dari aras laut oke.. lepas shut down lappy aku tak tau kot dah turun level semangat ni.. haha.. Sebenarnya tengah belajar Quantum Mechanic tadi, aku ade terfikir, mampu tak nak dapat 4 flat dan ape rasenye dapat 4 flat..adakah aku sedang berangan2 macam Mat Jenin? sila abaikan ayat terakhir oke.. aku sedang berkhayal jauh.. pendek cite, aku sedang koya.. *_*

Mengapa aku katakan yang aku sedang koya? sebab utama adalah aku dah di'mention' kan oleh lecturer yang aku ade test hari sabtu ni.. menarik kan? baru masuk sem baru terus dapat test.. rugi korang tak masuk UPSI =] .. so, setelah di'mention'kan, namun diri belum sedar2.. rilek.. tak perlu tampar I punye pipi ni tau.. En.F maklumkan test tu berkaitan tentang Modern Physics.. Modern Physics ni subjek sem lepas.. adakah patut kami di test menggunakan content sem lepas.. dah berkarat tau tak.. mana ingat.. waaaa...

Dengan koya nya, aku belum lagi berkeinginan utk mencari buku Modern Physics.. dasat sungguh ni.. cari buku pun belum berkeinginan, apatah lagi utk membaca.. so, word 'koya' sesuai utk aku yerk.. dan reason kedua, aku telah di'mention'kan oleh Dr. R yang asemen 1 kene hantar week 3.. tapi kami belum cari bahan.. adakah patut berperangai seperti itu? [sila jawab dengan menggunakan silent body..] Dr. R ni rasa bahagia dengan kami.. sayangkan kami sebab tu bagi asemen banyak2.. sem depan kami dah praktikum.. haha.. adakah betul Dr. R? [mati aku kalu dia jumpe blog ni.. ya ampunnnn!!]


Monday, July 6, 2009

Kisah Hari Ini

First day kuliah terus dapat asemen.. aras ketensenan sudah naik ke tahap 20%.. geram2.. satu subjek 4 asemen.. asemen 1, tempoh diberi dari week 1 until week 3, week 4 present.. week 5 asemen 2, week 6 present.. mid term dah week 6.. then, asemen 3 week ke 7 sampai week berapa ntah aku pun da lupe.. itu baru satu subjek.. selamat sem ni semua subjek major tak der lab.. alhamdulillah.. dah tak payah aku nak reka2 ayat nak tulis discussion dalam lab report.. nak mengarut raban tulis errors ape yang berlaku sepanjang experiment tu dilakukan dan tak payah dah nak pening2 kepala fikir nak tulis theory ape..

Tapi lain pulak jadinya.. subjek Energy of Physics memerlukan aku banyak membaca tentang teknologi terkini yang sedang berkembang.. tadi pun yang aku tau pasal Green Building je.. itu pun tau sikit2 tentang pembinaan bangunan yang tidak menghadap matahari dan kesannya boleh mengurangkan penggunaan aircond dan sterusnya boleh selamatkan lapisan ozon.. lain2 teknologi atau isu sekarang kurang tau sebab kurang tengok berita dan baca paper.. asek berkepit dengan abang je 24 jam.. Oppsss!! terlepas cakap =)

So, nanti dah bz dengan asemen2 dah.. esok kelas pukul 8.. malasnya nak bangun pagi.. tapi aku suke jadual ini sem sebabnya dari hari isnin hingga rabu, kelas tamat pukul 1 pm.. ade mase wat thesis waktu petang.. iye ke aku ni wat thesis atau aku lentok atas tilam ^_~ almaklum, waktu yang best tu tidur.. pakej sekali jika perut sudah kenyang then tidur.. haha.. manusia jenis ape la aku nih..

Itu cerita tentang subjek yang gilakan asemen.. hikhik.. ni cite pasal aku gi bahagian akademik pulak.. time ni aku nak gi amik slip exam.. oke, setel amik slip exam, aku pegi bahagian akademik.. nak betulkan ejaan nama.. nama aku kan specel, ade sengkang atau lebih sedap namanya dash.. betul ke eja nih? so, setelah aku hidup bertahun2 kat UPSI ni, sebenarnya ejaan nama aku salah.. bukan tidak perasan tapi buat2 tak perasan dan tak der perasaan nak betulkan..

Dipendekkan cite, oleh kerana sem ni dah sem 7, so nak tak nak aku kena betulkan jugak.. kalu tak, dalam scroll ijazah pun ejaan salah.. aku pun gi bahagian akademik.. akak ni sebenarnya dah letih gamaknya melayan student baru yang banyak fiil.. tak pe2, aku faham sebab aku pun pernah jadi student baru jugak.. mereka2 ni nak hantar fail peribadi.. so, sebelum dihantar akak ni cek dulu la kot2 ade maklumat2 yang diperlukan tiada sebab fail ni penting utk rujukan UPSI..

Dah tu, budak2 ni pun satu.. nak kate tak masuk UPSI, masuk dah.. semua pandai2.. nape la kome tak ikut arahan yang tertulis dalam fail tu.. kalu dia suh susun semua item2 ikut susunan, susun je la.. ni ikat main terabur.. camne akak tu tak bengang.. kalu aku jadi akak tu pun tak kan sampai pencen aku dah berhenti kerja.. lepas akak ni setelkan student baru, aku pun cakap nak betulkan ejaan nama..

"dah sem berapa ni?" [sila baca dengan nada yang nak marah dgn mimik muka nak telan orang]

"sem 6.. eh2.. sem 7" [sila baca dengan nada yang takut ditelan orang]

"sem 7 baru nak betulkan nama?" [baca dengan nada yang hangin]

"saya ingatkan tak pe.." [baca dengan perasaan rasa nak terkencing]

"semua ingat tak pe.. mane IC"

.
.
.
.

"bagitau no matrik 5 angka terakhir.."

"em... 0..eh.. 2.. [tengok kad matrik] ..haa.. 26497"

"sem 7 pun tak ingat2 lagi no matrik.."

Akak!! jangan la marah aku.. aku tak bersalah.. geram sanga rasa.. nak gelak pun ade.. aku dijadikan tempat dia melepaskan geram.. tak patut2.. adakah tanda muka aku ni seorang penyabar? hikhik.. then..

"em, status tu pun tukar jugak.."

"kenapa? dah berkahwin..nanti fotostat sijil nikah"

"a'ah.."

Keluar dari bilik bahagian akademik, aku gelak2 cite kat syikin.. sebenarnya aku dah rasa yang aku akan kene marah sebab sebelum ni dah tengok perwatakan akak ni dah kurang 'stabil' melayan student baru.. tapi aku nak betulkan jugak nama sebab aku jarang pergi bangunan canselori.. nanti kan dah habis sem baru teringat, lagi teruk nak kene marah.. hikhik..so, moral of the story:
  1. Jangan tangguhkan hal2 yang penting..
  2. Jangan jadikan orang yang tak bersalah tempat melepaskan geram.. anda mampu mengubahnya.
  3. Dah ada anak besok2, jangan eja nama anak pelik2.. kesian cikgu2 kat sekolah nak mengejanya.. nak mengeja satu hal, nak sebut habis terbelit urat lidah =) ..[aku pernah mengalaminya..

Sunday, July 5, 2009

Hati2 Dengan Mereka..

Kebiasaannya di supermarket atau stesen bas atau di surau, kita akan nampak notis orang tulis 'Hati-hati dengan penyeluk saku'.. hari ni aku bukan nak cakap pasal penyeluk saku.. entri ni ditujukan kepada ibu bapa yang mengupah orang mengasuh anaknya.. lebih dekat dengan aku, kawan2 blogger yang sudah mempunyai anak kecil dan bakal menimang anak tak lama lagi.. cerita ni kisah benar.. ecece.. macam suspen jea cite ni.. terjadi kepada anak sedara abang... sebenarnya dah lama aku nak tulis pasal ni, tapi asek cancel jea..

Kejadian ni sudah lama berlaku, tapi baru disedari oleh abang ipar aku [abang zubir].. sebenarnya mereka pelik sebab pembesaran Sumayyah tak normal macam orang lain sedangkan lahirnya normal.. Sejak lahir Sumayyah dah masuk hospital 3 kali.. yang paling teruk baru2 ni sebab kene tahan dalam ICU.. kadang2 dia jadi sawan.. tapi kalu istilah yang abang guna 'nyetok'.. alhamdulillah, Sumayyah dihantar secepat mungkin oleh neneknya dan dimasukkan ke HUSM Kubang Kerian.. Sumayyah membesar tak macam orang lain.. lambat merangkak, berjalan, gigi tumbuh pun lambat.. baru2 ni, Doktor scan otaknya, tapi alhamdulillah, sempurna, tiada cacat celanya..

Segala2 terbongkar bile abang ipar aku 'terpulang' awal dari sekolah dan terus ke rumah utk amik adik Sumayyah.. Murah rezeki abang ipar aku ni.. jarak anak kedua dengan Sumayyah 11 bulan je.. so, bile sampai kat rumah pengasuh tu, abang arif terkejut sebab tengok kedua-dua tangan Sofiyyah dalam seluar.. boleh imagine tak? kalu baby dibedung lain skillnya.. ini pengasuh punye skill bedung, cara baby dibedung dengan meletakkan kedua-dua tangan baby dalam seluar.. belajar kat U mane ntah pengasuh ni..

Bile tangan baby diletakkan dalam seluar, seolah2 tangan dia 'diikat' dengan getah seluar.. pengaliran darah tak boleh lancar.. bile abang arif tarik tangan Sofiyyah dari getah seluar, nampak merah2 bekas getah seluarnya.. kesian sangat.. hasil selidik dari jiran2, rupenye mase pengasuh tu jaga Sumayyah, Sumayyah dibiarkan bile menangis, kadang2 dibiarkan berseorangan di rumah bile pengasuhnya nak amik anak dia dari sekolah.. mase terbongkarnya rahsia ni, Sumayyah berada di kampung bersama neneknya sebab dia masih ada appointment dengan Doc kat HUSM..

Sejak kejadian tu, abang arif tak hantar dah Sofiyyah ke rumah pengasuh tak berhati perut tu..kalau bekas pengasuh tu Sofiyyah buat Sofiyyah macam tu, maknanya dia buat mende yang sama pada Sumayyah.. patut la Sumayyah tak membesar macam baby lain.. tangan dia tak leh bebas bergerak.. bile anggota baby dah 'dipenjara' macam tu, memang lambat pembesarannya.. kesian Sumayyah.. dugaan utk abang arif sekeluarga.. Alhamdulillah, Allah bagi petunjuk awal.. kalu tidak, kemungkinan Sofiyyah akan mengalami nasib yang sama macam kakaknya..

Pesan aku pada kawan2 yang dah ade anak, yang bakal menimang anak, berwaspada ketika memilih pengasuh untuk anak.. ada yang betul2 baik, buat anak orang macam anak dia.. kita menghantar anak waktu pagi pun senang hati.. tapi kalu yang jenis betul2 nak duit sahaja, memang dia asuh anak bukan macam anak dia.. kadang2 spot check tu perlu.. korang buat ala2 kat sekolah dulu.. =) tapi spot check korang jangan bagi pengasuh tu perasan yerk..


Babai Abang..

Petang tadi momen terakhir utk kami berdua.. lepas ni masing2 balik ke uni memandangkan start kuliah 6 hb ni.. so, kami plan nak gi jalan2 kat KL dulu.. tapi memandangkan kami tak sempat packing barang sebelum abang nasir [suami kak ma] ke kelas, so terpaksa tukar plan, balik lepas abang nasir tamat kelas.. hajatnya nak berangkat ke stesen komuter Bangi kul 12 pm.. tapi sebab abang nasir ade hal sikit, so dia balik lebih kurang pukul 12.30 pm..

Kak ma pun terus decide utk nak hantar aku terus ke UPSI.. alang2 tu dia boleh balik rumah mak mentua dia.. dah puas aku tolak 'offer' kak ma ni, tapi tak menjadi.. so, cancel la kami utk jalan2 kat KL.. lepas lunch, kami terus ke Tanjong Malim.. sampai sane lebih kurang pukul 4.. kak ma pun terus balik ke rumah mak mentuanya.. tinggallah aku dengan abang.. kat Tanjong Malim ni bukan ade tempat utk dilawati pun.. hari ni hari sabtu, so ade pasar malam.. dapat lah aku memperkenalkan pasar malam tanjong malim kat abang =)

Abang naik bas ke KL pukul 7 pm.. ke kuantan kul 9.30 pm.. sengaja pilih waktu yang lewat2 sikit utk abang ke KL.. tapi oke la pukul 7 pm sebab kene bajet utk jalan 'jam'.. bile kami dah siap beli2 makanan kat pasar malam, kami duduk kat bus stop.. aku dah janji dengan abang tau nak nangis.. kene tabah dan kuat ni.. tak nak tunjuk air mata depan abang sebab takut abang pulak sedih..

So, bile abang nak naik bas, aku salam dan cium tangannya.. mase tu dah sedih, tapi kene cover beb.. abang cium pipi dan dahi aku.. mak ai.. abang wat hati aku makin pilu.. camne nak cover ni.. sebulan makan minum bersama abang, bergurau senda, bersembang itu dan ini, dan tibe2 kene berpisah utk sementara.. abang still steady duk dalam bas.. tengah2 aku pandang abang, ade budak kecik depan seat abang ni babai kat aku.. aku pun babai jugak kat budak kecik ni.. dia bagi flying kiss pulak kat aku.. hikhik.. so, bile aku buat2 'main' dengan budak tu, boleh la cover air mata yang nak tumpah ni..

Bile bas abang naik dah bertolak, aku terasa sebak.. bunyi hp.. aku tau abang mesej tapi aku tak nak baca sebab aku tau ayat2 abang tu boleh wat aku nangis.. so, bile aku naik bas nak balik kampus, aku baca mesej abang.. isy, dah bergenang air mata.. cover2 depan orang buat2 sapu tahi mata.. hikhik.. ayat abang yang wat aku sedih,

" lepas ni dah lambat plak la nak jumpe aling.. dah tak der orang jage abang.."

Isy, aku tak pernah jage abang.. tapi abang jage aku.. aku janji nak urut abang, tapi aku tak urut pun, alih2 abang yang urutkan aku.. aku cakap nak tolong gosokkan baju abang utk 'bekal' 3 minggu, tapi aku tak sempat alih2 abang cakap abang boleh gosok sendiri.. aku kata nak wat sambal tumis ikan bilis kat abang, tapi aku tak buat alih2 abang cakap tak pe la, makanan uia murah je.. aku nak buat sambal tumis tu sebab abang cakap nak jimat duit bahagian makan.. tapi sambal tumis tu terbengkalai..

Uhh..banyak sungguh kekurangan aku sebagai isteri abang..

Abang sayang,
Aling minta maaf banyak2.. time kasih sebab abang bahagiakan aling.. doakan semoga kite sentiasa dalam rahmah dan mawaddah dari-NYA.. semoga abang tabah hidup tanpa aling buat sementara ni.. bersabar lah utk sementara, inya ALLAH ganjaran indah menanti kita.. =)

Saturday, July 4, 2009

Kami Bertiga Kak!

"Kami bertiga kak.. kalu saya nak wat ape2, saya datang berdua je.."

Uhh.. ayat yang sangat2 menarik.. rasenye kalu aku tak explain pun korang dah tau kan maksudnya ape.. kisahnya berlaku ketika aku, abang dan kak ma sekeluarga ke Bagan Lalang.. saje gi jalan2 kat pantai memandangkan Muna nak sangat mandi air laut.. so, planning siap2 pegi petang Khamis.. nak gi petang Jumaat tak leh sebab dah ade agenda makan malam ni rumah kakak aku yang sulung di Seremban..

Sampai kat sane dah dekat nak maghrib.. ikutkan memang letih sangat nak pegi, tapi sebab kesiankan si tecik ni, so aku dan abang gagahkan diri jugak.. sebab aku tak pernah kan pegi pantai dekat2 maghrib, rupe2nye, sempat terserempak dengan 'group' ketam pulang ke 'rumah' masing2.. banyak sungguh.. anak2 ketam la.. ade gambarnya, tapi malas la nak upload sebab bukan cerita anak ketam yang aku nak ceritakan =)

Bile dah maghrib, kak ma dan abang nasir ke surau.. aku dan abang stay je kat pantai sebab kami nak jama' takhir.. nak solat jama' takdim pun pakaian yang tidak selesa.. baju abang basah sebab dukung si Muna yang takut tengok group2 ketam tadi.. before ditinggalkan oleh kak ma dan abang nasir, kami cek dulu bawak tak surat nikah.. kan tak pasal2 kene cekup pulak.. dah la berdua2 kat pondok dekat dengan pantai =)

Tengah kami bergurau2, sembang2, tibe2 ade la sebuah kete ni datang.. aku dan abang perhatikan je dari jauh.. sorang keluar dari pintu belakang, pakaian berjubah dan tudung labuh [si A].. dia ke pintu hadapan kete dan pimpin sorang lagi kawan dia.. juga berpakaian yang sama [si B].. Si A meninggalkan si B di bawah pokok dan kembali semula masuk dalam kete dan seterusnya kete tu blah.. kami kehairanan.. dalam hati aku, 'isy, berani nya dia sorang2 duk kat pantai.. dah la malam.. sorang2..'

Lebih kurang 10 minit, kak ma dan abang nasir pun sampai kat pondok kami duduk tu.. kak ma pun cakap kat aku..

Kak Ma: Kantoi anak murid Abi.. jumpe 2 orang budak **** .. pakai jubah dan tudung labuh pulak tu.. naik kete iswara biru..

Aku : Isy, dah 2 pasang hari ni jumpe budak **** dating kat sini..

Kak Ma: Tu la.. rupe2nye budak2 ni datang weekday, bukan weekend..

Aku : Maa, cu tengok budak yang duk kat pokok tu.. macam pelik je dia..datang dengan sebuah kete tadi.. tadi ade kawan, tapi kawan tinggal dia kat situ..

Kak ma pandang ke arah budak tu.. kemudian..

Kak ma : Dik, nape duk sini.. sorang2 pulak tu..

Dia : Amik angin malam kak..

Kak ma: Isy, takkan amik angin malam sorang2 macam ni.. Adik belajar kat mana?

Dia : Saye belajar kat ****.. tak la, datang dengan kawan tadi.. kawan tu pegi solat..

Kak ma: Eh, belajar kat ****? kalu camtu, cube pusing kat belakang, kenal tak ustaz ni?

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Penat aku nak cite semua dialog2 tuh.. tapi dialog paling besh la..

Kak ma : Oo.. yang akak jumpe kat surau tadi berdua tu kawan awak la ek.. 3 orang ni student **** kan..

Dia : Yang lelaki tu kawan satu kampung dengan saya.. yang perempuan tu kawan saya.. saya bertiga kak.. kalu saya nak wat apa2, saya datang berdua je..

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Stop..

Masuk dalam kete, kami ketawa.. ayat tak boleh blah.. takut semacam jea sedangkan bukan kami tanya pun, tapi dah 'mengaku'.. kalu tak de niat ape, tak yah la cakap camtu kan.. =) Ayat dia menjadi bualan kami dalam kete.. aduh.. aku bukan nak cerita sangat pun mende ni.. kalu aku tak explain pun, korang boleh faham dah sebenarnya kan?

Cuma, yang aku terkilan la, 3 tahun lalu aku dan abang pernah di 'sound' oleh seorang hamba ALLAH yang 'macam tu' kerana kami couple.. aku dapat 3 mesej nasihat darinya.. fine, kami terima.. bukan atas dasar TAK MAU kawen, tapi sebab tak dapat permission.. utk mak ayah yang memahami, yang boleh menanggung anaknya lagi walaupun lepas kawen, memang tak de masalah.. utk kami, especially abang yg tiada tanggungan dari mak ayah, memang susah parent nya nak bagi kawen.. so, if kawan2 abang ade terbaca entri ni, jangan pelik jika abang memang betul2 'kerja' cari makan kat uni..

So, bile dah kene sound macam tu, kami simpan sebagai nasihat.. cume cara dia bagi kami tidak berhemah.. tutup cerita tu.. sebagai pengakhirannya, kami dapat tau dia kawen.. bile kami tanye, macam mane bole kenal, dia ceritakan pada kami.. kami senyum sesama sendiri dan senyuman itu terungkai bile dalam kete.. kata abang,

"dulu sedap sangat sound kt kite.. abang ingat dia kenal 2 3 bulan je terus kawen.. rupenye lame jugak.. agaknya bagi dia tak couple kot macam tu.. atau pun ade istilah lain bagi dia..kite ni semua salah sebab kite otak 'gile2' macam ni kan?"

p/s : banyak mende yang terpaksa di rahsiakan dalam entri ni utk menjaga kepentingan peribadi.. maaf andai ada terkasar bahasa.. entri ni lebih kepada luahan perasaan kami 3 tahun yang dulu.. bile dah terjadi insiden 'Kami bertiga kak!', khulasohnya, kita serupa sahaja.. ada kekurangan dan ada kelebihan.. jangan terlalu menilai seseorang lebih kepada luaran sahaja.. ampun dan maaf atas segalanya..


 

blogger templates 3 columns | Make Money Online