:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Tuesday, September 30, 2008

Salam Aidilfitri..

Di aidilfitri mulia, maaf dipinta andainya:

TERkasar bahasa.. [mungkin ada nukilan yang tak elok bahasanya]
TERsilap bicara.. [aku tak pernah sembang nge korang wahai pembaca sekalian..Hehe]
TERmarah yang tak kena.. [kesalahan ni lagi tak ada]
TERtanya tak tentu hala.. [ada jugak kot dalam artikel aku, aku tanye korang..Cuma aku tak dengar la jawapannya yang dijawab tu]
TERsasul yang tak sengaja.. [banyak lah kot..malas dah nak list kan kt artikel mana yang aku tersasul]
TERpukul kat mana-mana.. [ish, tak ada ni..tak ada terpukul korang.. terpukul laptop ada lah]
TERpekik di telinga.. [aku tak penah kan pekik kt telingan korang?? melainkan korang baca blog aku, korang pasang lagu.. tu bukan aku ye yang terpekik kt situ]
TERusik yang sengaja.. [isy..tak penah main usik2 ni..Hehe]
dan macam2 lagi yang ada..

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin..

Pape pon, maaf dipinta.. Aku akan update blog ni lepas balik UPSI nanti.. Daaa.. Kepada yang nak drive, sedang drive, atau sudah drive, atau di drive kan oleh driver, berhati2 lah di jalan raya.. Ingat orang tersayang..

Monday, September 29, 2008

Mengapa Wanita Sungguh Istimewa??

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. “..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah….”

Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas…leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap…
susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi…check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu…memang dah kering pun flusk ni, jerang la air…sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong….salin la gula…chec k bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi…ishh. ..ni lauk bila ni, semalam…dah beku dah…basuh la kejap….pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh…penat dah ni, besok je la basuh…sidai kain lap je lah…
tik…bunyi air dah masak…salin air dalam flusk…ok settle…

baru teringat tak semayang lagi…on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi…nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska…check. ..baju 2 pasang, towel…towel kecik utk selsama…calamine lotion untuk sapu ruam…pampers 4 keping….alamak. .telupa pulak masukkan botol…basuh botol jap…ok settle…

ternampak pulak beg g keje…emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je…salin jap barang2 g beg coklat…cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti…hishhh sempit la beg ni…hangin je…nak kena beli ni beg baru…rasenya 25 hb ni Sogo sale nih…mana flyers tadi ek…ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle…

Tetiba dengar suara papa…”..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido..”….”..yelah nak tido la ni..nak smayang jap…”

masuk toilet..buat apa2 yang patut…cuci muka dulu..2 jenis lak tu…adoi..gosok gigi…smayang. ..pakai toner…pakai treatment cream…nak lawa and maintain punya pasal lah ni…
nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak…huhuhuhu. ..

bukak almari…emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok…gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni…kat bilik belakang…
la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh …g dapur, basuh, sambung gosok baju…gantung elok2…kemaskan baju gantung2…masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor…ok settle..

dgr suara papa lagi…”..i dah ngantuk ni..”..dalam pada nak masuk ke bilik…owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lu pa dah 3 hari tak siram…ok, siram jap…check jap pintu ni…sah tak kunci lagi…grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku…bukak lampu luar..

ni mainan ni sepah2…masukkan la dalam bakul mainan budak ni…banyak nya…sampai bawah meja makan pun ade…adoi.. ..ok dah …

ok dah boleh baring…adoi sakitnya pinggang…cium si comel ni kejap…selimutkan die…la..napa basah ni…emm, tukar la pempers ni…tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la…nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali…ok sayang tido k…kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k…gud nite..sweet dreams…

aaahh…sedapnya dapat baring…mana pulak lotion sapu kurus aku nih…ha, ni dia…sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm…setkan program kerja besok…pg kul 9.30 ade meeting..
ahh…boring. ..panas pulak lotion nih..dah la…emm..sedapnya lelapkan mata…Ya Allah…terima kasih untuk rezekiMU hari ini,. ..mohon keberkatan dari mu tuhan…papa pun bangun tutup tv…”…i dah ngantuk sangat ni…nak tido lah…citer pun tak best malam ni, bola pun takde…”…selang seminit …dengar suara papa berkeruh…dah agak dah….

Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah… setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri…

Kalau lelaki mengakui kebenaran ini….hormat dah hargailah mereka…untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari…

[NOTA]

- Walaupun sibuk, still ingat sale kat shopping complex..tu lah WANITA..
- Tak elok solat lambat2 sangat.. Solat lah di awal waktu..
- Dicadangkan supaya sistem pengurusan masa yang sistematik sikit.. Baru tak penat sangat..
- Kalau papa tu malas, tarik telinga papa biar buat kerja sama2..ataupun mengamuk sekali potong wayar TV.. Jangan isau, kabel banyak dijual di kedai.. Hehe..

Saturday, September 27, 2008

Apa Sudah Jadi Dengan Blogku??

Sebenarnya dah banyak buletin yang aku tulis, tapi tak leh nak publish.. Sory ek.. Kesilapan teknikal..

Monday, September 22, 2008

Program Ukhuwwah Kasih Ramadhan

Pertamanya, tahniah kepada Unit Kediaman Luar Kampus terutamanya barisan AJK pelaksana Exco Pembangunan Kerohanian dan Sahsiah kerana Berjaya menganjurkan program ini. Program ini bermula pada hari Jumaat (19/9) dan berakhir pada Sabtu (20/9) di dua tempat yang berbeza. Pada hari Jumaat, kami bertolak dari UPSI jam 12.30 tengah hari. Perjalanan melalui jalan kampong dan tidak memasuki highway kerana ingin mencari masjid berdekatan untuk solat jumaat. Lebih kurang 45 minit perjalanan, kami berhenti seketika di masjid di Sungkai untuk memberi laluan kepada kaum lelaki solat jumaat.



Perjalanan diteruskan lebih kurang pukul 2 petang.. Kenderaan kami telah berpatah balik untuk memasuki highway.. Dan setelah itu, kami semua lena dalam kenderaan kecuali driver.. Hehehe..Kami tiba di Rumah Seri Kenangan pada pukul 4 petang.. Tepat2 seperti yang dijadualkan..

Rumah Seri Kenangan adalah sebuah rumah warga tua dan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.. Tempatnya sungguh aman. Tapi aku tak sempat untuk mengambil beberapa keping gambar disebabkan sibuk untuk mengangkat barang untuk diberikan kepada warga tua.. Rupanya, rumah ini dalam kawasan Hospital Bahagia (Tanjong Rambutan).. Patut lah kawasan macam tenang supaya pesakit2 nya sentiasa tenang.. Hehehe.. Kami diberi taklimat ringkas tentang rumah berkenaan, siapa penghuninya dan keadaan mereka. Kami dimaklumkan, ada satu blok dikuarantin untuk pelawat disebabkan pesakitnya memerlukan rawatan.. Kadang2 mereka menjadi terlalu agresif dan sukar untuk dikawal, sebab itu mereka diletakkan dalam kawasan berpagar..

Lawatan dimulakan dengan blok yang baru dibina. Keadaan nya Ok kerana semuanya ada katil, almari, penyidai kain dan tandas yang bersih..Blok pertama ini memuatkan penghuni dari semua kaum.. Kami seterusnya ke blok kedua di mana semua penghuninya melayu.. Ketika aku dan raihah masuk ke blok itu, kami disapa baik oleh mak nab.. Manis mukenya, sentiasa member senyuman kepada kami.. Kami bersalaman.. Kemudian, beralih kepada seorang makcik yang sedang duduk.. Muka nya sedikit masam dan senyum ketika aku menghulurkan cenderamata kepadanya.. Then, aku berpatah balik untuk masuk ke dalam lagi.. Ada sorang makcik ni, langsung tak pandang kami. Kami menjadi serba salah.. Mahu ditegur atau tidak.. Nanti dianggap sombong pulak.. Aku pun mula berbicara.. Makcik tu hanya memandang kami bersahaja.. Bila selesai salam, aku tatap muka nya, matanya mula bergenang dengan air mata.. Sungguh aku pun menjadi sebaik juga.. Kemudian, makcik tu beralih ke tempat tidurnya dan hanya merenung jauh menghadap tingkat tanpa mempedulikan kami..

Kami beralih ke blok 3.. Di sini majority penghuninya sudah tidak mampu untuk berdiri dan kebanyakkan katil di reka khas.. Tiang katil dipotong supaya memudahkan pergerakan penghuninya.. Aku singgah di sebuah katil milik makcik india.. Ketika itu, dia sedang menyumpah2 anaknya kerana menghantarnya ke sini.. DI atas mejanya pula terdapat 2 kotak rokok.. Alasannya merokok supaya cepat mati.. Dia sudah tidak mahu hidup.. Kalau boleh mau dihabiskan 4 kotak satu hari.. Kami hany mendengar sahaja luahannya..

Then, aku dan raihah keluar dari blok 3 untuk rehat sebentar di pondok kayu.. Aku dengar ade suara yang sedang marah2.. Bahasanya adalah bahasa Cina, jadi kamu langsung tidak faham.. Rupanya, aku dimaklumkan, penghuni Cina yang sedang marah tadi tu adlaah golongan yang dikuarantin.. Dia marahkan kami disebabkan kami tidak memberikan dia cenderamata.. Lalu, ada seorang pegawai HEP berjalan ke pagar tersebut dan menghulurkan beberapa cenderamata untuk mereka.. Apa lagi, gembira lah si Cina tadi, terus diam dan menjalankan 'tugas' membahagikan cenderamata kepada kawan2 nya yang lain..Sedang kami leka memerhati, datanglah Mak Bedah.. Dia juga tergolong dalam golongan agresif.. Mahu meminta wang dari kami.. Katanya mahu membeli nasi lemak.. Lawak juga tengok dia bercakap sebab dia buat lawak yang baginya bukan lawak.. hehe..

Terdapat banyak pengajaran yang boleh aku amik dari sini.. Sedih, melihat keadaan ibu dan ayah yang ditinggalkan oleh anak.. Kenapa 10 orang anak tidak boleh menjaga seorang ibu dan ayah.. Tahukah anda mereka begitu sedih, mengharapkan anak mereka datang dan mengambilnya untuk dibawa pulang..Hiba melihat anak lain datang menjenguk tetapi anak sendiri melupakan orang yang pernah membesarkannya.. Bukankah mengalir darah yang sama antara ibu, ayah dan kita?? Tidakkah anda terasa rugi di saat mereka hidup, anda tidak membelainya dan memberi kasih sayang seperti mana mereka bagi kepada anda dulu??

Lawatan ini member keinsafan kepada aku supaya menjadi anak yang taat pada ibu bapanya.. Jika ibu bapa kita mengira semua harta yang pernah mereka berikan kepada kita sejak lahir, mampu kah anda untuk membayarnya balik?? Dan yang paling penting, adakah anda mampu membayar nilai titisan susu ibu yang pernah diberi kepada anda sejak lahir?? Fikir2 kan lah.. Peristiwa ini begitu meninggalkan kenangan yang boleh dijadikan pengajaran untuk aku lalui hidup yang akan datang..

Dalam pukul 5.30, kami beredar dari Rumah Seri Kenangan untuk ke Taiping Golf Resort.. Tujuan kami ke sini adalah untuk berbuka puasa.. Ceritanya dalam nukilan akan datang..

Sunday, September 21, 2008

Kucing..

Sebenarnya dah lama artikel ni nak ditulis, tetapi kesuntukan masa yang ada untuk mengadap laptop dan menaipnya!!

Kucing merupakan seekor binatang yang paling aku suka.. Aku suka akan manjanya, aku suka mendengar bunyi 'meow'nya, aku suka akan kejinakkannya, tapi ada satu yang aku tak suka iaitu bila kucing berak merata2.. Uisy.. Geram yang teramat sangat jika aku lihat ada timbunan pasir kecil ada di hadapan rumahku beserta dengan baunya..

Dulu aku tinggal di hostel.. Kucing yang ada di blok ku adalah milik felo.. Tapi disebabkan kucing2 nya itu jarang 'berjalan2' menghala ke rumahku, so aku kuranglah bermain dengan kucing ketika tinggal di hostel.. Mana tak nya, kucing2 milik felo tu asyik terkepit dengan anaknya saja.. Huhu..

Mengimbas kembali ketika aku tingkatan 2, ada seekor kucing di rumahku.. Kucing ni asalnya milik kawan kepada mak aku, tetapi dia memberi seekor kucingnya kepada mak aku.. Dan dengan berjalan kaki mak aku membawa kucing itu.. Ketika itu kucing masih kecil.. Baru 2 3 bulan lahir.. Lagipun mak aku memang sengaja mintak kucing itu sebab di rumah ku terlalu banyak tikus.. So, bila ada kucing di rumah boleh mengurangkan bilangan tikus yang berlari keriangan di rumahku.. Hehe..

Sebaik sahaja sampai kucing itu di rumahku, aku terlalu gembira sebab kucing memang binatang yang aku suka.. Tetapi aku jarang bersamanya sebab aku bersekolah asrama.. Hanya sebulan sekali saja aku dapat bermain dengan kucing.. Tapi kucing di hostelku memang dah banyak.. Besenya, orang sekeliling yang 'buang' kucing itu di kawasan sekolah aku, maka menjadi ramailah kucing di sekolah.. Kucing pun pandai sebab dapat masuk SBP.. Huhu..

Kakak ketiga ku juga suka kucing.. Biasanya dia yang akan mandikan kucing dengan syampu dan keringkan bulu nya dengan towel.. Aku suke peluk je.. Hehe.. Bile aku naik tingkatan 4, kucing itu dah mati.. Dia mati setelah aku sekeluarga pulang dari KL.. Sebelum kami berangkat ke KL, mak aku ade pesan kepada jiranku supaya memberi makan kepada kucing kami.. Sebaik sahaja pulang dari KL, mak aku puas mencari kucing itu, tapi tak dapat dikesan..

2 3 hari setelah kami pulang dari KL, baru kucing tu 'balik' ke rumah kami.. Ketika itu, tubuhnya sudah lemah.. Mak aku meminta aku dan abang membawa kucing ke klinik haiwan.. Maka, bawa lah kucing itu ke klinik haiwan berdekatan.. Setelah diperiksa Dr, Dr tidak memberitahu ape punca kucing itu lemah, tetapi dia hanya menyuntik ubat sahaja..

Aku sangka setelah membawanya ke klinik, kucing tu sihat.. Namun, semakin hari semakin lemah.. Ditambah pulak dengan keluarnya darah ikut mulut, telingan dan kuku.. Kucing semakin lemah, badannya langsung tidak boleh berdiri.. Aku betul2 hiba melihat keadaannya.. Lalu, aku cuba menyapu ubat pada kukunya dan membalut dengan harapan supaya kucing tu sihat kembali.. Mak aku memberi makan, langsung tak 'dijamah'.. Aku menyuapkan susu ke dalam mulutnya.. Mak sudah tak tahu nak buat apa.. Dibagi sekor ikan langsung tidak respon....Keesokannya harinya, ku lihat kucing sudah kaku.. Aku sedih.. Dan sejak itu, rumahku sudah tidak membela kucing lagi..

Bila masuk matrik, kucing felo menjadi tumpuanku.. Bukan apa, kucing ini kacukan antara kucing siam dan kucing biasa.. Bulunya lebat berwarna kelabu.. Cantik sungguh.. Semasa aku sem 2 matrik, kucing itu beranak.. ada 7 ekor semuanya.. Semuanya comel2.. Setiap hari aku menjenguk anak kucing itu.. Dan dengan kucing2 itu lah tempat aku meluahkan problem aku.. Ntah, satu keajaiban pabila aku ada masalah, kucing tempat aku mengadu.. Perasaan aku menjadi lega setelah mengusap bulunya dan respon manja yang diberikan kepadaku..

Pernah satu hari, aku tertekan dengan keadaan study di matrik.. Satu hari aku bersama kucing.. Bermain bersamanya.. Tenang.. Kucing dapat melegakan perasaanku yang tidak tenang.. dan hari ini, aku dapat lagi bermain dengan kucing.. Sejak tinggal di rumah sewa, jiranku membela kucing.. Banyak kucingnya.. Tetapi yang menjadi perkara aku tidak suka, kucingnya suka datang ke rumahku untuk 'melepas'.. Di hadapan pintu pagar ataupun di halaman belakang.. Tension sungguh!!


Ini adalah kucing jiranku

Gambar diatas aku ambil ketika kucing sedang lena tidur.. Bukan di rumahnya, tetapi di rumahku.. Huhu.. Aku teringat kata2 abangku.. " Di antara binatang yang mendoakan kerahmatan tuannya adalah kucing.. Bertambah berkat jika di rumah ada membela kucing.."
Tidak sia2 aku suka kan kucing.. Hehe..

Wednesday, September 17, 2008

Sains Seiring Dengan Agama..

Perkara pertama yang ingin aku luahkan, aku bangga menjadi ahli sains.. Walaupun tidak sehebat Isaac Newton, Faraday, Kirchoff, Mandel, ataupun sheikh muzaffar, tapi aku tetap bangga untuk diri aku sahaja.. Dengan sains, aku dapat memahami sepenuhnya kejadian alam sekitar dan seumpama dengannya.. Bile diteliti dalam ayat Al-Quran, sahih ianya sudah tertera dalam Kalam Allah yang suci itu.. Hebat.. Hebat dengan penciptaan Allah.. Dan penciptaan-NYA, ahli sains mengkaji dari hukum sains nye pula..


Ketika dalam makmal biologi

Maka, tidak hairan lah apabila para doktor yang bukan beragama Islam mendapat hidayah untuk memeluk agama suci ini.. Kebanyakkan daripada mereka terbuka hati kepada ISLAM setelah melihat kebesaranNYA.. Terbukti seorang pakar bedah otak di negara..(saya sudah lupe) terus memeluk ISLAM setelah dia mengkaji terdapat beberapa saraf di dalam otak yang tidak dilalui oleh darah dan darah akan lalu ketika sujud kepadaNYA..

Memang benar.. Aku selalu mendengar, kalu mengantuk, try untuk tundukkan kepala seperti sujud, tapi mustahil untuk dilakukan ketika dalam kuliah.. Nanti orang tengok pelik pulak...Hehehe..Dan jikakite pening kepala, jangan terlalu bergantung pada ubat, try untuk berwudhuk dan sembahyang sunat 2 rakaat.. Pada sujud yang terakhir, sujud biar lame sedikit supaya darah dapat turun dengan sempurna dan setelah itu pening anda akan hilang.. Tetapi harus diingat, bertawakal kepada ALLAH kerana DIA yang memberi dan menyembuhkan kita semua..

Aku masih ingat, ketika aku sedang ber'sms' dengan bakal suamiku, dia pernah memberitahu, waktu terbaik untuk study adalah di antara pukul 3-6 pagi.. Pada waktu itu, oksigen dalam tubuh adalah pada araspaling tinggi.. Dan demikian itu juga aku terus berfikir.. Relevan kalu kite sebagai student bangun bukan sahaja untuk study tetapi untuk bertahajud juga.. Bukankah satu keuntungan, selain mendapat ilmu dunia kite juga dapat saham untuk akhirat.. Ini adalah bukan satumitos, tetapi kajian daripada seorang doktor yang mengatakan tahap oksigen paling tinggi dalam tubuh adalah pada waktu itu..

Tidak hairanlah jika kawan2 aku yang jenis suke tidur awal dan bangun malam untuk study, mereka akan dapat skor dalam exam.. Aku dapat melihatnya sejak matrikulasi lagi.. Kawan aku ni jenis study pukul 2-6 pagi dan sentiasa skor 4 flat dalam exam..Begitulah hebatnya ciptaan Allah.. Setiap yang terjadi adalah sebabnya, cuma kite yang tidak mengetahuinya..

Sebenarnya, nukilan ini ditulis adalah rentetan daripada lab bio.. Pada 2 minggu lepas, aku mengkaji sel tumbuhan dan haiwan.. Aku mengambil sample "Elodea Leaf" dan melihat melalui microscope..Pada pembesaran 4x dan 10x, ianya tidak jelas.. Tetapi bila ditingkatkan pembesarannya kepada 40x, aku dapat melihat microorganisma yang hidup dicelah2 liang2 daun itu.. Alangkah besarnya ciptaan ALLah.. Allahu Akbar..

Mak aku pernah berpesan, " Adik, kalu adek ade uji sesuatu dan berhasil, jangan terlalu riak.. Ingat, itu semua 'kerja' Allah semua, bukan kite.. Kite diberi ilham untuk berbuat demikian.."
Kepada kawan2 seperjuangan, manfaatkanlah ilmu yang anda ada itu kerana dengan itu kite dapat menambah ketaqwaan kepadaNYA.. AKu sebagai ahli fizik, aku juga berbangga kerana dapat belajar tentang biologi dan kimia.. Dan aku masih ingat lagi ketika belajar FizikAsas 2 dengan Prof Rosli, dia ade kate, "Awak tau tak jarak diantara planet2 sudah dekat.. Jika kite apply kan rumus electric force, kita dapat tau berapa jarak di antara planet2..Dan apa yang kite tidak tau, pertembungan planet2 dan di saat itu hari Akhirat telah tiba...."

[NOTA]: Saya ada melukis bentuk sel tumbuhan yang dilihat melalui microscope dan diambil gambarnya.. Nanti saya akan attach kan untuk tatapan pembaca..


Sel bawang dibawah pembesaran 10x dan 40x (kurang jelas)

Sel bawang pada pembesaran 10x dan 40x (lebih jelas jika dititik dengan iodin)

Sel tumbuhan (daun hijau) pada pembesaran 10x dan 40x (titik2 hitam adalah klorofil)

Monday, September 15, 2008

Students Bantu Pensyarah Or Pensyarah Bantu Students

Sebenarnyelepas kelas TSP lagi aku naktulis topik ni.. Pergi CC depan kampus, Pin Master, bile aku nak sign in blog jadi tak leh.. Aku pon tak tau apeproblem dia.. So, aku pon balikje lah sebab nanti kelas Biologi plak pukul 3.. Kelas biologi tu just ganti je sebab Jumaat ni aku tak der kat UPSI..
Apa yang akunak tulis kat sini adalah tentang apa yang berlaku dalam kelas TSP tadi..Start minggu ni( minggu 10) presentation bermula group by group.. Turn yang kena present tu diundi supaya adil dan saksama.. Dan group aku terkecuali..mungkin minggu depan atau 2 minggu depan..memang diakui, pensyarah TSP aku ni macam cerewet sikit.. kadang2 kitaorang tak faham apa yang dia nak.. sekejap cakap lain, then pertemuan yang seterusnya cakap lain..
Tadi, 7 group yang kena present..Ada lah satu group ni.. Mungkin lah terlalu cuak, si presentor ni just baca slide jea.. Apa lagi, mengamuk lah pensyarah aku.. Bile saje pelajar itu dicelah oleh pensyarah, dia terus macam tergagap..Kesian jugak aku tengok sebab markah presentation adalah individu.. Tapi cara pensyarah interrupt pon salah jugak.. Bagi aku lah.. Ape salahnya kalu berlembut dalam berkata2.. Memang setiap minggu dia selalu membebel kepada kami.. Assignment dia pun lain dari pensyarah lain membuatkan kami pun pening..
Aku just nak luah je sini.. kadang2 aku hairan, pensyarah terlalu cerewet sehingga merumitkan pelajar untuk menyiapkan assignment dia.. Apa salahnya jika pensyarah 'senang' dalam tugasan dan ini akan memudahkan students untuk menyiapkannya..
Aku masih ingat lagi, pensyarahPendahuluan Mekanik aku, Encik Shaharuddin.. Mase tu kami kene buat projek 'Water Bottle Rocket'.. Agak susah group aku yang semuanya perempuan.. Maklumlah, nak kena bina roket sendiri dan launcher dia.. Nasib baik, ayah shud menawarkan diri untuk membuat launcher.. So, kije kitaorang just buat rocket guna botol.. Boleh dikatakan setiap hari aku dan group aku menjadi pengunjung setia bilik En. Shaha dan dia tidak putus2 menolong kami menyudahkan rocket tersebut..
Dan setelah roket hampir siap, kami pun bertanya kepadanya, "En.,Camne dengan final report?"
Dia pun cakap, "Bagi saya,awak dah penat buat roket ni,ke hulu ke hilir cari bahan, reportnya tak yah lah panjang sangat.. Just tulis introduction, principle yang digunakan ketika roket berlepas dan result terhadap experiment yang dikaji.. "
Alangkah senangnya dapat pensyarah yang menyenangkan kerja students..Bukanlah setiapkerja aku nak senang, kalau tak baik tak yah masukU.. tapi yang aku nakluah jangan lah terlalu cerewet sehinggakan students sudah pening kepala nak menyudahkannya..
Kepada kawan2 aku yang bakal bergelar pensyarah nanti, janganlah jadi terlalu skema terhadap student.. Kite senang pada student, student pun senang pada kita.. Dan kepada pensyarah yang terbaca blog saya, saya minta maaf jika terkasar, tapi fahami lah kami sebagai seorang students..Jadilah pensyarah yang pemudah cara..

Sunday, September 14, 2008

Gifted Student..

Tadi setelah selesai sahaja meeting tentang Program Ukhuwwah Kasih Ramadhan, kaki ku segera melangkah ke library UPSI.. Dari rumah lagi, aku sudah berkira2 untuk ke library sebab laptop sudah berada dalam beg dan beg itu sudah digalas di bahu ku..ngeh3.. Tujuan ke library adalah untuk menyiapkan assignment TSP 2023.. TSP adalah satu subjek yang menekankan tentang strategi pengajaran dan pembelajaran sains dan perlu diaplikasikan oleh guru sains.. 2 assignment sudag 95% siap iaitu writting and presentation.. Dan yang ingin aku siapkan adalah PBL (Problem Based Learning)..

Tajuk yang aku dapat adalah pembelajaran sains secara visual-spatial iaitu menekankan tentang pembelajaran dan pengajaran sains menggunakan peta minda, lukisan, lawatan atau seminar.. Da sebelum aku menghuraikan tentang visual-spatial, introduction yang perlu aku tulis adalah tentang 'students uniques'.. Dan aku tertarik untuk menulis tentang gifted student..

Ini adalah sedikit petikan dari artikel yang aku dapat tentang gifted student :

You may be reading this book because someone thinks your child may be gifted. This person could be you, a teacher, or another person. Perhaps the school has already determined that your child is gifted. Gifted students exhibit high cognitive abilities and need special learning experiences that allow them to make progress that reflects those abilities.
There are many clues that can tell you that your son or daughter is gifted. For example, your child may:

• be highly motivated
• be very curious
• have a good memory
• use advanced vocabulary
• be a good problem-solver
• be creative and imaginative
• have many hobbies and interests
• have clear learning goals
• have a highly developed sense of humor. (Frasier, 1997)

You may be concerned because your child's school work seems too easy or focuses on things your child already knows. This may make it difficult for your child to make progress in school. So you will want to work closely with people at your child’s school to make sure your child is getting the education he or she needs.

Aku tertarik dengan ciri2 anak yang cerdik ini.. Alangkah bahaginya jika aku ade anak seperti ini.. Dan aku percaya setiap ibu bapa menginginkan anak mereka bijak, pandai, cemerlang dan gemilang.. Dulu semasa aku di sekolah menengah, guru ku pernah berkata perbezaan antara cerdik dan bijak.. Cerdik adalah semulajadi dan bijak adalah daripada usaha.. Jika seseorang itu tidak berusaha, maka tidak akan jadi bijaklah dia..

Aku mengimbas memori semasa di sekolah dulu.. Mohd Zubir bin Abdul Rahman adalah seorang best student di sekolah ku.. Namanya cukup popular di kalangan guru2 dan pelajar2 sekolah aku.. Kehebatannya yang semulajadi kadang kala boleh mencipta sesuatu idea yang baru.. Aku masih ingat lagi, ketika kami menyertai Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 4, ketika itu sesi menjawab soalan berunsurkan matematik di mana kami diberi masa yang singkat untuk menyelsaikan masalah itu.. Kami yang tidak gifted ini bertungkus lumus mencari solution kepada problem itu sedangkan dia hanya rileks sahaja.. Setelah masa tamat, kami hampa sebab tak dapat jawapannya.. Dan ketika itu, fasilitator memanggil Zubir untuk memberi jawapan.. Dengan slumber Zubir menjawab, "soalan ini salah, memang lah solutionnya tidak ada.."

Kami yang ketika itu dengan pening kepada dek penangan soalan itu merasa geram..Punye lah mencurah idea untuk mendapatkan jawapan yang betul.. Sesi menyelesaikan problem itu adalah secara individu..Pernah juga, Zubir menegur guru yang mengajar salah atau memberi idea yang baru untuk satu penyelesaian masalah matematik.. Cara yang senang untuk difahami dan diaplikasikan..

Aku masih ingat lagi ketika itu, semasa kelas Bahasa Arab, kami dilanda 'angin taufan'.. Mengantuk tidak terkata.. Semua pasang mata layu mendengar penerangan ustazah.. Ustazah di depan fed-up.. Bagaikan mengajar seorang diri.. Last2, ustazah tu cakap, "Zubir, meh sini tolong terangkan dan ajar apa yang ustazah ajar tadi.."...Secara automatik, semua mata menjadi cerah.. Bagaikan baru bangun pagi, mata sudah segar!!

Menurut kawan2nya, tidak pernah nampak Zubir study di hostel.. Ketika kawannya bercakap, dai turut serta dan bile kawan2 sudah start study, dia start untuk TIDUR.. Alangkah bahagianya hidup Zubir.. Di kala kami sibuk mencari buku latihan atau rujukan, dia langsung tak kesah.. Biasanya kite akan membeli lebih dari 1 jenis buku latihan, tapi dia cukup sahaja latihan dalam buku teks.. Tidak membazr sungguh!!

Tidak hairanlah percubaan SPM dia mendapat 12 A1.. Ketika itu, kami bangga ada dia.. Boleh mengharumkan nama sekolah dan cikgu mensasarkan dia akan menjadii pelajar terbaik negeri terengganu dn termasuk dalam 25 orang pelajar terbaik malaysia.. Namun, setiap rezeki yang ditetapkan tidak ada yang tahu melainkan ALLAH.. Zubir terkandas dalam subjek EST dan mendapat 3B dan selebihnya 11 A1..Just menjadi pelajar kedua teraik sahaja di terengganu.. perasaannya hampa namun sudah ditetapkan rezeki oleh NYA..

Sekarang, dia sedang melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan di Universiti Islam Antarabangsa.. Aku dimaklumlah, dia hanya menghabiskan sesi matrikulasi di UIA hanya setahun setengah sahaja yang sepatutnya dua tahun.. Semoga Zubir sentiasa diberi 'gifted' oleh ALLAH dan berjaya mencapai kejyaan yang cemerlang.. Tahniah buat Zubir..

Nikmat Puasa (Siri 3)

Wajibnya puasa Ramadhan

a. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan maka itulah yang lebih baik darinya.

Dari keutamaan-keutamaan bulan Ramadhan diatas, Allah mewajibkan puasa Ramadhan atas kaum muslimiun, dan oleh karena memutuskan jiwa dari syahwatnya dan menutup jiwa dari keinginan-keinginan syahwat adalah perkara yang paling berat, maka diakhirkanlah wajibnya puasa Ramadhan hingga sampai tahun kedua hijriyah.

Dan tatkala hati-hati telah tertanam tauhid dan mengagungkan syiar-syiar Allah, maka dipindahkanlah hati dengan cara bertahap. Maka dimulailah awal kali dengan kebebasan memilih disertai anjuran untuk melaksakan puasa, karena dahulu puasa terasa berat oleh para sahabat,dahulu barangsiapa berkeinginan tidak berpuasa dan membayar fidyah maka ia melakukan hal itu, Allah berfirman :


Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. (Al Baqarah : 184)

b. Karena itu barangsiapa hadir di negeri tempat tinggalnya pada bulan itu hendaknya ia berpuasa pada bulan itu.

Lalu turunlah ayat sesudahnya menghapus hukum sebelumnya, dan mengabarkan tentang hal ini dua orang sahabat Nabi Abdullah bin Umar dan Salamah bin Al Aqwa (semoga Allah meridhai keduanya) : (Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain.


Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.
Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.
(Al Baqarah : 185)

Dari Ibnu Abi Laila ia berkata : telah bercerita kepada kami sahabat-sahabat Nabi :Tatkala tiba bulan Ramadhan terasa berat hal ini oleh sahabat-sahabat Nabi, dahulu barangsiapa memberi makan setiap hari orang miskin ia meninggalkan puasa dan termasuk orang-orang yang berat menjalankannya, dan mereka diperbolehkan untuk melaksanakan seperti ini.
Maka dihapuslah hal itu dengan ayat :


Dan berpuasa lebih baik bagimu (Al Baqarah : 184)

Maka setelah itu puasa Ramadhan menjadi termsuk pondasi Islam, dan salah satu rukun dari rukun-rukun Agama, berdasarkan sabda Rasulullah :


Islam dibangun diatas lima perkara : Bersyahadat bahwa tiada sesembahan yang berhak disembah kecuali Allah, dan bahwasanya Muhammad adalah Rasulullah, dan mendirikan shalat,menunaikan zakat, menunaikan haji ke ka’abah, dan berpuasa Ramadhan. (Bukhari dan Muslim)

Sumber :http://tausyiah275.blogsome.com/2005/09/26/sifat-puasa-nabi-di-bulan-ramadhan-bagian-1/


Nikmat Puasa (Siri 2)

Keutamaan bulan Ramadhan

a. Bulan Al Qur’an
Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al Qur’an, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu. (Al Baqarah : 185)

b. Dibelenggunya Syaitan
Jika telah tiba bulan Ramadhan, dibukalah pintu-pintu syurga, ditutuplah pintu-pintu neraka, dan dibelenggulah syaitan-syaitan. (Hadits riwayat Bukhari dan Muslim)

c. Lailatul Qadr

Nikmat Puasa (Siri 1)

Keutamaan Puasa

Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan yang mu’min, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam keta`atannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyu`, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar. (Al Ahzab : 35)

a. Puasa adalah perisai
Puasa adalah perisai, dengannya seorang hamba terjaga dari api neraka (hadits shahih riwayat Ahmad)

b. Puasa memasukkan ke surga
Dari Abu Umamah, ia berkata, aku bertanya Wahai Rasulullah tunjukkan kepadaku suatu amal yang memasukkanku ke surga, Nabi bersabda : Hendaknya engkau berpuasa, tiada yang menyamainya. (Hadits riwayat Nasai, ibnu Hibban, dan Hakim dan sanadnya shahih)

c. Orang yang berpuasa mendapatkan pahala tanpa hisab
d. Bagi orang yan berpuasa ada dua kegembiraan
e. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum disisi Allah dari bau kasturi

Dalil-dalil (c) , (d), (e) :

Dari Abu Hurairah ia berkata : Rasulullah bersabda : Setiap amal manusia terdapat pahala yang terbatas kecuali puasa, sesungguhnya puasa adalah untuk-Ku dan Aku (Allah) yang membalasnya, dan puasa adalah perisai. Dan pada hari puasa janganlah kalian mengatakan atau melakukan perbuatan keji dan janganlah membuat gaduh, jika salah seorang kalian mencelanya atau membunuhnya maka hendaklah mengatakan : Sesungguhnya aku sedang berpuasa , demi Dzat yang jiwa Muhammad berada ditangannya benar-benar bau mulut orang yang berpuasa lebih harum disisi Allah dari bau kasturi, bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan yang ia gembira dengan keduanya : jika berbuka ia gembira, dan jika bertemu Allah dengan puasanya ia gembira. (Hadits riwayat Bukhari dan Muslim)

Dan dalam riwayat Bukhari :
Ia tinggalkan makanan dan minumannya serta syahwatnya lantaran-Ku, puasa adalah untukku, dan Aku yang akan membalasnya, dan kebaikan itu adalah sepuluh kali lipat semisalnya”.

Dan dalam riwayat Muslim :
Setiap amal manusia dilipatgandakan kebaikannya sepuluh kali lipat semisalnya hingga tujuh ratus kali lipat, Allah berfirman : kecuali puasa sesungguhnya puasa aku yang membalasnya, ia tinggalkan syahwat dan makanannya hanyalah lantaran AKU. Bagi orang yang berpuasa terdapat dua kegembiraan, kegembiraan ketika berbuka puasa, dan kegembiraan ketika bertemu dengan Rabbnya, dan bau mulut orang yang berpuasa lebih harum disisi Allah dari bau kasturi.

f. Puasa dan Al Qur’an akan memberi syafaat orang yang mengamalkannya
Rasulullah bersabda :
Puasa dan Al Qur’an akan memberi syafaat bagi seorang hamba pada hari kiamat, berkata puasa : Ya Allah, Engkau telah mencegah orang yang berpuasa dari makanan dan syahwat, maka berikanlah syafaatku padanya, dan berkata Al Qur’an : (Ya Allah) Engkau mencegahnya dari tidur pada malam hari, maka berikanlah syafaatku padanya, Allah berfirman :Keduanya akan diberi syafaat.
(Hadits riwayat Ahmad dan Hakim).

g. Puasa adalah kaffaarah (penghapus dosa)
Dari Hudzaifah bin Yaman ia berkata, Rasulullah bersabda :Fitnah laki-laki pada keluarganya, hartanya, anaknya, tetangganya, dihapuskan oleh shalat, puasa dan sedekah. (Hadits riwayat Bukhari dan Muslim)

h. Pintu syurga yang bernama Ar Rayyan bagi orang yang berpuasa
Dari Sahl dari Nabi bersabda :Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang bernama Ar Rayyan, orang-orang yang berpuasa akan masuk melaluinya pada hariu kiamat, dan selain mereka tidak akan masuk melaluinya.
Dikatakan : Dimanakah orang-orang yang berpuasa? Maka mereka pun berdiri.
Dan selain mereka tidak akan memasukinya .
Maka jika orang-orang yang berpuasa sudah memasukinya ditutuplah pintu itu dan tidak seorangpun akan memasukinya, Dan barangsiapa yang telah masuk ia pasti minum dan barangsiapa yang minum ia tidak akan kehausan selamanya.
(Hadist riwayat Bukhari dan Muslim)


Indahnya Ukhuwwah Fillah

Semalam, sebaik sahaja aku siap bersahur, kakak ku yang ketiga, kak ma ade menelefon.. Awal2 lagi sudah mendail nombor aku dengan alasan kalau dial lepas subuh, confirm aku tengah tidur.. Kami berbual kosong.. Katanya, sudah lama tidak bertanya khabar ku di UPSI dan dia pun sudah lama tidak menjenguk ku di sini.. Maklumlah, adik bongsu nya mesti lah adik yang dia sayang..ngeh3.. Dia rancak bercerita tentang majlis berbuka puasa yang akan diadakan disekolahnya.. Dan tujuan dia menelefonku adalah untuk mengajakku sekali ke majlis itu.. Sebabnya aku pernah menjadi guru di sekolahnya..

Namun, hari berbuka puasa yang diadakan di sekolahnya tu bertembung dengan program 'Ukhuwwah Kasih Ramadhan'.. Program ini di anjurkan oleh Unit Kediaman Luar Kampus dan aku menjadi salah seorang AJK pelaksana untuk program ini.. Program dan hari berbuka puasa di SKTS ini juga bertembung dengan rancangan abang aku yang mengajak kami adik beradik beramai2 berbuka di golf resort..Terkilan aku.. 3 majlis serentak tetapi aku perlu memilih yang mana perlu aku hadiri..

1) Majlis Berbuka Puasa di Sekolah Kebangsaan Taman Seroja (SKTS)
Aku berminat juga untuk menghadirinya sebab aku akan dapat berjumpe dengan guru2 sekolah itu.. Boleh bergurau dengan cik na, kak lela, kak J dan kak zila.. ke4 insan ini yang banyak membantu aku ketika aku mengajar d SKTS ini.. Kak zila dan kak j banyak membantu aku dalam menyiapkan laporan ROS 1 aku..Jadi menjadi satu kerugian juga kalau aku tidak dapat menghadirkan diri sebab waktu itu je kesempatan yang aku ade untuk berjumpe dengan mereka..

2) Program 'UKHUWWAH KASIH RAMADHAN"
Program ini dianjurkan oleh unit kediaman luar kampus.. Secara tidak sengaja aku menjawat jawatan sebagai Bendahari dalam program ini..Jadi tugas aku untuk menguruskan bajet, perbelanjaan untuk program dan sebagai.. Jika aku terlibat, banyak juga manfaatnya sebab program ini diadakan di 2 tempat..Untuk majlis berbuka puasa di adakan di Rumah Kebajikan Warga Tua dan majlis bersahur di adakan di Rumah Anak Yatin Nurul Ihsan.. Sepanjang hidup aku, aku tidak pernah melawat rumah kebajikan warga tua dan anak yatim.. Jadi, ni satu pengalaman baru untuk aku menyelami hati mereka dan boleh mengisafkan aku sebagai insan yang mempunyai ayah dan ibu..

3) Majlis Berbuka Puasa di Golf Resort
Majlis ini dianjurkan oleh abang.. Saje dia nak belanja kami adik beradik.. Kesungguhan dia tu sudah lama namun kekangan masa antara kami adik beradik untuk berkumpul bersama..Jika aku pergi ke majlis abang aku, aku boleh berjumpe dengan kakak sulungku (hari terakhir jumpe time cuti sekolah bulan 5), aku boleh berjumpe dengan kakak aku ke3 (hari terakhir jumpe cuti sekolah bulan 8) dan aku boleh berjumpe dengan abang aku.. Yang tidak ada di sini kakak ku ke 2 sebab di trg dan ibu ayahku juga berada di trg..


Kesudahnnya, abang aku membatalkan rancangan dia.. sebabnye, kakak aku ke3 tak leh pergi jika majlis itu hari jumaat.. begitu juga dengan aku.. Tapi aku dan kakakku boleh pergi jika majlis itu ditunda pada hari sabtu.. Jika majlis itu diadakan pada hari sabtu, ianya bertembung dengan jadual penerbangan abang iparku yang seorang pilot..bermakna kakak sulungku yang tidak boleh menyertainya.. dan akhirnya, abang aku memutuskan untuk makan beramai2 di hotel ketika aidilfitri nanti..

Apa yang ingin ku katakan, setiap program yang di atas ade tersiratnya ukhuwwah fillah.. Cuma kita yang tidak sedar akan hadirnya ikatan itu.. Antara 3 majlis itu, aku memilih untuk menghadiri majlis UKHUWWAH KASIH RAMADHAN.. sebabnya, sebagai AJK Pelaksana, aku harus ada tanggungjawab untuk menguruskan program itu dengan sempurna.. Takkan aku nak 'cabut' pulak dari majlis ini.. Hehehe..

Friday, September 12, 2008

Aku Bersalah Padanya..

Dalam semester ni, aku ade 3 kelas malam.. Hari selasa, rabu dan khamis.. Hari selasa kelas Instrumentasi Asas, rabu malam lab subjek tu dan khamis malam lab alam sekitar.. Mase malam selasa baru ni, Dr Abu Bakar Rejab buat mid term.. Dan dia pon buat announce kelas ganti akan diadakan pada khamis pagi pukul 8 pg.. Then, tak lama selepas itu, dia pun cakap, bulan puasa ni kels pukul 8 pg mesti awak akan lambat jugak..So, tak jadi pukul 8 buatlah pukul 8.30 pg..

Dalam fikiran aku sudah berkira2, boleh ke aku bangun awal tu.. Maklumlah, dah bangun sekali mase sahur, bile lepas subuh tidur balik mesti akan susah untuk aku bangun..Dan pada hari kejadian, aku dah tersedar pukul 8 pg.. Tapi mata terlalu berat untuk aku bukak seluas2 nya, dan tubuh terlalu lemah untuk bangun.. Hehehe.. Aku pun fikir, tidur 10 minit lagi.. Kalu bangun sempat lagi.. Baju dah iron semalam.. Then, tersedar pukul 8. 20 pg, aku pon terus decide tak nak gi kelas tu..

Aku pun mencapai handset dan menaip mesej ke syikin.. Meminta supaya dia tolong sign untuk aku.. Keke..Dan aku pun sambung balik tidur.. Tak lama seleps itu, Raihah pon mesej aku yang bertulis, 'Lambat lagi ke sampai? Kesian kat Dr, ke hulu ke hili tunggu student datang..' Hati ku dirundung perasaan bersalah.. Alamak, dosanye aku.. Lalu aku pun terbayangkan Dr Abu Bakar.. Keadaanny sudah tua, menjadi pensyarah kontrak di UPSI.. Sebenarnya dah bersara, tapi UPSI ambil sebagai pensyarah kontrak.. AKu pun terfikir, bagaimana kalu Dr tu adalah ayah aku.. Kesiannya..

Sedang membayangkan Dr Abu Bakar, aku terus teringat pada suatu malam dia datang ke kelas dengan memakai sweater.. Maklumlah, bilik2 kuliah di UPSI ni kalu dah sejuk, sejuk sangat.. Kalu panas, mak ai panas gile2.. Sambil2 dia mengajar, dia berhenti sebab batuk2.. Ingatan aku kembali kepada peristiwa itu.. Apa lagi, bertambah lah perasaan bersalah..

Aku akui, aku memang faham ape yang Dr ajar.. Setengah kawan aku, dorang tak faham cara Dr mengajar.. Aku ponteng kelasnye sebb aku rasa mengantuk, bukan sebab tak faham apa yang dia ajar.. Dan petang tadi, ketika aku nak menghantar assignment Biologi, aku terserempak dengan Dr kat aras 3.. Melihat air mukanya, hati ku berkata, "aku bersalah padanya.."

Jika Aku Pon Ada..

Semalam tengah siapkan assignment Biologi, aku pun berbual dengan Kak Wani, room mate aku.. Dan setelah siap edit assignment tu, aku pun tanye Kak Wani dia ade tak software untuk convert dari Microsoft Word ke PDF.. Aku terfikir adalah lebih baik aku tukarkan dulu format assignment aku daripada Microsoft Word ke PDF supaya lecturer senang nak baca.. Dan tibe2 aku teringat lah yang aku pernah minta software tu dari kawan aku..

Seingat aku, software tu aku telah burn dalam CD.. Aku pun mencapai bekas CD dekat almari dan mencari CD berlabel 'software'.. CD tu tak ku jumpa.. Akhirnya aku ternampak satu CD tertulis gambar.. Aku pun insert disc dalam laptop.. Dan bile ku bukak file2 yang tersimpan dalamnya, rupenye tu semua gambar twins...

Gambar ni diambil ketika baru beberapa minit twins ni lahir..

Setelah 5 bulan dilahirkan..

Setahun kemudian..

2 tahun..

2 tahun lepas, ketika itu aku sedang belajar di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan.. Memilih matrik ini disebabkan dekat dengan rumah kakak aku di Seremban.. Sejak 3 4 hari, dia sudah jarang telefonku.. Dan hari tu dia menelefon ku.. Dia kate kandungan dia bermasalah.. Dr cakap baby besar sangat, takut nanti kene bersalin secara paksa..Then, dia gitau aku nak gi refer pada specialist.. Pakar terdekat adlaah Hospital Pakar Seremban..

Seminggu kemudian, dia ade telefonku lagi dengan nada gembira. Katanya, "Kak pregnant anak ke-5 dan ke-6"..Aku dengan excitednya menjerit kat telefon tu.. Aku pun cakap, "nak jugak"..Hehee..Tak kawen lagi dah gatal nak anak.. Kakak aku pun cakap, "Suh lah si Zubir tu 'adjust'.. Dia kan Dr.."..

Aku ketawa riang.. Sepanjang temph mengandung dia aku jarang ke rumahnya..Busy sebab matrik dah masuk semester 2.. Aku kena struggle time ni sebab tak nak dapat kos 'lelong' nanti.. Tapi pernah aku pergi ke rumahnya, kesian aku tengok.. Alahan teruk sangat.. Bile aku tanye bakal suamiku, memang dia cakap pregnant kembar alahan sangat teruk.. Dan pada awal tempoh kehamilan, kalu seorang ibu itu terlalu kuat alahannya dari biasa banyak kemungkinan yang ada.. Samada mengandung anak luar rahim, kembar atau ape ntah satu lagi.. Aku dah lupe.. Hehe..

Aku sentiasa berfikir camne kalau Allah mengurniakan aku sepasang kembar jugak.. Larat ke aku nak bawak sepanjang 9 bulan dengan saiz tubuh ku yang kecil ni..Tapi aku pernah bersembang dengan kawan aku pasal ni, dia pon cakap, "Anim tak tengok ke mak kite? Mak kite kan same besar dengan anim je.. Tapi boleh je pregnant kembar..".. Aku pon ketawa jea.. Dalam hati aku berkata, alangkah bahagianya jika aku pon ada..

Wednesday, September 10, 2008

Janganlah Menjadi Manusia Berkira..

Nukilan ini ditulis bukan untuk merendahkan diri sesiapa.. Sekadar untuk renungan diri sendiri yang serba daif ini dan peringatan kepada sahabat pembaca sekalian..

Tadi sebelum aku ke kelas aku dapat menyaksikan satu pergaduhan kecil.. Bukan pergaduhan mulut atau tarik rambut atau bercakaran sana sini, tapi pergaduhan secara psikologi.. Pokoknya yang menjadi punca adalah kerana 'berkira2".. Secara halusnya, aku memohon maaf kerana aku tidak dapat menulis se detailnya tentang pergaduhan itu, tapi apa yang aku nak bincangkan adalah 'janganlah menjadi manusia yang berkira'..

Setiap rezeki tak kira makanan, duit, kesihatan mahupun kelapangan adalah kurniaan dari Allah.. Namun, manusia sering lalai dengan kenikmatan yang berlimpah ruah ini..Betapa sayangnya Allah pada kita dan betapa alpanya kita dengan kenikmatan tersebut dan betapa ruginya kita tidak termasuk dalam golongan yang bersyukur..

Ingatlah wahai sahabatku sekalian, setiap nikmat yang kita dapat di atas dunia ini adalah semua dari Allah.. Tidak hairanlah apabila rezeki senang dapat dan senang pergi.. Contohnya, baru2 ni aku kehilangan RM3000.. Aku rasa itu bukan satu jumlah yang kecil lebih2 lagi aku masih bergelar pelajar.. Senangnya duit itu berlalu pergi.. Namun, aku bersyukur kerana Allah 'mengambilnya' kembali hanya sebanyak itu.. Bagaimana jika Allah menarik balik lebih dari RM3000?? Jadi aku bersyukur.. Paling kurang aku masih mempunyai baki untuk berbelanja.. Dan aku tau, rezeki yang aku dapat adalah 'kelulusan' dari Allah ke atas kemahuanNYA.. Siapalah aku untuk menyangkal apatah lagi mempersoalkan kenapa duit aku hilang???

Aku dapat menerima dengan redha.. Duit itu adalah duit biasiswa KPM aku.. Jika Allah tidak memakbulkan doaku, adakah aku akan dapat menjalani hidupku sebagai mahasiswi dengan 'percuma'?? Segala perbelanjaan ditanggung kerajaan.. Bukankah itu satu nikmat buat diriku.. Apa yang aku nak tekankan di sini, minta maaf jika aku ada terkasar bahasa.. Aku amik contoh terdekat, kawan baik aku.. Dek kerana terlalu berkira, aku sentiasa lihat hidupnya tidak pernah rasa 'cukup'..

Itu aku ambil contoh duit.. Apa pula dengan nikmat kelapangan dan kesihatan?? Susah ke untuk kita bangun sembahyang awal di waktu Subuh.. Siapa kah kita untuk berkira dengan Allah?? Tuhan sekalian Alam.. Susah sangat ke untuk kite membaca sehelai kalam Allah dalam Al-Quran.. Busy?? Nabi kite, Nabi Muhammad lebih sibuk dari kita, tetapi ada je mase untuknya membaca dan mengangungkan kalam Allah..

Kadang2 aku sedih tengok kawan2 aku,, sanggup membuat kerja lain daripada mengawalkan waktu solat.. Aku juga kadang2 alpa dengan kenikmatan dunia.. peringatan ini aku tujukan khas untuk diriku yang pertama..Tangan yang rancak menulis, mata menusuk ke skrin komputer dan telinga mendengar setiap patah yang di baca.. Pesan mak aku,
"awalkan waktu solat.. malaikat sentiasa turun ke bumi melihat adakah kita sudah menunaikan amanah dan mereka akan naik semula ke langit dan 'memberitahu' dengan kesalnya kepada Allah, Hambamu belum sujud menyembahMu.."

Wahai kawan2 sekalian, sedarlah sekalian, nikmat kejayaan, rezeki yang disuapkan ke dalam mulut, kelapangan yang ada, kesihatan yang baik adalah dari Allah.. janganlah terlalu berkira dalam melakukan sesuatu ibadat kepadaNYA..Tanpa-NYA, adakah kita boleh hidup dengan sempurna?? Allah tidak pernah melupakan kita walau sesaat, tetapi kita sentiasa lupe kepada NYA..

Nukilah ini ditulis dari seorang insan biasa, bukan seorang alim ulama' yang penuh ilmu agamanya, bukan seorang ustazah yang lantang berbicara.. Nukilan ini ditulis untuk mengajak wahai sahabat pembaca dan diri ini sendiri supaya sentiasa mengingati ALLAH dalam apa jua keadaan dan bukan dalam keadaan genting sahaja..

Ke Mana Zaman Kegemilanganku??

Nukilan ini tidak bermaksud untuk membanggakan diri tetapi sekadar luahan hati sahaja..

Semalam aku diberitahu markah mid term Termodinamik dah ditampal kat luar.. Perasaan berdebar tu terus menyelebungiku.. Sebab masa mid term hari tu, aku tidak dapat menjawab dengan sempurna mana mungkin untuk aku mendapat markah yang tinggi..Hajat dihati mahu menghantar lab report termo dulu, tapi bila syikin beritahu markah termo dah keluar, aku pun berjalan menghala ke pintu timur untuk ke bilik prof..

Bile sampai je kat bilik dia, aku pon segera mencari nombor matrik aku.. First aku tengok digit kt belakang 97 kat belakang dan markah nya 26.5...Lepas tu, bile aku cari no matrik kawan2 aku tak ada.. Tak munasabah sebab no matrik kami dekat2 sahaja nombornya hanya selang beberapa digit sahaja.. Bila aku tengok balik yang markah 26.5 tu, rupenye no matrik penuh adalah 20061026297 tapi aku 20061026497..wawawawa..Salah tengok yang orang lain punye..Hehehe..

Pengajaran dari tu, aku pun melihat dengan teliti nombor matrik ku.. Bila dah jumpe tercatat lah 25 sahaja.. Total markah adalah 30.. Aku kecewa..Tengok kawan2 ramai yang lebih tinggi dari aku..Mana zaman kegemilanganku yang dulu???

Sejak dari semester 1 hingga 3, aku sentiasa dapat 'lebih' dari kawan2.. I mean fizik lah sebab aku memang suke fizik.. Starting dengan Fizik Asas 1, Fizik Asa 2 dan Pendahuluan Mekanik, aku sentiasa dapat skor bila kuiz, mid term dan final..Tapi bile masuk je semester 4, aku dah kurang bersemangat untuk belajar fizik.. Mase sem 4, aku amik Elektronik Asas dan Getaran, gelombang dan Optik.. 2 subjek ni amat contra yang mana elektronik belajar tentang toeri yang terlibat atau proses ketika aliran arus dalam sesuatu litar manakalan getaran, gelombang dan optik belajar tentang getaran sesuatu gelombang dan tentang optik include kanta dan lain2..
2 subjek ni memang aku tak dapat skor.. First, elektronik asas aku tak dapat skor sebab Dr Syed terlalu menekankan student centered learning.. Pengajaran yang tidak menggunakan slide show power point menyebabkab kelas menjadi bosan dan kerja utama yang aku buat bile masuk kelas EA ialah main handphone.. Bukan berblas mesej tetapi main game dalam tu..

Untuk subjek GGO, aku tak dapat skor sebab langsung tak faham ape yang Dr Rosazley gitau.. Kelas yang sentiasa dibatalkan dan pengajaran yang aku berterabur.. Mintak maaf sangat2..Dan paling mnyedihkan, untuk final paper ni, aku langsung tak tekankan bahagian getaran dan gelombang... Aku aimkan topik optik dan nak jawab soalan optik..bile dah dapat soalan, aku terus pangkah soalan berkaitan getaran dan gelombang tanpa membacanya dulu.. Bile tengok soalan optik yang agak susah, aku terus jadi blur..dan jawab ntah paper.. Then, bile tinggal lagi 5 minit untuk hantar, hati aku terdetik untuk baca soalan tentang getaran dan gelombang, rupenye soalan hanya basic sahaja..dan aku pun boleh jawab walaupun aku tak baca tajuk tu.. Bile difikirkan balik, mase pun hanya tinggal 5 minit, aku tak bercadang untuk menjawab dan kesudahannya aku redha dalam kekecewaan dan tawakal pada Yang Esa..

That's why aku tak leh jawab dengan baik 2 subjek tu..Kegagalan menjawab dengan baik menyebabkan aku berada di 'bawah' kawan2 aku.. Semua dapat B, B+, A- dan A manakala aku hanya ...... sahaja.. Sedih yang teramat sangat.. Walaupun PNGK aku tidak turun, tetapi subjek fizik aku yang turun dari biasa yang aku dapat... First dalam semester subjek fizik aku dpt gred seperti itu..

Bila dah naik semester 5, ia betul2 memberi pengajaran kepadaku.. Apabila aku sudah terasa bagaimana perasaan duduk ' di bawah' baru aku tau betapa peritnya. Dan azam aku, aku akan naikkan gred fizik aku seperti sem 1, 2 atau 3 dulu.. Mase jumpe dengan PA aku, dia hairan kenapa keputusan aku begitu jauh berbeza dengan semster sebelum2 ni.. Dan untuk menyedapkan hati, aku pun berkata kepada Dr Rosazley,
"Insya Allah Dr saya akan dapatkan major fizik sem ni paling rendah pon A-.."

Itu sudah menjadi satu perjanjian.. Sejauh mana aku dapat menunaikan janji itu aku sendiri pon tidak pasti.. Bukan tidak berusaha, malah kekangan masa menyebabkan aku tidak dapat menumpukan subjek2 dengan sepenuhnya.. Contohnya, minggu ini sahaja banyak assignment yang perlu aku siapkan.. Bila masa dah dipenuhi dengan membuat assignment, ke mana perginya masa study ku?? Aku sendiri pon tidak pasti..

Yang pastinya soalan yang sentiasa menjadi tanda tanya kemana perginya zaman kegemilanganku?? Aku pernah cemerlang dulu, mengapa aku tidak dapat kekalkannya?? Dan azam aku, aku nak bagi 'hadiah' yang istimewa kepada ibu bapa ku di kampung dan bakal suami ku.. Insya Allah.. Doakan kejayaan ku di sini..

Monday, September 8, 2008

Bahagianya Bila Mempunyai Cahaya Mata..

Baru2 ni kawan saya (lelaki) baru menerima kehadiran cahaya mata dalam hidupnya bersama pasangan. Kawan bukan satu sekolah, tapi kenal ketika kami menyertai kem Persatuan Usahawan Muda di Cheneh Resort, Kemaman. Mase tu tingkatan 4. Saya hanya kenal nama nya sahaja dan tau dia salah seorang Ahli Lembaga Pengarah dalam syarikat sekolahnya. Dan pada malam akhir saya di kem, fasilitator meminta setiap sekolah membuat persembahan dan yang saya ingat kawan saya ini menyanyikan lagu 'Kasih Sayang' nyanyian dari kumpulan Raihan.

Dan pada awal tahun lepas, bakal suami saya ada memberitahu salah seorang kawannya ingin berkahwin dan apabila saya tanya namanya, rupa nya individu itu adalah orang yang sama dengan yang saya kenal jugak. Cuma, bakal suami saya kenal dia ketika sama2 belajar di Darul Quran, Kuala Kubu Baru. Ketika itu saya agak terkejut sebab kami masing2 baru berumur 20 tahun. Mungkin jodohnya sampai awal.

Dan pada tengah tahun baru ni, saya diberitahu isterinya hanya menunggu date due sahaj. Alangkah bahagianya menanti kehadiran cahaya mata. Saya belum diberi nikmat sebegitu. Dan apabila saya masuk ke blognya untuk melihat gambar baby, alangkah sejuknya mata saya menatapkan wajah seorang yang suci. Bukan baby nya sahaja, malah anak2 kakak saya juga pun saya menatap dengan perasaan yang sama.

Membesarkan seorang anak bukan satu kerja yang mudah. Anugerah Tuhan yang perlu diberi kasih sayang, belaian, didikan khususnya didikan agama, keperluan seharian dan pelajaran. Kurangya salah satu elemen tersebut boleh membuatkan anak kita gagal untuk meniti hidup di alam dewasa nanti. Allah menganugerahkan cahaya mata kepada hambaNYA yang mampu untuk menjaga. Cuba kita selidik, maafkan saya jika saya ada terkasar bahasa, golongan yang kaya biasanya akan memiliki anak kurang dari 3 atau 4 orang. mengapa?? mungkin mereka tidak dapat memberi semua elemen yang disebutkan tadi dengan sempurna contohnya kasih sayang dan belaian. dan bile kite tengok paparan Bersamamu TV3, kebanyakkan mereka akan memiliki cahaya mata lebih dari 5 atau 6 orang. Mengapa??

Pendapat saya bahawa golongan ini mampu memberi kasih sayang dan belaian yang cukup serta didikan agama yang sempurna (insya Allah), tapi mereka kurang mampu untuk menyediakan keperluan asas dan pelajaran dengan sempurna. Jika difikirkan rasionalnya, keperluan asas dan pelajaran adalah salah satu elemen yang memerlukan DUIT untuk menjadikan elemen itu sempurna dalam diri seseorang individu. Tapi, adakah kasih sayang dan belaian serta didikan agama memerlukan DUIT untuk menjadikannya lengkap dalam hidup kite??

Mengapa sya kata mereka memiliki ikatan kasih sayang, belaian dan didikan agama yang sempurna?? Ketika makan, mereka berkongsi lauk yang ada, menjamah makanan yang sama. Ada setengahnya perlu berkongsi pinggan sesama mereka kerana tiada pinggan lagi. Ketika itulah, mereka memupuk kasih sayang yang kuat. Si abang dan kakak akan mengalah untuk bagi kepada si adik. setelah makan bersama, mereka mendapat belaian bersama ibu bapa mereka. Berjemaah bersama2 dan mengaji Al-Quran bersama2. Bukankah sudah terisi pengisian rohani dalam diri mereka??

Fikirkan lah dan renungkanlah. Saya juga sudah pening memikirkan bagaimana untuk membesarkan anak dalam zaman yang serba canggih. Semua terletak dihujung jari sahaja. Petik itu keluar yang ni, tekan itu terpaparlah yang ini. Doakan semoga saya menjadi seorang ibu yang cemerlang dalam mendidik anaknya tentang ilmu dunia dan akhirat. Insya ALLAH..

Apa yang pasti, saya suka kan senyuman seorang bayi yang suci. Sejuk bila melihat muka mereka. Malah ketika saya tensen membuat assignment, saya akan beralih untuk melihat koleksi gambar baby yang saya simpan dalam laptop saya. Gambar anak2 saudara saya yang sudah mengjangkau 11 orang ramainya dan gambar anak2 kawan saya.. Saya suka pada baby, tapi saya tak tau saya dapat mengajar dan mendidiknya dengan sempurna atau pun tidak..

Yang melucukan saya, baru2 ni kakak saya ada bercerita kepada saya. Ketika dia berkemas untuk pulang ke kampung, anak sulungnya (Affeef Rusydan) bertanya kepadanya..
"Ibu, Su ada tak kat umah?"
"Su ada lah kat umah. kenapa?" Soal kakak saya balik.
"Kalau Su ada tak best sebab Su banyak sangat undang2. Buat itu tak leh, buat ini pun tak leh.."

Tergelak besar kakak saya mendengar luahan anaknya. Dan apabila saya mendengar cerita itu, saya pon bertanya kepada Affeef,

"Along, Su ni banyak undang2 ek??. Su mestilah banyak undang2 sebab Su ni cikgu.."

Alasan yang tak munsabah, tapi ada logiknya sebab cikgu familiar dengan sekolah dan sekolah itu banyak undang2..

Waallahu'alam..

Aku Menjawab Tag Raihah Rosli Dengan Sejujurnya Dari Hatiku..

Sebelum menjawab tag ini, sy nyatakan bahawa saya akan mejawab tag seikhlasnya tanpa ada rasa hendak mendedahkan keburukan atau kebaikan diri. Moga yang baik menjadi ikutan dan yang buruk menjadi sempadan.

Rules:
answer all questions sincerely...as simple as that:P

1. when did you start fasting?
Bermula dari sekolah tadika. Tapi mula berpuase bukan sebab ikhlas tapi sebab mak pakse. Mak banding2 kan anak jiran dengan saya. Bile saya tanya kawan saya (anak jiran tersebut), tau dia cakap macam mane??
"Yak pose selang seli je. Hari ni pose, esok tak yah. Mak ajar camtu"
Aku mendengar dengan hampehnya. Then, saya pun mula puase. Tapi berbuka waktu tengah hari. Masuk darjah satu baru penuh. Hehe..

2.when did you start understanding the true meaning of fasting?
Masa darjah 2 kot. Tau pose sebab akan dapat pahala. Tapi tak menghayati Ramadhan sepenuhnya pon. Mase darjah 2 tu pon, just tinggal 2 hari sebab demam.

3.Do you like fasting?
Suke sebab dengan berpuasa saya dapat menahan segala nafsu yang saya ade.. Opss!!Jangan faham lain. Maksud saya, kalu saya terasa nak gi shopping, fikir balik malas la sebab nanti tak larat. Fikir nak makan je 24 jam dah tak boleh sebab pose. Dan dengan itu juga puasa ini juga boleh wat berat saya turun..

4.how about 'sahur'?
Kat umah mak selalu kejutkan kul 4.45 camtu lah. besenye akan makan makanan yang lebih semalam atau lauk yang semalam. kalu mak rajin, mak masak lain. kalu kat sini, jam loceng yang kejutkan saya. Hehehe.. bile dah tidur lambat sebb banyak kerje, so kejut sahur pon macam lambat jugak lah. dalam kul 5. malas nak bangun, tapi fikir balik saya tak kan dapat berdiri kalu tak makan ape2. lagipun, bukankah Allah menjanjikan pahala kepada orang yang bersahur dan bersahur lah dapat membezakan puasa orang kafir dengan ISLAM..
5. break fast?
Jarang breakfast kalu hari bese. kadang minum milo je. malas nak wat sarapan sebab nanti kul 11 pon akan makan nasi jugak.awalkan??

6.how often do you perform solat terawih??
Biasa buat dekat umah je. mak dengan ayah pegi, tapi saya yang tak pergi. terukkan??Hehe.. Kalu kat UPSI, mase duk kolej selalu pegi sebab surau al-falah tepi blok je. Tapi bile dah duk umah sewa, nak pegi surau an-nur mcam jauh jugak. Lagipun, memikirkan pasal kawasan sekeliling upsi yang tidak bersih, menjadi was-was nak berjalan waktu malam sebab mase waktu siang di sana sini ada tahi kucing.
7.tadarus al-Quran??
Tak pernah tadarus beramai2. Buat sorang2 je. Mase sekolah menengah pon, start umur 17 tahun baru saye berusaha untuk menghabiskan 30 juzuk al-Quran. untuk Ramadhn kali ni, baru nak masuk juzuk 8. Tu pon sebab dah tinggal atas sebab 'CUTI' yang diberikan oleh Allah.
8.do your daily activity differs between ramadhan n other months??
yes.. memang different sebab bulan ramadhan saya akan cuba untuk bertahajud, taubat dan hajat sebab lepas tu terus bersahur. jika tertinggal atau bangun lambat, terasa penyesalan seperti meninggalkan sembahyang wajib. Waktu lain saya cuba baca al-quran sebab aim kan 1 hari 1 juzuk. Tapi sedih sebab tak amalkan bulan lain. Bulan lain, walaupun dah alarm kul 4/4.30, mata terlalu berat untuk bukak, tubuh terlalu susah untuk bangun. mengapa begitu??

9.what are you hoping for this ramadhan??
Bertemu dengan lailatul qadar. Malam yang penuh keberkatan. Semoga ALLAH menggolongkan saya dalam golongan orang yang dapat bertemu lailatul qadar. Jika ramadhan ini ramadhan terakhir dalam hidup saya, semoga saya terus diberi ketaqwaan kepada Allah dan ketaatan yang teguh dalam Ad-din yang suci ini. Insay ALLAH.

10.sad of??
Secara jujurnya, sedih. sebab bile berlalu nye ramadhan saya kurang membuat amalan seperti yang saya amalkan dalam bulan ramadhan. terlalu susah untuk saya mendisiplin kan diri bangun untuk mengadap Illahi sedangkan nyawa yang diberi pinjam untuk saya adalah sementara. Cuba bayangkan kalau kite tutup mata pada malamnya, dan kite terus lena di alam lain. bukankah satu kerugian??insaf bile memikirkan, tapi untuk melakukannya begitu susah. Mungkin selepas berkahwin saya ada kekuatan untuk berbuat demikian sebab dah ada 'kawan' untuk berjemaah bersama2. Alangkah bahagianya. Doakan untuk saya..

Friday, September 5, 2008

Ahlan Ya Ramadhan

Bila sudah masuk bulan puasa, saya pasti semua orang teruja dengan bulan ini. Oh yea, sebelum terlambat Ahlan Ya Ramadhan. Ku tertunggu2 kehadiranmu agar diri ini semakin mendekati Yang Maha Esa. Kepada rakan2 pembaca blog ini, saya juga ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada kalian. Manfaatkan lah bulan yang penuh barakah ini.

Tanpa kita sedari, masa begitu cepat berlalu. Saya masih terasa kehangatan menyambut Ramadhan tahun lalu. Ketika itu, saya masih berada di kolej dan sudah pasti lah surau yang menjadi tempat untuk bertarawih adalah Surah Al-Falah. Dan perasaan penuh kesyukuran hadir dalam diri ini kerana Allah masih memberi pinjam nyawa kepada saya agar saya dapat melalui lagi bulan Ramadhan tahun ini. Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat mu Ya Allah.
Semalam, sebaik sahaja selepas solat maghrib, handphone saya tidak berhenti2 berbunyi. Mesej yang dihantar kepada saya semuanya berkaitan dengan ucapan selamat berpuasa termasuklah juga ucapan daripada bakal mak mentua saya. Hehehehe. Insya Allah. Di sini ingin saya kongsikan beberapa mesej daripada kawan2 dan adik beradik saya.

From Along:
“Salam. Selamat Berpuasa Juga To You”

From Angah:
“Selamat berpuasa. Semoga diberi kekuatan untuk melipatgandakan amalan2 baik dibulan yang penuh barakah ini”

From Achik:
“Salam. Ahlan Ya Ramadhan. Selamat Menyambut Bulan Yang Penuh Kemuliaan Ini”

From Bakal Mak Mentua (Loghat Kelantan) :
“Salam. Ape Khabar? Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya. Siap doh ko baju rayo?”

From Kak Azi:
“Salam Ramadhan. Selamat Bertarawih”

From Abe Jie ( Bakal Abg Ipar ) :
“Selamat Berpuasa. Abg g doakan semoga haniem dan zubir panjang jodoh”

From Mieja:
“Mekasih. Selamat berpuasa jugak.”

From Abe Arif:
“Terima Kasih dan Selamat Berpuasa”

From Ekin:
“Selamat menyambut ramadhan al-mubarak.”

From Kak Ajie:
“Perkataan yang cantik ‘ALLAH”, Lagu yang merdu ‘AZAN’, Novel yang menarik ‘AL-QURAN’, Senaman yang baik ‘ SEMBAHYANG’, Diet yang mujarab ‘PUASA’. Selamat Ramdhan Al-Mubarak.”

From Abang Iqbal :
“Salam Ramadhan. Selamat Berpuasa”

From Kak Najwa ( bakal kakak ipar) :
“ Tatkala senja berlabuh nanti, akan bermula lah nanti episod roda kehidupankita di dunia ini. Di mana ketibaan bulan yang paling mulia iaitu Ramadhan Al-Mubarak yang sering dinantikan dengan harapan agar mendapat berkat dan rahmat dari NYA. Oleh itu, ku hulurkan kedua tangan memohon ampun dan maaf atas segala segala kesalahanku agar ibadahku nanti lebih bererti dan diredhai. Selamat menyambut Ramadhan al-mubarak.”

From Aja :
“Buka hati dapat CINTA, buka fikiran dapat ILMU, buka tangan dapat DUIT, buka handset dapat 1 mesej “SALAM RAMADHAN”.

Begitulah mesej2 yang dihantar kepada saya. Semua mendoakan agar Ramadhan ini membawa seribu satu keberkatan dari Allah. Dan doaku dalam hati,

Ya Allah,
Andai Ramadhan ini adalah Ramadhan yang terakhir dalam hidupku,
Tambahkanlah ketaqwaan dalam diri ini kepadaMu..
Ya Allah,
Andaikan KAU takdirkan aku mati,
Biarlah aku mati dalam IMAN dan ISLAM..
Ya Allah,
Semoga hambaMU ini tidak lupa kepadaMu,
Semakin dekat dengan diriMU,
Jasad ini sujud kepadaMU,
Lidah ini berzikir mengingatimu,
Dan Hati ini teguh dengan Ad-Din Mu..

Monday, September 1, 2008

Naluri Seorang Ibu

Ibu, aku amat menyanjungi segala penat lelahmu membesarkan diriku. Kasih sayang yang kau curahkan kepada diri ini tiada batasnya. Walaupun anak mu ini telah besar, namun diri ini sentiasa dibelai seperti seorang bayi. Peluk dan ciuman darimu ibu membawa semangat untuk diriku berada jauh dari mu. Hangatan pelukan itulah yang memberi semangat untuk ku berjaya seperti sekarang.

Walaupun ku berada jauh dari pandanganmu, namun kau dapat membaca segala apa perasaan ku di sini. Setiap kali hatiku dilanda kesusahan, mesti ada panggilan telefon darimu. Jika hati ini menangis kesedihan,, dikau tidak putus2 untuk bertanya adakah aku ‘OK’ di sini. Walaupun aku cuba untuk tidak meluahkan apa yang aku alami, nalurimu pasti tersentuh dan dapat merasai perasaanku. Itulah naluri seorang ibu.

Ibu, terima kasih kerana bersabar melayan karenahku ini, membesarkan aku dalam penuh kasih sayang, mendidik aku menjadi insan berguna. Jasamu tetap akan ku kenang sehingga ke akhir hayatku. Doaku untukmu, semoga di kau sentiasa berada di bawah kerahmatan Allah, panjang umur dan di murahkan rezeki di dunia dan disenangkan perhitungan di akhirat kelak kerana dikau seorang ibu yang mulia di sisi ku. Dan ku mohon doa darimu, semoga setelah anakmu ini menjadi seorang ibu biarlah anakmu ini dapat menjadi seperti dirimu. Seorang yang sabar mendidik anak, seorang yang sentiasa lembut dalam bicara dan seorang yang teguh pada landasan Allah. Insya ALLAH. Maafkan daku antara ada kelakuan ku mengguris hati kau seorang ibu.


 

blogger templates 3 columns | Make Money Online