:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Thursday, April 30, 2009

28 April 2009

28 April 2009.. Sorri ye wahai kawan2 ku.. 2 3 entri dalam blog ni sentiasa di update tentang besday anim je.. hehe.. saje, sebagai kenangan.. nanti 10 tahun akan datang [kalau panjang umo..], boleh la tengok balik kenangan mase zaman muda2 dulu.. tapi kalu 10 tahun akan datang pun still muda jugak tau.. [tak mo ngaku tua..hikhik..].. seperti kata abang aziz, suami kak dah..

"ibu bukan tua.. ibu matang je.. "

Penuh dengan makna tu.. hikhik.. oke.. dah cukup cakap hal tu.. nanti jadi entri pasal umur pulak.. nop...nopp.. bukan hal tu yang inginku utarakan dalam blog ni..

Sebentar tadi, kawan anim, syu baru je balik ke kolej nya.. dari pukul 11 pagi sampai kul 9 malam dia stay kat rumah anim.. orang dah habis exam katakan, bergumbira sakan la.. dan masa kul 11 jugak la anim baru bangun.. peace ^_^ [anak dara sapa ni??] Zubir yang demam, anim yang tak larat.. chemistry kah itu?? hehe..

Oke.. Syu datang bukan dengan tangan kosong.. Sila tengok apa yang dibawanya..

~Production dari kedai depan ACER.. oke??~

~sedap2x.. nyum..nyumm~

Celebrate besday ku secara kecil-kecilan.. erm, nak dapat kek coklat dari Zubir yang kat depan kedai ACER tuh dah tinggal impian dah.. sebab misunderstanding so tak dapek la kek itu sampai pada ku.. huhu.. tak pe, syu dah bawak dah.. satu slice pun dah cukup.. membuatkan diriku betul2 kekenyangan dengan kek coklat yang sedap itu.. [syu, nak lagi, nak simpan dalam peti..]

Untitled ^_^

Scroll ke bawah n then tengok kat countdown ticker..

1 month 3 days..


Sebenarnya anim tengah berfikir2.. bukan lah berfikir2 mau kawen ke tak.. hehe.. kalu fikir camtu, sila rendam muka anda dalam besen berisi air, oke.. untuk memastikan anda dalam keadaan sedar..kui3..

Esok kakak anim, kak ma akan balik ke Terengganu.. tujuan untuk hantar kad kawen pada mak n ayah anim untuk mereka bagi pada orang2 kampung.. so, kak ma offer petang tadi...

"nak balik tak dik??"

Waaa... soalan menusuk kalbu dan menikam hatiku.. nak balik sangat rumah.. tok se doh duk sini [tak nak dah duk sini..].. study n study n study.. only 1 paper must to kill.. uhhh.. sungguh tidak rela menunggu lame2..hikhik .. ni kata2 orang yang belum sedar untuk menghadapi paper Electromagnet.. the killer paper among of physics students.. ahaks..

Still ade mase.. kak ma balik petang esok.. so, kalu anim nak balik jugak, boleh angkat beg pagi esok, naik bas ke pekan.. amik tiket ke KL dan naik komuter ke Bangi.. ok sampai.. petang tu tolak ke Terengganu.. perlu ke balik kampung ek?? fikir~fikir~fikir.. lalalala.. esok wat keputusan.. oke...

p/s: hepi holiday pada kawan2 yang dah habis exam especially most of physics students yang dah habis exam petang tadi.. kami je seramai 30 orang yang tak habis lagi sebab amik paper EM.. bukan repeat ek.. tapi ketinggalan.. kui3..

p/s 2: Kembara mengalu2kan anim mengambil award dan tempek kt blog ni.. so, dengan sukacitanya anim gamkan award dia di blog anim ni.. kui3.. TQ kepada Syam dan Syidah ye..

kembara1731


Tuesday, April 28, 2009

Pertama & Terakhir [2]

28 April 2009

Terakhir..

Ermmm.. mesti korang dah tau kan apa maksud yang terakhir.. tahun ni besday anim kali terakhir disambut as a single.. nanti dah berdua.. bak kata kak 'atiqah, berdua lebih baik.. dan jutaan terima kasih yang amat pada kawan2 yang menghantar mesej wish hepi besday.. dirimu sangat berharga buatku.. thanks.. syukran n terima kasih [3 bahasa tu je yg tau..]

Dan pagi tadi timbul rasa nak mengabadikan mesej2 yang dihantar sebab tahun ni kebanyakan anim dapat mesej semua ayat yang bermakna.. bukan ayat biasa yang seperti 'semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan berjaya dalam hidup..' ..kaw2 punye ayat tahun ni.. oke, meh kite baca yea..

Orang yang pertama wish pada anim.. thanks Dayah..

3 cute bears for u
~Japan~ Eskimo~Red Indian Bear~
To wish U hepi befday cute gurl.. hehe..
We ol luv u my fwen..
Gud luck in exam..
Caiyyokk :-)

Orang kedua.. Zubir call.. [tak kan nak rakam letak lam blog kan?? ngeh3..]

Orang ketiga.. Mija.. sahabat anim mase SMAASZA

Salam. hepi besday yang ke-22 nim..
semoga dipanjangkan umo, dimurahkan rezeki selalu n dikurniakan baby twins secepat mungkin.. hehe..
gud luck n take care..

Orang keempat.. Eah a.k.a Raihah Rosli..

[eah bagi bear.. tapi tak dapat nak show dalam blog..]
I pray to ALLAH grant U a MIND free from WORRY..
A HEART free from SADNESS..
A SOUL free from SIN..
A BODY free from SICKNESS..
Hepi besday anim!!
Besday terakhir berstatuskan single.. hehe

Orang kelima.. abang anim.. abang mie..

Hepi bezday yg ke22 yek.. Moga sukses dan berjaya hendaknya..

Orang keenam, Lah.. kawan anim mase sekolah rindu.. really miss u Lah!! dia sekarang kat republik crench amik medic.. kawan anim yang tak pernah miss untuk wish besday anim.. every year.. thanks dear.. Lah buat anim betul2 terharu.. walaupun kite jauh dan dah lame berpisah [12 tahun], Lah tak pernah lupe besday anim.. dan walaupun anim selalu miss untuk wish besday Lah, tapi anim ingat tau.. 16 February.. sentiasa ingat dan ingat.. ni mesej dari Lah..

Salam.. Eid milad anim!!
Moga bertambah iman da taqwa padaNYA..
Jumpe lagi nanti insya ALLAH..
Take care :-)

Bank Islam pun anta mesej jugak.. tak yah publish.. tak bes la ayat bank islam hantar ni.. hehe.. kalu bagi hadiah duit tak pe gak.. kui3..

Ni yang ke berapa pulak ek.. ketujuh dari Mc Zue a.k.a Dr Zubaidah.. kawan baik+sahabat baik+sahabat satu katil double kt SMAASZA dulu.. bukan katil single tau.. hehe..

Kita berkenalan, ianya takdir..
Kita menjadi kawan, itu adalah tujuan..
Kita masih lagi berkawan, ia adalah keputusan..
dan..
Kite akan terus berkawan, ia adalah Janji :-)
Selamat Hari Lahir Sweet 22..
Cayang anim..

Ni daripada Sue a.k.a Acu..juga sahabat anim mase SMAASZA..sahabat yang juga boleh dipanggil mak@nenek sebab dia suke bebel pada anim.. kui3.. sila tengok mesejnya.. panjang dari orang lain.. hehe..

Ya ALLAH, kiranya RasulMU hidup bersahabat, kurniakan jua aku sahabat.. tapi biarlah sahabat2 dari lorong2 yang membenarkanMU seperti kebenaran AsSIDDIQ.. biarlah sahabat2 dari pintu2 ilmuMU seperti ALI..
Ya ALLAH, kiranya semua itu tidak layak buatku, aku bersyukur dipertemukan sahabat yang SATU ini.. mungkin padanya ada segala yang tidak pernah aku selami.. Mungkin padanya letaknya apa yang aku impi selama ini..
Tapi jika aku seorang sahabat yang tidak menghargai, KAU ampunkan dosaku.. dan KAU kurniakan kegembiraan kepadanya.. AMIN..
Hepi besday.. semoga panjang umur+murah rezeki+sentiasa dibawah lindunganNYA..+banyakkan bersabar menanti hari bahagia..hehe.. ^_~

[sue dapat award dari anim.. mesej yang terpanjang dihantar..]

Ke berapa dah ek?? ikut la ke berapa pun kan.. daripada Nohira.. sahabat baik+baik+baik = sahabat suke dan duka.. kami berempat berkawan rapat sampai sekarang.. [anim, zue, zue n nor..].. tapi dia call.. so, tak der mesej la dari dia.. hehe..

Mesej dari orang terakhir setakat ni seorang dari hamba ALLAH ni. [nama dirahsiakan atas permintaannya].. also tidak pernah miss untuk wish every year.. thanks atas ingatan itu.. anim sangat2 menghargai.. malu sebab tak pernah wish kt dia walaupun ingat besday dia..

Salam nim.. Salam ulangtahun kelahiran yang ke22.. Moga panjang umur n murah rezki.. diucapkan juge semoga berjaya dunia dan akhirat.. 1st time masuk blog mu, terus rasa nak kawen..huhu.. aura lagu in-team tu memang dasyat.. pape pun, moga mu bahagia dengan zubir nanti.. all the best :-)

[baru ingat nak tukar lagu lain..so, cancel!]

Dan daripada sahabat blogger, kak 'atiqah a.k.a ibu darwisy..

hepy bday anim!! :) last bday as a single one.hihi.nnt smbt berdua..like owez, berdua lbh baik!! gud luck in watever u do ye..all the besh!

Terima kasih daun keladi pada semua yang wish untuk anim.. semoga doa2 kalian dimakbulkan oleh ALLAH.. amin..

Ok.. Tambahan lagi..

Daripada kakak sulung anim.. tengok kat shoutbox tu menamakan dia Hannan.. sebenarnya hanan yang bermaksud HA [hussin ahmad a.k.a papa], N [norizan a.k.a mama] dan AN lagi stand for nama anak2 papa dan mama yang semuanya bermula dari huruf A dan N.. tapi sebab nak ada makna, jadi spell HANNAN.. oke?

hepi besdayyy...dekkkkk...em...tahun terakhir menyambut besday sorang2..he..he..

Ni daripada tiehah a.k.a mek pol.. kui3..only me boleh panggil mek pol ek.. orang lain tara boleh maa.. hehe.. sebab dia panggil anim mek chek..so, tak yah imagine la ape masuk 'pol' tu ek.. hehe.. dia pernah membuat anim terharu sebab dia meluahkan perasaan dia sedih anim nak kawen.. takut nanti dah tak boleh kuar jalan2 sama2.. tihah, don't sedih2.. pasni boleh kuar jalan2 lagi even mek chek dah kawen tau..

mek chek!!!hepi besday!!smoge bahagia dunia & akhirat...jom gelak cam jin..hehehe

[tiehah weh.. uduh peel ngat gelok macam jin.. mu je reti, aku dok reti =P ]

Daripada kakak anim ketiga.. kak maa..

Happy besday to you.. nikmati hari lahir terakhir sebelum bergelar isteri..

p/s : bese setiap tahun kakak kedua anim je memang miss untuk wish besday for me.. so, setiap tahun anim akan mesej dia dengan mengucapkan "hepi besday to me.." .. lalu dia akan memahami lah mesej itu dengan sendirinya.. hehe..

p/s 2: nanti anim tambah jika ada penambahan.. kui3..

Tambahan lagi +++..

Yang dah ke berapa ek?? lupe dah.. hehe.. ni dari kak najwa a.k.a bakal kakak ipar anim, insya ALLAH..ni mesejnya..

Selamat hari jadi adik anim.. semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.. lepas ni dapat sambut dengan orang tersayang.. bertambah2 bahagia hendaknya..

Daripda pijah.. sebenarnya dia kol + hantar mesej gak.. orang bosan duk kolej kan, camni la.. tak der kerja.. kui3.. jangan marah pijah neh..

Selamat hari lahir haniem.. enjoylah last besday anim as a single ni.. hehe.. pasni dah sambut berdua :-) .. All da best dalam semua yang anim buat.. gud lak.. ganbatte.. sweet 22..

Daripada Syu.. name glemer ye Yuha.. kui3.. [pandai mu cari name femes, ork?]

Salam.. selamat hari lahir nim.. hehe.. macam magik pulak aku wish ke mu tahun ni ork...lambat sket p, aku ade 2 paper tadi.. jam kejak otok, esok last paper mu kan, wish u lots of luck! weh, aku dapat 2 dah kad jemputan kawen ni, bek mu ulur derah2 kad mu, heheh, balik bile?
[kepada orang bukan trg, mesti tak faham kan? malas la nak jadi translater.. hehe..]

Ni daripada Kak Nadiah ..

happy birthdaay anim!may ALLAH bless u. =)


Daripada Izzah Jalil.. kawan satu sekolah anim dulu..

sanah helwah ja jamilah..barakallah

Ni daripada incik.. kawan satu matric anim dulu...

hepy bestday!!!

Ni daripada adik blogger yang anim kenal.. amik medic, tapi lupe lak kat mane.. hikhik.. sori ye dik..fatnulhani

aii kak anim,sori lmbt wish..actually bz ngn exam skrng..huhu..hepi besday akak!barakallah..

Ni anim kutip dari Friendster.. hiikhik.. ni Dianah yang hantar.. besday dia 14 April.. kat smaasza dulu pernah sambut besday dengan dia jugak.. beli 2 kek sambut satu dorm.. huhu.. kenangan dolu2..
sanah helwa ya jamilah hanim!
semoga segalanya baik dibawah lindunganNya sentiasa insyaAllah...

Dan ni daripada Aja yang sekarang belajar kt Birmingham.. realy miss u dear!!

salam miss hanim, maaf sekiranya aku menjadi antara manusia2 terlambat meng'wish' birthday cik hanim yang comel ini...huhu(skema mode~exam sindrom)..hihi, hepy besday anim, semoga panjang umur murah rezki n diberkatiNya selalu, semoga sentiasa bahagia disamping orang2 tersayang..:)sory anim, aku rasa cam lambat jer wish ke mu ni, ari ni baru 28 aibulan k sini..hehe..k jaga diri baik2 ...jawab exam molek2!!!!!~ miss u sokmo!!

Daripada Saya.. anim pun tak tau saya ni sape.. kui3..

sanah hilwah ya jamilah...

Dan ini tersampailah hajatnya nak jadi orang yang terakhir untuk wish besday ke anim.. Fana.. so, memang fana pun jadik orang terakhir.. hehe..

Salam.. hepi belated besday yang ke 22, moge panjang umo, berbahagia n murah rezeki.. jaga tutur kata dan jadilah isteri yang solehah ye.. hope orang last yang wish.. nanti anim ingat.. hehe..

Ok.. kesian dariku.. sekadar kenangan sahaja.. opss!! untuk waa pun.. thanks wish besday I dalam U punye blog oke..

Pertama & Terakhir [1]

28 April 2009

Pertama..

Ulangtahun pertama untuk blog aniemz.blogspot.com ni.. dulu permulaan blog ni sangat lah tidak memberangsangkan... kurang idea dalam penulisan.. tak tau nak tulis ape.. tapi interest utk bukak blog sebab suka baca blog orang dan apa salahnya kenangan hidup setiap hari dipindahkan dalam bentuk penulisan dalam blog untuk tatapan hari kemudian..

Dulu blog ni warna hitam.. sekarang dah setahun usianya, dah cerah sikit.. bagus2.. cikgu suke.. kulit kamu sudah bertukar warna.. kui3.. siap ade header lagi, em kelip2 'salam ukhuwwah fillah', ade ladybird kt bawah tu.. pembesaran kamu memang memberangsangkan.. bagus2.. sepanjang kamu 'hidup' setahun ni, pernah sekali kamu dijangkiti penyakit.. Dr IT pun tak tau ape kes nye.. penyakit kamu, kamu tidak membenarkan tuan punye blog ni menulis entri.. kui3.. maka terkial2 la penulis blog ni nak merawati kamu.. akhirnya, kamu sembuh hingga sekarang...

Dan jutaan terima kasih pada semua pengunjung blog ni.. tara ada cabutan bertuah aaaa.. hehe.. daripada 000 pengunjung dan sekarang sudah melebih 7300 pengunjung.. terima kasih daun keladi.. dan rupenye blog anim ni ade pengunjung setia tapi mereka bersembunyi yea... patut la bilangan pengunjung meningkat mendadak hari demi hari.. tidak dilupakan pada kawan2 anim yang duk oversea especially Aja (UK), Lah (Republik Crench [betul ke eja tu] ), Kak Cik (Mesir), Kak Aini (Mesir), n Syamsul & Syidah (Mesir) ..


~terima kasih daun keladi~

Dan kalu yang kat malaysia ni, banyak sangat nak sebut sorang2.. tapi anim nak korang tau, yang anim betul2 menghargai kunjungan anda ke blog ni.. sebab tu setiap hari anim akan update blog supaya tidak mengecewakan kalian.. memang diakui blog ni tiada sedikit pun berunsurkan ilmiah.. memang catatan anim semata2.. so, pada sesiapa yang tak suke blog ni, sila la tekan X dan harap jangan berkunjung lagi.. oke?? [sebab dapat dengar yang orang cakap blog ni suke cakap hal orang..]

Macam kasar pulak cakap camtu.. actually, geram pada sesetengah yang suka menilai blog kite sesuka hati.. dah, tak nak cakap hal tu lagi.. oke..
[to be continue.....]

p/s: kepada kawan2 yang jadi pengunjung setia blog ni, jadi la followers.. sene kawe nok follow demo.. hehe.. kecek klate skali skalo... dok saloh ke?? [senang anim nak follow korang]

Monday, April 27, 2009

Twins..

Tak tau anak sape yang anim cilop ni.. hehe.. layan je la video twins ni ek.. suke sangat tengok mereka berkomunikasi to each other.. hoho.. sorang tu pulak ade lesung pipit.. comel.. anak2 mat salih ni tu yang putih melepak ni.. ok.. layannnnnnnnnnn...




p/s : besnye kalu dapat twins camni [berangan mode!!] hello cik kak, exam tak abes agi, oke? don't berangan2 macam mat jenin.. exam tak habis lagi, anda pun belum kawen lagi =P .. agak2 baby2 ini girl ke boy?

Tak Sabar Nak Balik..

Tulis..
.
.
.
.
.
Delete.. Tulis lagi..
.
.
.
.
.
Tekan backspace pulak..
.
.
.
.
.
.

uh!! idea memang tak der.. saat ni rumah kayu warna hijau je yang ku terbayang2.. ohoho..Tak sabar nak balik.. ade 2 paper lagi ni.. biar la paper lepas2 tak leh jawab pun.. hehe.. dh tak kesah dah.. hikhik..[jangan tiru perangai sebegini..].. memang dah penat dah nak study.. semangat hilang ntah ke mana.. tapi tak pe sem depan boleh cover lagi... hehe... [again, jgn tiru perangai camni..]

Ok.. daaaa...


Sunday, April 26, 2009

Best Of Luck

Tengah2 study, diri ini teringatkan bakal suami yang akan menghadapi end block exam yang terakhir untuk tahun 2 ni pada 28 April [my besday!! tak wish siap..].. oke.. wishing u the best of luck yea.. pesanan dari penaja:
  1. Jangan banyak tidur..
  2. Jangan kuat kerja..
  3. Tensen2 jangan makan banyak..
  4. Buat yang terbaik..
  5. Naikkan ranking dalam batch..
  6. Please.. hadiahkan distinction untuk ma, ayah dan bakal isteri mu.. oke ke zubir?? hehe..





Saturday, April 25, 2009

Tag Dari Ummu Abdullah Syaakir

Saje nak buat tag ni.. tag ni daripada ummuabdullahsyaakir.. ini orang kata dah banyak kerja ditambah kerja.. tapi untuk kepuasan hati sendiri, nak buat jugak.. tak kire minggu exam ke ape.. kui3..

TAG CABARAN LANGSINGKU
(LANGSINGKAH DAKU?)

1) Berapa kah berat anda sekarang dan juga ketinggian anda?

+ berat : 41kg sbelum makan,, lepas makan 43kg.. so, amik purata 42kg.. takkan jadi 44 kg kot..
+ tinggi : 149cm.. tapi always bundar jadi 150cm.. tak mo angka 4 kt tengah2 tu.. hikhik
[tihah, don't jealous2 with me, yea.. hik3..]


2) Berat yang paling tinggi dalam sejarah anda? Usia anda pada masa itu?

+Berat paling tinggi dalam sejarah, 46 kg kot.. mase tu kat Kem PLKN Paya Indah, Kuala Langat Selangor.. makan 6kali sehari.. mulut sentiasa disumbat dengan makanan.. tak nak amik, jadi rugi pulak.. dah la free, lauk sodap2 blake.. sedar akan kenaikan tubuh ni seluar PLKN tu dah tak berapa muat.. bukan seluar celoreng tuh eh.. seluar yang untuk pi kelas kenegaraan.. seluar tuh mase amik awal2 masuk kem, longgar monggar.. [nak gitau kurus la that time..kui3..] tapi sebelum beberapa minggu nak tamat PLKN, rase macam sedikit ketat seluar tuh [maafkan daku, ya Tuhan].. usia mase tuh mesti lah 18 tahun..


3) Apakah makanan sampingan anda untuk memiliki tubuh langsing? dan kejayaan anda dengan makanan tersebut?

+ tak pernah ada pun.. takut dengan produk2 kelangsingan ni especially produk berbentuk makan atau tablet.. bahaya tuh bahan2 kimia masuk dalam tubuh kite.. so, kalu nak kurus, amalkan gaya hidup sihat.. besenam dsb [jadi macam agen iklan kementerian kesihatan pulak..]


4) Berat yang paling rendah yang pernah anda dapat ? Usia anda pada ketika itu?

+paling rendah 40kg.. mase tuh kat matric.. huhu.. waktu kritikal untuk belajar.. mase matric la menentukan boleh amik degree ke tak.. so, kena usaha lebih sikit.. actually bukan belajar lebih atau apa, tapi memang jadual yang sedia ada menyebabkan dengan tidak sengaja hidup seolah2 ada jadual.. kelas 8.00am-5.00pm.. balik kelas, mandi + makan.. kul 8 tuh terus study.. then tidur.. esok tu bangun gi kelas dan sama je rutinnye sehingga cukup 5 hari..umur waktu tu 18 tahun gak.. 18 tahun nak masuk 19 tahun


5) Anda pernah sertai program pelangsingan? nyata kan kejayaan anda

+tak pernah pun dan tak berminat langsung.. seperti kata Ummuabdullahsyaakir, fulus nggak ada dong..


6) Apakah diet yang anda ambil untuk memiliki berat anda paling terendah?

+Diet?? tak pernah pun.. apatah lagi nak belajar tentang Diet ni.. hehe.. rasenye tak yah ade effort kot untuk memiliki tubuh yang langsing.. dah sedia ada dah berat ni.. BMI still normal tau..


7) Apakah yang menyebabkan berat anda naik mendadak?

+makanan kat PLKN yang sodap2.. makan sokmo walaupun dah kenyang.. stok maggie sentiasa ada dan dibawa oleh kakak sulung ku atau kakak ketiga waktu melawat di kem.. so, siang dah makan makanan yang disediakan, malam makan maggie.. pakej lengkap.. kui3..


8) Apakah Target anda untuk kurus selepas ini?

+tak der target pun.. belajar lebih sikit dah boleh kurus.. kenyang dengan buku je.. kui3..bukan anim makan buku tau..buku yang tarik lemak2 anim..


9) Miliki gambar anda dahulu dan kini?
+ada..


10) sila upload ok?


+Masa raya haji tahun lepas.. pakai jubah kasi nampak tinggi sikit (42kg).. huhu +

+ gambo ni degil.. senget pulak duduk dalam blog ni.. hehe.. ni mase PLKN (46kg).. +

Sape Yang Kuat??

"Penat dah study.. tak larat dah nak study.. bese ade study week, bulih la rehat minggu 14.. ni minggu 14 tu la kuliah, minggu tu la kene study.. ade kuiz pulak.. langsung tak rehat.."

Luahan anim pada zubir..

"Ala.. tahan untuk 2 minggu je.. lepas ni boleh rehat dah.. bukan rehat sorang2, boleh rehat dengan zubir lagi.. zubir lagi penat.. penat kerja lagi.. hantar orang ke sana ke mari, balik rumah kene study.. ade exam jugak..tapi boleh je study.."

Erm.. ape anim nak jawab ni?

" Orang laki memang ALLAH kurniakan tubuh yang kuat, gagah.. sebab tanggungjawab dia kene keluar cari nafkah untuk isteri dan anak2.. kalu dia lemah, tak larat, tak boleh dia nak pegang tanggungjawab sebagai ketua.. thats why ALLAH bagi lelaki kuat.."

Zubir balas..

"Em , yeke.. tapi bagi zubir, perempuan lagi kuat.. tak kuat fizikal, tapi kuat mental.. kuat untuk pregnant bawa baby 9 bulan.. bukan ringan tu.. pastu bersalin.. tahan sakit yang amat.. then, berjaga siang dan malam jage anak.. kalu ALLAH bagi lelaki camtu, belum tentu lelaki kuat nak hadapi atau x.. so, sekarang sape yang kuat??"

[ibu2 mengandung, betulkah statement zubir pregnant itu bukan ringan?? ^_~ ]

Erm.. hehe.. dah tau jawapan dia wat ape nak jawab lagi kan.. nanti kalu jawab depan zubir perempuan lebih kuat, nanti dipersoalkan kenapa tak study2.. duk main blog je.. actually, berblogging pun penat tapi mendatangkan satu kepuasan.. tapi study?? uish.. susah nak mendatangkan keseronokkan unless subjek yang memang anim minat..

So, perempuan lebih kuat oke?? setujukah anda dengan statement itu?? kui3.. atau lelaki2 di luar sana rasa tercabar?? hehe..

Friday, April 24, 2009

Saya Suka!!!

Anim suka sebab berjaya dengan jayanya dalam exam.. opsss!! bukan exam la.. ngeh3.. anim berjaya menukar template dari 2 column kepada 3 column.. alhamdulillah.. berkat kesabaran dan usaha.. kui3.. [bukan pasal exam pun..isy2..].. gadget semua tak hilang walaupun tukar template.. alhamdulillah sekali lagi.. tak macam kes dulu.. tukar template semua hilang gadget.. sekarang ni dah matured sket kan tentang dunia blogging.. so, explore punye explore akhirnya jumpe tips nye..

Kepada kawan2 yang berhajat seperti anim untuk menukar template dari 2 column kepada 3 column, masuk sini.. follow slow2.. jangan fed up takut tersalah copy n paste kat lain.. selamat mencuba ye.. dan ini untuk bagi column tu balance saiz dia..

Baru tengok 2 3 kali, anim rasa macam serabut je 3 column camtu.. so, korbankan masa study demi blog ni.. kui3.. tukar balik jadi camni..

~takkan tukar dah pasni~

p/s: baru ingat nak minta tolong abang mie.. tapi takut dia bz and rasa bersalah tak tolong adik kesayangan dia ni.. so, usaha punye usaha, akhirnya berjaya..

p/s: so, untuk anim, kalau belajor la usaha camni, sejuk perut mak mengandung tau!!

Psiko Sungguh..

"Psiko sungguh duk satu rumah dengan anim ni.. kejap2 dia nyanyi.. kejap2 dia jerit.. kejap dia tidur..bangun tidur bukak blog.. susah nak tengok study... nak amik aura study dari dia pun tak leh.."

Baru anim sedar rupenye ada kawan nak amik aura study dari anim.. opssss!! cubaan anda untuk amik aura study dari anim akan mendatangkan kekecewaan, oke... hikhik... base pada pernyataan yang dikeluarkan oleh sorang housemate anim ni semalam.. that time, anim tengah sibuk tulis name pada kad2 kawen utk bagi pada kawan2.. maklum la, nak terus study tak der mood gara2 Modern Physics yang besh itu!! ^_~

Bukan jenis anim yang kene duk kat meja study 24 hours.. ohoho tidak.. naik bisul punggungku nanti.. anim memang susah nak concentrate study.. sungguh susah.. jika study kat rumah, hanya beberapa jam sahaja diperuntukkan untuk study...tapi beberapa jam itu anim pastikan ianya bermakna.. sebab tu mase anim banyak habiskan dengan blog + Friendster, supaya segala tensen mensen tuh hilang n bila study boleh masuk dengan jayanya.. dan sebab itu la si Ijan ni susah nak tengok anim study sebab masa study anim bukan dari 8am-5pm atau 8pm-1.00 am.. hehe..

"Anim tak pe KPM.. kalu ore la, dapat KPM tidur je la kijo.. posting pun confirm doh"

Ohoho.. ni statement dari orang yang same jugak.. erm, no komen la anim.. tapi rasenya KPM ke, PTPTN ke, posting memang confirm.. cuma samada cepat atau lambat.. KPM pun kalu PNGK bawah 2.75, still kene interview balik.. beza PTPTN dengan KPM ni, students under KPM tak perlu di interview dah untuk posting unless jika result dia bawah 2.75.. tapi kalu PTPTN ni, semua kene interview balik, dan students bawah PNGK 2.75 ni tak akan dipanggil untuk interview posting.. kesian kan.. tak baik buat camtu.. penat2 belajar jadi cikgu, tapi tak dipanggil posting..

Bagi anim, result tinggi2 pun jika tak der sijil kokurikulum pun tak guna jugak.. seorang cikgu kene balance.. akademik+kokurikulum+sahsiah = cikgu yang berkualiti.. ramai jugak anim tengok kawan2 anim yang just study je, penglibatan kokurikulum amat lah kurang.. sampaikan bile diajak join jadi REXCO, ni jawabnya..

"ala.. sijil dekan dah tiap2 sem.. wat ape sijil lain lagi.."

Huh.. pedas jawabnya.. ku tau ku tak mampu dekan setiap sem.. hikhik.. tapi tak pe.. anim tak kesah pun apa jawabnya, yang penting anim sendiri ni dah cukul sijil2.. dah lengkap untuk dibawa mase interview if kene di interview balik [harapnya tak laa..].. sijil kokurikulum ni amatlah dikehendaki mase interview.. cerita dari senior anim dulu, disebabkan dia memang tak aktif di U, so KPM tanye..

"apakah sumbangan anda di U.."

See.. tergagap dia tak leh jawab.. tapi dia bernasib baik sebab ade pengalaman kerja.. so, sebenarnya penglibatan dalam kokurikulum ni nak tengok sejauh mane seseorang tu pandai bersosial dalam komuniti.. ade kemahiran handle program, ade pengetahuan untuk tulis minit mensyuarat, tau nak tulis laporan kewangan dsb.. bukan lah nak kata berkokurikulum ni sampai boleh jatuh result, tak leh score dsb.. bergantung pada seseorang untuk nak manage masenye..

Oke..cikgu dah banyak bebel.. cikgu nak gi mandi then cikgu nak study..

p/s: ejan, pasni boleh datang bilik anim amik aura study.. I dah nak study ni,, ^_~
p/s 2: makin dekat dengan Hari Guru, makin banyak cikgu anim ni membebel.. confirm tak leh banyak hadiah time hari guru nanti.. kui3..

Thursday, April 23, 2009

Tag Lagi..

1) Adakah anda suka blogging? kenapa?
~ suke.. sebab rasa puas hati sangat bile dapat post entri~

2) Blog siapa yg anda selalu skodeng? Nyatakan 5
~tak der spesifik pun.. blog yang selalu update tuh anim akan klik n bace entrinya~

3) Adakah anda menginginkan seseorang dalam hidup anda? Yang boleh menyayangi anda sepenuh hati? dan siapakah org itu?
~semestinya sudah dapat sejak kecil lagi.. mak+ayah yang menyayangi sejak besor tapak tangan hingga besor smpai sekarang [beso ke??] kui3.. dan sekarang pun bakal dapat orang yg boleh menyayangi anim sepenuh hatinya.. special thanks to Mohd Zubir Abdul Rahman~

4) Taken or single? Mana lebih bagus?
~mesti la bagus berdua.. huhu.. single2 ni rase resah je.. memikirkan kemungkinan2 yg akan berlaku~

5) Pernah tak cinta anda tidak di balas?
~tak pernah rasenya sebab dia cinta pertama anim dan alhamdulillah, berbalas.. tak bertepuk sebelah tangan rupenye~ ^_^

6) ciri2 idaman bf/gf anda? Nyatakan 5 (btolkan skit: suami/isteri)
~tak hisap rokok [sangat benci orang hisap rokok dgn asap rokok berkepul2 ditujukan pada orang awam]
~tak tengking orang sesuka hati
~cool jika anim HOT.. kui3..
~pandai mengaji berlagu [ohoh.. tersangat la mengidam nak bersuamikan yg pandai ngaji berlagu.. suda dapat kaaa??]
~penyayang pada budak2.. [suke2 dan zubir ade ciri2 seperti itu ^_^ ]

7) Pada umur berapakah anda merancang untuk berkahwin?
~Plan 21 tahun.. tapi perancangan ALLAH yang terbaik.. so, insya-ALLAH akan melangsungkan perkahwinan pada 22 tahun, 1 bulan, 25 hari [adakah betul kiraanku itu? ]

8) Nak berapa anak?
~ikut la dapat berapa pun.. zubir nak ramai sebab famili dia ramai.. anim?? tak kesah pun.. tapi tersangatlah nak twins.. sape ade petua tak utk dapatkan twins??

9) Lucky person yg anda ingin tag:
~sape ye?? tak tau la sape.. takut tersalah tag org yang tak suke jawab tag.. sape nak jawab, angkt tangan?? cepat2 cikgu kasi hadiah ni..~

p/s: pijah punye saman.. nasib cikgu baik.. ni kes anak murid murka.. menyaman2 cikgu.. ngeh3..

C Yang Pelbagai

C.. banyak words yg boleh dieja dengan pangkalan huruf C..


Cemerlang..
Comot..
Cuai..
Cute..
Cerdik..
Comel..
Corot..

and

banyak lagi la kan..

Saje je tulis entri ni petang ni.. anim baru balik dari exam paper Modern Physics dan bayang2 C tu macam nampak je.. tersengih2 dari jauh dan akan menempekkan dirinya di slip keputusan peperiksaan nanti.. tapi C stands for banyak words kan?? hehe.. cume C untuk kali ni C utk yang paling last sekali.. COROT kot.. sedihnya..

Sedih sebab tak leh jawab paper tadi.. tahniah utk anim.. orang suh pi belajaq, tak nak blajaq.. kui3.. exam di bilik kuliah taman u 24.. sejuk gile2.. seolah2 macam nak bunuh orang nak jawab exam je.. dah la anim ni sekeping [sekeping ke?? bnyk gak keping..].. tuka2.. dah la tubuh anim ni beberapa keping, tambah sejuk gile2 dengan aircond.. aircond pun langsung tak rase bersalah menyejukkan orang..[pulak dah salah kan aircond..] .. seolah2 anim berada di dalam ni..


atau adakah pihak2 yang memasang aircond menganggap kami ni seperti ini??

~ steady je pakcik ni duk.. siap silang tangan lagi..~

Sejuk tahap 5 0C kot.. sejam pertama belum rasa lagi sejuknya.. masuk jam kedua, aduih.. tak tahan.. bile bilik dah sejuk, mula nak buang air kecil.. tapi malas nak bangun..sebab tau nanti pengawas akan ikut sama ke toilet.. nak kencing pun mau ikut kaa?? haha.. tubuh sejuk + otak pun beku .. mula la tak leh fikir dah ape yang soalan nak [alasan!].. dan start mengarut tulis rumus itu, formula ni.. hakikatnya tak der kaitan pun dengan soalan.. kui3...

Ok la.. sekadar meluahkan perasaan kekecewaan paper tadi..

p/s: kene cover untuk subjek akan datang.. kalu tak, mau result jatuh bergolek2 nanti.. huuhu..

Wednesday, April 22, 2009

Yang Ditunggu..

Semalam ~ 21 April

Habis exam terus anim pulang ke rumah.. menunggu seseorang yang sememangnya dinanti2.. aik.. tak der pun... tak pe la.. esok kot.. sabar2x..

Hari ini ~ 22 April

Mesti datang hari ini.. yeye.. bulih tengok dah.. tak sabar ni...

10.00 am
Mane ni tak sampai2 lagi.. bese2 dah sampai waktu ini.. tak pe, masak dulu la.. study pun tak masuk2.. duk tunggu dia ni..

11.00 am

mintak2 la sampai jap lagi.. nak study pun tak leh concentrate.. tak tengok wajah dan rupa.. tak pernah tengok lagi.. tengok dalam komputer je..

12.00 pm
aisy, lambatnya dia nak datang.. kul berapa pulak ni nak sampai.. tak pe, makan nasi dulu.. jap agi sampai kot.. sabar2x.. kan nanti sampai, tengah makan nasi pulak.. aduis.. tak pe la, bulih basuh tangan jap..ya ALLAH, minta lah dia datang.. aku tak leh study ni ya ALLAH.. duk tunggu dia ni..

12.50 pm

Vooommm.. haaah, mesti dia ni.. hon bunyi.. POSMEN dah datang
"jap.."

"kak yus, tulun jap.."


Jeng..jeng..jeng... inilah dia yang anim tak pernah tengok wajahnya secara real, tapi hanya dalam laptop sahaja..

~kerana dia aku tak leh study~ ^_^

~timbunan kad2~

See.. kerana kad2 ni menyebabkan anim tak leh study.. huh!!

p/s: semoga lepas ni boleh study dengan aman ye cik anim.. huhu.. anda ade paper Physics Modern esok.. jangan lupe..

p/s 2 : kawan2, kalu anim tak sempat bagi esok, anim bagi isnin depan yea.. oke??

p/s 3: warna kad lari dari tema.. tempah hijau lumut, kuar2 hijau bendera PAS.. tak pe la.. janji maklumat betul.. one more thing, warna kad sama dengan warna pagar rumah anim.. so, nanti kalu nak datng, bawak kad ek.. match dengan pagar rumah.. kalu warna same, betul la tu rumah anim.. ngeh3..

Sunday, April 19, 2009

Mengapa Aku Mesti Memaafkan Dia..

Hari ini hari tidur sedunia untuk anim.. tahniah diucapkan.. start bangun pukul 11.00 pagi [ish, anak dara sapo la ni..] dan ke hulur ke hilir macam orang tak betul then tidur balik kul 1.30 sampai 5.30 petang.. mood study makin lame makin sayu pergi meninggalkan diri ini.. sungguh.. saya penat.. saya capet nak menghadapi hari demi hari sehingga berakhirnya semester 6 ni.. 11 minggu lecture yang tiada langsung cuti dan seterusnya bersambung dengan exam yang tiada gap untuk study week.. bila fikir2 balik, baik anim ke pesta buku.. tapi fikir kali kedua, malas laa nak berasak2 dengan ramainya orang.. dun like.. macam PC fair yg penuh dengan manusia2.. ohoho..

Semalam tengah2 study, anim jadi banyak memikirkan apa yang tak sepatutnya difikirkan.. [memang luar dari syllabus pun..].. kenangan di SMAASZA dulu satu persatu ligat bermain di kepala.. of course la kenangan pahit dan manis.. kenangan manis bersama kawan2 yg cukup memahami diri ini dan bersama bakal suami.. kenangan pahit?? uhh.. sungguh tak terkira.. kenangan dipulaukan.. dihina..dingumpat oleh orang sane sini.. sungguh terseksa.. terseksa kerana bukan salah anim tapi anim jadi mangsa.. terseksa kerana kita mahu menutup aib orang, tapi kita yang dituduh macam2..

Tak berakhir dengan sekolah, zaman U pun anim menghadapi perkara yang sama.. tapi anim syukur, setiap kesabaran yang anim cuba didik dalam hati, ALLAH sentiasa 'membayar' dengan lumayan lebih dari kesabaran yang ciput tu.. sungguh, ALLAH Maha Mengetahui segalanya.. setiap dugaan yang diterima anim akan berfikir, ALLAH yang menghantar dugaan ini dan kenapa mesti aku mengeluh sedangkan seribu nikmat sudah yang diberi oleh-NYA pada aku..

Tapi apa yang pasti, ALLAH Maha Mengetahui segalanya.. dan DIA juga yang mengaturkan cara hidup anim begitu dan begini.. dan syukur ke hadrat Illahi, penderitaan dan penyeksaan yang diuji itu ALLAH mengakhirirnya dengan mengurniakan bakal suami yang amat2 memahami dan baik hati..thanks pada MOhd Zubir Abdul Rahman kerana disaat anim jatuh, terasa diri terlalu hina, dia bantu anim untuk berdiri semula..

Kenapa anim mesti memaafkan orang yang pernah mengata pada anim itu dan ini.. kenapa anim mesti memaafkan orang yang menghina anim itu dan ini.. kenapa anim mesti memaafkan orang yang memfitnah anim itu dan ini? kenapa??

Sebabnya..
mulia sangat ke anim sampai tak nak maafkan orang.. mulia sangat ke anim sampai tak mampu nak memulihkan silaturrahim.. dan mulia sangat kah anim sampai mendidik hati supaya sentiasa bermusuh dengan orang yang perah membuat kesalahan dengan kita.. memang.. memang susah untuk kita nak memaafkan dia.. susah untuk kita melupaakan segala apa yang dia kata pada kita dan paling susah kita nak membersihkan nama kite dek kerana orang memfitnah kita..

tapi..
anim bukan dijadikan oleh ALLAH dari air yang suci.. malah air mani yang sekeji2 itu anim terbentuk.. dan terbentuknya anim sama seperti orang lain.. tiada sebab untuk anim nak bina satu halangan yang anim TAK perlu untuk memaafkan mereka sebab kita adalah serupa dan sama,. kejadian kita dari setitis air yang betul2 hina.. betul kan??

Perit untuk mengimbau kembali kenangan pahit yang dulu.. mendengar masalah2 kawan2 di U ni, anim terfikir.. "korang tak pernah rasa macam aku rasa dulu.." dipulaukan oleh kawan2 sehingga seorang sahaja yang sudi berkawan.. kerana dia sahaja yang tau segala2 nya.. dek kerana salah faham, terlalu cepat menafsir itu dan ini menyebabkan anim tertanggung semuanya.. salahkah untuk anim menutup keaiban seorang yang bergelar ustaz.. apa yang pasti, ALLAH Maha Mengetahui..

Dan alhamdulilllah.. ALLAH membuka hati orang yang pernah memfitnah, menghina, dan mencaci anim dulu.. terlalu banyak anim terima mesej dan emel dari kawan2 yang salah menafsir itu dan ini tentang anim dulu.. mengapa mesti anim memaafkan dia?? sebab mereka telah cuba menjernihkan sesuatu yang keruh.. mereka cuba untuk menjalin silaturrahim yang dulunya sudah terputus.. mengapa anim mesti sombong pada mereka sedangkan terbukanya hati mereka untuk meminta maaf adalah aturan dari ALLAH jua.. betul kan??

Anim memang rasa bersyukur sebab disaat orang mengata anim itu dan ini, ALLAH menghantar seorang hambanya untuk menceritakan perkara yang betul.. baik di sekolah atau pun di U..dan anim pasti dia bukan mahu menjadi dulang dua muka..tetapi hanya menyampaikan apa yang mereka salah menafsir pada diri ini.. dan terima kasih tak terhingga pada mereka [i think 2 orang yang betul2 berjasa..] dan ingatlah, kamu bukan menjadi dulang dua muka, tapi ALLAH jadikan kamu penyebab untuk menjernihkan keadaan..

Apa yang anim dapat tengok pada situasi keadaan di U.. maaf andai terkasar.. kerana kita rasa diri kita terlalu betul la kita merasakan orang lain salah.. sebaik mana orang itu kita tetapkan menganggapnya buruk.. mulia sangat ke kita sampai nak menghukum orang itu sedemikian rupa?? dan special thanks pada Norasyikin Nasri.. dia lah sahabat anim dari sem 1 sampai sekarang dan sampai akhir hayat insya ALLAH.. dia betul2 menjadi cermin dalam sebuah persahabatan.. teguran yang membina dan nasihat yang berguna yg diberikan.. di saat anim jatuh terduduk mengenangkan orang mengumpat itu dan ini, menghina itu dan ini, dia datang memberi seribu kali sokongan.. dan apa yang selalu cakap, "dorang tak tau anim.. tak yah layan laa orang camtu.."

Rasanya dah panjang sangat dah ni.. tetiba rasa nak luahkan apa yang terbuku dihati.. sebab demam kan hari ini, so rasa nak melegakan apa yang terbeban.. oke.. salam kemaafan diminta andai ada terkasar bahasa.. terguris hati dan perasaan dek kerana entri yang begitu panjang ini.. dan anim ingat kata2 seorang penceramah..

"ingat kebaikan orang pada kita jangan ingat kejahatan orang pada kita dan jangan ingat kebaikan kita pada orang.."

Mengingati kejahatan orang pada kita akan membuatkan kita akan sentiasa berdendam dan mengingati kebaikan kita pada orang akan membuatkan kita sentiasa berperasaan ego dan tinggi diri dek kerana pernah berjasa.. namun, ingatlah kebaikan orang pada kita, itu akan menjernihkan apa yang sudah menjadi keruh.. oke??

Kisah Seorang Pemuda

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, “Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.”

"Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” tanya pemuda itu. ” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain,” jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, "Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?” Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,”

Pemuda itu menyambung lagi, ” Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu."Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda,” balas ahli ibadah itu lagi.

Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” Jawab ahli ibadah itu, ” Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya.

Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya,” sambung pemuda itu. ”Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda,” jelas ahli ibadah tersebut.

Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,” ” Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya,” jawab ahli ibadah tadi.

Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?” tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, ” Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya.”

p/s: kisah ini dipetik dari blog anak saudara anim [Fariesya].. tak tau la budak ni copy dari mana pulak.. hehe..

p/s 2: semoga kita semua dapat pengiktibaran dari kisah pemuda tersebut...

Saturday, April 18, 2009

Kenapa Perempuan Mengandung??

Tertarik dengan artikel yang disampaikan oleh ustaz hasrizal, anim pun terasa nak link.. oke.. selamat membaca yea..

Friday, April 17, 2009

Siap Sudah..

Ni la kad kawen anim.. mule2 request nak hijau lumut, tapi kuar2 jadi hijau bendera PAS.. hehe.. mesti suka bangat mak n ayah anim ni.. bak kate ayah, HIJAU itu ketenangan =)



Bahagian depan

Bahagian belakang

p/s: ayah anim kol bagitau minggu depan dapat la surat kebenaran kahwin dari Pejabat Agama Daerah Marang.. alhamdulillah, ALLAH permudahkan segalanya.. berkat doa kalian untuk kami berdua..

Thursday, April 16, 2009

Kenapa Ye??

Kenapa sekarang anim baru:
  • nak faham Modern Physics
  • nak faham proses2 Bio..
  • nak faham TSR..
  • nak faham EM..
Dan anim sememangnya tau..
  • sekarang dah tak de mase yg cukup nak wat revision..
  • sekarang nak mula tensen sudah..
  • sekarang nak rasa nangis dan fed up..
Dan untuk subjek yang tidak dinyatakan di atas itu sememangnya..
  • kene bace selaju yg mungkin...
  • kene berserah je la..
  • tak leh mengharap result yang bagus..
Anim benci sebab apa tak der STUDY WEEK!!!!

p/s: ramai yg nak tau camne kami boleh kawen awal.. nanti la anim dan bakal suami share dalam blog ni ye..wat mase sekarang ni kami pun belum sah lagi =)

p/s 2: Pengumuman..
Tarikh akad nikah diawalkan pada 3 Jun 2009..
Majlis meraikan pengantin diadakan pada 6 Jun 2009..
Majlis sambut menantu akan diadakan pada 9 Jun 2009..
dijemput semua..

Wednesday, April 15, 2009

Bisa Jadi Gawat..

" Ayah dah gi ke rumah tok kadi semua.. 3 orang dah ayah gi.. 6/6 semua dah penuh tarikhnya.."

arghhhhhhh.. adus.. bisa jadi gawat sih..

"habis tuh.. nok nikoh bile?"

"tak pe.. ade sorang lagi yang tinggal.. tapi pak razak ni ayah yg kene akad sendiri la.. dia bace khutbah.. jangan bimbang la.. ayah usaha la camne pun.. bulih jugak kawennya.."

Ohhhh.. anakmu di tanjong malim ini sudah tidak keruan.. huhu.. dah la penat balik kelas.. balik2 solat isyak, ayah call dapat bite yg tak besh.. hish.. ni baru bulan 4.. nak kawennya bulan 6.. dah penuh?? ohoho.. ramai betul yg nak dirikan masjid ALLAH ni ye.. =P

Tak puas hati sembang dengan ayah tadi.. anim call balik dia.. mengorbankan kredit yg sudah ciput2 itu.. bese2 kalu call ayah.. 'ayah, call adik semula..' tapi untuk malam ni, tak pe.. ku rela korbankan kredit ku itu.. huhu..tuk..tuk...

"hello.."

ohooo.. mama ku yg angkap.. hehe..

"aik.. tak tidur lagi.. lewat dh ni?"

"mak baru balik klinik.. gatal2.. "

Anakmu juga sedang gatal2 jugak.. gatal2 kat muka. dan gatal mau kawen juga =]

"mak... habis tuh nak kawen bile.. semua dah penuh..."

mak gelak..

"bulihnya kawen.. bimbang deh dia.. mok n ayah gi kat pak razak esok.. bincang hal ni.. kalau dengan ustaz zainal tu, 3/6 je kosong.."

"kalu dengan pak razak, ayah kene akad sendiri la ye.. adik kesian ke ayah je.. ayah dah tua, takut tak larat.. ayah dulu pun kate nak 'nyerah diri' dari akad nikah anak sendiri ni.."

"haha.. dah tak de pilihan.. kalu nge ustaz zainal 3/6 tu bulih la.. ma zubir sanggup tak?"

"Gini la mak.. adik suh zubir tanye ma dia dulu ye.."

Selesai dari perbualan.. anim mesej zubir minta dia menyampaikan pesanan dari mak..

"ma cakap esok ma kol ayah.."

" ma cakap ape..?"

" kalau dah tak der tarikh, kawen je la 3/6 tu..."

ohoh.. so, keputusannya belum diumumkan lagi ye.. mungkin tarikh nikah diawal ka jadi 3 Jun 2009.. mengimbas kembali memang anim pernah mengimpikan tarikh yg sedemikian.. bukan lah terlalu istimewa.. tapi sebab ianya sifir 3.. 03.06.09.. hehe.. dan apa yang anim bulih simpulkan di sini.. kita merancang, subhanaALLAH.. Allah yang Esa menentukan segalanya..

p/s: langsung tak sangka mende ni akan berlaku.. ingatkan hari ni 15/4 dah terlalu awal ayah gi hantar borang nikah.. rupenye tok kadi semua dah di booking.. huhu.. kepada bakal2 pengantin di luar sana, booking la tok kadi anda secpat yang mungkin.. oke?

Tuesday, April 14, 2009

Please La Datang Sini..



"Cepatnya masa berlalu.. kenapa cepat sangat ni.. U all exam this paper bile?"

"Next week puan.. 21/4..."

"Tak sempat saya nak marking proposal U all minggu depan.. by next week, saya letak kat makmal kimia.. U all amik kat sane ye.."

Itu pensyarah TSR punye perbualan.. kalau dia merasakan masa itu cepat berlalu, anim pun sama.. sem yang begitu janggal.. this week still ade lecture and next week gi exam.. sengal kah ia?? Uhhh.. sungguh sengal.. sem ni anim langsung tak der motivation utk study n study n study.. bile dah ade feeling camni, and I know camne result for this sem.. =(

p/s: please anim.. sila lah panggil mode study anda!! mode study, pleasa datang ke mari n masuk ke dalam tubuh saya.. hehe..

Good Luck Untuk Semua

Salam..

Kepada semua kawan2 bloggers yang sedang berjihad di medan peperiksaan tu, wishing U the best of luck.. semoga kejayaan milik kita bersama.. caiyyok!! [Mode entri yg skema :D ]



p/s: anim akan bercuti untuk mengepos entri.. permohonan cuti yg diminta dari incik blogger approved.. ;D

p/s 2: tak sabar nak balik rumah.. [mode rindu kt kampung]

Sunday, April 12, 2009

Jantung Yang 'Suci'

Introductory Biology 2 untuk sem ni semua menekankan tentang sistem.. berbanding sem lepas content nya banyak tentang proses.. dan sistem2 ni banyak yang terlibat dalam kehidupan seharian kita seperti pencernaan makanan, persenyawaaan, pernafasan dsb.. banyak yang perlu difahami dan dihafal.. masak otak anim kalu nak hafal semua ni..adus..

Start dengan tingkatan 4 lagi, asal sebut Bio je terus ngantuk.. asal ngantuk je, mula nak baca Bio... macamne study nak effective.. hehe.. dan berlarutan laa sampai tingkatan 5.. lebih2 lagi dapat cikgu Arifin.. cikgu yang romantik.. slow je suara dia.. lagi membuai untuk kami tidur dalam kelas.. tak pernah ketinggalan untuk tidur mase blaja bio.. confirm tidur jugak walau 5 minit.. hehe..walaupun sesi pembelajarannya dalam makmal..

Cikgu Arifin dah tak tau nak buat camne tak nak bagi students tidur.. dekat2 nak habis tahun, dia dah mula pegang pembaris panjang warna kuning tu.. hehe.. dan pembaris itu akan 'bertugas' sebaik sahaj cikgu Arifin dapat detect 'mata-mata' yang hampir terpejam.. tapi mase tu, kami tak takut pun, gelak lagi.. sebab care cikgu Arifin pukul tu memang mencuit hati.. ngeh3..

Dan salah satu tajuk yang memang anim tak minat, tak suka, lagi menyampah tajuk tentang Jantung.. ohoho.. susah bebeno nak hafal cara pengaliran darah ke jantung ni.. atau nama tepatnya Cardiovascular System.. Tup2.. dapat bakal suami yang memang minat gile pasal jantung dari dulu, kini dan selamanya.. dan menjadi harapan dia untuk anim score dalam Bio sem ni.. harapan oh harapan.. =D

Anim pun tanya dia camne cara2 nak blajo Bio yang berkesan.. senang je.. lukis setiap gambar yang melibatkan sistem.. uhhh.. jenuh utk anim nak lukis semua.. setakat ni, baru masuk dekat circulatory system dan the maintainance system.. boleh laa nak lukis2.. kalu dah masuk tajuk reproduction system, macam tak sanggup je nak lukis gambar2 itu.. hehe..

Dan ini la hasil lukisan anim..


Jantung yang 'suci'.. belum dilabelkan lagi ^_^

Overview of cardiovascular system..

Ala2 tengkorak hidup ni Anatomy of the Pharynx

Rasa macam amik subjek pendidikan seni pun ade.. haha.. kalu la ade contest biology, confirm anim akan hantar gambar jantung yang suci itu.. hehe.. mengimbau kenangan dolu2, anim pernah jugak wakil sekolah dalam pertandingan melukis ini.. kiranya ade la jugak bakal, tapi hanya terpendam je skang.. dan lukisan sekarang tak cantik macam dulu [perasan mode =D ]
Seingat anim, mase sekolah rendah 3 kali wakil sekolah dalam pertandingan melukis dan ketiga-tiga kali tu la tak pernah dapat hadiah.. =( hehe..

So, nak gitau sebenarnya anim bukan pandai sangat pun melukis ni, tapi mungkin cikgu selalu tengok anim suka lukis dalam buku, sebab tu kot terpilih wakil sekolah.. tapi sijil2 nya masih disimpan rapi dalam fail tau walaupun tak pernah menang..hehe .. kenangan dolu2 harus disimpan..

Saturday, April 11, 2009

Fikiran Saya..

Tengah2 bersembang dengan roomate tersayang [iye ke anim sayang..jangan marah Dah..ngeh3], tibe2 dapat calling.. nombor yang tak dikenali.. mengamati suaranya, anim juga tidak dapat mengagak siapa gerangannya.. kesian sahabat itu.. 2 nama anim teka, semua salah.. aduss...

"ina satu matric dengan anim ke?"

"bukan.."

"ina engku asma husna ke?"

"bukan.."

adui.. sape ni..

"amalina la.."

Ohh.. bakal pengantin yang anim maksudkan semalam.. hikhik.. dia telefon bertujuan meminta maaf atas segala kesalahfahaman antara dia, anim dan zubir.. lalu bersembang dengan dia lebih kurang 10 minit kot.. lame tak jumpe Ama.. rindu sungguh.. gelak Ama sama macam dulu.. tak caya Ama dah nak kawen.. hehe..

Then, selesai sembang dengan dia, anim mesej pada Zubir..

"Em.. bes student pertama dah nak kawen.. bes student kedua pun dah nak kawen, cume lewat 2 minggu je dari bes student pertama.. best student ketiga bile ek?"

Zubir hanya gelak saja.. dulu tika di SMAASZA, Zubir, Amalina dan Hafiz adalah top three students yang the best dalam ranking la kirenya.. sebab tu anim cakap camtu semalam.. then, anim pun sambung lagi mesej dengan Zubir..

"Kene gitau hafiz ni dia dalam kategori waiting list.." hehe

p/s: kepada Hafiz, andai nya terbaca entri ni.. sila la ye mempercepatkan majlis anda supaya ranking seperti dalam sekolah dulu daat dikekalkan.. ^_^

Friday, April 10, 2009

Ingatan Buat Si Dia..

Tolong beritahu si dia,

....aku ada pesanan buatnya..
....cinta agung adalah cintaNya..
....cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia,

....jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
....jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
....jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia,

....dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
....dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia,

....Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
....Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
....aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia,

....bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
....bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
....andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia,

....Aku milik Yang Maha Esa..
....Aku masih milik keluarga..
....tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Thursday, April 9, 2009

Adakah Ianya Satu Proses?

Proses apa yang dimaksudkan?? bukan lah proses yang dibaca dalam buku Bio, tetapi proses pengubatan mata.. wujudkah ia?? 2 3 minggu lepas anim bz dengan asemen menyebabkan kene stay up sampai kul 3 pagi.. dah namanya kene stay up, so dalam jangka masa buat asemen tu, banyak je celah2 mase..[makan+updet blog+main friendster].. ngeh3..

Selasa lepas hari pembebasan dari asemen... yappie...yappie.. and that time, baru menyedari bahawa sesuatu yang berlaku pada mata.. ohhh... sungguh tidak comey mata ku.. kelopak mata berlipat2.. seakan-akan mata orang tua or adakah anim ni sudah tua [tak mo ngaku] ^_~ rase2nye, mate my mom lebih lawo sebab dia memang tidur yang mencukupi (9.00 malam-4.30 pagi)..

So, anim pun mendapat la nasihat daripada eah.. "anim kene jage mate ni.. dah dekat nak kawen dah.." bertitik tolak dari pesanan hikmah tu, anim telah men'spend'kan banyak masa utk tidur [alasan semata2..nasihat sungguh bermakna dari eah].. hehe.. so, semalam bukan proses yang sebetul2nya untuk 'membetulkan' kedudukan mata yang jauh ke dalam (maksudnya mata dah cengkung..)

Hari ni adalah proses yang sebetul2nya.. huhu.. walaupun pagi tadi anim ke lib utk study, still boleh tidur lam lib yg ber'aircond' tuh.. masya ALLAH, hebat sungguh diri ni.. hehe.. dah sedap tidur situ, bangun2 terus balik la.. tapi anim berpuas hati jugak sebab tanpa hafalan, dan hanya memahami konsep, anim dah ingat pengaliran darah dalam jantung.. dengan cubaan melukis struktur jantung yg susah gile tuh -_- , akhirnya berjaya..ni kes sebab amik cara2 bakal suami memahami bio.. huhu..

Balik dari lib, anim sambung tidur dari kul 12.30-2.15.. bangun untuk solat Zohor.. sebenarnya ade kelas tutorial pukul 3, tapi dah memang niat awal2 pagi lagi tak nak g, so memang tak der la usaha utk menghadirkan diri ke kelas tu.. [niat awal2 pagi macam pose je..] hehe.. then, lepas sembahyang, try la bukak buku Modern Physics.. tan smpai 15 minit, mate terkulai layu lagi.. aduh.. tidur le beta sampai pukul 6.15 petang..

Bile saje tersedar, boleh lagi fikir, dah tidur banyak ni mesti mata dah OK.. terus bangun dan amik cermin.. haha.. bukan bangun terus nak gi solat.. tengok2 mate jap, alhamdulillah, dah OK.. dah lawa sikit dari mata mak anim =D .. kuar dari bilik, terserempak dengan kak nor..

"kak nor, anim tidur lagi."

"ni memang betul2 betulkan mata ni.. tengok mata sikit... oke, mata dah oke dah.. tak macam hari tu.."

So, dengan hepi nye sebab proses pembetulan mata telah berjaya.. huhu.. kepada anim sendiri sila lah jaga mata anda utuk kesejahteraan diri.. ^_^

p/s : anim perlu telefon mak untuk menyuntik semangat nak study.. mak, suntik dengan dos banyak sikit supaya tahan lama ek.. =P .. suntik dengan dos namanya 'study pulun' .. oke mak?

Tuesday, April 7, 2009

Satu Harapan..

Lepas makan malam, tergerak hati untuk buka upsi portal.. nak godek2 apa berita terkini.. then pegi kat exam schedule.. ohoh.. jadual exam dah kuar dah.. tengok2 tarikh tak berubah.. still same cam dengan draf dulu.. tak pe.. mungkin satu cabaran.. dan mungkin ianya satu dugaan.. bak kata eah, hidup ade tinggi ade rendah.. time rendah tu redha je la.. huhu.. ^_~

Dan dengan satu harapan agar jadual yang kuar ni dapat menyuntik semangat untuk study.. sem2 lepas, slip untuk menduduki exam dikeluarkan awal oleh fakulti.. sem ni, walaupun dah minggu ke13, still tak kuar2 lagi.. huhu.. itu yang semangat nak study tak kuar2 jugak =D [alasan!]

Dan berikut adalah jadual exam anim.. semoga kegembiraan semester lepas berulang untuk semster ini atau ianya satu harapan tinggi atau impian seorang mat janin?? huhu..

p/s: dok sabo nok habis exam..

Monday, April 6, 2009

Akhirnya Saya Sampai..

Akhirnya sampai jua ke destinasi.. opssss!! bukan destinasi tapi mase yang ditunggu2.. mase apakah itu?? 6/6 lambat lagi.. tapi mase ape?? huhu.. ye.. sudah sampai mase saya untuk menghantar semua asemen2.. asemen2, pergi la engkau dari hidupku.. berilah ku ketenangan untuk study pulak.. 2 weeks more untuk final exam ni.. sem yang sangat2 sengal i means.. haha.. dengan study week tak der, subjek semua berat2 [berapa kilo?] then ape2 lagi la..

Lagi satu, lagi dasyat sem ni jugak sebab ade satu hari tuh 2 papers..2 papers tuh adalah subjek yang membaca.. memerlukan anim duk menenangkan diri dan membaca bait2 ayat yang dikarang dalam buku tuh.. ^_~ ..

So, tengok pada jam di dinding.. tepat pukul 2.53 am, anim telah menyiapkan proposal untuk thesis sem depan.. ^-^ .. adakah ini kerja last minit?? ohoh.. saya pun tidak tahu.. asal wat kerja je last minit, asal last minit je wat kerja.. =D .. dengan ini saya mengisytiharkan bahawa saya sudah bebas dari asemen yang untuk semester 2 2008/2009.. yahoooooO!!! so, anim.. plez moving to study mode. oke??

Sunday, April 5, 2009

Special Congrate For IzuQila..

Walaupun kite tak pernah jumpe, tapi ukhuwwah tetap ada kan.. i'm glad to wish special congrate to both of U.. tahniah di atas kehadiran orang baru walaupun baru beberapa minggu dalam rahim mamanya..

To Izu dan Qila;
  1. Semoga kebahagiaan korang semakin bertambah dengan kehadiran baby..
  2. Izu, jage Qila baik2.. =] first trimester tuh kene jage kandungan leklok.. jangan buat kerja berat2 tau..
  3. Qila, kene banyak kan rehat.. tak yah kije lagi part time.. huhu.. kasi Izu sorang penat2 wat kije.. kui2..
  4. Pape pun, tahniah la..
p/s 1: Kan hari tu anim dah cakap, rezeki bertambah tu bermakna rezeki untuk anak..
p/s 2: Pelik+kelakor panggil mama dan walid.. huhu..
p/s 3: Aii.. pandai rancang tak nak bagi Qila extend =P

Ini Hari Minggu Ke?

Weekend datang lagi.. tapi weekend yang dikecapi oleh anim tak sama macam weekend korang.. weekend korang boleh rehat, boleh study, boleh main game dsb... weekend anim?? i must to attend extra class.. adoiiii.. semalam dan hari ini.. adakah ini hari minggu saya?? ohhhh...sungguh memenatkan..

Semalam kelas ganti pukul 3.00-5.00 petang.. di saat orang lain tengah relax apatah lagi ditambah dengan cuaca yang sejuk sebab hujan, mood untuk belajar langsung tak der... di saat orang lain tengah bersiap untuk ke pasar malam, anim terpaksa duk dalam kelas mendengar lecturer mengajar.. nasib subjek yang anim minat.. so, fortunately, I able to focus more.. tak de nampak pasar malam, tak der nampak ayam golek yang sedang bergolek2 atas bara api dsb..

Dan hari ini, kelas yang sama bermula pukul 9.00 pagi -1.00 petang.. subjek yang sama dan lecturer yang sama.. huhu.. disebabkan subjek ini terlalu jauh ketinggalan dengan subjek lain menyebabkan lecturer terpaksa buat kelas ganti.. lagipun 'killer' subjek ni memerlukan lecturer focus untuk setiap subtopic dalam subjek tu.. itu yg jadi mcam siput sket blajo subjek ni.. hehe..

Sebelum berakhirnya kelas tadi, lecturer pesan :

"esok malam ade kelas tau.."

Masing2 macam blur.. sebabnya setiap hari kami akan jumpe dengan encik tu.. start hari jumaat, semalam, hari ni dan esok.. huhu.. sepatutnya, malam esok adalah kelas sebenar kami utk subjek Electromagnetism ni.. hikhik.. disebabkan tuan2 punye otak sume dah penat, sampaikan kelas sebenar pun dah lupe.. dan ade la sorang pelajar jawab;

"En. kami dah mabuk blaja subjek ni.." =]

Friday, April 3, 2009

Luahan Hati..

Sebelum anim memanjangkan entri ini, ingin anim memperkenalkan seseorang merangkap sebagai bakal suami.. Encik Mohd Zubir bin Abdul Rahman.. so, sekarang ni ade 2 orang penulis blog ni.. zuhane tu mewakili Zubir dan Aniemz tu mewakili anim.. huhu.. sebenarnya, bukan luahan ape pun.. saje nak membazirkan masa yang sungguh jeles dengan diri ini.. hikhik.. baru sebentar tadi terbaca blog seorang akak ni.. juga bakal pengantin cuma tarikhnya lewat 2hari dari anim.. terbaca luahan hatinya dan anim tertarik untuk meluahkannya jugak di blog sendiri.. ngeh3..[men tiru2 orang..] =D

Teringat akan satu emel yang dikirim oleh bakal suami..

" i still remember, it still fresh in my mind. one day, i heard about ur name from my friend during chitchat. i dono y i become so eager 2 know who u r. i try to find u. i wana know u. that time, i'm a shy person. i dono how to ask my friend about u. luckily,one day, when i was walking passing teachers' room, i heard somebody called hanim or anim. i can't hear it clearly. but my instinct said that it is u..when first i look at u, i saw mole on ur right cheek. and then, few days later, i saw u again but i quite confuse why the mole is on left cheek.am i looking at the wrong person??? i dono....cont"


[nota: sampai sekarang tak ter'continue' pun story tu.. penat den tunggu =P my bakal usben selalu menggunakan BI dalam emelnya dan me?? membalas dalam BM sahaja.. bukan apa, ingin memartabatkan bahasa ibunda.. alasan bagi orang yang tak reti BI.. huhu]

Sebenarnya, saat kami meluahkan perasaan hati mahu mendirikan rumah tangga, tak ketinggalan jugak ade sesetengah membangkang.. kami bukan saja2 mau kawen.. bukan sebab tengok orang lain kawen, kami pun nak kawen.. ohh.. tidak.. banyak sebabnya kenapa kami mendirikan rumah tangga di usia muda ni..

Kami satu sekolah dulu.. SMAASZA.. sekolah yang banyak melakar kenangan antara kami.. kenangan hati.. huhu.. kami tidak pernah satu kelas pun.. ade hikmahnya.. tak blajo laa kami kalu satu kelas.. story dalam emel tu adalah perasaan bakal suami pada anim waktu kami tingkatan 3.. tapi kami tak laa macam budak sekarang.. bercinta dalam sekolah.. berbalas itu dan ini.. antara kami tak pernah ada sesi luahan perasaan pun.. tak pernah berbalas barang atau berbalas senyuman.. berbalas mata ada.. camne tu? hehe..

Anim?? Sejak tingkatan 2 lagi dia jadi secret admire anim.. memendam perasaan sampai la habis SPM.. dalam waktu kami 5 tahun di SMAASZA, seingat anim hanya 6 kali je kami pernah betegur sapa [kire tu sebab detik2 bermakna =P ].. kami bertegur sapa ade sebabnya.. pasal duit lawatan, pasal kertas jawapan exam, pasal asemen Add Math, pasal surat cinta seseorang pada dia [jeles sungguh mase tu.. I yg minat dia, tapi jadi penyampai pulak antara kawan anim dengan dia..tapi peluang..hikhik..].. also pasal lawatan mase form 5 dan satu lagi I forgot..

Cerita yang panjang akan diceritakan kemudian.. kesimpulannya, kami membuat keputusan bukan atas dasar perasaan tapi atas dasar akal dan hati.. betapa susahnya untuk kami menjaga hati.. sejak lepas SPM 2004 dan sehingga kini.. sedihnya sebab setiap hari akan ade dosa yang ditambah walaupun sekadar mengingatinya apatah lagi membalas mesej dsb.. kadang2 terfikir, jalan ini juga sudah ditetapkan oleh-NYA cuma atas kerasionalan seseorang itu untuk bertindak..

Mengambil faktor sudah 5 tahun 'declare', kami 'bermati-matian' berjuang untuk hidup atas jalan yang diredhai-NYA.. kami tau tiada istilah couple dalam ISLAM.. pernah kami putus, tapi kurang dari 3 hari, kami berhubung kembali.. perasaan sayang itu sudah tebal dalam hati apatah lagi sejak umur 14 tahun, dia dalam hati anim.. so, start tahun lepas [lebih kurang bulan 4 jugak..] kami decide untuk terus terang pada mak ayah..

Alhamdulillah, sebelah anim tak banyak membantah.. mak dan ayah bersetuju.. sebelah dia memang banyak dugaan.. maklum lah, pengajiaannya dalam perubatan masih jauh.. sisa tahun untuk dia menghabiskan belajar masih banyak.. masakan seorang ibu mahu melepaskan anaknya yang tidak bekerja untuk menanggung anak orang lain.. berkat doa kami, pertolongan adik beradik dan termasuklah ayahnya, akhirnya emak nya bersetuju.. restu mak ayah perlu diperolehi sebelum melangkah ke alam perkahwinan ini..

Pernah dia meluahkan perasaannya pada anim.. malu pada ALLAH atas sebab dosa yang dilakukan.. menghafal ayat2 suci Al-Quran and at the same time, melakukan dosa.. apa yang menjadi pengajaran buat kami.. Zubir bekas pelajar Darul Quran.. so, start dia Darul Quran, dia couple.. balasan dari Allah, 6 bulan dia di DQ, dia ditimpa kemalangan.. parah yang amat.. kaki kiri patah, lengan patah, ulang bawah mulut patah dan tulang bawah mata pun patah.. 1 hari koma..

Perasaan anim? hanya ALLAH sahaja yang tau.. 11 hari dia di HUSM, anim bertindak ambil tiket bas dari Seremban ke Kota Baharu.. waktu itu anim di kolej matrikulasi negeri sembilan.. takut untuk berjumpa dengan mak ayahnya.. dan bila berjumpe dengan mak ayah, mak dia melayan anim seperti anaknya.. dan Zubir? hanya terbaring sahaja di ats katil =P .. teringat kata2 kak shahibul, bumi DQ bumi 'cash'.. sape yang buat dosa akan terima balasannya.. aan inilah 'cash' dari ALLAH untuk zubir.. 3 bulan berjalan guna tongkat.. terseksa dia dengan azab di dunia..

Sepanjang dia di DQ, sekali je kami berjumpa dan makan.. itu pun sekejap sahaja.. Maha Kuasa Pencipta, balasannya sungguh berat.. zubir terima dengan redha.. atas nasihat Dr, zubir kene rehat 6 months.. dan disebabkan itu, atas kerelaan hati, dia terpaksa menarik diri dari Program Tahfiz Al-Quran.. sayang sangat bile dia kuar dari DQ sebab waktu itu dia dah hafal 12 juzuk.. dan terkubur la cita-citanya untuk bergelar Dr Mohd Zubir bin Abdul Rahman Al-Hafiz..

Allah nak tunjuk akan kekuasaan-NYA.. tapi kami manusia yang teramat lemah.. kami tak der kekuatan utk berpisah.. bukan tak mau cuba, pernah mencuba tetapi resultnya 'fail'.. =] mungkin ikatan hati terlalu kuat.. tapi bukan ikatan hati yang tak suci kami mahukan, ikatan hati yang suci kami nak.. atas dasar itu, kami sedaya upaya untuk berkahwin awal.. bukan sebab gatal, bukan sebab saje suke2, bukan sebab ikut orang lain, tapi sebab mahu menjaga hati.. dan niat zubir setelah berkahwin, dia ingin menghafal balik ayat2 Al-Quran yang sudah dilupainya.. dan sokongan anim untuknya, supaya dia dapat menghafal sampai 30 juzuk.. walaupun tiada dapat iktiraf atas dunia, insya ALLAH iktiraf di akhirat sudah ada..

Itu la disebalik perkahwinan kami.. dugaan yang teramat berat untuk kami terima sebelum mendapat kelulusan berkahwin dari mak ayah.. yang tu akan dicerita kemudian laa ye.. dah panjang sangat dah ni..


Pro & Kontra

Walaupun sekarang anim tengah bz and this is last week for me 'bergelumang' dengan asemen2 yang makin galak bertimbun walaupun sudah mencecah minggu 12.. those yang memang ber'title' students, memang dorang akan tau minggu ke12 adalah minggu yang sudah hampir dengan minggu exam.. huh!! ditambah peritnya lagi UPSI tak der study week for this sem.. seksa yang amat..

Ditengah2 menyiapkan Mid Semester Take Home Exam, anim tertarik utk publish kan pro n kontra meminum minuman berkafein especially students yang berniat untuk stay up.. minuman ini la yang dicari [me too..] hehe.. setia dengan kopi radix dulu, kini dan selamanya.. maklum laa, my mom jadi ahli kepada HPA ni.. so, dengan sukacitanya dia sentiasa membekalkan kopi radix untuk anak2nya..

Pernah sekali tu, dia beli sampai 6 kotak.. gelak kami dibuatnya.. my mom mcam nak bukak kedai kat rumah ni.. jawab la mak.. "semua tu untuk anak2 la.. kak satu, dah satu, ma satu, mie satu n adik satu.. satu lagi utk mak n ayah..".. see.. kasih seorang ibu.. even my sis semua dah kawen, still dia ingat lagi kat anak2nya.. huuh.. terharu.. dan balik baru2 ni, I pau satu kotak radix milik mak.. hehe..

Dah melalut smpai sini.. so, bace laa pro n kontra nya.. ingat nak publish yang dah dibuat, tapi mesti kene mintak izin dari 2 orang lagi memandangkan asemen ni berkumpulan.. so, I copy dan paste je la ek..

There is a lot of research concerning both the negative and the positive effects of coffee drinking.

The "Pros" :

1.Antioxidants. Coffee is loaded with antioxidants like chlorogenic acid and melanoidins. Antioxidants help prevent oxidation, a process that causes damage to cells and contributes to aging. Melanoidins from roasted coffee have antioxidative effects depending on the way the coffee is treated.

2.Parkinson's disease. Regular coffee consumption reduces the risk of Parkinson's disease. A number of studies [1],[2] have demonstrated that people who drink coffee on a regular basis are significantly less likely to develop Parkinson's disease.

3.Diabetes. Coffee consumption is potentially protective against the development of type 2 diabetes. A prospective cohort study as part of the US Nurses Health Study found that moderate consumption of both caffeinated and decaffeinated coffee may lower the risk of type 2 diabetes in younger and middle aged women.

4.Liver cirrhosis. Coffee drinking may protect against liver cirrhosis, especially alcoholic cirrhosis.

The "Cons" :

1.Heart disease. The relation between coffee consumption and risk of cardiovascular disease has been examined in many studies, but the results remain controversial. Most prospective cohort studies have not found coffee consumption to be associated with significantly increased cardiovascular disease risk.

On one hand, diterpenes cafestol and kahweol present in unfiltered coffee and caffeine each appear to increase risk of coronary heart disease. High quality studies have confirmed the cholesterol-raising effect of diterpenes. Coffee consumption is also associated with an increase of plasma homocysteine, a risk factor for coronary heart disease.

On the other hand, a lower risk of heart disease among moderate coffee drinkers might be due to antioxidants found in coffee.Besides that, caffeine can increase the risk of heart attack, especially among those people who carry the "slow" gene variant for the enzyme that metabolizes caffeine.

2.Cholesterol. Heavy consumption of boiled coffee elevates blood total and LDL cholesterol ("bad cholesterol") levels.
Unfiltered coffee contains two cholesterol-raising compounds cafestol and kahweol.

3.Blood vessels. Coffee negatively affects the blood vessel tone and function (increases arterial stiffness and wave reflections).

4.Heart rhythm disturbances. Coffee can cause rapid or irregular heartbeats (cardiac arrhythmias).

5.Blood pressure. Although coffee consumption is not a significant risk factor for hypertension, it produces unfavorable effects on blood pressure and people prone to hypertension may be more susceptible. Recent Italian study found that coffee drinking can slightly increase the risk for development of sustained hypertension in persons with elevated blood pressure.

6.Osteoporosis. Coffee intake may induce an extra urinary excretion of calcium. Heavy coffee consumption (4 cups=600 ml or more) can modestly increase the risk of osteoporosis, especially in women with a low calcium intake.

p/s : Sebenarnya banyak lagi pro n kontra.. dinasihatkan supaya meng'google' sendiri ye untuk nak tau lebih lanjut.. tapi je 'pro & contra drink caffeine', dalam beberapa minit anda akan dapat artikelnya [if ur PC tak lembab macam siput].. ok berwasapada la... hehe.. its better to think twice before u decide something about ur life.. ok??

P/s 2: my bakal asben selalu nasihat jangan minum caffeine banyak2 memandangkan I ni peminat setia radix.. terutamanya waktu period, jangan minum banyak caffeine sebab dia malas nak layan orang cepat merajuk ni.. hehe.. dan I membalas, "mau secawan??" hehe

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online